SPAR-05-002-2

Syarikat Teksi Petronas

Bahagian    Kedua 

Beberapa  tahun yang lalu  Petronas membuat keputusan untuk memasuki bisnes   teksi.   Sejumlah 1,000  buah teksi yang direka khas telah dibeli daripada syarikat Renault daripada  Peranchis.  Setiap  teksi buatan Renault itu dilengkapi dengan enjin  yang boleh digerakkan secara eksklusif  oleh kuasa  gas  asli. Kenderaan itu  pun  dihantar  dengan kapal dan direncanakan  untuk  mula menyelinap setiap pelusuk jalan bandaraya Kuala   Lumpur. Inilah  teksi  jenis  ‘multi-purpose-van (MPV)’  yang  mempunyai  ciri-ciri  serba guna  yang dikira  memberi keselesaan  kepada  lima orang penumpang dan bagasi  untuk  mundar-mundir ke  erpot  KLIA.

Akan  tetapi  teksi-van yang menarik dengan  warna  merah-putih (warna  parti  politik  lanun dan penyangak – penterjemah)  itu dirundung kesulitan untuk menerokai  SETIAP  jalan raya  di ibukota, kerana  itu  terpaksa  di bawa  untuk  direhatkan,  dua tahun  kemudiannya, di aras  kedua-bawahnya        di bahagian letak kereta  di menara kembar   KLCC.  Memang tidak sukar menempatkan van tersebut di  situ kerana masih banyak lagi ruang meletakkan kereta disebabkan  kekurangan  penggunanya.  Lagipun menara kembar  itu adalah lambang  tarikan pelancong,  tempat sesuai sebagai latar belakang babak perfileman,  yang merupakan  punca bahaya  kepada  penerbangan  udara, halaman luas untuk  rakyat berdemo  menyanggah  kejijikan  kerajaan   dan sekarang dijadikan  tempat  istirahat teksi  yang  tidak  boleh digunakan.

Sekitar 200 unit  van-teksi itu  telah  dikeluarkan  di  bawah label Enviro. Sekitar  100  unit  menjadi  sumber bahan gantian di bahagian penyeliaan. Terdapat beberapa  masalah  penyeliaan yang  memaksa Petronas   menyediakan kemudahan  membaikinya   di  Shah Alam.

Salah satu sebab kenapa kos memperbaiki kereta  menjadi mahal ialah  disebabkan Syarikat Renault telah pada  tahap awal lagi  tidak mengikuti spesifikasi penyediaan kereta.  Semua  enjin  dalam 1,000 teksi yang diimpot itu  tidak boleh menggunakan gas asli sebagai bahan bakarnya. (Inilah yang dikatakan ‘binawe’ punya kerja!!!!!  - penterjemah.)

Inilah  penyebabnya kenapa terlalu  banyak  enjin  yang  rosak kerana  injap   yang mudah  terbakar.  Masalah  ini telah diperakukan oleh seorang  jurutera Renault  yang secara  kebetulan datang dengan pasukan ‘Renault Formula One’.  Sebelum munculnya jurutera ini, tidak ada seorang pun manusia di Kuala  Lumpur  yang  sedar  akan perihal  yang menyebabkan kepincangan enjin  semua  kereta (teksi-van)  baru  itu. Namun,  jurutera Renault  itu   turut  bekerjasama mempengapkan perkara   ini  tanpa mahu menggembar-gemburkannya    untuk  pengetahuan  mereka  yang membeli teksi itu.

Kalau anda   diberitahu  wujudnya  satu ribu  teksi yang  tersimpan selama lebih dua  tahun  di  aras   bawah   di  tempat meletak kereta di KLCC, tentu sekali anda akan  menganggap berita itu dengan penuh  keraguan,  lebih lagi  kalau anda  pernah meletakkan kereta anda di bangunan yang sama. Kereta teksi  yang mesra  alam itu memang mudah kelihatan  walaupun diletakkan  di bahagian bawah dan  kawasannya  sengaja  dikepung  dengan tali  panjang  menandakan  ianya satu kawasan  larangan.  Gambar-gambar  di bawah ini menunjukkan betapa kereta-kereta itu disusun  di   tempat  simpanannya  untuk  menampung habuk di  tempat letak kereta  KLCC  di aras ‘basement’.

Menyedari kemungkinan  bertambahnya  tukang sibuk yang  mahu  jaga tepi  kain orang  lain, kebanyakan  kenderaan MPV  itu  telah  mula dialihkan  ke  Shah  Alam,  dan didedahkan kepada  pancaran mentari  (sun-bathing kata  orang  putih – penterjemah). Semua kenderaan  itu  disusun dengan rapi  dan terselindung  di sebalik  satu pagar yang  tinggi, menunggukan nasib  yang mungkin  lebih baik lagi, selepas  bermandikan  cahaya mentari.  Sesiapa yang turut  mahu  jadi  Pak Sibuk  perlu  membawa bersamanya  satu tangga  untuk memanjat tembok.

…..bersambung……