Mengikuti  Jejak  Langkah  Dodo
(Executive Consultation  -  In the  Dodo’s footsteps)

Artikel   asal  ada  dalam  Malaysiakini

(Istilah kata: Dodo  ialah seekor burung purba  yang sudah  pun pupus.  Satu  ketika  dulu  ia  membiak di Mauritius, kerana itu ia  menjadi lambang  kemegahan negara itu.  Daripada  cerita perangai  burung itu  dan  gambar-gambar yang menghiasi  stem  Mauritius, burung  dodo ini sontot   macam  Ajis Sudin, dagunya ada sejemput  bulu   laksana dagu  seorang  tua  di Sarawak, kepalanya  mudah bergerak-gerak seolah-olah   memakai  cemara,   jalannya  mengengkang sekali  sekala laksana seorang ketua wanita  parti  Melayu  purba  dan   mudah tercungap  apabila bercakap kerana menahan kencing yang  mudah keluar  laksana perangai apanamaa seorang  diktator tua….penterjemah).

Pelajar-pelajar Cina dan India  telah  dinafikan  hak  belajar  di  universiti  walaupun  meraih kecemerlangan   peperiksaan  yang membuat orang lain  membuka   mata. Perdana  menteri  berkata semua   peluang belajar  yang  mengikuti  kuota  pelajar  Bumiputera yang tidak diisi  akan diberikan kepada pelajar golongan ini.  Tetapi,  menteri pendidikan berkata perkara  ini tidak boleh dilaksanakan,  dan bertindak tegas  mengatakan  perkara  ini sudah pun dianggap selesai.

UMNO  campur tangan  dengan menuntut  semua bumiputera, walaupun tidak berkelayakan mesti diberikan  keutamaan   daripada pelajar bukan bumiputera yang lebih  baik kelulusannya  itu.

Keahlian Puteri UMNO  pada mulanya  ditetapkan   kepada mereka yang belum berusia 35 tahun.   Tetapi ketua  yang diminati  oleh  UMNO  sudah pun berusia 38  tahun. Peraturan  yang mula-mula itu  terpaksa dipinda walaupun pengumuman sudah   pun  disiarkan.

UMNO bertegas membanteras  politik wang.  Mereka didapati bersalah  memenangi jawatan dalam parti dengan pengaruh wang terpaksa  ditendang.

Menteri Besar Kedah, berkata seorang  exco  negeri yang  didapati bersalah memancing undi dengan wang   dan  digantung selama enam  tahun  boleh kekal memegang jawatannya  kerana khidmatnya dianggap penting dan amat diperlukan.

Senarai itu  berterusan lagi.  Dalam setiap suasana, kerja-kerja agak-mengagak memang   mengelirukan   dan  mencelarukan  keadaan.  Tidak kiralah apa perkaranya. Sudah  menjadi  satu amalan, perkara semacam ini  tidak dirujukkan dulu  kepada   orang yang berkepentingan sebelum sesuatu keputusan itu  diumumkan.

Anti-nasional

Kerajaan bertegas  oleh kerana  ia menguasai empat-per-lima  kerusi  Dewan Parlimen, ialah yang arif   mengenai kemahuan rakyat.  Sesiapa   yang mempertikaikannya  adalah dianggap  anti-nasional  ataupun lebih  dahsyat dari itu.

Tetapi,  keengganan untuk  berunding  adalah satu masalah  besar negara masa kini.  Undang-undang,  peraturan,  dasar-dasar sengaja  dirodokkan ke tekak    rakyat marhaen   yang semakin ragu  sedangkan  kebanyakan peraturan itu mudah diterima-pakai seandainya  rakyat dirundingkan dulu.

Malahan di Parlimen,  perundingan merupakan  satu  bahan sejarah sahaja. Perdana Menteri enggan berunding  dengan   ketua  pihak pembangkang   akan perundangan  yang baru.  Rang undang-undang yang penting sengaja  disogokkan pada ahli dewan  parlimen secara tergesa-gesa  selalunya,  berdasarkan   kepentingan  meluluskannya, tanpa  memberikan ruang  untuk  berbincang dan merundingkannya.

Kami adalah kerajaan  yang  mempunyai  majority,  kami akan  laksanakan  apa  yang kami ingini,  Tetapi,  dalam  bahasa   parlimen  yang  mudah inilah   caranya  sesuatu perkara itu diselaraskan.

Gelagat kerajaan  seperti  ini  dalam mengendalikan  tugas dengan penuh keangkuhan   itu, pasti  melebarkan lagi jurang  perbezaan antara  pemerintah dengan  yang  diperintahnya. Kemarahan yang  muncul  sebagai bahana gelagat  keangkuhan ini   akan terus  membuak  walaupun ia  sengaja diperamkan.

Tetapi, bukan begini  caranya ia  wujud ketika  politik bermula dulu. Apabila  Parti Perikatan  menang  pilihanraya  1955  dengan  51 kerusi daripada  52  yang ditandingkan, perdana   menteri  dan presiden UMNO   Tunku Abdul  Rahman   Putra  Al-haj  telah  mematuhi saya   satu prinsip  politik yang tidak berubah: Dia telah  berunding dulu  setiap  keputusan  yang besar-besar  dan  menundanya  kalau  terdapat  sebarang  keraguan  mengenainya.  Dia amat  patuh dengan  sikapnya itu tanpa  berubah perangai  mengenainya.

Presiden  MCA dan MIC ketika  itu  beranggapan  bahawa inilah  yang  memberikan kuasa  mereka terhadap   pengikut parti. Inilah  satu kesilapan yang mereka warisi hingga hari ini  betapa mereka tidak boleh  menjadi  presiden parti  mereka kalau  tidak  kerana  presiden UMNO, sedangkan kesetiaan itu sepatutnya  diberikan  kepada  akar  umbi  parti.

Tetapi,  ini  bermakna  untuk terus mengekalkan kuasa,  mereka terpaksa  rapat dengan perdana menteri dan  mampu  berseloka dengannya   untuk   menghiburkan hati.  Tugasan lain boleh  dinyahkan  pergi.

Rusuhan Perkauman

Rusuhan kaum  Mei 1969,  telah  mengejutkan  presiden MCA, Tan  Siew  Sin sehingga  mengugut  menarik partinya keluar daripada  kerajaan.  Abdul  Razak  Husein  yang  mengambil alih  tugas  Tunku  telah bertindak  tegas dengan kuasa yang  ada, untuk   memperkokohkan kerajaan  menjadi  lembaga  yang dinaungi  UMNO  dengan  menentukan    semua  kementerian yang  membuat dasar  dinafikan  kepada  menteri  bukan  Melayu.

Sehingga  1970,  kewangan dan  perdagangan  dan  perindustrian  adalah  pegangan MCA.  Setakat itulah sahaja jadinya.

Namun  demikian,  pentadbiran Abdul  Razak,   mampu melaksanakan   pelbagai  perubahan kepada perlembagaan  dan  arena politik  setelah berunding dengan  rakan komponennya,  yang ketika itu  sudah  pun berubah  menjadi Front Nasional yang dianggotai  lebih 10 rakan   politik.   Tetapi,   rakan  bukan  Melayu  mereka  tidak pun berlagak angkuh  dan cenderung untuk bersuara lantang.

Hussein Onn, yang menggantikan Abdul  Razak cuba  mengubah suai   status qua  bermuzakarah itu,  dengan  memberi ruang  agar isu  yang  membabitkan  bukan  Melayu  dikemukakan   kepada kabinet  oleh  wakil tertentu  mereka.

Dr.Mahathir Mohamad  perdana  menteri  keempat,  tidak  mengizinkan  pendapat  yang berbeza,  sambil memecat menteri kabinet  yang mempertikaikan arahannya,  dan tidak pun  bersedia  berunding dengan  kabinetnya setiap  kali keputusan  yang besar-besar dibuatnya.

Gelagat  ini menurun ke bawah dan menteri kabinet  kerap  terkejut  apabila Mahahtir membuat pengumuman  mengenai  keputusan kabinet sebelum perkara itu  dibincangkan.  Tidak ada sesiapa  yang mencabarnya dan  perkara itu berterusan tanpa ada sekatannya. Apabila  kelakuan  itu tidak lagi  dapat bertahan,   seperti sekarang, ia sudah pun sampai tahap  melampau yang tidak boleh dibendung lagi. Sudah   menjadi kebiasaan untuk menteri kabinet mengumumkan   polisi negara dan keputusannya. Hanya sekarang  ini mereka dicabar  dengan lebih lantang lagi berbanding masa yang silam.

Apabila  perundingan amat  diperlukan   untuk  mewujudkan  satu masyarakat  Malaysia yang harmoni,  perkara   itu tidak  dapat diusahakan. Pupuslah kini segala  suasana  di  mana perkara yang sensitif boleh dibincangkan di  bilik tertutup  tanpa  retorik yang menjela,  kerana suasana itu sudah menjadi  bahan  sejarah  sahaja.

Ledakan Kemarahan

Apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina,  Suqui, dituduh secara terbuka   kerana   rayuannya  yang  dikemukakan secara  tertutup kepada satu  jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan  keadaan harmoni itu menggelegak semula. Ia  menjadi isu politik yang memisahkan orang Melayu dengan orang Cina yang mempunyai pendapat berbeza.

Begitulah keadaannya  dalam setiap hal. Apabila rakyat  marhaen mula  berhimpun  di jalanan,  kemarahan yang  membuak itu terus meledak. Apa  yang terjadi di  Petaling Jaya Selatan adalah  salah  satu   contoh  perkara ini.

Rusuhan itu  dapat diredakan  dengan  cepat. Tetapi, apabila  terdapat  lebih  60 perkampungan ala Kampung Medan  di  Lembah Kelang,  suasana  semacam itu  tidak akan mudah dibendung  Apatah  lagi  kalau  rusuhan semacam itu  mudah  meledak  apabila dipacu   oleh  kepentingan politik dan   sasaran  urusniaga.

Tidak ada  sesuatu yang    terbayang  yang  menjanjikan    akan  berlakunya  perubahan.  Kalau  ada pun, keresahan rakyat marhaen ini disambut oleh kerajaan dengan tindakan yang ganas.  Penangkapan di bawah ISA adalah  salah satu  contoh  keganasannya.   Yang membuatkan perkara buruk lagi ialah  martabat kerajaan  yang  didominasi  oleh  orang Melayu  sudah  pun  tercabar kini.

Bagaimana  pun  kita menilainya, terutama sekali selepas  negara dilanda rusuhan kaum  1969  dulu; UMNO  telah  merajai pemerintahan  dengan  naungan orang Melayu  bertatahkan  segelintir sokongan bukan-Melayu   Terdapat dunia  orang Cina  dan  dunia orang India,  yang  dapat dimanjakan  selagi  mereka menerima kepimpinan politik Melayu dan selagi  sanggup berkelakuan laksana tetamu.

Tetapi, orang Cina dan  orang India  sudah  pun lama  menetap sehingga berakar umbi. Inilah  yang  membuatkan orang Melayu menjadi gelabah,   tidak senang hati.  Kalaulah  semua  ini dilaksanakan   selepas  bermuzakarah  dan  berbincang,   ia tidak akan  menjadi  perkara  gembar-gembur  seperti yang  terwujud  kini.


MGG  Pillai.

Diterjemahkan   oleh  SPAR 01.009

Bilangan pembaca: