Terjemahan: SPAR-06-001

Penghukuman Dua Mahkamah Tinggi Yang Berbeza
(Two High Court Judgments Vary In ISA Habeas Corpus)

Rakyat Malaysia menjadi gerun dan terkejut menyaksikan dua daripada penghukuman yang paling bercanggahan diisytiharkan oleh dua orang hakim mahkamah tinggi mengenai permohonan Habeas Corpus oleh mangsa yang terbabit. Augustine Paul, hakim yang mula-mula mendengarkan permohonan Habeas Corpus (tunjukkan tubuh-badan - penterjemah) oleh lima orang tahanan ISA, telah menolak permohonan itu dengan tegas seperti yang dijanjikan. Beliau memberi alasan dengan menyebut sebab-sebab keselamatan negara dan hak polis menjalankan tugas mereka. Berbeza pula dengan keputusan haprak itu, seorang lagi hakim mahkamah tinggi telah mendengar permohonan yang serupa mengenai dua lagi tahanan ISA itu, dan memerintahkan agar dua orang mangsa ISA dibawa untuk menghadirkan diri mereka di mahkamah.

Dua keputusan hakim yang ternyata datang dari dua khemah yang bertentangan, telah mencetuskan krisis pengadilan, dengan mendedahkan kepada rakyat marhaen betapa wujudnya sesuatu yang memang tidak betul dan munasabah dengan salah seorang daripada dua hakim tersebut. Keputusan yang kontroversi ini mendedahkan satu pengadilan yang berbelah-bagi kerana telah dirasuk pengaruh kebajingan yang dikotak-katikkan oleh tangan eksekutif kerajaan. Hakim Augustine Paul, yang terkenal dengan sikap “tidak relevan” beliau dalam perbicaraan Anwar yang penuh dengan tipu helah, ternyata sudah termakan budi ketua eksekutif negara, sehinggakan tidak lagi mampu membuat sebarang pilihan selain memuaskan kehendak tuan politiknya dan menolak permohonan tahanan ISA. Ini memang sudah dijangkakan dan rakyat Malaysia yang biasa dengan gelagat hakim yang sungguh korup dalam kes perbicaraan palsu Anwar dulu, memang tidak pun terkejut apabila “hakim mahkamah kangaroo” menyatakan pendiriannya.

Menyanggah pendirian ini ialah Hakim Hishamuddin. Beliau telah memberikan arahan mahkamah agar polis mengemukakan dua tahanan yang menjadi mangsa ISA itu ke muka pengadilan dalam beberapa hari yang mendatang. Penghukuman begini memang amat diharapkan tetapi tidak berapa dijangkakan setelah melihatkan bagaimana penghakiman telah diabadikan dan dijadikan mainan nafsu-nafsi seorang eksekutif yang zalim. Apatah lagi selepas terjalinnya episod ‘blockbuster’ perbicaraan Anwar. Dalam ‘perbicaraan abad ini’ rakyat Malaysia telah disogokkan dengan jijiknya, bagaimana pengadilan telah diaibkan sehingga melutut untuk menerima arahan seorang dictator yang kejam dan menghukum seorang mangsa yang tidak berdosa dan tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya, Anwar Ibrahim.

Dua keputusan hakim yang bercanggahan ini terus mempunahkan jentera kehakiman yang sudah pun busuk dan mereput, sambil menghayunkan satu libasan yang amat dahsyat kepada kepimpinan Mahathir yang amat bangsat. Kini, si bangsat ini sudah dikira sebagai manusia yang bertanggungjawab mempunah-ranahkan system kehakiman Malaysia. Kecelaruan dan kerosakan kepada jentera pengadilan telah mencemarkan susunan ketata-negaraan Malaysia, menjadikannya rapuh dan lumpuh kepada tindak-tanduk dan nafsu-nafsi satu barisan eksekutif yang tidak berwibawa di bawah pimpinan seorang penyangak bernama Mahathir.

Keputusan hakim yang berbeza ini memperakukan dengan amat jelas betapa konspirasi mega yang dilakar oleh Mahathir (Mahathirian Conspiracy) telah direncana dengan sifat yang begitu kejam untuk memfitnah dan mendakwa Anwar Ibrahim. Sudah menjadi satu kenyataan yang jelas bahawa Anwar telah dihumbankan keluar daripada arena politik oleh Mahathir yang dihantui ketakutan yang amat sangat kerana dirundung kerisauan bahawa Anwar tidak akan menjamin keselamatan diri dan juga ahli keluarganya. Peristiwa inilah yang membogelkan banyak amalan penipuan dalam pentadbiran penghakiman oleh Mahathir. Inilah yang terus memercikkan bara kejijikan yang menghakiskan kewibawaannya, sehingga meruntun beliau ke kancah penghinaan yang akhirnya akan terus membebani segala dosanya untuk jatuh melutut daripada puncak kuasa.


Spirit of Truth.
Artikel asal: http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_67.html
Terjemahan: SPAR-06-001