Artikel asal di FGR 4 Mei 2001

SPAR-04-002

Tajuk : Watak-Watak Yang Terlibat Dalam Kisah ini

Oleh : Pelapor Jenayah

Watak-watak Terlibat Dalam Kisah Ini:
1. Rahim Nor
2. Ahtar Tahir
3. Mokhtar Abdullah
4. Gani Patail
5. Azmin
6. Hamdan Indah
7. Eusoffe Chin
8. Lamin
9. Ahmad Fairuz
10. Mohtar Sidin
11. Shaik Daud
12. KC Vohrah
13. Azizan
14. Shamsinar
15. Azhar
16. Augustine Paul
17. Arrifin Jaka
18. Anwar Ibrahim

Tiada sesiapapun yang yang terkejut apabila seorang hakim Mahkamah Sesyen, seekor kaldai bernama Ahtar Tahir, mendapati Azmin bersalah di atas kesalahan memberi keterangan palsu di mahkamah. Semua ini tidak lain dari skrip yang disediakan oleh Gani Patail dan geng-gengnya. Mungkin sebagai permulaan adalah lebih baik jika didedahkan kepada umum akan manusia yang bernama Ahtar, yang merupakan salah seorang dari kerabat si Gani Patail.

Pertama sekali, masyarakat umum perlu diingatkan bahawa Azmin telahpun dibicarakan buat  pertama kali bagi kes yang sama di hadapan hakim mahkamah sesyen Hamdan Indah, yang telah membuang kes tersebut tanpa memanggil Azmin untuk membela dirinya. Seperti biasa, Patail yang seekor lagi yang merupakan Hakim Mahkamah Tinggi telah mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh Hamdan, dan mengarahkan Azmin untuk dipanggil membela dirinya. Sepatutnya apabila sessi pembelaan dipanggil, kes tersebut perlu didengar oleh Hamdan sekali lagi. Tetapi penjenayah-penjenayah dan penyangak-penyangak, yang terdiri dari Eusoffe Chin dan Mohtar telah memindahkan Hamdan keluar dari situ dan tempatnya digantikan dengan seorang hamba suruhan yang lembik, Ahtar Tahir, untuk meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Keduanya, masyarakat umum juga perlu diingatkan bahawa Ahtar Tahir juga adalah hakim yang sama digunakan untuk mengendalikan kes Rahim Noor yang mengaku bersalah dan memberikan hukuman penjara yang teramat rendah, tidak juga menjadi satu kejutan dan sememangnya di atas arahan Gani dan Mohtar. Apakah peranan Gani dan Mohtar di dalam kes Rahim ini? Setakat ini seluruh dulu sudahpun mengetahui bahawa pada  malam Rahim memukul Anwar, Gani dan Mohtar, ahli kepada geng konspirasi, berada di Bukit Aman. Kedua-duanya sedar bahawa pada malam itu Rahim telah memukul Anwar sehingga lembik. Anwar telah ditangkap lebih awal pada hari yang sama di atas tuduhan meliwat dan dijangka akan didakwa pada keesokan harinya.

Mereka berdua (Mohtar dan Gani) telah merangka satu rancangan besar untuk menutup jenayah yang telah dilakukan, dengan menasihatkan Rahim untuk menahan Anwar di bawah ISA bagi membolehkan penahanan sehingga 60 hari tanpa perlu membawa Anwar ke hadapan majistret di dalam masa 24 jam, seterusnya dapat menyembunyikan kes serangan itu. Maka adalah jelas bahawa Gani dan Mohtar juga bersubahat di dalam jenayah memukul Anwar yang dilakukan oleh Rahim. Kedua-duanya boleh didakwa di bawah Kod Penal kerana melindungi jenayah, apatah lagi apabila kedua-duanya merupakan Pendakwaraya dan Timbalan Kanan Pendakwaraya.

Yang ketiga, umum juga perlu diingatkan bagaimana Mohtar telah berbohong kepada negara ini apabila beliau mendedahkan bahawa penyiasatan polis berkaitan kes serangan itu gagal untuk mengenalpasti siapakah orang yang melakukan kesalahan itu, sedangkan Mohtar sendiri bersama-sama Gani tahu pada malam kejadian itu Rahimlah yang telah memukul Anwar.

Oleh yang demikian, perbicaraan Rahim hanyalah merupakan satu lakonan pentas arahan Gani dan Mohtar, bukan sahaja untuk membantu Rahim tetapi juga diri mereka sendiri. Ia sepatutnya menjadi satu sandiwara perbicaraan di mahkamah sesyen dan mahkamah tinggi, kemuncaknya berakhir dengan Mahkamah Rayuan yang korumnya terdiri dari mungkin Lamin, Ahmad Fairuz dan Mohtar Sidin, ahli-ahli konspirasi dari bidang kehakiman, duduk dan mendengar rayuan dibuat dan membatalkan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Rahim.

Itu adalah rancangan yang asal, dan barangkali alasan mengapa tiada rayuan-balas dari Pendakwaraya ke atas hukuman. Tetapi atas kehendak Tuhan, rancangan mereka tidak menjadi kenyataan. Eusoffe Chin dan Lamin telahpun bersara. Ahmad Fairuz kini bertugas di Mahkamah Persekutuan meninggalkan hanya satu konspirator Mohtar Sidin di Mahkamah Rayuan.

Korum Mahkamah Rayuan yang akhirnya mendengar kes rayuan tersebut antaranya terdiri dari 2 hakim yang bernama Shaik Daud dan KC Vohrah, kedua-duanya merupakan hakim yang bersih dan amanah yang tidak mudah tunduk kepada campurtangan pihak eksekutif. Begitu juga dengan pengesahan hukuman. Saya pasti semua hakim di KL termasuk hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar kes rayuan Rahim sedar akan peranan Mohtar dan Gani di dalam kes serangan Rahin terhadap Anwar. Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan kata-kata yang halus dan mengecil-ngecilkan yang membayangkan bahawa mereka tidak memahami mengapa pihak Pendakwaraya tidak membuat rayuan-balas terhadap keputusan itu dan barangkali juga ini ditujukan kepada Gani dan Mohtar. Peranan mereka di dalam kes serangan Anwar, telah dibincangkan secara senyap-senyap dan dibisikkan di sepanjang anjung bangunan Sultan Sulaiman, tidak dapat dinafikan lagi bahawa perbuatan mereka itu adalah sungguh keji. Kedua-duanya memberikan aib yang amat besar kepada bidang kerjaya perundangan.

Kembali semula kepada kes perbicaraan Azmin, Gani telah diketahui umum tentang kebencian dan penghinaannya terhadap ahli-ahli Keadilan. Pendakwaannya yang berterusan dan tiada henti terhadap ahli-ahli Keadilan, bukan sahaja menjijikkan tetapi menjadi punca keaiban kepada sesetengah Timbalan Pendakwaraya Kanan dan kerjaya perundangan. Anak haram yang tidak beretika ini sanggup bertindak sehingga kepada memberi arahan buat majistret-majistret dan hakim-hakim mahkamah sesyen tentang bentuk hukuman yang perlu dijatuhkan. Perbuatan ini telah menjadi seperti satu simbol buat dirinya dan kelihatannya Peguam Negara yang baru mempunyai kuasa untuk memeriksanya memandangkan ia berhubung terus dengan tuannya, Mahathir yang maha hebat.

Sekiranya anda melihat kepada pertuduhan berbohong kepada mahkamah, adalah tidak masuk di akal bagaimana Azmin boleh disabitkan. Jika keputusan Ahtar itu benar, maka dengan contoh berikut :  Azmin memberikan keterangan di hadapan majistret bahawa semasa beliau di dalam tahanan, polis hanya memberikannya air dan roti, manakala di dalam mahkamah pula Azmin memberitahu majistret bahawa polis telah memberikannya air teh dan roti canai, maka berdasarkan kepada logik keputusan Ahtar itu, Azmin bolehlah didapati bersalah kerana berbohong di mahkamah. Sudah tentu ianya bercanggah dari itu. Namun yang menjadi masalahnya, adakah kriteria seperti itu yang digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu bersalah di atas tuduhan berbohong kepada mahkamah.

Bagi memastikan sama ada seseorang itu telah berbohong kepada mahkamah, anda sepatutnya bertanya bagaimana kesahihan bahan bukti kepada pertuduhan yang dibuat. Pertuduhan yang dibuat terhadap Anwar pada masa itu adalah rasuah. Bagaimana dengan apa yang dipanggil sebagai bukti keterangan yang dinyatakannya kepada majistret bahawa beliau telah dipaksa untuk memalsukan bukti terhadap Anwar boleh dijadikan bahan kepada pertuduhan yang dibuat; sedangkan hakim sendiri, Paul tak relevan Augustine telah membuat keputusan tentang tuduhan liwat atau perlakuan seks melibatkan Azizan dan Shamsinar seperti yang disebutkan di dalam pertuduhan sama ada benar atau palsu itu , adalah tidak relevan.

Apa yang dipanggil sebagai bukti keterangan oleh Azmin itu, yang merupakan orang yang menghadapi tuduhan berbohong kepada mahkamah, adalah sangat tidak relevan kepada pertuduhan yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim, tetapi Azhar dan Gani masih berani menyalahgunakan pejabat mereka untuk mendakwa Azmin. Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka  mempunyai seekor kaldai yang menjelma sebagai Ahtar untuk mensabitkan kesalahan Azmin.

Akhir sekali, umum perlu diingatkan bahawa para konspirator masih memiliki Augustine Paul dan Ariffin Jaka di Mahkamah Tinggi KL untuk melaksanakan segala arahan mereka. Satu-satunya harapan buat Azmin untuk bebas adalah rayuan terakhirnya kepada Mahkamah Rayuan yang kini mereka hanya boleh mengharapkan Mohtar Sidin seorang.

Sementara itu, marilah kita berdoa agar semua makhluk yang keji ini berpeluang untuk meninggalkan dunia ini lebih awal lagi sebelum lebih banyak tindakan-tindakan yang hina dilakukan.

Terjemahan SPAR