Kemuflisan Tenaga  Nasional  Berhad
(The  Bankruptcy of Tenaga  Nasional)
by: Harun Rashid.


Bahagian Pertama

Setelah mengambil kira pelbagai   situasi yang membabitkannya, apakah  soalan  bahawa Tenaga Nasional  sedang dirundung masalah kemuflisan itu satu   retorika  semata-mata?



Selalunya  kemuflisan ataupun bankrap adalah  hasil  daripada  satu  keputusan  mahkamah,  yang diekori satu  ketetapan yang merupakan satu kenyataan   untuk  catatan  rasmi juga.  Permohonan bankrap si (bangkrapsi)   adalah  satu  tindakan  di mana  si  pemiutang  mendapatkan  relief (kelegaan) daripada     tuntutan pemberi kredit  ataupun   si piutang.   Prosiding kebankrapan membuat  penentuan penerima serahak, yang  mengendalikan perjalanan sesuatu  perusahaan  (enterprise)    di bawah  lindungan   mahkamah semasa   segala urusan  penggulungan  dilaksanakan  terhadap   perusahaan   tersebut


Dalam  satu  prosiding kebankrapan yang  biasa, perangkaan membabitkan longgokan  hutang  si  pemberi kredit  tidak dinyatakan secara terperinci, kerana  si  piutang  itu  dimestikan   menerima  hanya  sebahagian   daripada  bebanan hutang  yang tertanggung itu   dan  bersetuju  melupakan  hutang yang secara fizikalnya   masih berbaki.  Tindakan    melucutkan hak  segala asset (aset)   korporat    syarikat    yang terbabit itu dilaksanakan dan  digunakan sebagai  bayaran  hutang yang tertanggung.


Prosiding kebankrapan, yang mungkin  menjadi bahan kejutan kepada ramai orang,  merupakan  satu fenomena  yang boleh dijangka akan terjadi  apabila  pihak pengurusan sesuatu korporat  itu melaksanakan  beberapa  keputusan pengurusan yang menjurus ke  arah  fenomena itu. Pada lazimnya, kegagalan mengemudikan   perjalanan perniagaan sesuatu  korporat itu  dengan  baik yang menyebabkan berlakunya  tindakan-tindakan  untuk  melancarkan prosiding kebankrapan tersebut.

Terdapat dua  fasa yang mendahului sesuatu prosiding   kebankrapan.   Yang pertama, ia berpunca daripada kesilapan   memilih dan melantik  ketua eksekutif syarikat korporat yang  terbabit. Yang  kedua  berkisar kepada suasana  dan keadaan   urusniaga yang dicetuskan  oleh  keputusan pihak pengurusan sehinggakan  tanpa bersifat pilih kasih  dan belas kasihan  menghenyak korporat itu kepada satu  situasi yang mencetuskan pengumuman kemuflisannya.


Apabila asset sesuatu  urusan korporat  tidak menjana  perolehan  pendapatan yang  mencukupi untuk menyelesaikan  tuntutan liability  (tanggungan) semasa,   ia  pun mewujudkan satu keadaan berdefisit   yang secara teknikalnya adalah   satu  keadaan   yang  ketaksolvenan. Kadangkala situasi semacam ini adalah hasil  penurunan  keuntungan yang sememangnya merupakan sebahagian putaran  niaga  yang normal.  Kerana  itu  ia mudah dijangkakan dengan  ketara  dan peruntukan boleh dilaksanakan  dalam  bentuk simpanan penjimatan    untuk menangani tempoh keperitan seperti itu  tanpa  membahayakan    jangka  hayat  sesuatu perniagaan itu.


Dalam satu   situasi  menekan   yang berpanjangan simpanan  pun boleh terhakis,  dan sebarang  suntikan  modal yang baru boleh diusahakan dengan cara menjual aset  ataupun dengan  menjual  saham baru ataupun  bon (surat  janji). Bagi sebuah  korporat  yang membekalkan  elektrik  asetnya   adalah  termasuk  beberapa  stesen  jana kuasa,   menara pencawang,  transformer-transformer (penjana-haba) dan  peralatan pendawaian yang  menyambung  semuanya  itu.


Di samping  itu   semua  terdapat  juga tiang-tiang lampu  yang perlu dibeli dan  pencawang  di  banyak tempat,  talian  wayar  penghubung daripada satu tempat ke tempat yang lain di  sepanjang jalan. Jikalau bekalan bawah tanah  diperlukan, kos pembekalan adalah tinggi .Kebanyakan aset  dalam  situasi  begini merupakan aset  yang tidak mudah  dipasarkan secara bebas.  Namun, pusat penjana memang boleh  dipisah-pisahkan   dan dijual  untuk menjana dana, seperti yang pernah dilaksanakan oleh Tenaga    untuk  mendapatkan  wang membayar faedah pinjamannya.


Ada satu  alternatif menangani keperluan ini dengan cara menerbitkan   saham yang baru ataupun bon, seperti yang kerap dilaksanakan  oleh  Tenaga,  dan  dengan  cara  itu  ia  melunturkan   nilai  saham yang sedia ada.  Menerbitkan   surat janji hak (rights) ataupun waran  (warrants)  tidak dianggap  sebagai  aktiviti korporat yang bertanggungjawab dan  popularity  mendapatkan  dana dengan  cara ini  di  pasaran  saham telah membayangi  kemalapan pasaran saham itu  sendiri. sehinggakan  ia tidak mempunyai pilihan selain merasakan  satu penurunan popularitinya itu    yang menghenyaknya  secara berterusan.


Tenaga telah menjual banyak kemudahan menjana letrik, dipaksa pula  menerima dana untuk  membeli roti  daripada pembuat  yang membeli oven daripadanya. Ataupun bersedia menerima tawaran daripada sesiapa sahaja yang  berminat  mengeluarkan bekalan tenaga untuk berkongsi pakai grid negara. Dasar   korporat ini memang dipandang dengan penuh  keraguan di kalangan pemerhati industri  bekalan  jana kuasa kerana  inilah  juga  dasarnya  yang  telah  dicuba oleh   gergasi  korporat  jana kuasa letrik di  California yang tersungkur  kemuflisan   akhirnya.


Kemuflisan  gergasi korporat  di California itu telah menjadi bahan ejekan   Perdana menteri Malaysia, yang memang  sudah tua dan mudah terkencing dalam seluar  kalau  terlalu banyak  ketawa.  Tetapi, setelah  diberitahu  bahawa  negara ini  pun sudah  lama meniru  kaedah  dan dasar barat   yang sama itu,   barulah   dia menggelabah  mengarahkan agar tidak  dijual lagi stesen jana kuasa.  Dia memang mudah  bertukar fikiran,  membuat perubahan  apabila  memerlukannya  dan  kerap   membuat kesilapan dalam melaksanakan perubahan itu.  Sikap melompat terkinja-kinja daripada satu  langkah  yang lemah kepada  langkah  yang  lebih lemah lagi  mencetuskan ketakutan di kalangan  pengurus dana luar negara  yang semakin gelabah   untuk  terus  terapung  dalam teluk    pelaburan yang penuh buaya  dan jerung.



Kini, dasar baru Tenaga itu telah ditukarkan semula, mengekalkan    jana kuasa  yang  ada dan membakar apa juga bahan bakar yang sedia ada.    Ini bermakna penggunaan diesel, arang batu, gas asli ataupun sebagai  kajian, minyak   sawit. Menggunakan minyak sawit  sebagai  bahan bakar memang merupakan  satu    permulaan.  Ia adalah  komoditi yang mudah  digunakan oleh industri  sabun,  kosmetik dan  mask-memasak.


Di Malaysia minyak sawit  sedang berada dalam tahap yang berlebihan. Salah satu sebabnya kerana mainan  kesukaan   perdana menteri yang melibatkan   kadar  pertukaran  matawang  negara    dengan  dollar. Keadaan bekalan yang berlebihan ini membuatkan perdana  menteri memberi arahan, agar minyak yang selama ini   digunakan dalam kuali,  kini digunakan pula untuk  bahan bakar.   Dia memang  yakin  dengan kebolehannya, sebagai seorang manusia yang banyak anggota yang   banyak tidak berfungsi  seperti   yang sepatutnya.

Di California terdapat banyak pembekal bahan tenaga yang mempunyai  empangannya sendiri. Empangan ini terletak di   satu wilayah  padang pasir yang memerlukan taliair untuk pertanian.  Orang-orang di  sana  telah bersatu mencari dana  pada satu  ketika dulu kerana   mempunyai wawasan  memasang empangan di  pergunungan  Sierra Nevada yang menjadi sempadan memisahkan   California  Utara  dengan bahagian selatannya.  Taliair inilah  yang menyalurkan bekalan air untuk peparitan pertanian  di Lembah San  Joachin.  Empangan yang dibina di sepanjang perairan itu  telah membekalkan kuasa hairdo sebagai   bonusnya.


Air dan  tenaga elektrik  adalah dua barangan yang mudah dipasarkan. Kedua-dua  jenis bekalan ini  tidak pun menjadi punca krisis  negara. Malahan keupayaan  jana kuasa syarikat swasta  telah  menyumbang kepada kestabilan   pengagihan bekalan letrik keseluruh negara menerusi  grid nasional.  Semua  syarikat pembekal  bebas ini  menggunakan  bon jangka panjang sebagai sumber modal kerja mereka  dan semua surat janji ini diberikan  pentakrifan yang tinggi.   Tidak ada satu pun syarikat swasta  ini yang dirundung masalah  kemuflisan.


Berbeza pula keadaannya  dengan Tenaga  Nasional  yang menerima wang operasi bulanan daripada   para pengguna. Barangannya  ialah  bekalan letrik yang dibeli oleh para pelanggan dengan kadar   tertentu pada setiap kilowatt per jam seperti  yang dirakamkan    oleh meter  yang  dipasang  siap.  Memang terdapat  masalah biasa membabitkan  yang culas  membayar   dan segelintir  pengguna yang mencuri bekalan   dengan  mengubah suai  bacaan meter yang diberi.


Pada masa   yang baik-baik, kutipan bayaran bulanan mencukupi   menanggung kos operasi  dan memberi ruang  membayar  faedah  pinjaman  yang sedia  ada  setiap kali  tiba  masa  pembayarannya.  Kegagalan  melunaskan  bebanan hutang semasa akan  membawa padah  dikenakan tindakan   prosiding kebankrapan  yang  memang sedia  diaturkan.  Dengan hal demikian si  piutang  mulalah  mengawasi perjalanan  operasi penghutang setiap kali berlakunya  kelecehan  pembayaran  hutang   ketika tiba masanya dan  mengikut  jumlah  hutangnya.


Syarikat pembekal  letrik  memang selalunya  mempunyai hutang yang besar kerana setiap kali dibina  kompleks dan peralatan baru ia memerlukan wang yang banyak sebagai modalnya.   Sebahagian besar  pendapatan yang  diterima  didisalurkan  dulu  untuk  membayar faedah  yang dikenakan oleh hutang yang besar itu.

Satu  ketika  dulu  Tenaga  (TNB)  dikemudikan oleh  seorang pengerusi yang berwibawa, Tan  Sri Dr. Tajuddin Ali. Dia telah  dialihkan tahun lalu  untuk memberi laluan kepada    seorang ahli parlimen sebagai penggantinya. Walaupun  pengerusi pengganti ini mempunyai  tauliah  yang nampak berwibawa juga, rakyat marhaen tidak mempunyai keyakinan  kenapakah seorang ahli politik dipilih sebagai calon difikirkan terbaik; untuk  syarikat  gergasi itu, untuk  pemegang saham syarikat dan juga  kepada  penggunanya.  Di  Malaysia, politik bermakna UMNO dan UMNO adalah  sinonim dengan  korupsi, kolusi dan kroni  yang berkonspirasi.


….bersambung…...