NAH……KELENTONG MAMAK!

Artikel memuatkan petikan kata-kata MAHATHIR yang dibuat secara terbuka melalui media-media kroni dan dikumpulkan dari tarikh 2hb. Julai 2000 sehingga 21hb. April, 2001 beserta dengan komen dari penulis. Setiap tarikh tersebut bersangkutan dengan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam negara.

Oleh  : Anonymous (Dipetik dari FGR – 30 April 2001)

21/4/2001 

Mengenai gesaan SUHAKAM agar demonstari dibuat di tempat-tempat tertentu seperti stadium dan dewan-dewan : “DI NEGARA INI, MEREKA TIDAK PERNAH MAHU MELAKUKAN DEMONSTRASI DI TEMPAT-TEMPAT YANG KHUSUS MELAINKAN DI JALAN-JALANRAYA”.

Komen: Nampaknya lebih banyak tahi kuda yang keluar dari mulut anda. Permohonan BA untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah ditolak berulangkali dan anda juga sedia maklum.


17/4/2001 

Mengenai ISA : “ISA TELAH MEMAINKAN PERANAN YANG AMAT BAIK SEKALI BUAT NEGARA INI”

Komen : Isa telah memainkan peranan yang amat baik sekali buat Mahathir. Sebenarnya inilah juga orangnya yang menganggap segala kemahuan dirinya menunjukkan kemahuan negara, maka keselamatan dirinya adalah  sama dengan keselamatan seluruh negara. Itulah yang dikatakan keegoan yang menggila.


16/4/2001 

Mengenai Media Asing : “KAMI TIDAK MAHU MENJADI SEPERTI MEDIA/AKHBAR DI NEGARA-NEGARA LAIN, APA YANG DIPANGGIL NEGARA-NEGARA LIBERAL, YANG MEMBUAT PEMBOHONGAN, MEMALSUKAN CERITA-CERITA, MENGAPI-APIKAN RAKYAT DAN TIDAK MEMBERIKAN GAMBARAN YANG ADIL. SEBAGAI CONTOHNYA, MEREKA MUNGKIN MELAPORKAN BAHAWA TERDAPAT BANYAK KEJADIAN RUSUHAN DI MALAYSIA, TETAPI HAKIKATNYA INSIDEN SEPERTI ITU TERLALU JARANG BERLAKU DAN HANYA TERCETUS PADA SATU TEMPAT SAHAJA.”

Komen : Jika akhbar asing bercakap tentang rusuhan, ia hanya kerana anda, sebagai Perdana Menteri, dan mesin propaganda anda menyebarkan pembohongan terhadap pihak pembangkang. Dan jika anda mahu mengkritik mana-mana akhbar tentang “membuat pembohongan, memalsukan cerita dan seterusnya…” anda tidak perlu bersusah payah mencarinya selain dari di New Straits Times, Utusan atau The Star.


15/4/2001 

Mengenai Gelita 14 (Black 14) : “MEREKA MERANCANG UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN SERAMAI 50,000 ORANG DAN MEMBERITAHU ORANG-ORANG TERTENTU BAHAWA MEREKA MAHU MENGADAKANNYA ALA INDONESIA, MAKNANYA MELALUI KEKERASAN. TETAPI ITU TIDAK BERLAKU.”

Komen: Anda boleh mengarut apa sahaja yang anda suka kerana anda tidak perlu membuktikannya. Malah dengan membabitkan negara jiran sekaligus.


13/4/2001 

Mengenai penangkapan di bawah ISA : “UNDANG-UNDANG BIASA TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MENAHAN AKTIVIS-AKTIVIS REFORMASI YANG TELAH DITAHAN DI BAWAH ISA, KERANA IA MEMERLUKAN BUKTI, DAN PERLU  MENGIKUT BEBERAPA PROSEDUR DAN PROSES-PROSES TERTENTU.”

Komen : Jika begitu, usahlah berlakon yang kerajaan anda itu normal ,mengamalkan demokrasi. Mungkin adalah lebih baik bagi anda untuk terus melenyapkan proses piliranraya kerana ia juga memerlukan pengundian dan terpaksa melalui prosedur-prosedur dan proses-proses tertentu.


3/4/2001 

Mengenai Sakit Belakang Anwar : “SAKIT BELAKANG ANWAR ADALAH SEMATA-SEMATA POLITIK DAN BUKANNYA BERKAITAN DENGAN KESIHATAN. AGENDA POLITIKNYA ADALAH UNTUK MENGHENTAM KERAJAAN, MENGGULINGKAN KERAJAAN MELALUI TEKANAN ASING DAN KEKERASAN, DAN AKHIR SEKALI UNTUK MEMBEBASKAN DIRI BELIAU SENDIRI.”

Komen : Setiap kali manusia yang keji ini membuka mulutnya, ia akan mengeluarkan segala macam sampah yang memualkan dan racun. Perlukah keadaan kesihatan seseorang dipolitikkan sehingga begitu rupa. Apa lagi yang boleh kita harapkan dari orang yang menuduh kecederaan Anwar di dalam penjara dahulu adalah perbuatannya sendiri.

“KERAJAAN TELAH CUKUP BERTOLAK- ANSUR DAN SAYA TIDAK BERAPA SETUJU DENGAN LAYANAN ISTIMEWA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADANYA, YANG TIDAK PULA DIBERIKAN KEPADA BANDUAN-BANDUAN LAIN YANG JUGA MENDERITA SAKIT BELAKANG.”

Komen: Adakah dengan dipukul oleh bekas KPN sebahagian dari layanan istimewa? Adakah kerajaan telah cukup bertolak ansur sehingga diliwat sebegitu rupa oleh Mahathir?


3/4/2001 

Mengenai Pihak Pembangkang dan Orang –orang Asing : “PARTI-PARTI PEMBANGKANG DAN ‘PENSIMPATI-PENSIMPATI ASINGNYA’ CUBA UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN MELALUI KEKERASAN DI JALAN-JALAN RAYA. KERAJAAN INI AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA INI DARI PUTAR BELIT ASING DAN PROKSI-PROKSINYA DI DALAM NEGARA INI"

Komen : Seorang diktator yang terdesak dan ketakutan menggunakan alasan lapok untuk menakut-nakutkan tentang campurtangan asing. Miloservic juga mencuba cara yang sama di hari-hari terakhir kekuasaannya. Cubalah cari muslihat yang baru, anjing (doc=dog)!

“MEREKA (PIHAK PEMBANGKANG) TELAH  MELIHAT APA YANG BERLAKU DI NEGARA JIRAN DAN KELIHATAN GEMBIRA UNTUK MELIHAT KEADAAN KUCAR-KACIR, PEMBUNUHAN ORANG-ORANG ISLAM DAN KRISTIAN, ORANG-ORANG DAYAK DAN ORANG-ORANG MEDURA, MEREKA MERASA KECEWA KERANA TIADA BERLAKU PEMBUNUHAN DI MALAYSIA”.

Komen : Bagaimana kalau dikatakan tiada sesiapa pun., bukan pihak pembangkang, atau orang-orang asing ataupun mereka yang membenci hati perut Mahathir melakukan sesuatu yang amat menjijikkan dengan menuduh orang -orang lain melakukan tindakan keji seperti itu tanpa sebarang bukti. Dengan tuduhan yang tidak berasas itu sudah tentu tahi itu akan terpantul semula dan melekat kepada si penuduh.


29/3/2001 

Mengenai Rawatan Pembedahan Untuk Anwar : “KAMI TAHU KENAPA ANWAR MAHU MELAKUKAN PEMBEDAHAN DI LUAR NEGARA. KAMI TAHU JIKA KAMI BENARKAN DIA PERGI, DIA TIDAK AKAN KEMBALI SEMULA.”

Komen : Tidak benar sama sekali hai orang tua yang pendendam. Dan kalaupun sekiranya berlaku perkara tersebut, yang kemungkinannya amat jauh sekali, anda sepatutnya menjadi orang yang paling bahagia sekali di muka bumi ini. Tetapi ia bukanlah mengenai keadilan ataupun politik. Semua itu hanya disebabkan oleh seorang tua yang berniat jahat dan penuh dengan perasaan cemburu dan dengki.


27/3/2001 

Mengenai Malaysia yang Lebih Liberal : “KITA LEBIH LIBERAL DARI MYANMAR, CUBA, CHINA, ZIMBABWE DAN KOREA SELATAN. KITA BOLEH BERBANGGA DENGANNYA.”

Komen : Ya, kita lebih liberal dari Myanmar, Cuba. China, Zimbabwe dan Korea Selatan. Dan kita boleh berbangga dengannya.


24/3/2001 

Mengenai Empangan Bakun : “PROJEK-PROJEK BESAR YANG DIBUAT UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT MALAYSIA BUKANLAH SESUATU YANG MEMBAZIR DAN ATAS SEBAB ITU KERAJAAN AKAN MENERUSKAN PERLAKSANAANNYA BIARPUN TERDAPAT TUDUHAN-TUDUHAN YANG DILEMPARKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG SUKA MEMBURUK-BURUKKAN.”

Komen : Empangan Bakun yang akan mengeluarkan kuasa yang melebihi dari apa yang diperlukan oleh Sarawak dan Sabah telah menjadikan projek yang menelan perbelanjaan yang sangat tinggi ini tidak lebih dari mimpi-mimpi gah yang menggila yang sebenarnya tidak mampu ditanggung oleh negara ini.


20/3/2001 

Mengenai kuasa yang dipegang terlalu lama : “MEMEGANG SATU-SATU JAWATAN TERLALU LAMA AKAN MEMBAWA KEPADA KORUPSI. APABILA SESEORANG DIBERI KEKUASAAN, KORUPSI AKAN BERLAKU PADA AKHIRNYA.”

Komen : Jadi mengapa anda masih di situ? Tidak cukupkah lagi dengan apa yang telah anda curi dan mempertahankan secukupnya orang-orang yang korup?


15/3/2001 

Mengenai Kg. Medan : “PIHAK PEMBANGKANG KINI MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA RAKYAT MISKIN DENGAN MENGGALAKKAN MEREKA UNTUK MENYUARAKAN BANTAHAN KEPADA KERAJAAN. KITA BOLEH LIHAT BAGAIMANA MEREKA BERTUMPU KE KAWASAN-KAWASAN SETINGGAN DAN MENUNJUKKAN SIMPATI KEPADA MEREKA (PENDUDUK SETINGGAN) DENGAN MELAWAT MEREKA YANG SAKIT DAN CEDERA DI HOSPITAL.”

Komen : Dari tahap kebodohan yang diskelkan dari 1 – 10, yang ini merupakan tahap ke 11! Apakah tiada sebarang benda di dunia ini yang tidak digunakan untuk membuat tuduhan kepada pihak pembangkang? Adakah rakyat Malaysia berhak untuk menerima orang  yang bermulut jahat sepertinya yang jelas tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri?


10/3/2001 

Mengenai Malaysiakini : “MEREKA INI (MALAYSIAKINI) BERSIKAP SEPERTI PENDERHAKA-PENDERHAKA DAN RAKYAT YANG CINTAKAN MALAYSIA TIDAK AKAN MENYOKONG MALAYSIAKINI.”

Komen : Definisi Mahathir tentang penderhaka : Sesiapa sahaja yang mendedahkan kronisme dan korupsi/ rasuah di dalam kerajaan. Defini Mahathir tentang cinta kepada Malaysia : Cinta kepada Perdana Menteri yang korup.


8/3/2001 

Mengenai Perbincangan Perpaduan Melayu : “Tujuan perjumpaan itu adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu seperti hak-hak orang-orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa kebangsaan, dan status Raja-Raja Melayu kerana terdapat beberapa percubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencabar keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Komen : Oleh kerana semua itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan, siapa pula yang mencabar hak-hak tersebut? Mengapa pula orang-orang Melayu perlu duduk dan bercakap tentang mempertahankan hak-hak mereka dari musuh khayalan yang akan dituding ke arah orang-orang bukan Melayu? Satu lagi percubaan menggunakan sentimen politik perkauman yang menjijikkan untuk menimbulkan ketakutan dan rasa tidak percaya di kalangan kaum bagi meneruskan kuasa pemerintahan.


4/3/2001 

Mengenai keADILan : “MEREKA  (KEADILAN) TELAH MELIHAT APA YANG BERLAKU DI NEGARA JIRAN DAN KELIHATAN GEMBIRA MELIHAT KEADAAN KUCAR-KACIR, PEMBUNUHAN ORANG-ORANG ISLAM DAN KRISTIAN, ORANG-ORANG DAYAK DAN MADURA; MEREKA KECEWA KERANA TIADA BERLAKU PEMBUNUHAN DI MALAYSIA.”

Komen : Ini bukannya politik, ini adalah tuduhan melulu seorang tua yang berniat jahat yang mengeluarkan kata-kata yang menghina jirannya hanya kerana mereka tidak bertentangan mata antara satu sama lain. Sungguh menjijikkan dan memeranjatkan sekali!


22/9/2000 

Mengenai agensi-agensi berita asing: “RAKYAT NEGARA YANG SEDANG MEMBANGUN PERLU MENARUH KEPERCAYAAN TERHADAP MEDIA MEREKA SENDIRI DARI BERGANTUNG KEPADA MEDIA BARAT UNTUK MAKLUMAT YANG TEPAT.

Komen : Ini adalah satu penipuan yang sungguh meloyakan, menjijikkan dan memalukan keluar dari mulut Mahathir. Selepas menguasai media tempatan untuk menjadi alat propaganda murahan partinya, Mahathir dengan muka yang tidak tahu malu itu sanggup mengatakan bahawa mereka memberikan maklumat yang tepat kepada kita. Di dalam setiap muka surat media tempatan yang dipenuhi dengan najis itu , kita mempunyai laporan yang sangat berat sebelah pernah berlaku pada sebuah negara yang ‘demokrasi’.


21/9/2000 

Mengenai Kawalan media massa asing : “ ADALAH SESUATU YANG TIDAK BERMORAL BAGI KERAJAAN (ASING) UNTUK MENGAWAL MEDIA MASSA (ASING).

Komen : Mulakan dengan rumah anda , anjing, sebelum anda mahu mengkririk orang lain. Agensi-agensi berita asing tidak mempunyai hubungan dengan kerajaan mereka tetapi di Malaysia akhbar-akhbar utama dan stesen-stesen TV semuanya dimiliki oleh parti pemerintah atau kroni-kroni mereka. Penapisan dan kawalan telah menjadikan media massa tempatan tidak lebih dari alat-alat untuk parti. Pembohongan Mahathir sungguh menjijikkan dan jika anda mahu muntah pada bila-bila masa anda hanya perlu membaca penipuan yang dimuntahkannya.


5/9/2000 

Mengenai Internet : “RAKYAT MALAYSIA LEBIH SUKA MENGGUNAKAN INTERNET UNTUK MENYEBARKAN FITNAH DAN MENDAPATKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG TIDAK BERFAEDAH.”

Komen : Definisi fitnah buat Mahathir adalah sebarang pendedahan tentang penyalahgunaan dan perbuatan-perbuatan yang salah oleh kerajaan dan ahli-ahli politik. Definisi tentang maklumat –maklumat yang tidak berfaedah pula baginya adalah sebarang kritikan terhadap kerajaan dan parti pemerintah. Bangunlah dari tidur Mahataik. Internet menyediakan satu pilihan yang amat bernilai dari media kawalan kerajaan yang penuh dengan najis itu dan rakyat Malaysia sedang mengambil peluang untuk mendapatkan cerita yang sebenarnya tentang regimmu yang korup itu. Adalah diharapkan agar kebebasan penyaluran maklumat di Internet akan menghancurkan kediktatoranmu.


1/9/2000 

Mengenai orang-orang asing : “ORANG-ORANG ASING TERTENTU CUBA UNTUK MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA INI DAN MENYEMAIKAN KEBENCIAN DI KALANGAN KAUM BAGI MENYEBABKAN KETIDAKSTABILAN DENGAN HARAPAN CARA ITU AKAN MEMAKSA KITA TUNDUK MEMINTA BANTUAN DARI MEREKA.”

Komen : Usahlah disalahkan orang-orang asing. Anda sendiri telah melakukan tugas yang amat baik sekali di dalam menaikkan semangat perkauman untuk menyelamatkan diri sendiri. Sungguh memalu dan menjijikkan bagi seorang Perdana Menteri. Rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik dari ini. Carilah isu-isu yang baru daripada  memainkan isu penjajahan asing berulang-ulang kali.


31/8/2000 

Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan : “TUNTUTAN SUQUI TIDAK BANYAK BERBEZA DENGAN KOMUNIS DAN MEREKA JUGA SAMA SEPERTI KUMPULAN PELAMPAU AL MA’UNAH”.

Komen : Jadi anda cuba untuk menimbulkan sentimen perkauman dan rasa tidak percaya untuk mengalih perhatian dari Anwar dan memenangi semula sokongan orang-orang Melayu di bawah kepimpinan anda yang korup, bukan? Satu permainan yang sangat merbahaya tetapi rakyat Malaysia sudah cukup matang dan berfikiran untuk jatuh ke dalam muslihat kotor anda sekali lagi. Kemuncak kepada perasaan terdesak dan jijik. Ptui!


26/8/2000 

PAS tidak berterima kasih : “PAS TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH. MEREKA PERLU MEMBAYAR DAN MEMULANGKAN SEMULA SEMUA BIASISWA, SEMUA KEMUDAHAN JALAN DI DALAM KAMPUNG-KAMPUNG, DAN CUKAI-CUKAI YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBIAYAI PEMBANGUNAN DI KAMPUNG-KAMPUNG. MUNGKIN KITA BOLEH MENGOREK SEMULA JALAN-JALAN TERSEBUT.”

Komen : Pulang ke poket ANDA atau DAIM nantinya duit itu? Sekiranya anda terlupa yang duit awam itu adalah milik rakyat dan bukannya milik parti atau kroni-kroni anda, dengan hormatnya silalah letak jawatan. Apa pula sebabnya rakyat perlu berterima kasih kepada Mahathir dan Umno kerana diberikan biasiswa?


25/8/2000 

Mengenai kritikan asing tentang Anwar : “SAYA MERASA KASIHAN KEPADA MEREKA (MERUJUK KEPADA PERSATUAN ISLAM AMERIKA UTARA YANG MENARIK BALIK JEMPUTAN KEPADA BELIAU UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN) YANG HANYA MENDENGAR DARI SEBELAH PIHAK SAHAJA. MEREKA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN KEBENARAN DENGAN PROPAGANDA.”

Komen : Anda sepatutnya  merasa kasihan kepada mereka yang membaca hanya akhbar-akhbar yang dipenuhi najis yang dikawal oleh kerajaan dan kemudiannya percaya kepada pembohongan, putarbelit dan berita-berita separuh benar yang disiarkan itu. Mereka hanya boleh mendengar pada sebelah pihak……bahagian kesamsengan Mahathir.


9/8/2000 

Mengenai keputusan kes liwat Anwar : “DIA TELAH DIBERI SEMUA PELUANG UNTUK MEMBELA DIRINYA. ITU ADALAH SATU KES PERBICARAAN YANG NORMAL, TIDAK ADA KONSPIRASI.”

Komen : Hoi orang tua, telah sampai masanya untuk kau terjun ke dalam tasik. Mungkin ikan-ikan kecil di sana akan mempercayai apa yang kau cakapkan.

“SAYA PASTI MAHKAMAH TELAH MENJATUHKAN HUKUMAN TERSEBUT (9 TAHUN) KERANA ITULAH HUKUMAN YANG TEPAT UNTUK KESALAHAN ANWAR ITU.”

Komen : Hakim patung itu memberikan hukuman yang keras kerana ia mengikut rentak anda. Tiada hakim yang mulia akan memberikan hukuman yang keterlaluan seperti itu Marilah kita lihat sama ada Rahim Noor akan tinggal walau sehari di dalam penjara kerana memukul Anwar sehingga hampir maut. Keadilan telah diliwat oleh anda, hakim itu dan Peguam Negara.


31/7/2000 

Mengenai anak-anak lelakinya : “ANAK-ANAK LELAKI SAYA TIDAK BERGANTUNG KEPADA SAYA. PERNIAGAAN MEREKA TIDAK MELIBATKAN KERAJAAN.”

Komen : Jika tidak kerananya anak-anak lelakinya itu akan menjadi ahli-ahli perniagaan yang tidak berjaya sebagaimana yang selayaknya buat mereka. Tiada kebolehan dan terlalu lama disuapkan ke mulut mereka dengan peluang-peluang, mereka adalah seiras dengan gaya nepotisme Suharto. Apabila mereka melanggar lorong yang sukar, mereka boleh bergantung kepada kerajaan untuk menyelamatkan mereka. Cuba bertanya kepada Mirzan Mahathir yang syarikat perkapalannya gagalnya itu telah dibeli Petronas  dengan wang tunai. Apabila ditanya tentang faktor yang paling penting bagi kejayaannya, Mirzan ada satu perkataan – “Daddy-kasi”.


29/7/2001

Mengenai perhimpunan yang dirancang pada  4hb. Ogos : “JANGAN SAMBUT PANGGILAN MEREKA. PERHIMPUNAN-PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN ITU AKAN MENJEJASKAN EKONOMI TERUTAMA KEHIDUPAN PENIAGA-PENIAGA KECIL YANG BERNIAGA DI TEPI-TEPI JALAN. INI ADALAH SATU PROSES YANG AKAN MENYEBABKAN ORANG-ORANG MISKIN MENJADI MANGSA.”

Komen : Sejak bila pula sang diktator ini dan para hartawan begitu mengambil berat hal orang-orang miskin? Polisi-polisinya seringkali dirangka untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni kaya seperti Renong dan juga kroni-kroni  penswastaan cepat kaya seperti Indah Water. Orang-orang biasa terpaksa membayar lebih bagi mengkayakan anak-anak lelaki dan kroni-kroninya. Sebenarnya perhimpunan yang dirancang itu akan memberikan faedah kepada peniaga-peniaga kecil  dan penjual-penjual di gerai-gerai dengan mebawa lebih ramai orang kepada mereka jika tidak kerana babi-babi berbaton yang kejam memukul orang ramai yang berhimpun secara aman dan menyembur gas pemedih mata dan air berasid.


28/7/2000 

Mengenai perkaitan-perkaitan kaum : “SELEPAS RUSUHAN KAUM PADA TAHUN 1969, KERAJAAN BARISAN NASIONAL TELAH BERTUNGKUS-LUMUS MENGELUARKAN PUNCA YANG MENIMBULKAN  PERBEZAAN YANG KETARA DAN RASA CEMBURU DI ANTARA KAUM.”

Komen : Anda terlupa untuk memberitahu bahawa pada setiap pilihanraya sejak 1969, Barisan Nasional telah menjalankan peranan yang amat berkesan dengan menimbulkan rusuhan kaum pada 1969 bagi menakutkan orang-orang Cina dan India supaya mengundinya. Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila muslihat-muslihat yang menjijikkan itu terpaksa digunakan berulang-ulangkali walaupun selepas 30 tahun  insiden itu berlalu. Barisan Nasional tidak pernah merasa bersalah di atas tindakannya menimbulkan ketakutan di antara kaum semata-mata untuk terus berkuasa.


25/7/2000 

Mengenai Pengkorporatan Malaysia : “KONSEP PENGKORPORATAN MALAYSIA TELAH MEMBANTU MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN DI ANTARA MASYARAKAT BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA.”

Komen : Konsep pengkorporatan Malaysia telah menjadi satu cara untuk memerah wang dari orang kebanyakan bagi mengkayakan lagi kroni-kroni yang kaya. Di dalam setiap kes, penswastaan telah menyebabkan pertambahan kos kepada pengguna-pengguna sedangkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan masih sama atau menjadi lebih teruk. Sesetengah pertambahan itu terjadi secara mendadak aeperti kos ubat-ubatan semenjak penswastaan stor perubatan kerajaan. Apabila langkah penswastaan itu gagal mengaut keuntungan yang banyak untuk mereka yang menjalankan penswastaan itu, kerajaan akan bersedia untuk membeli semula syarikat tersebut menggunakan tabung pembayar cukai sepertimana RM800 juta dibayar secara beransur-ansur kepada Indah Water.


2/7/2000 

Mengenai laporan perkhidmatan wayar asing : “NEGARA-NEGARA ASING TIDAK PATUT BERGANTUNG KEPADA LAPORAN-LAPORAN PERKHIDMATAN WAYAR ASING UNTUK BERITA-BERITA TENTANG NEGARA-NEGARA ISLAM YANG LAIN KERANA PERKHIDMATAN WAYAR BARAT SEPERTI AP, REUTERS DAN AFP MEMUTARBELITKAN LAPORAN-LAPORAN SUPAYABERSESUAIAN DENGAN AGENDA MEREKA SENDIRI.”

Komen : Apa itu agenda sendiri? Mengapa pula perkhidmatan berita barat yang kesemuanya bebas dan tiada hubungan di antara satu sama lain perlu mempunyai agenda terhadap sebarang negara? Adakah kita perlu mempercayai yang kuasa barat telah datang untuk menjajah kita hanya kerana Mahathir berkata begitu? Adakah Mahathir mempunyai agendanya sendiri untuk memperkatakan sesuatu yang mengarut?

“SATU CARA YANG LEBIH BAIK ADALAH UNTUK MENDAPATKAN BERITA-BERITA DARI AGENSI-AGENSI TEMPATAN NEGARA-NEGARA YANG BERKENAAN.  MASA AKAN MEMBUKTIKAN BAHAWA AGENSI-AGENSI TEMPATANLAH YANG MENYEDIAKAN BERITA YANG TEPAT.”

Komen : Ptui! Bukankah ini datangnya dari seorang diktator yang telah menyekat akhbar-akhbar di negaranya untuk menjadi mesin propaganda regimnya? Akhbar yang melindungi korupsi dan penyalahgunaannya sendiri dan kroni-kroninya dan lebih dahsyat lagi, menyiarkan sesuatu yang tidak logik bagaikan batu-batu permata yang amat tinggi nilainya. Rakyat Malaysia lebih rela mempercayai agensi-agensi berita asing dari mukasurat-mukasurat yang penuh dengan najis pada akhbar tempatan.

Terjemahan Bazooka