The Diary of Ariffin Jaka Part 2 
(http://www.geocities.com/seachange_2000/jaka2.htm)

Catatan Diari Ariffin Jaka Bhg.2

Oleh : Tsu Nam
Terjemahan : SPAR 09

21hb.Januari, 2000

Diari ku,

Hari ini bermula dengan suasana yang tidak menyenangkan. Aku ketika itu berada di hadapan cermin bilik tidur ku, cuba menggayakan pelbagai mimik muka yang menggerunkan untuk ku praktikkan di kamar mahkamah nanti – kes perbicaraan Anwar dimulakan semula selepas hujung minggu – apabila pembantu rumah ku memberitahu ketibaan seorang tetamu : Augustine Paul. ‘ Katakan padanya yang saya sedang sibuk dan tidak mahu diganggu,’ Aku mengarahkannya dengan ringkas dan kasar memberikan gambaran bahawa sekiranya ada seorang yang sangat aku benci, inilah dia orang itu, yang lebih menyerupai haiwan dari manusia.

‘Saya telah beritahunya seperti itu,’ jawab pembantu rumahku. ‘Tetapi dia memberitahu bahawa kedatangannya adalah atas arahan Ketua Hakim Negara.’

‘Okay, beritahu dia untuk tunggu dahulu.’

Walaupun aku terpaksa juga bertemu dengannya, aku tidak perlu terburu-buru. Apabila aku telah siap, aku menuruni tangga dari mana aku boleh lihat satu wajah yang tidak menyenangkan pada tetamu yang gelap seperti arang, dan mempunyai raut muka seperti anjing itu. Namun dia bingkas bangun apabila melihat ku dan menyambut dengan keceriaan yang dibuat-buat :

‘Oh! Sahabatku, Ariffin. Aku harap sakit belakangmu telahpun berkurangan. Beritahu kepadaku, adakah ia begitu menyakitkan?’

Aku tidak senang dengan sindiran yang begitu ketara itu, jadi aku pun menjawab : ‘Sesakit tanganmu pada ketika kamu menuliskan keputusan perbicaraan kes rasuah Anwar. Memang berbaloi sekali.’

‘Sahabatku, aku bukan datang ke sini untuk bergaduh. Ketua Hakim Negara kita memintaku supaya singgah ke sini dan memberikan sedikit nasihat kepadamu. Perbicaraan kes liwat itu adalah pada hari Isnin. Biarlah aku berterus terang, sahabatku. Kamu mesti menggunakan perkataan ‘tidak relevan’ dengan lebih kerap. Itu adalah perkataan yang amat berguna. Kamu mesti menghalang peguam-peguamnya dari memanggil saksi-saksi yang penting. Kamu mesti halang mereka dari bertanyakan soalan-soalan yang memalukan. Arahkan peguam-peguamnya untuk menulis soalan-soalan yang hendak dikemukakan untuk dibaca olehmu terlebih dahulu, dan jadikannya tidak relevan sekiranya soalan-soalan itu terlalu bijak. Seperti yang telah aku sendiri buat sebelum ini. Ugut peguam-peguamnya dengan dakwaan menghina mahkamah, itu akan menjinakkan mereka. Tetapi biarkan pihak pendakwa berbuat atau berkata apa sahaja, perintahkan tilam dibawa ke mahkamah sekiranya itu yang mereka mahu. Selain dari itu, kamu mesti……’

Dan berbagai-bagai lagi yang dibebelkannya, bagaikan mengalami penyakit cirit-birit  perkataan, dia merupakan hakim Mahkamah Tinggi yang paling junior sekali, ditolak naik ke atas hanya untuk mensabitkan kesalahan Anwar dan kini berani pula datang menawarkan nasihat untukku. Aku hampir-hampir tidak dapat menyembunyikan kemarahan dan rasa terhina di wajahku. Jadi aku mencelah kata-katanya dengan , ‘Kamu kendalikanlah mahkamah kanggaru kamu sendiri dan biarkan aku dengan hal aku.’

Secara tiba-tiba bilik itu diselubungi rasa permusuhan. Senyuman yang dibuat-buat di wajahnya terus hilang dan suaranya menurun sedikit dari tadi. ‘Kamu fikir aku suka suka berbuat seperti ini? Jika kamu anggap aku telah menjual maruah diriku kepada Mahathir, kamu juga begitu, Ariffin, kamu juga begitu.’

‘Sekurang-kurangnya aku tidak membongkok ke belakang seperti boneka tak bertulang yang bergantungan pada tali!’

‘Sekurang-kurangnya aku tidak berpura-pura sakit belakang!’

‘Apakah kamu ini berlagak seperti si-periuk mengata si-cerek itu lebih hitam? Sudah cukuplah kehitaman yang terpancar di hatimu untuk mewarnakan keseluruhan badan kehakiman hitam legam.’

Dari saat itu, pertengkaran semakin menjadi-jadi. Kami melemparkan kata-kata penghinaan satu demi satu. Kemudian dia bangun untuk beredar tetapi aku terus menjerit-jerit kepadanya sehingga ke muka pintu. ‘Ketua Hakim Negara akan mendapat tahu tentang kejadian ini,’ dia mengugut. ‘Kamu akan ditukarkan ke ceruk pendalaman, mungkin sebuah perkampungan di hutan Sarawak. Tengoklah sama ada kamu boleh mendapatkan barang seorang budak perempuan Iban untuk memuaskan nafsu!’

‘Lebih jauh darimu lebih baik!’ balasku.

Kemudian dia meludah kepadaku, lalu akupun membalas dengan meludah kembali kepadanya. Maka kami pun ludah-meludahi antara satu sama lain, diariku, dan ia menjadi satu pergelutan yang paling tidak senonoh buat dua orang hakim mahkamah tinggi. Namun akhirnya dia pun berambus.

Memang benar aku telah menggadaikan maruahku kepada Mahathir, diariku, tetapi sekurang-kurangnya aku masih menyimpan 10% darinya dengan harapan Allah akan mengampunkan diriku pada satu hari nanti. Tetapi lelaki itu? Dia telah mengandaikan 100% maruahnya dan atas sebab itu mesti disumbat terus ke neraka! Namun aku dengar dia masih setia berkunjung ke gereja seolah-olah itu akan dapat membantunya. Dasar manusia hipokrit! Pembunuh!

Walau bagaimanapun, selepas dia pergi aku tetap diselubungi dengan rasa marah yang amat sangat. Untuk meredakannya, aku melayari internet dan menghantar tulisan-tulisan tanpa nama kepada laman Soc. Culture Malaysia, menyebut Augustine Paul sebagai binatang, anjing, pariah dan berbagai-bagai gelaran yang tidak tergamak pula untuk ku sebutkan kepadamu, diariku. Ini telah dapat memberikan satu kepuasan buatku walaupun kadang kala aku terfikir apakah beberapa tulisan lain yang menghentamku itu datangnya dari dia.

Namun makhluk itu nampaknya begitu cepat bertindak kerana tidak lama kemudian, pada hari yang sama, selepas sahaja waktu makan tengah hari, aku mendapat panggilan telefon dari tidak lain dan tidak bukan Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Beliau mengarahkan aku datang ke pejabatnya secepat mungkin dengan suara yang keras dan seperti tidak boleh ditahan-tahan lagi. Nasibku baik kerana Perdana Menteri sedang bercuti, jika tidak tentu aku terpaksa pergi menyembahnya.

Apabila aku berhadapan dengan Abdullah, aku dapati beliau telah banyak berubah dari seorang yang pernah ku kenali sebelum ini. Jika sebelum ini beliau sentiasa ramah dan bersopan, kini beliau menyalak, membentak dan merungus seperti, saling tak tumpah, Mahathir sendiri. Sehinggakan mimik mukanya turut menyerupai Mahathir. Patutlah orang menggelarnya sebagai boneka Mahathir -  terhangguk-hangguk seperti boneka yang bergantungan pada tali . Sesungguhnya inilah yang Mahathir telah jadikan kami semua – boneka-boneka bertali. Termasuklah lelaki yang dipanggil ‘Mr. Clean’ ini. Kasihan! Kasihan! Harap-harap beliau masih lagi menyimpan 10% dari maruahnya.

Sungguh pun begitu, beliau tidak dapat menggerunkan ku sebagaimana Mahathir berupaya melakukannya kepadaku, maka perasaan takut tentang kemungkinan rahsia burukku dibocorkan tidak ada langsung. Lalu aku pun bertelagah dengannya, menegaskan bahawa cara aku menangani perbicaraan kes Anwar adalah lebih meyakinkan dari cara Augustine Paul yang telah menjadikan keseluruhan sistem kehakiman Malaysia sebagai bahan ketawa masyarakat dunia.

Namun beliau merasakan yang aku telah membiarkan Anwar mendedahkan terlalu banyak hal Mahathir dan kroni-kroninya sebelum perbicaraan ditangguhkan bagi menghadapi pilihan raya. Akhirnya aku berjanji untuk melakukan yang terbaik, walaupun kami gagal mencari kata sepakat tentang cara bagaimana yang dikatakan terbaik itu, dan kami hanya membiarkannya tergantung begitu sahaja.

Oh ya. Apabila keseluruhan urusan keji ini selesai, diariku sayang, marilah kita bercuti bersama-sama di Laut Selatan supaya dapat pula aku memberitahu mu cerita-cerita yang lebih menyenangkan dari apa yang berlaku pada hari ini.’

Bilangan pembaca: