Kes   Anwar  Mencetuskan  Satu  Perbicaraan Terhadap  Kerajaan
(The Anwar Trial That Was Not  Puts  The  Government  On  Trial)

Kerajaan Malaysia   tidak  dapat lari  daripada  deraan  semangat  Dato’ Seri Anwar Ibrahim   yang menghantuinya. Ia  bermula  sejak  beliau  dipecat  daripada  parti  sehingga  dihukum oleh mahkamah  kerana  tuduhan  palsu  menyebabkan  sokongan orang Melayu  berubah  jauh  daripadanya. Setiap  tekanan yang  dihalakan sepatutnya   mampu  menghumbannya    daripada halaman politik. Sebaliknya,   ia  terus  bangkit  dan  mampu menyanggah  para  bajingan yang mahu mengnyahkannya  sedangkan  ia dikawal ketat  di   Penjara Sungai  Buluh. Dia baru  sahaja  dibawa balik  ke  penjara itu  setelah  berada di hospital selama enam bulan untuk  menerima rawatannya. Setiap kali   dirancang  pelbagai  deraan terhadapnya,  ditumpaskannya  untuk menghitamkan   usaha itu, lantas  mengaibkan  kembali  musuh  ketatnya  seorang  perdana  menteri  dan  juga  kerajaannya. Selama  tiga tahun  sejak    diaibkan dan terpenjara   sejak  September 1998  itu,  dia  telah  menggunakan   setiap  peluang  yang  ada  dan ketika tercetusnya   kontroversi tentang pemilihan  negara  tempat  pembedahan penyakit    belakangnya  itu,  dia  mampu  menjadikannya  isu  antarabangsa. Inilah yang menjerat kerajaan  dalam  satu  keadaan  yang memalukannya  dalam dan  di  luar  negara. Lebih-lebih  lagi   apabila kerajaan sengaja   menangani  perkara itu  dengan  sikap  yang  tidak  mesra.

Apabila kerajaan  bertindak  mahu menyambung   pertuduhan mahkamah terhadap empat lagi tuduhan  salah  laku (yang tidak  pun berlaku – penterjemah) dan  satu  tuduhan  korupsi, terbayanglah  satu    konfrontasi  yang  mungkin  menjelma lagi.  Di  waktu  yang sama  penyakit belakangnya  tidak juga  reda dan  dia  telah  menolak pembedahan yang dizinkan oleh kerajaan  di negara ini, lehernya sudah pun  menggunakan  satu  alat  pengekang  yang jelas  nampak, dan  perjalanannya  mesti  dibantu  oleh  kereta  tolak. Kerajaan tidak merelakan rakyat  marhaen  melihat  keadaan  Anwar seperti itu, dan bertindak membacakan  pertuduhan   dan melupuskannya  di sebuah mahkamah  khas di kawasan Penjara  itu  Tidak ada sebarang penjelasan kenapa beliau  dihantar pulang  ke  penjara secara tergesa-gesa sedangkan  prosiding mahkamah    semakin  tiba  dan  kenapa   semua  pertuduhan yang berbaki itu digugurkan pula. Namun, kalaulah prosiding  dimulakan, kerajaan   akan  terkena  aib lagi.  Alasan  sebenarnya  dia tidak boleh ditontonkan dalam keadaan kesihatannya  yang  sedia   ada.

Menteri Kehakiman  Rasi  Yatim,  berkata  bahawa  penarikan  pertuduhan itu  adalah   satu  kebaikan. Jikalau  demikian,  kenapakah Jabatan Peguam Negara  mengusahakan   prosiding itu  pada mulanya? Kalau  perbicaraan itu  tidak perlu  disambung  semula, kenapa  pula  ia    diura-urakan?  Apabila  Augustine Paul  dilantik sebagai  hakim untuk mengadili  kes itu,  sekaligus  ia menghancurkan segala  anggapan  bahawa  perbicaraan  itu  akan  dilangsungkan dengan adilnya. Dengan   pupusnya   pertuduhan itu  ia  menyerlahkan   kebenaran   Dato’  Sri Anwar  Ibrahim,  yang  kini bergegas  dia  dinafikan  hak  untuk  membersihkan  namanya. Abdullah  Badawi  telah  menyebut   bahawa  adalah  baik  apabila  pertuduhan  itu  ditarik balik  dan Rais  Yatim  pula  berkata   hukuman 15 tahun  yang ada  sudah  pun berpada dan tambahan  hukuman  lagi  tidak  akan  membawa sebarang makna. Sebenarnya  kerajaan  sedar  betapa kuatnya  sanggahan  yang  semakin berapi   di akar  umbi. Hakikatnya, kerajaan  tidak  lagi  berupaya  memperbodoh  diri  sendiri  untuk  ketiga kali.  Hakim  Arrifin  Jaka yang telah   mengadili perbicaraan kedua dulu  masih  lagi belum mengemukakan  hukuman bertulis beliau  ketika menjatuhkan hukuman sembilan tahun  terhadap  Anwar. Dato’ Seri Anwar  tidak boleh  merayu  terhadap hukuman itu. Tidak  ada  sesiapa di pihak  kerajaan  yang   menganggapnya sebagai satu  kesalahan   terhadap  keadilan. Namun,  rakyat marhaen  sedar   bahawa  itulah  yang  sebenarnya.

Yang lebih penting lagi, kumpulan Anwaristas  telah meluaskan  pengetahuan sejagat  terhadap kemelut Anwar  itu. Dia  dilihat kini sebagai seorang yang sengaja dimangsakan  untuk  dimusnahkan  dalam satu konfrontasi politik. Pelajar-pelajar Malaysia di  negara ini dan  di  luar  negara  mempercayai  hakikat ini dan  sedar akan penipuan  pihak  kerajaan. Ketika para duta  dan  suruhanjaya Malaysia bersidang  di  Kuala  Lumpur  minggu yang   lalu untuk  menyegarkan  ingatan  terhadap  kemajuan  negara, mereka memberikan kepentingan  kepada cara-cara  menangani  masalah  baru  ini  yang menyagat   martabat  negara  di  peringkat  antarabangsa. Setakat ini, sokongan terkuat  untuk Anwar  wujud  di   Amerika Syarikat di mana satu kumpulan  penyokongnya  terus bergiat cergas menyemarakkan sokongan mereka.  Persatuan Eropah  turut serta  apabila tercetus berita  perbalahan mengenai  penggunaan  khidmat  seorang  pakar-bedah   Belanda yang  berpengkalan  di Munich. Apabila Anwar kini memakai  pengekang leher  dan bergerak  dengan  kereta sorong  membuatkan kerajaan mengambil sikap  untuk  terus  berbohong.  Namun, apa juga  yang diberitahu  oleh kerajaan  mengenai  keadaan kesihatannya  itu,  rakyat  marhaen  tahu  bahawa  penjelasan kerajaan  itu  adalah  berita  palsu.

Sepatutnya  semua pertuduhan yang berbaki  itu sudah  lama ditarik dulu, tanpa  membawanya  ke mahkamah untuk   mendengarkannya. Tindakan kerajaan  itu, kini dilihat  sebagai  satu  usaha menafikan hak  beliau mempertahankan dirinya Jadi,  kenapakah  Jabatan   Peguam Negara  memulakan  kes  itu  pada  awalannya?  Apakah ia tidak sedar akan bahana politik terhadap  tindakan seperti  ini?  Apakah benar  anggapannya bahawa semua   tuduhan   serius yang  ditangani  dengan teruk sekali sudah  pun  diselesaikan, makanya  yang berbaki dianggap  remeh  sahaja? Kenapakah  yang  berbaki itu mahu  dibangkitkan   semula  ketika  persidangan  tahunan  UMNO hampir  bermula?    Kebijaksanaan Anwar   yang  disokong oleh   pasukan penyokongnya  yang setia dan semakin  bertambah    setiap hari,  merasakan  tidak ada apa  yang  merunsingkan  mereka sambil  terus   menghenyak  UMNO  dan  melanyak  presidennya  yang merupakan  musuh  ketat beliau sehinggalah  tercapai  usaha untuk   memusnahkan  mereka. Tidak  ada sebarang pertanda bahawa kebalikan proses itu sedang berlaku.  Memang kerajaan   tidak ada  banyak  pilihan lagi. Kalau kerajaan mahu  terus bernafas  lega,  Dato’  Seri Anwar mesti diberikan kebebasannya dan selepas  itu barulah kerajaan   boleh   berkira bagaimana  boleh  memperbaiki martabatnya semula.

MGG   Pillai
Pillai@mgg.pc.my
Diterjemahkan oleh:SPAR01.10
Selasa  14.5.2001.

Bilangan pembaca:orang