Ketamakan Kroni, Menghancur Negara

Oleh
Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman
zaharuddin@yahoo.com
25 Februari 2001

Di ketika manusia di seluruh negara bekerja keras bagi mendapatkan segengam beras untuk makan ahli keluraga dan ketika setengahnya berhempas pulas mencari wang gaji yang tidak seberapa untuk membayar hutang-hutang kereta, rumah dan pelbagai hutangan. Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan manusia yang meraih wang dan hidup ditenggelami wang ringgit yang melimpah ruah tanpa jerit perih yang sebenar tetapi hanya menggunakan kedudukan dan 'title' tertentu. Justeru, penulisan yang berlandaskan kajian ini akan cuba memaparkan perkara berikut :

a.    Beberapa Pelaburan anak-anak Perdana Menteri.
b.    Penumpuan terhadap individu terpilih yang dikenali sebagai 'kroni'.
c.    Beberapa bentuk 'hasad dengki kewangan' kerajaan BN terhadap PAS.
d.    Pemonopolian Kekayaan Oleh Kroni
e.    Komentar Antarabangsa dan Tempatan Terhadap Malaysia.

Allah SWT berfirman mafhumnya :

"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." ( An-Nuur: 37 )

Allah SWT memberikan gambaran bahawa kecintaan kepada harta itu mungkin sahaja menyebabkan seseorang itu teralai daripada ingatan akhirat, bukan sekadar tiu malah mereka ramai juga yang termasuk dalam kalangan penentang Islam dengan beranggapan bahawa kerana tidak mengambil Islam lalu mereka mampu ke hadapan. Maka wujudlah kumpulan-kumpulan manusia yang tidak mengira batasan halal dan haram dalam mengumpul kekayaan.

Sehubungan dengan itu, tidak kurang juga manusia yang menggunakan jalan singkat untuk menjadi kaya iaiatu dengan menggunakan pengaruh pangkat lalu terjadilah istilah nepotisme, kronise, kolusi dan lain-lain. Selama ini, ramai pemimpin UMNO menyangkal tuduhan kronisme dan lain-lain tuduhan penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat. Justeru di sini akan cuba dipaparkan perkara ini untuk pengetahuan rakyat. Berikut adalah jawatan-jawatan anak Dr. Mahathir di dalam syarikat 'Public Listed' :

Jadual 1 : Jawatan anak Perdana Menteri di dalam syarikat Public Listed

Nama Syarikat Jawatan
Mirzan Mahathir Sunway Buliding Tecnologies Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir World Wide Holdings Berhad Pengarah
Mirzan Mahathir Artwright Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Konsortium Logistik Berhad Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Mirzan Mahathir Dataprep Holdings Berhad Pengerusi
     
Mohzani Mahathir THB Industries Berhad Pengerusi
Mohzani Mahathir Tongkah Holdings Berhad Pengerusi Eksekutif / CEO
Mohzani Mahathir Pantai Holdings Berhad Ketua Pegawai Eksekutif
     
Mukhriz Mahathir Ajiya Berhad Pengarah
Mukhriz Mahathir Reliance Pacific Berhad Pengarah
     

Jadual 2 : Anak Perdana dan Jumlah Pelaburan mereka

Name Company Shares Held % % Held Market Value*
Mirzan Bin Mahathir Sunway Buildings Tecnologies Berhad 3,917,651 3.100 2,624,826.17
Mirzan Bin Mahathir Artwright Holdings Berhad 2,196,480 11.000 4,436,889.60
Mirzan Bin Mahathir Amsteel Corporations Berhad 369,907,238 29.370 77,680,519.98
Mirzan Bin Mahathir Chocolate Products( M'sia) Bhd 220,555,945 63.300 86,016,818.55
Mirzan Bin Mahathir Lion Corporation Berhad 28,903,000 15.800 36,417,780.00
Mirzan Bin Mahathir Lion Land Berhad 299,529,946 50.480 98,844,882.18
Mirzan Bin Mahathir Angkasa Marketing berhad 25,523,496 58.000 9,443,693.52
Mirzan Bin Mahathir AmalGamated Containers Bhd 24,804,722 33.200 14,882,833.20
Mirzan Bin Mahathir Konsortium Logistics Berhad 78,057,535 43.410 146,748,165.80
Mirzan Bin Mahathir Posim Berhad 170,097,271 83.700 348,699,405.55
         
Mokhzani Bin Mahathir THB Industries Berhad 1,224,269 2.270 2,864,789.46
Mokhzani Bin Mahathir Tongkah Holdings Berhad 47,721,200 28.690 42,471,868.00
Mokhzani Bin Mahathir Pantai Holdings Berhad 42,797,000 66.010 139,518,220.00
         
Mukhriz Bin Mahathir Riliance Pacific Berhad 5,161,999 5.260 6,813,838.68
Mukhriz Bin Mahathir Ajiya Berhad 2,176,812 8.29 4,919,595.12
         
PAB Nominee (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani b. Mahathir Pantai Holdings Berhad 3,433,000 5.300 11,191,580.00
         
Phileo Allied Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani b. Mahathir Pantai Holdings Berhad 800,000 1.230 2,608,000.00
         
Public Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani bin Mahathir Tongkah Holdings Berhad 4,950,000 2.980 4,405,500.00
         
RHB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mokhzani b. Mahathir Pantai Holdings Berhad 1,753,000 2.700 5,714,780.00
         
* Nilai Pada 11 Februari 2001
** Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur

Jadual 3 : Jumlah Keseluruhan Nilai Pelaburan anak PM dalam syarikat 'Public Listed'

Para pembaca boleh melihat sendiri betapa mewahnya kehidupan anak-anak Perdana Menteri iaitu Mirzan sebanyak RM 825 juta, Mohzani RM 208 Juta dan Mukhriz sebanyak RM 11 juta, itu cuma pelaburan yang menggunakan NAMA MEREKA bagaimana pula pelaburan yang tidak menggunakan nama mereka tetapi menggunakan PENAMA (nominees). Saya kira itu hanyalah jumlah kekayaan mereka yang PALING MINIMUM atau mungkin hanya peratusan kecil dari kekayaan mereka kerana jumlah pemilikan hartanah dan bangunan yang bukan dalam bentuk saham tidak dapat ditentukan kecuali oleh mereka sendiri.

Benar, kita merasa bangga dengan wujudnya korporat melayu seperti mereka tapi bagi rakyat mereka bukan korporat tulen, keluhan Dr. Mahathir selalu kedengaran mengatakan 'adakah kerana mereka menjadi anak saya lalu lalu mereka tidak boleh menjadi kaya, mereka berjaya dengan usaha mereka sendiri'. Tetapi apa yang ingin dipersoalkan adalah kejayaan yang diperolehi daripada usaha sendiri atau melibatkan pengaruh PM. Ini lah salah satu bentuk penyelewengan utama yang dipersoalkan oleh Sdr Ezam Mohd Noor sehingga beliau diheret ke mahkamah atas tuduhan membocorkan Rahsia Rasmi Kerajaan melibatkan kes Rafidah Aziz.

Apa pun, rakyat kini boleh menilai sejauh manakah kekayaan harta kepunyaan anak-anak Perdana Menteri yang menyebabkan beliau begitu risau untuk melepaskan jawatannya. Bagaimana pula segala harta berbentuk hartanah, aset-aset lain serta wang tersimpan. Sudah tentu sejauh langit dengan bumi jika dibandingkan dengan rakyat kebanyakkan. Layakkah mereka dengan hanya sekadar menjadi anak PM lalu kaya sedangkan rakyat teraniaya di dalam masalah kewangan.

Begitu juga halnya dengan individu-individu lain yang dianggap sebagai 'kroni'. Kehidupan mereka sentiasa mewah dan sekiranya ada kegagalan di dalam pernigaan, pasti kerajaan akan membeli saham mereka atau menyuntik wang tidak kiralah dari mana sekalipun sumbernya. Contohnya, kerajaan telah menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli dengan membeli 29 % saham MAS apabila kerajaan membeli semula saham berkenaan pada harga 122% melebihi harga pasaran. Lihat pula secebis kekayaan Tan Sri Halim Saad.

Jadual 4 : Beberapa Pelaburan serta Nilai Pasaran Bagi Tan Sri Halim Saad.

Name Company Shares Held % Held Market Value*
HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Halim bin Saad RENONG 76,469,765 3.290 83,352,043.85
HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd for Halim bin Saad METACOR 2,272,000 2.030 4,316,800.00
Halim bin Saad METACOR 15,209,089 13.610 28,897,269.10
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad RENONG 372,012,351 16.010 405,493,462.59
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad UEM 309,798,506 37.930 1,146,254,472.20
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad CREST 29,222,203 38.560 54,937,741.64
Tan Sri Halim Saad TIME 349,112,731 46.770 795,977,026.68
Tan Sri Halim Saad PHARMA 15,490,233 30.980 130,117,957.20
Tan Sri Halim Saad HPI 2,181,000 6.220 2,399,100.00
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad PARKMAY 22,526,250 50.000 15,768,375.00
Tan Sri Halim Saad
FABER 194,484,537 60.020 73,904,124.06
         
* Nilai Pada 11 Februari 2001
* * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur

Inilah beberapa kerat 'Billionaire' Melayu yang merupakan 10 orang melayu terkaya di Malaysia di kalangan individu seperti Tun Daim Zainuddin serta kroni, Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Vincent, Ting Pek Khing, Francis Yeoh, Ananda Krishnan dan lain-lain.

KEDENGKIAN DAN HASAD BN TERHADAP PAS

Apa yang terlebih dikesali adalah kedengkian yang meluap-luap dalam diri pimpinan UMNO/BN terhadap PAS, khasnya kerajaan PAS Kelantan. Walaupun kehidupan mereka tidak lekang dengan limpahan wang tetapi perasaan dengki begitu membara. Ini boleh dilihat dalam beberepa kes berikut :

          1. 'Petition Grant' Bagi Negeri Kelantan

Pemberian peruntukan wajib Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan sengaja dilewatkan daripada tempoh masa sebenarnya. Ini jelas mempamerkan sikap dengki kerajaan Bn yang tidak mahu pembanguan berjalan lancar di Kelantan. Waktu yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Jadual 5 : Masa Kelewatan Pemberian Gran Untuk Penduduk Kepada Kelantan

Jenis Gran Sepatutnya Tahun Tindakan Pusat
Bilangan Penduduk 2 kali setahunJan/Feb dan Julai/Ogos 1994 4 bayaran : 1 kali Sept dan 3 kali Disember
    1995 2 bayaran : Okt dan November
    1996 2 bayaran : Julai dan Disember
    1997 2 bayaran : Sept dan Jan '98
    1998 2 bayaran : Ogos dan Disember
    1999 2 bayaran : Ogos dan Jan '00
    2000 2 bayaran : Sept dan Disember

Bagi tahun 2000 Jumlah pemberian Pusat sepatutnya adalah RM 117,528,894.67 tetapi sehingga Oktober 2000 hanya RM 42,045,101.17 sahaja yang telah diserahkan kepada Kelantan bakinya sebanyak RM RM75,483,793.50 hanya dilangsaikan pada 31 Disember 2000.

          2. Royalti Minyak Negeri Terengganu

Petronas mendapat keuntungan berlipat ganda apabila harga 1 barrel Petroleum naik kepada USD38 per barrel (RM 144.40) berbanding hanya USD 12 perbarrel ( RM45.60 ) pada tahun 1999. Menurut sumber Petronas, dalam sehari Petronas mengeluarkan sebanyak purata 650,000 barrel. Ini bermakna jumlah tersebut mampu menghasilkan RM93,860,000 sehari sebelum ditolak kos modal. Ini menyebabkan keuntungan Petronas melambung dan begitu juga lah royalti kepada negeri Terengganu yang bernilai 5 % dari hasil Petroleum tersebut.

Seperti diketahui ramai rompakan wang rayalti berjumlah 800 juta setahun di jadikan 'ihsan' secara zalim oleh Kerajaan Pusat dengan membelakangi perjanjian yang termeteri di antara Kerajaan Terengganu dan Petronas pada tahun 74 dan 1975.

          3. Projek Pendaratan Gas Thailand-Malaysia (Petronas)

Petronas dikawal oleh PM dan Menteri Kewangan terpaksa akur dengan sifat hasad keduanya itu. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam satu Projek Petronas di Thailand di bawah kawasan JDA ( Joint Development Authority ).

Mereka bersetuju untuk menaikkan gas ini dari telaga Cakerawala di dalam kaw pertindihan Siam dan Malaysia terus ke Songkhla dengan disalurkan melalui 'onshore pipeline' ke Changlun di Kedah. Harga bagi 1 km pipe 'onshore' adalah RM 9.5 juta dan 'pipe line offshore' adalah RM 5.7 juta per km.

Kesimpulan seperti berikut

Telaga Cakerawala ------(245km)------Songkhla ----------(125 km) ----------Changlun RM                                    1.396 Billion ( anggaran )             RM1.187 Billion ( anggaran )

Jumlah tersebut perlu pula dicampurkan dengan RM 1.2 Biliion sebagai 'thoughout fee' (tol) kepada kerajaan Tempatan Songkhla sehingga tahun 2007 kerana membenarkan daratan mereka diguna.

Sekiranya tiada perasaan dengki, mereka boleh saja menyalurkan terus ke Kelantan dari Thailand. Ianya sepetri berikut :

Telaga Cakerawala ----------- ( 140 km ) ----------- Kota Bharu
                                        ( RM798 juta ) - anggaran

Bezakan RM 798 juta jika dibuat di Kelantan dengan RM 2.613 billion apabila dibuat di Kedah. Itulah jumlah nilai akibat hasad dengki yang merugikan negara. Perkara ini telah disebut oleh YB Hj Husam Musa di Parlimen pada sidang Oktober 2000 yang lalu.

          4. Masalah air di Kelantan

Ini merupakan satu lagi hasad mereka kepada PAS. Melalui persetujuan lisan dengan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Kerajaan Pusat bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak 600 juta pada tahun 97 bagi membantu permaslaahn air di Kelantan. Akhbar harian menghebahkan isu ini dengan harapan ianya memberikan 'political milage' kepada BN. Malangnya sehingga 2001 masih tiada apa-apa yang diberikan.

          5. Peruntukan Pembangunan ( diberi melalui pejabat daerah ) kepada ahli-ahli Parlimen dan ADUN BA.

Sebagaimana dimaklumi bahawa BA mendapat undi sekitar 2.5 juta berbanding BN sekitar 3.2 juta undi diseluruh Semenanjung. Bezanya menurut satu kajian hanayalh 623,000 undi sahaja. Walaupun BA disokong oleh 2.5 juta pengundi malangnya BN sekali lagi tidak menghormati rakyat apabila segala wang yang sepatutnya diperuntukan kepada MPs dan ADUN tidak diberikan iaitu RM 500,000 bagi MPs dan berbeza-beza menurut kerajaan negeri. Kerajaan Terenggnau yang ,mengamalkan sikap Islam memeberikan sebanyak RM 100,000 kepada semua ADUN dan MPs negerinya tanpa mengira parti.

Yang dikesali, rakyat sengaja dihukum kerana tidak mengundi BN. Justeru bagi 'mengajar' rakyat lalu ADUN dan MPs undian mereka mengalami kesempitan wang bagi membantu kebajikan penduduk tempatan. Harapan mereka agar pengundi akan beralih arah tetapi kita yakin bahawa para penyokong BA tidaklah rapuh pendiriannya.

Semakin malang apabila wang-wang peruntukan tersebut diberikan kepada UMNO Bahagian sebagaimana yang diberitahu oleh YB Dato' Presiden PAS. Perkara ini berlaku di banyak tempat terutamanya Kedah dan Kelantan.

PEMONOPOLIAN KEKAYAAN NEGARA OLEH BEBERAPA KERAT INDIVIDU DAN SYARIKAT.

Tidak cukup mendera rakyat dan begitu hasad, mereka tidak putus-putus mengagih-agihkan projek dan kontrak sesama mereka tanpa mengira kesukaran rakyat. Sebagai contoh:

1. Penswastaan Perkhidmatan Hospital ( Sistem Pengkomputeran diberikan kepada Deligent Network merupakan milikan Tongkah-dianggar bernilai RM 1.2 B, Penswastaan ubat-ubatan diberikan kepada Tongkah Medivest dan banyak lagi)

2. Konsortium Perkapalan Berhad sekarang Konsortium Logistik Berhad( Bail Out ) Wang Petronas digunakan untuk membeli 51 % saham Konsortium Perkapalan Berhad yang ketika itu mempunyai hutang sebanyak RM 1.6 Billion.

3. Ranhill Berhad ( sebuah syarikat yang khabarnya mempunyai pertalian dengan Tun Daim melalui salah seorang Pengarah Eksekutif di syarikat tersebut). Mereka telah memperolehi projek besar seperti berikut:

4. United Engineers Malaysia Bhd yang diterajui oleh kroni Tan Sri Halim Saad mengaut keuntungan melalui anak-anak syarikatnya dan kontrak berikut:

Syarikatnya mencatatkan keuntungan besar hasil daripada pemonopolian projek besar kerajaan iaitu mencatat keuntungan bersih ( net profit ) seperti berikut :

Jadual 6 : Keuntungan Syarikat Kroni United Engineers Malaysia Bhd dan Renong Berhad

United Engineers Malaysia Berhad
Perkara Dis 96 Dis 97 Dis 98 Dis 99
Turnover 3,405,575,000 4,295,148,000 3,157,092,000 3,239,189,000
Net Profit 513,214,000 282,313,000 181,817,000 710,950,000

 

Renong Berhad
Perkara Jun 97 Dis 97 Dis 98 Dis 99
Turnover 1,096,343,000 914,878,000 757,108,000 499,805,000
Net Profit 536,367,000 -781,518,000 1,410,537,000 249,239,000
          * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur dan Annual Report Syarikat Berkenaan

 

Selain itu, dalam keghairahan mereka mengaut keuntungan melalui projek-projek yang diswastakan, terdapat pula penswastaan yang menemui jalan buntu dan kegagalan seperti:

          a. Swasta Pengangkutan seperti:
                    1. LRT yang kemudian dibeli balik oleh kerajaan dengan RM 6 Billion.
                    2. Mtrans ( soft loans dr k'jaan sbyk RM 1.7 bagi projek monorail)
                    3. MAS gagal (k'jaan beli RM 8.00 pershare saham Tan Sri Tajuddin Ramli iaitu 29 %                         sedangkan harga pasaran saham tersebut adalah pada kadar RM 3.68 per share )

          b. Penswastaan Air ( Indah Water Konsortium dibeli balik pada Mac dengan harga RM              192.5 juta )

Tidak cukup itu, Penswastaan di dalam bidang Pendidikan juga telah menaikkan yuran-uran pengajian melambung naik. Dalam keadaan tersebut Pinjaman Pelajar daripada Tabung PTPTN pula dikenakan 4 % dari jumlah pinjaman mereka sebagai contoh pinjaman berjumlah RM 19,500 tetapi kena bayar balik sebanyak RM 27,000.00. Ini bermakna pelajar perlu menambah RM 7,000. Bukankah ini membebankan para pelajar!.

KOMENTAR PENGANALISA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN TERHADAP MALAYSIA

1. Independet Strategy London
“Malaysia has the potential to set itself aside from the south-east Asian morass. But it won't until it embraces the drivers of the new economy. That means establishing the rule of law, hand off government and transparency of policy and corporate governance. Right now Malaysia is closer to Jakarta on these issues than To superlative little Singapore. THAT MAKES MALAYSIAN FINANCIAL ASSETS TOO DAMN RSIKY FOR US TO RECOMMEND TO ANYBODY ”

“… and Malaysia won't be 'tiger' again either until new political paradigm takes over. THAT'S WHY WE DON'T WANT TO BE INVENSTED THERE UNTIL THEN ”

2. The Economist Intelligence Unit Ltd.
“Malaysia's political crisis is deepening .. The central problems remains the resistance of the veterans PM ”

3. Franki Chin (Ffund manager di TALCAF Global Asset Management )
“We Would like to see (genuine) improvements to corporate governance, tranparency, political stablity and increasing trends of returns on equity ”

4. Scott Lim ( fund manager di CMS Dresdner )
“The recent initial public offer of telecom firm Time dotCom was 75% undersubscribed and this exemplified the skepticism of local investors, as Time dotCom is closely associated with politically-linked conglomerate Renong and United Engineers Malaysia which have been under fire from analysts for their lack of corporate governance.”

5. Foreign Analyst at Major U.S Investment Bank
“From my disscussion with the fund managers, I gauge that they are mainly waiting for the old man ( Pirme Ministers Mahathir Mohammad) to go ”

6. Phua Lee Kerk ( Fund Mangers at APS Asset Management )
“A change in leadership might be some thing positive , it might lead to a change in policy ”

Para penganalisa juga mencatatkan bahawa pasaran saham Filipina pulih sebanyak 20-30 % apabila Presiden Joseph Estrada 'stepped down' dan mereka membuat andaian yang sama bagi Malaysia.

Hilang kepercayaan ini menyebabkan nilai dagangan harian (daily trading value ) Malaysia rendah iaitu sekitar RM 220 - 300 berbanding Thailand sebanyak RM 550 ( setelah ditukar ke nilai Ringgit).

Hasil daripada ketidakpercayaan tersebut lalu kita telah dapat melihat dengan jelas bagaimana aliran keluar Dana Asing dari Malaysia begitu ketara umpamanya hampir RM 17 B pada Okt 2000 berbanding hanya RM 160 M pd tahun 1999. Menurt laporan Majlis Tindakan Ekonomi Negara ( MTEN ) Dana asing dicatatakan telah keluar seperti berikut:

11 Oktober 2000 - RM 4.3 B
25 Oktober 2000 - RM 4.74 B
1 November 2000 - RM 5.115 B

Berdasarkan kepada 'figures' terbaru yang diperolehi darpada Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN), Malaysian Industrial Development Authority telah meluluskan (approved) hanya RM 16.9 billion pelaburan pada tahun 1999 iaitu turun RM 10 Billion berbanding tahun 1998. Manakala permohonan pelaburan(investment applications) pula turun 26 % kepada hanya RM14 Billion (1999) daripada RM18 Billion tahun 1998 . Ini bermakna minat pelaburan asing dan tempatan semakin kurang terhadap Malaysia.

Selain itu, saham Time Dot Com anak syarikat kepada Time Engineering Berhad yang juga mempunyai kaitan rapat dengan UEM dan Renong diperanjatkan apabila saham mereka tidak laku di pasaran apabila hanya 25 % subcribe yang diperolehi kurang 75 %. Ini membuktikan sememangnya para pelabur sudah muak dengan syarikat kroni-kroni-kroni ini.

Sekian,
Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman
25 Februari 2001

Bilangan pembaca:orang