Kemuflisan Tenaga  Nasional  Berhad
(The  Bankruptcy of Tenaga  Nasional)
by: Harun Rashid.

Bahagian 2

Jawatan Perdana Menteri adalah sinonim dengan UMNO  yang sinonim pula dengan perbendaharaan negara.  Oleh kerana perbendaharaan negara  menguasai   TNB, adalah  mudah kita  membuat rumusan bahawa  Perdana Menteri sebenarnya merupakan Pengerusi 'de facto' kepada  TNB. Sebagai  seorang ahli politik, perdana menteri mahu menang  pilihanraya  Sarawak.


Untuk melaksanakan rencana itu,  perdana  menteri beranggapan  Sarawak mestilah diberikan wang yang dihulurkan melalui  satu bentuk pelaburan dalam pembikinan Empangan Bakun.   Wang yang diperlukan untuk membiayai kempen politik masih  belum ada lagi.   Soalnya sekarang, bagaimana mahu  mencarinya?


Jawapan kepada soalan itu berkisar kepada Tenaga,  dan helahnya nanti ialah  wang itu  diperlukan  untuk pembikinan Empangan Bakun.   Tenaga ataupun TNB akan digunakan sebagai satu kereta   perisai  untuk   membiayai  kempen politik Sarawak.  Untuk melaksanakan rencana gergasi itu TNB  perlu mencari  dana  yang  diperlukan.   Untuk mendapatkan wang tunai,  TNB perlu   menjual   bon-bon yang bernilai sekurang-kurangnya   RM10 bilion ringgit.  Oleh kerana Bakun  tidakpun mempunyai nilai  sebanyak  itu sebagai  sumber pendapatannya,   tapak pendapatan yang ada di Semenanjung  Tanah  Melayu   perlu turut digunakan sebagai cagarannya.


Dengan merencana begitu  besarnya bebanan hutang, yang tidak pun layak dimasukkan dalam buku perakaunan sebagai bahan  offset, disebabkan sifat sebuah empangan  yang tidak berfungsi  itu   adalah sama tarafnya dengan hutang yang tidak berbayar,   TNB   secara teknikalnya akan menjadi satu entity yang muflis, papa-kedana, bankrap  dan apa  juga  perkataan   yang sama erti dengannya.  Bahawasanya  Bakun boleh  menjana  kuasa letrik  dan bukannya pendapatan bukannya  menjadi isunya  di sini.   Ini adalah isu politik dan bukannya  urus niaga lagi.



Dengan  'membiayai'  Empangan Bakun itu,  hutang TNB    akan mencanak hampir  RM40 bilion banyaknya,   dengan hanya  segelintir bahan  untuk dijadikan alat ofset.  Seterusnya nanti segala  kos  pembiayaan Bakun yang belum  pun mempunyai sebarang sumber pendapatan, akan    menjadi satu  biawak hidup yang akan  terus  dipikul  sehingga menjejaskan   kelakonan (performances)  TNB.  Saham-saham TNB,  disebabkan  kebajingan  musibat  yang  memegang jawatan perdana menteri sedang diulit  lumpur-lumpur   'coppererdam' Bakun. Inilah yang disedari oleh warga pasaran  saham menyebabkan berlakunya keretakan kepada   harga  saham TNB.


Bebanan hutang yang bertambah  ini  akan  memeritkan  bebanan bayaran faedah  tahunan yang  akan menjangkau  sebanyak RM3 bilion.   Ini belum  lagi mengambil kira  hutang pokok  itu lagi  apabila  tiba masanya nanti.  Pendapatan  TNB  yang  ada tidak mampu menyempurnakan bebanan hutang yang ada walaupun    pendapatannya itu dinaikkan secara berpada. Keuntungan yang dilaporkan oleh TNB pada akhir Ogos 2000 ialah  RM1.5bilion.  Andaian betapa  hutang yang lebih disebabkan Bakun itu akan mencetuskan satu  jangkaan  untuk menyelesaikannya  lebih awal lagi, memerlukan satu  kepintaran   yang bukan calang-calang  kebijaksanaannya.


TNB  tidak  akan mampu  keluar  daripada  pengalaman ini dengan nafas yang lega. Walaupun beberapa  kerugian dapat diperbaiki secara yang diluar dugaan,  dan satu tahap keuntungan  dapat  dijangkakan. Kemungkinan naiknya  harga bahan bakar dan gas akan menyumbang lagi kepada masalah ini,  dan  berkemungkinan  dinaikkan kadar tarif  yang sedia  ada   dan menaikkan juga kemarahan para pengguna.


Pengerusi baru  TNB Jamaluddin  Jarjis   yang memang  popular kerana  kerja-kerja  yang pelik-pelik telah terburu-buru cuba  membetulkan keadaan  yang merunsingkan;  hasil  keceluparan  perdana  menteri yang  mencetuskan  isu ini.    Beliau  berkata bahawa  kenyataan perdana  menteri  mengenai pembabitan TNB dalam  Bakun  memerlukan  satu  tafsiran  yang  jelas.  Sebenarnya  bukan sahaja Tenaga yang  sedang dihenyak masalah. Adalah penting membaca lapuran RAM  (Rating Agency Malaysia)  terbitan 16 November, 2000 dengan jelasnya.   Lapuran  itu  melapurkan kerugian yang besar yang ditanggung oleh  TNB dalam pelaburannya  di Pakistan.



Perdana  menteri  sudah semakin  berusia  dan usianya itu semacam satu  keemasan yang mengeras  bersama jawatannya. Dia sudah bernekad bahawa pilihanraya yang akan  datang ini mesti dimenanginya, walaupun  ini bererti dia mesti memenjarakan   semua ahli parti pembangkang.   Untuk mencapai ketakburan    itu  dia telah merencana pembinaan lima lagi penjara   baru  dan  mula melancarkan   proses  pengambilan tenaga  polis  dan angkatan tentera  yang baru.



Semua  ini dikira penting kerana  perdana  menteri  mempunyai  anggapan bagaimana memberikan peluang kepada rakyat marhaen    untuk  membuat pilihan seperti yang  baru-baru ini ditunjukkannya  dalam isu  system kemasukan pelajar  universiti berasaskan kuota perkauman  Baru-baru ini  satu kumpulan mewakili rakyat marhaen telah berkumpul di sebuah bangunan kerajaan  untuk menyerahkan memorandum kepada menteri kerajaan berkaitan hal yang  membabitkan  rakyat marhaen.  Bayangkan  apabila  rakyat  marhaen tidak  dibenarkan menjejakkan kaki mereka memasuki bangunan yang dibina dengan hasil peluh rakyat biasa.


Perdana  menteri menganggap setiap kali  rakyat berhimpun  ia  merupakan  satu ancaman kepadanya.  Lantas  dia  mengistiharkan  himpunan rakyat  marhaen seperti itu  adalah haram,  sambil meraba-raba mencari barang bukti  kalau  ada   roket dan bom, sambil membuat  andaian himpunan itu  bakal mencetuskan usaha berbisa untuk  menggulingkannya  daripada  persada kuasa.  Dia beranggapan bahawa penyertaan  rakyat  dalam proses membuat  sesuatu keputusan kerajaan itu  sebagai satu  sanggahan kepada kepimpinannya.  Dia telah merancang agar  satu   kumpulan  polis rahsia  yang berlagak sebagai pemberita merakamkan  setiap  himpunan untuk simpanan. Semua  nama direkodkan,  semua tangkapan dirancangkan. Inilah  dia demokrasi Malaysia mengikut acuan perdana menteri yang sebenarnya  seorang diktator  yang berfikiran dia tidak  akan mati-mati.


Rakyat Malaysia,  apatah lagi  orang dunia sejagat tidak  lagi mempunyai  sekelumit keyakinan  terhadap  Mahathir. Tetapi  dia  berbelanja besar  untuk membayar  gaji satu kumpulan wartawan  yang mempunyai  tugas khas     menyolek  setiap  lembaran akhbar  dengan segala bentuk propaganda  yang mampu  diusahakan oleh  persuratkhabaran yang  sudah jatuh  hina  bertaraf khadam dan hamba abdi.


Berbalik kita kepada  kisah kemuflisan tadi. Kita boleh  membayangkan satu  peristiwa di  hari muka, ketika satu  lembaga  manusia yang telah dikeraskan menjadi mummia  seakan-akan seorang  perdana menteri di  Putrajaya  yang  dipamerkan  mengeras  duduknya  di  sebuah kerusi perdana  menteri yang tersimpan dalam sebuah  peti  kaca.  Setiap ulang tahunnya, barisan pengunjung dan pemujanya  akan beratur berbaris  sambil melekapkan  telapak tangan di dinding kaca dan  merenung ke  arah lembaga yang amat boros di masa hidupnya. Inilah manusia berhati  syaitan yang pernah membina bangunan yang tinggi-tinggi  untuk mencakar langit  sehingga tidak tercakarnya  lagi  dan  memberi  ruang  kepada kemunculan lalang yang  tinggi-tinggi;  sehinggakan    monyet, ungka  dan beruk bergayutan  dan bermain  sesuka hati.



-Tamat:     Harun Rashid: Rabu  9 Mei,  2001.

Bilangan pembaca: