MENGAPA KOS RAWATAN DS ANWAR JADI BERITA BESAR?

DENGAN masuknya Rahim Noor (brain) ke Penjara dan kini bergelar banduan, apakah imej kezaliman kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan selesai? Bolehkah hati Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya, ibu bapa dan kaum keluarga selain para penyokong reformasi boleh melupakan begitu sahaja peristiwa mata lebam bekas Timbalan Perdana Menteri itu?

Jawapannya tentu tidak!

Kezaliman Rahim Noor (brain) adalah lambing kepada kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohamad. Kenyataan Ketua Pengarah Hospital Kuala Lumpur mengenai kos rawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kenyataan yang serupa dibuat oleh Ketua Pengarah Penjara mengenai kos yang sudah digunakan selama Datuk Seri Anwar di dalam penjara merupakan satu kenyataan yang mempunyai motif jahat, mempengaruhi orang ramai supaya membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jumlah kos rawatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seberapa jika dibandingkan dengan kos “bail out” syarikat anak Dr. Mahathir. Jumlah rawatan Datuk Seri Anwar tidak seberapa jika dibandingkan dengan jumlah saham yang dianugerahkan kepada menantu Dato’ Seri Rafidah Aziz.

Apalah RM65,000 yang diungkit jika ditanya duit yang ditemui bersama-sama Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman ketika serbuan BPR dibuat di pejabatnya, EPU dekat Jabatan Perdana Menteri?

Cuba bertanya dengan Aziz Shamsuddin, berapa banyak dia menghabiskan duit untuk menguruskan Ummi Hafilda mereka-reka surat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Cuba bertanya Tengku Adnan berapa banyak dia menghabiskan duit untuk menaja buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM?

Cuba bertanya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berapa dia belanjakan duit untuk membayar kos guaman Khalid Jefri untuk mempertahankan diri dari dakwaan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Mohd Azmin Haji Ali? Cuba siasat berapa banyak wang Kerajaan Negeri Kedah digunakan membuat filem yang terbengkalai oleh Tan Sri Sanusi Junid?

Surat khabar harian yang selama-lamanya dikenali sebagai surat khabar pro pemerintah dan alat kepada BN cuba mempengaruhi orang ramai supaya membenci Datuk Seri Anwar sedangkan kos rawatan yang terpaksa kerajaan biaya terhadap pendatang-pendatang asing lebih banyak lagi.

Siapa yang bawa pendatang-pendatang asing masuk ke Malaysia hingga menyebabkan hak rakyat tempatan terpinggir sekarang? Jawapannya ialah Abdullah Ahmad Badawi. Ramai penyokong-penyokong Abdullah Ahmad Badawi kaya disebabkan bawa pendatang asing, termasuk Setiausaha Sulit Kanannya, Ramzi Ab Rahman yang sering kali ke Dhaka, Bangladesh untuk urusan membawa masuk pendatang asing ke sini. Berapa juta komisyen sudah dikutip, tentunya banyak dan itulah sebabnya dia boleh menang besar bertanding jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Rakyat kena buka mata, jangan hanya mencari maklumat dari surat khabar pro pemerintah sahaja kerana jelas, akhbar-akhbar jenis itu banyak berbohong dan tidak menulis dan melaporkan yang sebenar.

Dapatkan juga dari maklumat lain, kemudian tapis dan teliti sendiri. Jangan tengok siapa yang bercakap tetapi apa yang dicakap. Maknanya, tidak semestinya yang datang dari sumber-sumber tanpa permit penerbitan tidak betul sebaliknya, apa sahaja yang datang dari akhbar-akhbar yang mempunyai permit, dianggap betul. Surat khabar harian bukan Quran. Dr. Mahathir bukan nabi. Dia juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Ahli-ahli Umno sekarang sudah menjadi begitu taksub dengan pemimpin mereka. Dibohongi saban hari, tetapi masih tidak mereka sedar diri mereka ditipu. Anaknya menjual saham bernilai RM59 juta lebih, masih ada yang kasihankan anak Perdana Menteri kerana terpaksa berkorban.

Dalam masa yang sama, masih ada lagi keluarga yang tinggal dalam kontena buruk dan di bawah jambatan. Tiada pula manusia yang duduk dalam Majlis Tertinggi Umno (MT) mengatakan kasihan dengan keluarga ini.

Cuba bertanya dengan Hasan Harun (KUB) apa yang sudah dia lakukan terhadap saham-saham orang miskin dan penoreh getah setelah dia menjadi CEO KUB selepas disenaraikan? Dia betul-betul hidup dengan duit orang susah untuk menyenangkan dia tinggal di kondominium dan menabur duit ketika bertanding dalam MT setahun yang lalu.

 

Ramlan Jantan