AG Mokhtar - Revolting Sidekick 
http://www.geocities.com/seachange_2000/sidekick.htm

Mokhtar Dugong : Pembantu Yang Menjijikkan

Oleh : Suan 
Terjemahan : SPAR 09

Seandainya ada tawaran hadiah utama untuk merangkul gelaran penyeleweng yang paling menonjol di Malaysia di samping mempunyai nilai-nilai  Malaysia dan Asia, Peguam Negara Mokhtar pasti menang tanpa perlu bertanding.

Manusia jenis apakah yang sanggup membenarkan seorang ahli politik perogol bebas tanpa sebarang pertuduhan sedangkan pihak yang mendesak supaya keadilan diberikan kepada mangsa rogol di bawah umur itu pula yang didakwa? Sampah masyarakat jenis apakah yang melepaskan Menteri Besar Mat Taib dari tuduhan yang tidak bersungguh-sungguh iaitu gagal mengisytiharkan harta sedangkan begitu jelas kegiatan rasuah yang berlaku di hadapan matanya?  Manusia tidak berakhlak yang manakah sanggup mendakwa seorang insan di bawah tuduhan yang membawa hukuman mati hanya kerana terlupa untuk memperbaharui lesen untuk 125 butir peluru dengan harapan agar insan itu akan bersetuju untuk membuat tuduhan palsu ke atas orang lain? Manusia pendendam jenis apakah yang tergamak mendakwa Sukma, Azmin dan Mior dengan pertuduhan berbohong kepada mahkamah apabila mereka enggan menurut kemahuannya? Bagaimanakah penglibatannya di dalam menyiksa mereka yang tidak bersalah itu semata-mata untuk mendapatkan pengakuan palsu? Mengapakah beliau begitu menghambakan diri kepada politik kotor daripada menegakkan kebenaran dan keadilan sehingga sanggup mendakwa Anwar dengan tuduhan liwat sedangkan semua orang tahu bahawa semua pertuduhan itu tidak berasas sama sekali? Dan betapa putar belitnya seorang Peguam Negara yang tetap mempertahankan penggunaan ‘pengakuan’ tersebut walaupun telah dinafikan sendiri oleh orang yang memberikan keterangan bahawa ia telah disiksa dan dipaksa untuk membuat pengakuan itu.

Penyelewengan Mokhtar sangat menyeluruh dan lengkap. Dialah orang suruhan dari kuasa jahat, dan penghuni tetap dari alam kejahatan. Ia telah menyelewengkan kebenaran, keadilan, kesaksamaan, nilai-nilai kekeluargaan dan segala-gala yang amat kita hargai. Ia telah menukarkan pembohongan dan penipuan kepada kebenaran ciptaannya dan menghancurkan kebenaran dan fakta-fakta sebenar sehingga semuanya tunduk ketakutan kepada keburukan dan penipuannya. Kehitaman hatinya menenggelamkan apa yang bersinar dan sempurna dan menonjolkan kejahatan dan penyelewengan di alam ini. Ia mengetuai sekumpulan orang-orang yang jiwanya telah hilang dan malang, yang telah hancur dan buta disebabkan perasaan tamak haloba terhadap kuasa dan wang. Ia telah memusing dan memutarbelitkan kebenaran sedemikian rupa sehingga menyebabkan sesetengah orang tidak tahu lagi untuk membezakan antara kebenaran dan pembohongan, antara cantik dan hodoh, antara yang baik dan sopan dengan apa yang disembunyikan dan lucah. Mokhtar adalah barah yang memakan jiwa rakyat Malaysia dan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara akan sentiasa diingati sebagai satu titik hitam yang tidak akan lupus walaupun setelah ia telah mati.

Dengan semua tindak-tanduknya yang memalukan itu, Mokhtar mungkin tidak peduli dengan apa yang difikirkan oleh orang lain atau ia percaya bahawa semua orang adalah bodoh dan boleh ditutupi mata mereka itu. Walau bagaimanapun si-angkuh ini telah cuba mengelakkan diri dari sebarang kritikan dengan mendakwa sesiapa sahaja yang mengkritik tindakan-tindakannya yang seringkali meragukan itu.

Di dalam tradisi Malaysiaboleh ini, syaitan yang menjelma ini telah dihadiahkan dengan gelaran Tan Sri di atas pengabdian dirinya terhadap ketua-ketuanya yang merupakan poliTIKUS.

Apakah perkara yang paling mengaibkan peguam Negara? Di dalam perkhidmatan singkatnya di jabatan tersebut, Mokhtar telah melakukan banyak perbuatan-perbuatan tanpa sebarang alasan yang munasabah dan tidak boleh diterima akal dan menghina kepercayaan awam. Perlakuan manakah yang paling memalukan sekali adalah sukar untuk ditentukan dari banyak pilihan yang ada, tetapi mungkin apa yang disebut di bawah ini termasuk di dalam kategori tersebut :

(1) Pendakwaan Lim Guan Eng di atas kesalahan meluahkan rasa tidak puas hatinya secara terbuka tentang kegagalan Peguam Negara untuk mendakwa si-perogol Rahim Thamby Chik berkenaan perlakuan seksnya dengan seorang gadis di bawah umur.

(2) Kegagalan untuk mendakwa si-perogol Rahim Thamby Chik di atas perlakuan seksnya dengan seorang gadis di bawah umur.

(3) Kegagalan untuk mendakwa bekas Menteri Besar Selangor Mohamed Taib dengan pertuduhan yang secukupnya berkenaan dengan rasuah sedangkan kekayaannya yang berjuta dalam bentuk hartanah begitu jelas menyalahi undang-undang dan telahpun di dedahkan kepada umum di Mahkamah Australia setelah tertangkap dengan wang tunai bernilai RM4 juta.  Sungguh memalukan apabila ia hanya didakwa dengan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta dikenakan denda maksima RM2000 sebagai pencuci mata dan tidak mampu langsung untuk mensabitkan kesalahan.

(4) Mendakwa Datuk Nalla di bawah kesalahan yang membawa hukuman mati kerana memiliki 125 butir peluru yang lesennya terlupa untuk diperbaharui oleh Nalla dan cuba menggunakan perkara ini sebagai alat untuk mendapatkan pengakuan palsu Nalla terhadap Anwar.

(5) Mendakwa dan terus mensabitkan kesalahan di atas tuduhan liwat terhadap Sukma dan Munawar yang sebenarnya telah disiksa untuk memberikan pengakuan palsu.

(6) Mendakwa Anwar dengan tuduhan rasuah yang telah ditafsirkannya dengan begitu halus sekali di bawah Akta Pencegahan Rasuah bagi mendapatkan hukuman yang sangat berat dan mengada-adakan bahan bukti untuk menyokong pertuduhan itu. Seterusnya meminda dakwaan di tengah jalan apabila ia gagal untuk membuktikan tuduhan seksual.

(7) Kegagalan untuk mendakwa Azizan di atas kesalahan meliwat apabila ia dengan niat jahat mengaku membenarkan Anwar untuk meliwatnya.

(8) Cuba untuk melindungi bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor dengan mengelak untuk menamakannya sebagai salah seorang yang telah menyerang Anwar di penjara selepas memerap laporan siasatan selama 2 bulan.

(9) Mendakwa Sukma, Munawar dan Mior di atas kesalahan berbohong kepada mahkamah sedangkan mereka hanya menarik balik pengakuan palsu yang dibuat oleh mereka akibat disiksa.

(10)Berniat jahat dengan mendakwa Anwar di atas kesalahan meliwat di mana kes yang tidak berasas sama sekali dan tiada bukti serta pindaan tarikh kejadian sebanyak dua kali itu telah membuktikan bahawa tidak ragu-ragu lagi dakwaan tersebut hanyalah rekaan dan dibuat-buat.

Semua ini adalah sekelumit contoh-contoh yang dilihat dari kerjaya Mokhtar yang menjijikkan itu. Mungkin Mahathir begitu berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Mokhtar menyebabkan perkhidmatannya disambung  sepenggal lagi. Semua ini adalah tindakan-tindakan yang amat memalukan dan dilakukan secara terang-terangan di mata umum, namun kita boleh katakan bahawa Peguam Negara Mokhtar ini memang seorang yang tidak tahu malu.

Bilangan pembaca: