Tolong Ingatkan Sdr. Sharkar Shamsuddin (ADUN Lanchang)

Saya tertarik dengan artikel “Pertanyaan buat YB Mohd Sharkar Shamsuddin” oleh Penguasa di http://www.geocities.com/webreformis/0305_02.htm (juga didisiarkan dalam laman ini semalam~webmaster) berhubung kenyataan Sharkar dalam Utusan Mei 3, 2001.

Saya adalah antara orang yang mengenali Saudara Sharkar Shamsuddin dengan dekat dan tahu kisah hidup Saudara semenjak lebih 20 tahun lalu!

Soalan-soalan yang diutarakan oleh “penguasa” dalam artikel itu amat tepat sekali.  Malah Sharkar, selepas DSAI dipecat termasuk pada malam mesyuarat MT pada lewat malam 3 Sept 1998, Sharkar ini masih berada di rumah DSAI (termasuklah juga Fuad Hassan).  Sharkar masih menaruhkan peluang untuk melonjat naik dalam kem DSAI jika suasana dapat ditukarkan pada masa getir itu.

Namun, apabila dilihatnya peluang untuk DSAI sukar maka dia cepat-cepat membelot.  Dan terus memuja dan mengampu Mahathir.  Beliau juga nampak bahawa beliau lebih sukar untuk naik dalam kem mereka yang penuh berkaliber seperti dalam kem DSAI pada masa itu.  Maknanya, kedudukan dia terlalu “junior” dan tiada merit yang boleh dia tonjolkan dan sukar untuk diketengahkan.  Ditambah pula kedudukan kewangan ketika itu masih tidak kemas walaupun sudah lama mengutip hasil semasa di Sekretariat Pemuda UMNO.

Saya nak minta sesiapa yang boleh sampaikan mesej ini kepada Sdr. Sharkar. Tolong pesan dengan dia supaya ingat bahawa dia, Sdr. Sharkar, mempunyai terlalu banyak cerita baik semasa di Yayasan Anda, di Terra Haute (Indiana) mahupun di Los Angeles.  Ramai kenalan yang amat rapat dan tersangat arif perilaku Sdr. Sharkar.

Takkanlah saya nak ceritakan semuanya dalam ruang ini – tak manis nantikan Sdr. Sharkar?  Tapi Saudara kenalah ingat-ingat – jangan sampai saya terpaksa senaraikan segala aktiviti lampau … kita nih dalam cuba untuk menjadi baik ada juga terlajaknya … bukankah begitu Saudara?.

Saya hanya ingin mengingatkan Sdr. Sharkar supaya perlahan sikit dan jangan laju sangat dalam menghentam Cikgu (DSAI) anda.  Satu masa nanti roda akan berpusing – adakah anda mahu jadi macam Ibrahim Ali?  Juga, jangan lupa rakan-rakan yang telah ramai dalam BA.  Rakan-rakan dalam UMNO hanya menumpang apa yang Saudara inginkan juga.  Kesenangan buat sementara.

Saudara sekarang amat sibuk mencari rakan-rakan yang sedang mencari peluang niaga kerana Saudara sendiri mahu tolong lobikan.  Dan “percent” yang Saudara minta dengan saya tempoh hari masih saya ingat.  (Saya lebih rela untuk tidak diberi projek itu) Dan kata-kata Saudara hari itu saya rakamkan dalam ingatan saya.

Saudara ingat Adnan (MB) percaya 100% dengan Saudara?  Adnan pun nak jangan kedudukannya.  Orang macam Saudara bukan seorang tambah lagi dalam UMNO – bersepah!.

Saya juga tahu syarikat-syarikat yang saudara sekarang terlibat.  Manusia nih kadang-kadang lupa apa yang telah mereka ucapkan!  Saudara ingat semua kakitangan dan rakan kongsi itu semua setia dengan Saudara?  Beberapa salinan dokumen sulit dalam tangan saya.  Jika diguna semasa Pilihanraya 2004 – lebih sensasi dan bermakna.

Saya pun rasa macam kenal je “penguasa” tu …

Dari:
Trojan USC