http://www.freemalaysia.com/rogues/ting_pek_khiing.htm

freeMalaysia

TING PEK KHIING: TERGELINCIR OLEH BAKUN SEHINGGA TERPELANTING

(Tripped up by the Bakun Thing)

Hidup begitu baik dan menguntungkan buat Ting Pek Khiing sejak beliau berdamping erat dengan berpaut kepada seluar Dr M. Tetapi melihat kepada keadaan yang begitu bercelaru yang menimpanya kini, beliau mungkin amat berharap masa berada lebih jauh dan panjang lagi untuk kembali bersama orang tua itu.

Ting meloncat-loncat di sekitar bumi daratan Sarawak yang cukup berguna dalam karier niaganya. Beliau adalah seorang sub-kontraktor pembinaan yang sanggup mengambil keuntungan yang agak sedikit untuk kerja-kerja pembinaan di ceruk Borneo sebagaimana sanggupnya beliau berenang bermain dengan satu dua kes bangkrap peribadi. Seorang pria harus membuat duit - dan dalam kes Ting, lebih dari duit diperlukan untuk memuaskan hati isterinya yang turut juga pelahap sepertinya itu.

Ting meredah dengan penuh giat dan minat di dalam perniagaan yang kotor lagi jijik itu sehingga memecahkan beberapa rekod pembinaan dengan dahsyatnya bila sahaja muncul peluang. Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud yang telah lama mentadbir negeri itu seolah-olah segala-galanya adalah harta persendiriannya belaka itu akhirnya ternotis gelagat Fuzhou yang begitu bertenaga itu. Dan dari situ, Ting terus melompat masuk ke dalam skrin radar Dr M.

Ting yang berusia 53 tahun itu adalah seorang usahawan yang bolehlah dikatakan cukup lasak-dan-bersedia untuk memenuhi sebarang citarasa Dr M. Hanya "Can Do" (Boleh) sahaja yang mahu didengar oleh Mahathir dari semua buaya bangsat korporatnya bila beliau terlintas fikiran untuk membikin sesuatu projek yang maha hebat. Dan kebetulan "Can Do" (Tentu Boleh Sahaja) adalah antara perkataan pilihan yang disukai oleh Ting juga yang memang agak terhad penguasaan bahasa Inggerisnya itu.

Memang terperanjat Taib dengan kepantasan kilat Ting menggondol licin beberapa projek konsesi balak  yang di sokong oleh kerajaan negeri itu. (Ting telah membawa masuk anak-anak ketua menteri sendiri sebagai pemegang saham minoriti - patutlah ia dilakukan begitu cepat sekali)

Konsesi-konsesi yang diperolehi itu dan pembesaran operasi mengilang papan telah menjadi kunci penting kepantasan proses pembinaan Ting itu. Komponen-komponen penginapan chalet kayunya kini dibuat siap di kilangnya sendiri dan dipasang di tapak pembinaan di atas asas tapak yang sudah tersedia. Memang jadi punya pusat penginapan pasang siap di dalam hutan ini. Dan ia memang murah. Tetapi siapa peduli jika ia ranap selepas beberapa kali musim hujan monsun? Apatah lagi jika sesuatu yang laju sepantas raja pecut Ting Pek "Speed" Khiing.

Memang kepantasan itulah yang Dr M perlukan dan Ting telah pun teruji beberapa kali.  Mahathir pernah menjemput beberapa gergasi besar dan hebat industri penerbangan antarabangsa untuk satu pertunjukkan udara di Langkawi secara tergesa-gesa. Tetapi melihat pada kadar kepantasan pusat penginapan pertunjukkan itu di bina, semua tetamu akan tidur di pantai sahaja dengan jejaring penghadang nyamuk pula.

Dengan saranan Taib, Ting membina pusat penginapan itu dalam masa tiga bulan untuk menyelamatkan Mahathir dari keaiban. Itu sudah memadai untuk  menjamin Ting meraih satu "kontrak urusniaga yang terhebat pada abad ini" oleh media.

Kontrak urusniaga yang terhebat itu tentulah projek empangan hidro elektrik Bakun dan projek transmisinya yang bernilai RM15 bilion banyaknya. Ia dibalun mudah dari semua pesaingnya dengan ehsan pertolongan Daim dan Dr M juga. Mereka tidak peduli langsung apakah Ting yang pakar pasang-siap itu memang tahu ..menahan bagaimana mahu membina sebuah empangan gergasi dan menyalurkan 2,000 km panjangnya kabel transmisi di atas darat dan di dasar laut yang tentunya rumit juga. Ting boleh membina apa sahaja - hanya itu sahaja yang mereka kisahkan.

Mungkin ya tetapi mungkin tidak juga. Ting tidak menyangka beliau telah terjerut oleh satu kemelut undang-undang dengan kontraktor utama Asea Brown Boveri. Dan yang lebih dahsyat lagi, ia tercetus disaat krisis kewangan rantau ini. Dr M terpaksa membekukan projek Bakun, mungkin untuk selamanya (tetapi mahu dihidupkan semula pada tahun ini - Penterjemah) untuk membiarkan Ting tercekik mampus dengan hutang. Ting hanya memiliki kilang pasang siap dan operasi pembalakan sahaja sebagai tempat pergantungan. Tetapi, di zaman kemelesetan ekonomi ini, siapakah yang memerlukan benda yang haprak itu semua?

-freeMalaysia-

Terjemahan KTK9