Majlis   Untuk Augustine

Lapuran:Brando Pereiro,  Kuala Lumpur.
Terjemahan   SPAR 08

Majlis yang dianjurkan  itu memang sungguh berwarna-warni.  Dihadiri  oleh tetamu  yang ternama dan   termasuklah  semua nama besar dalam masyarakat  guaman.   Hakim Mahkamah Tinggi    Augustine  Paul  memang  diraikan  untuk  menerima satu anugerah khas Perdana  Menteri  yang bernama  'Anugerah  Penghakiman Gemilang"   Di  samping itu  dia  akan menerima satu lagi anugerah yang khas diberi nama    'Judge  Obedience de  Puppeto"  (ini  adalah  rangkuman dua bahasa  Italiano-Feranco, kalau diterjemahkan dalam Bahasa Melayu bolehlah  disebut: Hakim  Badut  Yang Paling  Pengikut ).Anugerah tambahan itu  merupakan  yang julung-julung kali dihadiahkan  kepada  mana-mana  hakim di  negara ini.    Pihak  Polis Diraja  Malaysia pula akan  tumpang sekaki  untuk  memberikan hadiah  khas juga kepadanya.   Anugerah  itu diberi  nama  "Medal  Gullibo  In  Supido" (dalam  BM  bolehlah  disebut  juga  sebagai  'Medal Pelahap  yang  Bingung'  Pemberian PDRM  ini   adalah  kerana mengenang jasa beliau  yang bersedia memberikan kerjasama  dan kesabaran  terhadap anggota PDRM. Apabila  melihatkan banyaknya  kurniaan  yang  diberikan kepada  hakim ini, Jabatan  Ketua Peguam Negara  pula  yang bernama  "Justice Prejudice La Extraordinaire" (dalam BM  bolehlah  disebut   Hakim  Prejudis Luar Biasa). Hadiah itu  adalah  sebagai  cenderahati  kepada  kesetiaan yang  tidak  berbalah bahagi di  sepanjang  sessi  mahkamah  itu.

Tetamu  Kehormat  majlis  itu  ialah  Dr. Mahathir  Oleh  kerana menjangkakan  penyertaan  ramai  tetamu  pada  malam itu, penganjur majlis  telah    mengatur   agar  pengurusan Putra  World Trade Centre  menyediakan  tempat duduk  untuk  empat ribu orang  tetamu  jemputan.  Hampir semua  manusia  yang  merupakan   warga penghakiman dan guaman termasuklah  ,peguam, pendakwa, hakim,  perangka undang-undang,  pegawai polis dan  juga  keseluruhan  anggota kabinet   telah  dijemput  untuk meraikan majlis itu.   Ruang dewan memang  disolek dengan hiasan  belon  yang bergantungan  dan  alat-alat  kerlipan  untuk memberikan suasana yang meriah  pada majlis itu. Kru TV dan radio  serta   wartawan  memang sedia menantikan  majlis itu bermula untuk merakamkan  suasana  yang  sungguh meriah itu.

Tetapi,  semakin hampir waktu  majlis  itu  sepatutnya dimulakan, ada sesuatu  yang semacam  tidak  kena pada malam  itu.  Barisan tempat duduk di hadapan memang dikhaskan kepada rakan-rakan setugas  Paul. Malangnya, (Hakim RK Natahan},  {Sri Gopal Ram}, Lamin  Yunus,   Abdul Wahab Patil dan  seorang hakim Mahkamah  Tinggi    yang baru  {Mokhtar Abdullah} yang menghadirkan diri.  Ketua Hakim  Negara yang  baru bersara  {Tun Eusoff Chin}  ada  turut  serta, tetapi mana menghilangnya   Ketua  Hakim  Negara   yang baru  Dzaiddin?   Kenapakah dia begitu  berani  menghilangkan  dirinya?  {Ariffin  Jaka} kelihatan duduk  bersendirian,  memandang  lantai  dan mempamerkan wajah  yang  pucat langsai, seolah-olah  hadiah  itu  semua sepatutnya  dialah  yang  menerimanya. Dia  muncul  itu  pun kerana  dijanjikan  satu hadiah  saguhati.

PDRM telah diwakili oleh  KPN   Norian Mai dan bekas  KPN  Rahim Noor, dan mereka pun kelihatan  bingung  duduk  di  antara  kerusi  yang banyak  kosong.   Di kalangan menteri,  yang  datang cuma Menteri Kehakiman, Rais Yatim bersama  yang menteri  yang   taat  setia,  Ling Liong Sik dan  yang berlagak  sendirian   Samy  Vellu.  Barisan yang dikhaskan untuk  warga guaman  mempunyai  seorang  peguam sahaja, Rajasegaran; yang  menjadi  terkenal kerana  tindakan guamannya terhadap Majlis Peguam. Ada juga  beberapa   orang isteri yang turut  serta menemani suami mereka. Namun, pada keseluruhannya  galeri orang kenamaan memang kelihatan  kosong dan  suram  tanpa ramai  para  jemputannya..

Di  bahagian  tempat duduk jemputan orang awam, keadaan nampak lebih  ceria lagi. Satu  kumpulan pelajar  daripada {Augustine Paul School  of  Puppet Judges}     -  (kalau  dalam BM bolehlah disebutkan  sebagai Akademi  Hakim  Badut  Augustine Paul)   - memenuhkan   satu  ruang tempat  duduk di situ.   {Sekolah  Tukang  Ampu  Rafidah  Aziz  @ Rafidah  Aziz School  of Ball Carriers}  turut diwakili oleh  sepuluh orang pelajar   walaupun pengetua  sekolah  sedang berada  di seberang  laut.  Azizan Abu Bakar kelihatan  asyik  mendengarkan celotehan  Ummi Hafilda, mungkin  mahu  mengingati  setiap  nasihat daripada  perempuan yang  semakin montel itu  walaupun  pakaian  barunya tidak mampu  menyorokkan lemak yang semakin  bertapuk  dalam   badannya.

Mahathir memang  dijangka  muncul bila-bila masa  sahaja seperti  yang dibayangkan oleh   penganjur  yang  kelihatan gelisah  tidak keruan.  Mereka sibuk bercakap  di  telefon menghubungi    sesiapa  sahaja yang termampu  dan  memujuk  sesiapa saja yang menerima panggilan mereka  itu . "Mana dia  Pemuda UMNO?, Mana dia  Pemuda MCA?,  Mana  dia  Wanita UMNO?",  Apa halnya  dengan  Puteri  UMNO?,    Cepaat….bawa  Siti  Norhaliza ke sini…,   Apakah  awak  tidak bayar    petugas  kilang dan anak-anak sekolah  untuk hadir?,   Cepat, bawa sesiapa saja  ke sini,  Tolonglah…! Lim Kit  Siang pun  awak  pujuklah…!!!  Tolonglah…..ayooooohhh!!!!"   Demikianlah  paniknya  dan  terdesaknya  panggilan  telefon  yang  mereka   buat untuk mencari sesiapa  sahaja agar   datang  meraikan  majlis itu.. Suara terdesak itu semakin kedengaran  di sebalik segala bisik-bisik yang  menyelubungi seluruh ruang dewan itu.

Sudah  terlambat  semua  itu.  Tiba-tiba  daun pintu  besar terbuka membolehkan Perdana Menteri  menunjukkan muka.  Dia  diikuti   oleh   rombongannya  yang  diiringi oleh  kebisingan   hingar-bangar  yang  ketara  bunyinya.  Apakah  bunyi  bising tu  datang daripada mulut-mulut manusia yang akan memenuhi  ruang dewan itu?   Tetapi, kenapakah mereka menjeritkan  "reformasi!"  DAN "Undur Mahahtir!!" Pintu besar itu ditutup rapat dan diselak kuncinya.

Sebaik saja semua jemputan yang hadir duduk, juru acara telah  menyambut  kedatangan mereka sambil meminta maaf kerana  suasana  dewan  yang lengang.    Beliau  memberikan alasan  ramai tetamu  jemputan sengaja  takut  untuk  hadir pada  majlis itu kerana  takutkan   kumpulan reformasi yang tunjuk perasaan yang mungkin bersenjatakan   motar, bom molotov,   dan  pelancar roket. Ada  juga  jemputan yang ketawa kecil tertahan-tahan, kerana  merasa sedikit  kelucuan. Namun,  juru acara  terus menampilkan wajah  yang serius sahaja sambil   mempersilakan tetamu kehormat menyampaikan  ucapannya.

Dr. Mahahtir yang  kelihatan berang  bercampur  keletihan itu mengangkat  mukanya  untuk melihat keadaan  ruang duduk yang hampir lengang.   Dia memulakan ucapan dengan menuduh  dengan garangnya  semua  parti pembangkang kerana menyebabkan kedatangan jemputan  yang  memeranjatkannya.   "Pihak pembangkang mesti sudah mengugut dan menyogok  orang ramai agar  tidak datang  menghadiri  majlis ini," demikian  celuparnya  kata-kata  yang meletup dari mulutnya.  Kemudian  dia memuji Augustine Paul kerana  wataknya  sebagai   seorang hakim yang  patut  dicontohi. "Inilah  dia  seorang {hakim contoh}…..   dia menjalankan  tugasanya  dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan kerajaan……kalau  ada pun dia berbuat  kesilapan,  itu adalah kadangkala disebabkan penghakimannya  yang tidak  masuk akal…..tetapi  ini adalah kerana sifatnya  yang memang luar biasa  kerana   mahu       mengampu….satu hari  nanti semua hakim negara ini  akan mempunyai sifat seperti  ini. Sekali sekala orang yang hadir  itu bertepuk juga  seolah-olah menyetujuinya, sambil   Ling  Liong  Sik kerap  berdiri untuk menunjukan  sokongan  yang  tidak  berbelah-bagi.

Kemudian, tibalah  masanya  Augustine Paul berucap.   Ketika  dia melangkahkan kaki ke  tempat  berucap,   pembesar suara memainkan lagu  berjodol "Tie Me Kangaroo  Down, Sport" (Ini lagi orang Australia ketika  bermain  ragbi- penterjemah) sebagai  iringan langkah kakinya. Apabila muzik berhenti,  Augustine Paul telah mengucapkan terima kasih yang  tidak terhingga kepada  "hamba sahaya  ini".  Dia berkata:   "Warga penghakiman seharusnya menaruh sepenuh  kepercayaan   kepada kebijaksanaan  Eksekutif  Negara.  Sesiapa  yang  didakwa kerana  aktiviti  anti-kerajaan  MESTI   dihukum. Perdana  Menteri sebagai  Ketua Eksekutif   mempunyai  hak yang tidak boleh dipertikaikan  untuk  menangkap sesiapa tanpa perbicaraan. Adalah  mencemarkan  ikrar penghakiman untuk  menyanggah hak itu…..Suhakam  harus tutup  mulut.    Dr. Mahathir adalah pemberian  Tuhan  kepada  negara ini."  Begitulah Augustine meleret-leret dalam ucapannya. Para jemputan semakin malu mendengarkan ucapannya itu. Dia  mengakhiri ucapannya dengan satu ikrar  yang diucapkan  dengan penuh bersemangat: "Janganlah tanya apa yang anda  boleh sumbangkan  kepada rakyat jelata,  tanya  apa  yang anda  boleh sumbangkan  kepada  Eksekutif  Negara!" dia pun  melangkahkan kaki  untuk  mendapatkan  kerusinya, dengan  iringan  muzik  yang sama ketika  dia  mahu berucap itu.

Majlis telah  diserikan  oleh  satu pertunjukan    permainan patung. Pertunjukkan itu melibatkan   satu patung yang memakai cemara-hakim   dan  pakaian gebar seorang hakim yang sedang    terkinja-kinja menarikan irama yang diminati oleh tuannya.  Kemudian pelajar-pelajar daripada 'Augustine Paul School  of  Puppet Judges'   melakonkan  semula  babak-babak  tertentu  dalam kes penghakiman ke atas   Anwar Jeritan "Tidak  Relevan" telah  menyelubungi suasana  dewan.  Beberapa babak lakonan telah ditontonkan bagaimana Hakim Paul berjuang  mati-matian  mempertahankan ketegasannya menentang segala kebenaran dan  kenyataan  yang dikemukakan di  hadapannya, semata-mata kerana dia mahu  membuat keputusan yang telah  dirancangnya.  Pertunjukan  hiburan itu diakhiri dengan satu  deklamasi  solo di  mana penghukuman  yang  mengampu dan bersifat  pro-kerajaan  telah dirakamkan oleh Paul,  ketika mendengar kes beberapa tahanan ISA yang   membabitkan isu  'habeas corpus'. Deklamasi  itu telah dipersembahkan laksana satu lakonan  opera   Shakespeare.

Selepas  itu  tibalah  upacara  menyerahkan anugerah.  Sambil tepukan dan pujian yang sederhana, setiap anugerah  itu didedahkan sebelum   diserahkan kepada  Augustine Paul.  Anugerah istimewa daripada Perdana  Menteri itu merupakan   dua ekor kangaroo yang dibuat  dengan gangsa, yang menyokong sebuah   mahkota yang berwarna keemasan. Pada mahkota itu ada perkataan   'PM' terukir  menonjol dengan ketaranya. Anugerah sebagai 'Hakim  Badut  Yang Setia' pula  merupakan  patung  yang dibuat  daripada  kayu  dan berbentuk  lembaga yang ada tali terikat pada beberapa tali. Patung kayu itu memakai  pakaian seorang hakim yang memegang satu martul (penukul)  di tangannya. Tali yang  diperbuat  daripada  perak  itu boleh menggerakkan kepala   dan lutut patung  itu dan  membolehkannya tertunduk-tunduk  dan melutut  mengikut  orang  yang menggerakkan tali yang tergantung. Ada satu punat  tersorok yang boleh ditekan-tekan.  Punat ini apabila ditekan membolehkan  patung  itu  mengeluarkan suara  "tidak relevan" dengan garangnya  dan martul  itu  pun akan  menghentak satu kepala yang tiba-tiba tersembul keluar untuk menadah  penangannya.

Medal polis  untuk anugerah  "Pelahap Yang Bongok" itu   merupakan satu pingat  perak  yang terukir perkataan  'Goofy' (nama  seekor anjing bodoh dalam Siri Disney).  Di  bahagian sebelah yang lagi satu terukir pula kata-kata:  "Kepada  Polis Kita Berikan Kepercayaan.  Darinya  Kita Terima Segala Alasan." Hadiah untuk  "Hakim Prejudis Luar Biasa" itu  pula dibuat dengan rupa  'Dewi Keadilan' yang  memegang satu neraca yang senget  di tangan kirinya, sambil tangan  kanannya  di letakkan  kepada  bibirnya  seolah-olah  memberikan   isyarat   shhhhh. Tanpa  sebarang lilitan  penutup matanya,  Dewi  Keadilan itu  memakai satu  satu  penampal yang menempek satu matanya  sebagai symbol bagaimana  keadilan  sengaja diabaikan  seolah-olah satu perkara yang tidak boleh dilihat. Satu  kain selempang yang bertulis "TIDAK RELEVAN" melengkapi pakaiannya.

Augustine Paul nampak begitu ceria  Setiap kali  dia menyambut hadiah  dan anugerah daripada Mahathir. Apatah lagi  dengan adanya sinaran  cahaya  dan  kilauan pantulan lampu  juru foto dan televisyen yang merakamkan upacara  itu. Dia begitu terharu dengan segala pemberian itu sehinggakan terbawa-bawa dengan kelakuan  membongkok-bongkok, tertunduk-tunduk  dan lutut-melutut  dan  diperhatikan oleh Mahathir dengan perasaan bangga dan  ceria  sambil semua  gelagat  mereka itu  dirakamkan oleh kamera untuk sejarah  negara.  Orang  ramai membuat  komen  selepas itu  betapa upacara  itu  adalah satu lambang  bagaimana  warga kehakiman negara sudah  bertukar peranan  menjadi khadam dan hamba  sahaya  kepada ketua negara  yang berlagak laksana maharajah.

Kemudian, tibalah  giliran   Ariffin  Jaka menerima  hadiah  sagu hatinya. Mahathir telah berucap  sedikit dengan memberikan sindiran tajam betapa  Arifiin "sepatutnya  melindungi  ketua  negara daripada diaibkan, namun  beliau telah memberikan  satu  {penghukuman yang tepat}    akhirnya." Hadiah Ariffin itu  berbentuk ukiran  tiga ekor beruk; satu  ekor  menutup matanya dengan tangan, satu  ekor menutup mulutnya  dengan tangan  dan  yang seekor lagi itu melekapkan telinga dengan tangannya.  Ukiran itu dibuat dengan plastik murahan dan  disapu cat  berwarna  perak. Ia merupakan satu  kiasan untuk mengingatkan seseorang manusia kepada  hubungannya  dengan  penghakiman  dan  ketua  negaranya.

Apabila  upacara itu  selesai,  para wartawan  telah  mengerumuni  Augustine Paul   untuk  bertemu ramah.

"Tuan,  apakah anda percaya dengan  pengadilan yang  tuan  laksanakan?"

"Nanti  dulu….  apakah saya  percaya  adanya  udara yang saya  sedut  ini?"

"Tuan  Hakim, apa pandangan  kawan-kawan sekerja  anda  sekarang?"

"Mereka boleh  pergi jahanam.  Saya sudah  ada ramai kawan-kawan  baru dan berkuasa di  jawatan  yang tinggi-tinggi."

"Sebagai  seorang  Katholik,  apa pandangan anda  terhadap Tuhan  dan kedudukan  anda  di  hari  di  dunia yang  lagi satu.?"

"Ha!  Aku akan bohongi iblis dan  aku  akan  taubat  sebelum mati."

"Macam mana anda boleh tidur  pada  malam hari?"

"Orang mengira kambing biri-biri, saya  kira  wang ringgit….."

Pintu  besar pun dibuka dan Augustine Paul telah  diiringi  untuk  menunjukkan muka  pada  pancaran suria.  Kemunculannya  itu disambut dengan  laungan   reformasi pada mulanya   yang bertukar bunyi  kepada  "hakim  pariah,   hakim  pariah." Pelbagai jenis  lambang sumpah seranah dibaling ke arahnya    termasuklah   kasut, selipar,   tin minuman dan juga  telur  tembelang.  Dia  telah dibantu  memasuki   sebuah kereta untuk  menyelamatkan dirinya.


-tamat-