ADAKAH TAUFAN BESERAH AKAN MENENGGELAMKAN  BAHTERA KHALIL ?

Jika para pembaca perasan dalam beratus-ratus artikel yang saya tulis sebelum ini, belum pernah lagi saya menyentuh mengenai persoalan politik di peringkat negeri. Saya lebih banyak menumpukan kepada hal-hal politik di peringkat pusat dengan menjadikan Mahathir sebagai fokus utama, manakala Anwar pula dijadikan simbol penentangan terhadap kediktatoran Mahathir sendiri. Saya lebih berminat dengan hal-hal politik di peringkat pusat berbanding dengan pergolakan politik di negeri-negeri.  Walau bagaimanapun, disebabkan memperolehi maklumat terbaru yang betul dan tepat daripada sumber yang sahih, kali ini  saya ingin memperkatakan sedikit mengenai pergolakan politik di peringkat negeri Pahang semenjak mutakhir ini.

Tentu kita masih belum melupakan mengenai ‘bom atom’ yang digugurkan oleh Dato’ Fauzi Abdul Rahman beberapa minggu lepas sehingga meledak dan menggoncangkan bukan sahaja bahtera UMNO Pahang, bahkan kapal Titanic UMNO Mahathir sendiri. Ketika Dato Fauzi menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Ketua Perhubungan UMNO Pahang, Nan Brutal baru-baru ini, bukan sahaja orang-orang UMNO yang tersentak, malah orang-orang BA termasuk saya sendiri merasa kaget dan kagum dengan tindakan Dato Fauzi tersebut. Berani betul anak jantan UMNO sorang ini. Bukan setakat meletakkan jawatan, malah menyusul pula dengan tindakan membuat laporan polis terhadap Khalil Yaakob, orang kuat Mahathir yang dipercayai mensonglapkan wang beratus-ratus juta ketika menjadi Menteri Besar Pahang dahulu.

Ramai orang, termasuk Mahathir sendiri tidak menyangka sama sekali Dato Fauzi boleh bertindak sejauh itu.  Bagi Dato Fauzi sendiri, tindakan nekadnya itu sebagai manifestasi kekecewaannya apabila wujudnya permainan kotor untuk menyingkirkannya sebagai ketua bahagian UMNO Kuantan. Beliau sedar yang Khalil sendirilah yang menjadi punca mahu menyingkirkan beliau dari menjadi ketua bahagian di Beserah itu. Meskipun mengalu-alukan tindakan beliau itu, namun saya masih waswas apakah Dato Fauzi akan betul-betul mahu meletakkan jawatan ataupun cuma sekadar ‘menggertak’ sahaja pucuk pimpinan yang mahu menyingkirkannya sebegitu rupa. Mungkin dia beranggapan, alang-alang aku kalah atau disingkirkan, lebih baik aku berbuat sesuatu  yang akan mengena semua orang. Bijak juga perkiraan politik Dato Fauzi itu.

Kalau saudara pembaca nak tahu, ekoran tindakan Dato Fauzi itu, UMNO Pahang kini berada dalam keadaan teruk sekali. Bagai kapal yang cuma menunggu masa sahaja nak pecah dan karam. Pada 26 April lepas, Khalil yang menjadi “tertuduh” dalam laporan Dato Fauzi tersebut diperintahkan mengadap Sultan Pahang di Istana Pahang di Pekan kerana laporan rasuah dan penyelewengan yang dibuat oleh Dato Fauzi ke atasnya itu adalah 100 % benar. Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka !

Dan sebenarnya Dato Fauzi masih ada lagi menyimpan sebanyak 16 kes semuanya untuk ditelanjangkan apabila tiba masa yang sesuai nanti. Kalau Ezam dulu ada 6 kotak, kini Fauzi ada 16 kotak (?) ! Wah, hebat betul panglima kita ni. Inilah yang menyebabkan Nan Brutal bagai nak terkencing dalam seluar. Manakan tidak, kalau Dato’ Tuan Ibrahim dapat tahu, huh…bergegar DUN Pahang dengan skandal penyelewengan Khalil tersebut. Hendak tak hendak, terpaksalah Nan Brutal yang terkenal samsengnya itu tapi tak seberani manapun, mencari-cari helah dan alasan serta menyembunyikan fakta sebenar untuk mengelak daripada diketahui oleh pembangkang BA di Pahang.

Ekoran daripada itu semua, diberitakan yang Dato Fauzi juga telah dipujuk oleh pihak Istana dengan menawarkan beliau jawatan sebagai Exco.  Hai, dah sebegitu teruk kawan tu dibelasah dan dikerjakan oleh si Khalil dan Nan Brutal, tiba-tiba mahu memujuk dengan jawatan Exco sahajakah ? Mana boleh beb ! Kalau engkorang kasi aku jawatan MB tu berbaloi jugak kan ? Tapi saya tahu, Dato Fauzi ni manusia jenis berprinsip. Dia tak akan semudah itu untuk menerima pujukan orang. Apatah lagi yang memujuk itu merupakan orang yang teruk mengerjakannya sebelum itu. Nampaknya biar sama-sama kena lah kali ini.

Kalau begini, nampaknya si Khalil tu sengaja cari nahas. Dia dah tercungap-cungap sekarang ni ekoran tindakan Dato Fauzi tersebut. Macam ayam digigit tungau kata orang tua-tua. Dah kuyu. Dah mati kutu.  Nampaknya kini semacam dah tiba giliran si Khalil pulak dah nak disingkirkan  oleh si Madey tu. Sebab dan alasan dah ada. Lebih mudah lah nak menendang orang itu. Kesian jugak si Khalil tu. Bila dah jadi liabiliti, maka mudahlah dia diterajang keluar oleh si Madey nanti. Sungguhpun  begitu, Khalil nampaknya masih beruntung sebab tak pulak disuruh mengambil cuti oleh si Madey. Bila kena tang Anwar dulu, jangankan bercuti, bayangnya pun tak sempat nampak kelibat pun, terus ditendang bagai bola buruk lagaknya.

Nampak gayanya, taufan Beserah yang dibawa oleh Dato Fauzi itu benar-benar menyebabkan gelombang besar dan bakal menenggelamkan bahtera Khalil. Adakah taufan tersebut juga bakal menenggelamkan kapal Titanic usang UMNO Pahang menjelang 2004 nanti ? Sama-samalah kita tunggu dan lihat beberapa episod yang lebih "mencemaskan" tidak lama lagi.. Kepada Dato Fauzi, sekalung tahniah diucapkan tapi kalau nak letak jawatan tu janganler dok main acah-acah aje. Letak ler betoi-betoi Dato’ oooiii !!

Cucu Datuk Bahaman
3 Mei 2001