ENGKAU TELAH TERLALU TUA

Engkau telah terlalu tua Mahathir
Untuk meneruskan kerjayamu sebagai PM
Lihatlah negara lain; pemimpinnya sanggup letak jawatan
Jika ada salah dan silap; atau harga saham menjunam
Ke paras yang tidak diduga; hatta kalau gagal menangani
Kejatuhan nilai wang; mereka adalah politikus bermaruah
Rela meninggalkan kerusi empuk itu
Jika sudah tidak dikehendakki
Apalagi kalau rakyat bangun memberontak
Pasti mereka meminta orang lain
Cepat-cepat menggantikan dirinya
Kerana mereka sedar
Tiada gunanya jadi pemimpin
Jika sudah kehilangan sokongan.

Engkaun telah terlalu tua Mahathir
Untuk meneruskan kerjayamu sebagai PM
Malaysia memerlukan orang muda
Untuk menjana pembangunan abad 21
Ide-ide usang engkau tidak akan ke mana
Kerana engkau terlalu terikat
Dengan anak-anak dan kroni
Sehingga setiap pembangunan
Mereka tetap jadi pertimbangan.

Lihatlah dirimu di cermin
Leher yang berkedut
Pada setiapkali engkau berucap
Atau tangan yang terketar
Jika ada permasalahan
Atau engkau tersasul berkata-kata
Kerana ide dan fikiran
Sudah tidak sepadan
Engkau acapkali melakukan kesalahan
Walau pun dulu engkau disanjung
Tetapi itu adalah sementara
Kelak masanya nanti tiba
Engkau tidak akan lagi normal
Apalagi untuk memerintah
Sebuah negara berbilang bangsa.

Engkau telah terlalu tua Mahathir
Untuk meneruskan kerjayamu sebagai PM
Lebih baiklah letak jawatan
Sebelum  semua rakyat naik bosan
Dengan telatahmu
Yang kian membingungkan.

Lebih baik berhenti sekarang
Sebelum lampu padam
Sebelum Izrail datang mengundang.  

Pak Itam,
19.5.2001    

Bilangan pembaca:orang