Disiarkan di FGR pada 4/5/2001 

Artikel Asal dari THE AGE (MELBOURNE, AUSTRALIA)

Politik dan Wang Semuanya Dalam Satu Keluarga Di Sarawak

Oleh Michael Backman (15 Mac 2001)

Langkah kerajaan Malaysia menghidupkan kembali Projek Kontroversi Hidro elektrik Bakun di Sarawak telah digambarkan oleh media sebagai bermotifkan politik. Pilihanraya negeri akan diadakan bila-bila masa sahaja dan projek-projek besar akan memenangi undi-undi. Tetapi ada satu lagi factor. Syarikat yang akan mendapat projek berkaitan empangan itu ialah kumpulan CMS yang berpengkalan di Kuching. Siapakah di belakang kumpulan CMS? Tak lain dan tak bukan adalah keluarga Abd. Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sejak dari tahun 1981.

Sememangnya, kerajaan Negeri Sarawaklah yang beria-ia sangat dengan projek tersebut. Kerajaan Persekutuan Malaysia meneruskan projek itu lebih kepada untuk memenangkan Taib dan kerajaannya serta lain-lain sebab-musabab. Parti Bumiputera Bersatu Sarawak pimpinan Taib adalah sebahagian dari parti pemerintah Barisan Nasional di Kuala Lumpur, namun rakyat Sarawak pernah mempunyai sejarah untuk menuntut kemerdekaan dari KL. Penggerak lain untuk projek ini ialah dari menteri Tenaga Persekutuan, Leo Moggie, seorang menteri yang datang dari Sarawak.

Projek ini mempunyai sejarah kontroversi yang panjang. Kerajaan Malaysia mulanya mengenengahkan projek bernilai US 5.7 bilion ini pada tahun 1994 kepada Ekran, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ting Pek Khiing (TPK), seorang ahli perniagaan Sarawak yang amat Dr Mahathir kagumi. Tidak ada tender terbuka dikeluarkan untuk orang awam.

Ekran kemudiannya mengikat kontrak projek ini kepada satu konsortium yang diketuai oleh syarikat gergasi kejuruteraan Swedish-Swiss ,Asea Brown Boveri AG (ABB). Sebagai balasan, ABB dipaksa menerima firma-firma yang ada kepentingan TPK sebagai subkontraktor. Sebahagian dari projek itu melibatkan pemasangan kabel pengeluaran kuasa letrik dasar laut yang terpanjang di dunia dari kepulauan Borneo ke Malaya, 650 km jauhnya.

Sehingga kini, kabel sedemikian yang terpanjang di antara Denmark dengan Sweden adalah 100 kilometer. Timbul keraguan yang besar sama ada kabel yang dirancangkan itu boleh dilakukan secara teknikalnya. Hubungan di antara Ting dan ABB terputus, krisis ekonomi 1997 1998 melanda dan kerajaan menggantung projek Bakun. Kerajaan Malaysia dipercayai membayar Ekran sebanyak US 125 juta sebagai gantirugi.

Projek yang dihidupkan semula itu meneruskan projek asal untuk membina empangan yang besar tetapi tanpa kabel dasar laut. Sudah tentu kosnya berkurangan tetapi pada nilai US2.6 bilion itu ia masih merupakan projek awam Malaysia yang termahal. Adalah tidak jelas sama ada Sarawak memerlukan projek sedemikian. Keperluan tenaga elektrik Sarawak masih boleh dipenuhi dan tidak mungkin berlaku peningkatan keperluan yang mendadak dalam tempoh yang terdekat. Kumpulan CMS masih boleh berfungsi dengan baik walaupun tanpa projek ini.

Menteri Tenaga Moggie telahpun berkata bahawa syarikat-syarikat tempatan akan diberi keutamaan. Secara kebetulan pula hanya ada satu sahaja pengeluar simen Sarawak iaitu kumpulan CMS. (Anak syarikat CMS Cement mempunyai 2 loji dengan pengeluaran 2.5 juta tan setahun). Satu lagi anak syarikat iaitu PPES Works, adalah syarikat pembinaan milik kumpulan CMS dan sudahpun membayangkan untuk menerima beberapa kontrak besar. Bank Utama, milik kumpulan itu juga pastinya akan terbabit di dalam membiayai projek empangan ini.

Kumpulan CMS asalnya adalah usaha sama antara Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), milik kerajaan negeri Sarawak, dengan jirannya Sabah. Kumpulan ini bermula sebagai pengeluar simen tunggal yang membekalkan pembangunan pesat di kedua-dua negeri.

Pada tahun 1989, kerajaan Sabah menjual pegangan sahamnya dan kerajaan Sarawak membuat untuk menyenaraikannya di BSKL. Dalam masa yang sama abang Ketua Menteri, Onn bin Mahmud, dan dua anak lelakinya, Mahmud Abu Bekir Taib dan Sulaiman Abdul Rahman Taib, membelinya. Keluarga Taib Mahmud menguasai separuh dari kumpulan itu dan ekuiti SEDC telah dicairkan kepada kira-kira 8%. Ketua menteri, Taib Mahmud secara berkesan memastikan kumpulan itu dimiliki oleh keluarganya dengan keputusannya mengswastakan CMS.

CMS kini berkembang kepada lebih 20 anak syarikat yang beroperasi dalam pembangunan infrastruktur, bekalan air, keluli, pengangkutan, pembuatan, hartanah, kewangan dan pasaran saham. Tetapi perniagaan keluarga Taib bukanlah CMS semata-mata. Balak adalah sumber utama kekayaan negeri Sarawak. Konsesi balak yang dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak adalah lessen mudah membuat duit. Keluarga Ketua Menteri mempunyai pegangan konsesi balak yang amat besar. Ada dakwaan yang mengatakan syarikat-syarikat yang berkait rapat dengan Ketua Menteri dan penyokong-penyokongnya memegang sejumlah 1.6 juta hektar konsesi balak yang nilainya mencecah US12 bilion.

Penglibatan Taib dalam politik berkebetulan pula dengan pengumpulan kekayaan yang ketara dalam keluarganya. Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai citarasa yang tinggi khabar angin mengatakan beliau telah membayar US2 juta untuk sebuah piano yang pernah dimiliki oleh mendiang Liberace seorang seniman Amerika.

Terjemahan SPAR