Terjemahan: SPAR-04-005

Reformasi Sistem, Hentikan Diskriminasi

Oleh P.Ramasamy

Kuala Lumpur –  Politik yang berdasarkan kaum di Malaysia telah menyebabkan keadaan yang haru-biru di dalam sistem pendidikan pada amnya dan universiti-universiti khususnya. Sebagai contoh, pengambilan masuk pelajar-pelajar universiti dan perlantikan pensyarah-pensyarah, ketua-ketua pentadbiran dan lain-lain tertakluk kepada polisi-polisi dan garis panduan- garis panduan yang memberikan kelebihan kepada orang-orang Melayu dan mengenepikan bukan Melayu.

Malah, selama beberapa tahun, universiti-universiti di dalam negara ini, terutamanya institusi pengajian tinggi Awam, seolah-olah berfungsi hanya sebagai tempelan kepada kerajaan. Akhir-akhir ini telah bising diperkatakan di Malaysia tentang hakikat bahawa golongan bukan Melayu yang memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia – yang setaraf dengan O-level – telah dinafikan kemasukan mereka ke universiti-universiti.

Terdapat beberapa kes di mana pelajar-pelajar yang mendapat semua A di dalam mata-mata pelajaran yang diambil telah ditolak kemasukannya tanpa sebarang alasan. Walau bagaimanapun, secara umumnya adalah dipercayai bahawa pelaksanaan sistem kuota di universiti-universiti telah menghalang pihak yang berkuasa dari memberi pertimbangan kepada pelajar-pelajar bukan Melayu, terutamanya mereka dari aliran sains.

Yang menghairankan adalah apabila terdapat satu atau dua universiti yang telah membenarkan pengambilan pelajar-pelajar bukan Melayu yang tidakpun memperolehi keputusan yang mengkagumkan seperti yang lainnya. Mengapa pelajar-pelajar ini diterima masuk adalah tidak jelas. Sesetengah pakar pendidikan berpendapat bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu yang kurang berkelayakan diterima dengan tujuan untuk mengurangkan persaingan yang sengit dengan pelajar-pelajar Melayu.

Biarpun kerajaan mengambil berat akan penolakan masuk pelajar-pelajar bukan Melayu dengan kejayaan yang baik itu, adalah tidak diketahui bagaimana ia akan memulihkan keadaan tanpa menjejaskan sistem kuota kaum
yang telah berjalan sekian lama di universiti-universiti. Pendidikan adalah satu bidang yang agak sensitif buat kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang ini. Terlalu banyak penekanan terhadap pengambilan masuk pelajar-pelajar Melayu akan menyinggung masyarakat Cina dan India. Dan kelompok masyarakat inilah yang bertanggungjawab memberi kuasa pemerintahan kepada kerajaan yang ada sekarang melalui undi mereka di dalam pilihan raya umum yang lepas.

Walaupun pengambilan masuk pelajar-pelajar universiti berdasarkan satu pecahan di mana bangsa Melayu dibenarkan sehingga merangkumi 55% dari kumpulan itu, pengagihan sebenar pelajar-pelajar telah menjadi satu perkara yang amat dititik-beratkan oleh para ibu bapa pelajar-pelajar bukan Melayu. Pecahan tertentu ini tidak menerangkan bagaimana pelajar Melayu dan bukan Melayu akan diagihkan ke dalam pelbagai jabatan dan fakulti-fakulti.

Melalui sistem kuota dalaman universiti-universiti, terdapat kecenderungan untuk menghadkan bilangan pelajar-pelajar bukan Melayu di dalam jabatan-jabatan yang strategik seperti perubatan, pergigian, undang-undang, perniagaan dan sains komputer. Seperti biasa, ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang tidak diterima mengikut bidang yang dipohon dan akhirnya mereka hanya menjalani pengajian di dalam bidang-bidang kemanusiaan dan sains sosial.

Kementerian Pendidikan perlu bersikap terbuka dan tampil memberikan penjelasan berkaitan dengan perkara ini kepada umum. Ia tidak sepatutnya terus mengamalkan sikap berat sebelah di dalam pengambilan pelajar-pelajar, berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ketinggalan zaman yang telah dihasilkan sewaktu zaman yang hangat dengan politik perkauman pada tahun 1960an dan awal 1970an.

Pelajar-pelajar yang baik, tanpa mengira kaum, perlu diberi tempat di universiti-universiti awam kerana tidak semuanya mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Sistem Apartheid mesti dihentikan supaya generasi muda di negara ini dapat mengambil bahagian di dalam sistem yang lebih besar dan, dengan itu, menyumbang ke arah kesejahteraan negara.

Seperkara lagi yang membimbangkan berkenaan dengan universiti-universiti awam di negara ini adalah kaedah yang digunakan di dalam perlantikan pensyarah-pensyarah. Dengan penggunaan polisi langkah-mengiyakan yang tidak kena pada tempatnya itu, pihak universiti lebih mengutamakan pengambilan pensyarah-pensyarah Melayu. Bahkan terdapat banyak jabatan-jabatan yang tidak langsung mempunyai pensyarah-pensyarah bukan Melayu,, apatah lagi yang dilantik ke bidang pentadbiran

Selama beberapa tahun, dengan diskriminasi yang terang-terangan terhadap pensyarah-pensyarah bukan Melayu, universiti-universiti dipenuhi kebanyakannya dengan kakitangan-kakitangan berbangsa Melayu. Di dalam hal ini, tidak banyak bezanya di antara universiti-universiti dengan jabatan-jabatan kerajaan di negara ini.

Ada kebaikan di dalam polisi langkah-mengiyakan yang diambil oleh kerajaan pada awal tahun 1970an. Namun prinsip ini sepatutnya tidak menjadi satu langkah yang menafikan peluang-peluang kepada kumpulan-kumpulan kaum yang lain. Cara pembahagian wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam kerajaan telah banyak dipersoalkan dan ini telah membawa kepada masalah yang timbul sekarang.

Hanya sekarang baru kita saksikan parti-parti politik seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lainnya secara tiba-tiba mengambil berat akan masalah yang telah berlarutan selama beberapa dekad, disebabkan oleh sikap mereka yang mendiamkan diri sekian lama dan dasar politik ‘angguk’ mereka.


Terjemahan SPAR-04-005


...............................................................