Episod  Country  Heights:  Keributan Yang  Berterusan
(The Country Heights  Raid: The  Kerfuffle  Continues)


Syarikat Country Heights*  Berhad,  yang tersenarai di BSKL, berhutang  dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) RM9 juta  yang merupakan pembayaran taksiran  yang tertunggak  .  Sebagai sebuah  syarikat  pemaju,  Pengarah Urusan, Tan Sri Lee Kim Yew  ternyata  keliru  dengan perbezaan antara  cukai  tanah  dengan cukai taksiran. Timbalan  menteri  kerajaan tempatan dan  perumahan, M. Kayveas menunjukkan marahnya  apabila MPSJ bertindak   menyita premis  Country  Heights kerana hutang tertunggak  itu.    Dia   marah  kerana  MPSJ tidak meminta bantuan  kementeriannya untuk menyelesaikan  perkara itu.  Tan Sri  Lee  tidak menafikan  adanya  tuntutan  itu yang dibayarnya  setakat   RM3.8  juta.  Soalnya  sekarang  syarikatnya  masih  lagi  tertunggak  RM9 juta. Kenyataannya  telah  terlebih membayar RM3.6  juta  terhadap cukai  tanah  tidak seharusnya  menjadi  satu  peringatan  kepada  MPSJ. Cukai  tanah  ialah kepada kerajaan  negeri sedangkan cukai   taksiran  ialah kepada  majlis  Perbandaran.

Kalau diikutkan tanggapan Kayveas, Lee Kim Yew  sepatutnya  tidak  boleh  diganggu, kerana  “dia telah   banyak menyumbang   terhadap  pembangunan   negara  dengan  menukar wajah  sebuah  lombong tinggal  menjadi  satu  projek  kebanggaan negara.”  Peguam mantan KPN  Rahim Nor pun pernah berkata:  beliau telah  banyak  berkorban kepada keselamatan  negara, sehinggakan kalau dia  melanyak seorang mantan timbalan  perdana menteri yang digari  tangannya  dan ditutup matanya, dia seharusnya  dimaafkan.   Mahkamah  tidak bersetuju.  Saya  pun tidak  bersetuju dengan pendapat Kayveas itu.

Dia telah berkata, secara  mengingkari  peraturan perlembagaan,  MPSJ sepatutnya telah  meminta jasa baik kementeriannya  untuk campur tangan. Kenapa  pula? Adalah  menjadi pengetahuan  ramai betapa  kementerian beliau  itu   sedia  membantu   para pemaju   yang mempunyai masalah dengan para pembeli  rumah.   Kisah betapa kementeriannya  bergelumang dengan kemelut   IWK   tidak perlu diulang-tayang  lagi.  Kisah  kegagalan  kementeriannya  menyelesaikan  masalah  rumah  murah  tidak  perlu juga  kita ulangkan.   Kalau kita  mahu  mengungkit  sebarang contoh bagaimana kementerian pernah berbakti kepada  para  pembeli,  semua fail mengenainya  tenggelam dalam timbunan fail-fail yang membusut  tingginya.   Sebenarnya, bukanlah satu amalan  biasa  untuk  kementeriannya  memberikan  bantuan kepada  para  pembeli  terhadap   para  pemaju perumahan   yang  pelahap  sifatnya. Ataupun mengkritik   majlis  Perbandaran   yang  tidak meminta bantuan  kementeriannya.   Saya  ingin bertanya, pernahkah  Dewan  Bandaraya  Kuala  Lumpur,  yang merupakan satu  lagi  majlis Perbandaran,  meminta  bantuan kementerian beliau   dalam  perkara yang  serupa?   MPSJ  tidak perlu  bantuan  itu, malahan tidak sepatutnya  mendapatkannya.  Perkara  ini  amat  jelas  mengikut   perincian perlembagaan.  Mampukah Kayveas bertegas seperti itu kalau  Selangor  diperintah   oleh   .kerajaan parti pembangkang?   Bolehkah  dia  bersedia   dengan  bantuannya kalaulah  masalah  yang  dihadapi  oleh Lee  Kim Yew  itu  terjadi  di  Kuala  Terengganu ataupun Kota  Bharu?

Sepatutnya   kita melupakan sahaja  apa  yang keluar  daripada  mulut  timbalan menteri  ini.  Seharusnya  dia  dimaafkan kerana  tidak  tahu apa yang dicakapkannya. Ataupun  apa yang dilakukannya. Sumbangan beliau  kepada  integrasi  nasional  dan perpaduan negara  adalah setakat  memakai Baju Melayu dengan  bersongkok ketika merasmikan   mesyuarat tahunan bahagian UMNO.  Keceluparannya dalam kenyataan akhbar yang dimestikan memberikan ruangan  yang  jelas  kepada  kata-katanya itu  memberikan gambaran betapa  pincangnya  masyarakat Malaysia  masa kini.   Dia beranggapan,  penonjolan   adalah  lebih  penting daripada  kenyataan.  Kain  sepanjang  lima  ela  yang dibikinnya  menjadi sepasang baju  difikirkannya  memadai dijadikan  lambang  integrasi nasional dan perpaduan negara. Kalau begitu,  kain sepanjang  enam ela sesuai juga untuk  dijadikan kain  (kapan)  Inilah  yang banyak  diperlukan nanti  seandainya  rancangan politik yang bercanggah  dengan amanah rakyat  itu   menjadi  satu   amalan nasional.

Apakah  mesyuarat  bahagian UMNO  Siputeh menjadi satu   kepentingan dan kebanggaan negara kerana  seorang  timbalan menteri  kaum  India  yang berpakaian  Baju  Melayu, datang merasmikannya?  Yang anihnya,  kenapa  dia  tidak berpakaian Baju  Melayu ketika   merasmikan mesyuarat PPP  ?   Kenapakah dia tidak menegaskan ahli yang lain berpakaian  serupa  itu, dan  nyatakan pula  segala rencananya  mengenai  unsur-unsur perpaduan negara  dan integrasi nasional? Selagi dia tidak mampu berkata  benar,  dia seharusnya  dianggap  sebagai  seorang ahli  politik yang ketandusan modal.

Saya bukannya  memperlekehkan pakaian Baju Melayu dan songkok.  Ini  merupakan  pakaian orang Melayu.   Masanya  akan tiba apabila Baju Melayu  akan menjadi  pakaian rasmi negara, tetapi evolusinya mestilah  mencontohi cara ‘cheongsam’ yang memberi laluan kepada pemakaian ‘baju kurung’ oleh masyarakat Cina.    Perkara ini  tidak boleh dipaksa-paksa. Negara kita mempunyai  pelbagai kaum  di mana setiap kaum dan agama mempunyai  ruang  yang sama.  Besar kemungkinannya,  di satu  masa hadapan yang terdekat, pakaian Baju Melayu  akan  menjadi  pakaian rasmi negara  tanpa  paksaan tetapi kerana pilihan.

Sekarang bukanlah  masanya. Kepelbagaian bangsa dan agama yang membuatkan Malaysia  seperti   yang wujud  kini.  Tetapi,  pemimpin Cina dan India  dalam kerajaan seolah-olah  mempunyai  kecenderungan  untuk   melupakan  kepelbagaian ini  dan sengaja  meminggirkan diri  daripada  pendapat  umum  untuk   mengukuhkan  pembangunan masyarakat  bangsa-setakat memperkayakan diri  sendiri  sahaja.  Kita nampak  betapa keghairahan Kayveas itu  adalah untuk mendapatkan  markah,    kerana  Lee  Kim  Yew  adalah kroni Perdana  Menteri.  Pengerusi Country  Height  adalah  adik ipar kepada  Perdana Menteri.   Bukankah    pelik  apabila UMNO ataupun MCA sengaja  bersikap  membisu seribu  bahasa  dalam kemelut  Country  Heights    terhadap  MPSJ?   Sepatutnya  Kayveas  tidak  melangkahkan kakinya  ke kancah  yang  tidak berani dicuba oleh  orang politik yang  lain. Dia  cuba  menegakkan benang  basah.  Kalau ada sesiapa  yang merasa tersentuh  hati, orang itu ialah  Perdana Menteri.  Setakat ini  dia  tidak pun berkata apa-apa.  Tentu sekali  tidak selepas segala keributan yang membabitkan  seorang pesakit  yang menjadi  banduan di Sungai Buluh.

MGG  Pillai
Jumaat  11 Mei, 2001


Diterjemahkan   oleh  SPAR  01-008

Bilangan pembaca: