Kelentong YB

Pertanyaan buat YB Mohd Shakar Shamsuddin (Adun Lanchang)

Utusan Malaysia hari ini bertarikh 3 May 2001(Khamis) telah menyiarkan kenyataan oleh  Adun (Umno) Lanchang, YB Mohd Shakar Shamsuddin. Salah seorang dari ribuan anak didik Anwar Ibrahim yang telah meninggalkan 'bekas guru'  untuk meneruskan cita-cita peribadinya dalam politik.

Dalam  kenyataannya itu,YB Mohd Shakar telah membidas pembangkang kerana mengatakan kerajaan yang ada sekarang ini zalim dan tidak nampak kebaikan yang telah kerajaan buat selama memerintah.

Dan ini pertanyaan buat YB ,

1). Anwar Ibrahim di belasah dan di biarkan beberapa hari tanpa di rawat oleh Ketua Polis Negara adakah itu tidak zalim?

2). Perdana Menteri membuat kenyataan yang Anwar Ibrahim mencederakan diri sendiri adakah itu tidak zalim?

3). Menuduh dan mengaibkan seseorang tanpa bukti yang kukuh adakah itu tidak zalim?

4). Menjatuhkan hukuman tanpa dapat membuktikan kesalahan seseorang itu, adakah itu tidak zalim?

5). Menafikan rawatan pilihan pesakit adakah tidak zalim?

6). Menahan seseorang itu tanpa bukti dan tanpa bicara adakah itu tidak zalim?

7). Menafikan royalti minyak terhadap kerajaan negeri yang di perintah oleh PAS adakah tidak zalim?

8). Rakyat di ugut, di tindas jika bertindak menyokong pembangkang itu adakah tidak zalim?

dan beribu-ribu lagi kezaliman yang telah kerajaan BN lakukan terhadap rakyat Malaysia yang tidak mungkin dapat di paparkan di sini. Adakah YB  sudah tidak dapat membezakan antara kebaikan dan kezaliman?. Adakah YB  telah lupa kepada prinsip kehidupan manusia atau YB sekarang telah menganut fahaman politik menghalalkan cara yang menjadi fahaman anutan Yahudi atau menjadi penganut fahaman Mahathir, dalam politik tidak ada lawan yang kekal dan tidak ada kawan yang kekal?

Saya rasa lebeh baik YB jangan bercakap jika YB sendiri tidak bersetuju dengan segala kezaliman yang telah kerajaan yang ada sekarang lakukan kerana ianya membuatkan rakyat semakin muak dan benci terhadap kerajaan yang ada sekarang. Rakyat sekarang bukan bodoh. Rakyat sudah dapat menilai buruk baik. JIka YB masih beranggapan yang rakyat masih lagi seperti di zaman selepas merdeka, YB tersilap besar. YB sebenarnya seorang yang berkarisma dan berkaliber untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa tapi sayang, akibat dari fahaman politik anutan YB sekarang, kesemua itu telah hilang. Rakyat tidak mahu seorang pemimpin yang hanya berjuang demi kepentingan peribadi. Rakyat mahukan seorang pemimpin berani berkata demi kebenaran walau pun pahit! Jangan tunggu lagi YB sebab jauh di sudut hati kecil, YB tau apa yang sebenarnya berlaku. 'JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN'. YB takut ke?. Kalau takut jangan bicara soal perjuangan.... ok YB?

salam reformasi

Penguasa