Artikel asal: Justice on a Dunghill - The Finale 
http://www.geocities.com/seachange_2000/dunghill.htm

Keadilan di atas Longgokan Tahi - Siri Akhir

Keputusan penghakiman Ariffin Jaka di dalam perbicaraan kes liwat Anwar akan sentiasa dikenang sebagai satu contoh utama keadilan Malaysia yang berada di atas longgokan tahi. Terlalu busuk penghakiman itu dan terlalu lemah alasan-alasan yang dikemukakan sehingga pada hakikatnya ia telah memperlekehkan kebolehan berfikir orang-orang yang waras yang berhak untuk mengharapkan satu penghakiman yang lebih kukuh biarpun dari seorang hakim boneka di mahkamah kanggaru.

Teras utama kepada hujah hakim boneka ini adalah Azizan tidak mempunyai sebarang sebab untuk berbohong dan tidak akan mendapat sebarang faedah dengan berbohong. Sungguh menakjubkan sekali alasan pelbagai guna yang digunakan untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang, diceduk terus dari sekolah latihan hakim-hakim boneka untuk digunakan terhadap tertuduh apabila kepupusan bukti-bukti yang kukuh. Sudah tentu tidak begitu sukar untuk menghukum seseorang di Malaysia dengan tuduhan rogol atau liwat seperti ini terutama sekali apabila si penuduh tidak perlu sebarang saksi, bukti-bukti sokongan ataupun perlu menjalani pemeriksaan perubatan.

Berkenaan dengan hujah Ariffin bahawa kenyataan Azizan disokong oleh pengakuan Sukma, ini adalah satu bukti yang sungguh menjijikkan, tidak ikhlas, memualkan pernah diterima oleh sebarang mahkamah yang berada di atas longgokan tani. Sukma telah pun membuat kenyataan bahawa “pengakuan”nya adalah palsu dan dipaksa oleh polis semasa beliau ditahan di kurungan bawah tanah polis, jadi mengapa seorang hakim perlu bersandar kepada sebuah pengakuan yang dipaksa? Kenyataan bahawa ia tidak lagi diakui oleh orang yang membuat pengakuan itu sudah cukup untuk mana-mana hakim yang waras menolaknya tetapi Ariffin bukanlah hakim seperti itu. Dia adalah boneka tidak berhati perut yang menari-nari di atas tali mengikut melodi Mahathir.

Mari kita ajar hakim gelap ini sedikit prinsip perundangan. Tidak dapat disangkal lagi, sebarang pengakuan yang didapati dari kurungan bawah tanah polis perlu diteliti dengan penuh sangsi, di mana ia hanya boleh diterima di mahkamah sekiranya ia melibatkan orang yang membuat pengakuan sahaja. Seandainya pengakuan itu melibatkan orang lain, maka ia tidak boleh diterima sebagai benar tanpa siasatan yang sewajarnya, tidak kira betapa keras ia dikatakan oleh orang yang membuat pengakuan kerana ia MEMBABITKAN ORANG LAIN yang perlu menerima keadilan yang sewajarnya. Apa yang dilakukan oleh Ariffin Jaka bukan sahaja telah menerima bulat-bulat “pengakuan” Sukma sehingga menjejaskan Anwar tetapi juga menerima satu pengakuan yang telah dibatalkan. Pihak pendakwa terpaksa mencari mengorek apa sahaja sebagai bukti dan hanya berjaya mempersembahkan sesuatu yang meloyakan. Apa yang lebih mengkagumkan adalah hakim pun sanggup menerimanya. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa corak penghakiman itu “berbau” campur tangan politik dan apabila ia dilakukan oleh seorang hakim yang duduk di atas longgokan tahi, “baunya” begitu menusuk hidung.

Hakim tersebut seperti orang bodoh apabila ia memuji Azizan sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai dan terpuji. Pernah ia sendiri memarahi Azizan semasa sesi perbicaraan apabila didapati sering mengubah kenyataan dari sebelumnya pada hari-hari yang berikutnya. Saksi utama ini telah terperangkap dengan dirinya sendiri di dalam kenyataan mahkamah sebelum itu dan mengakui bahawa ia telah mengikut cadangan polis di dalam menentukan masa kesalahan itu dilakukan. Dengan mudahnya ia tidak dapat mengingati sebarang tarikh dan tidak dapat menjelaskan mengapa ia masih berkunjung ke rumah Anwar selama lima tahun selepas ia dikatakan telah diliwat itu. Bahkan tiada sebarang tilam bertanda yang boleh membantu kenyataan yang teruk itu.

Menjadi bodoh adalah satu perkara tetapi apabila hakim Jaka menjadi tidak waras, sudah tiba masanya untuk bertanya sama ada ia terlalu bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati tuannya sehingga mengakibatkan dirinya turut diliwat. Hakim hina ini telah menolak alibi peguambela Anwar dengan alasan ia tidak merangkumi tempoh masa dari 1hb.Jan hingga 12hb.Feb. Padahal peguambela Anwar telah mengemukakan bahawa katil tersebut hanya dihantar selepas 12hb.Feb. dan bukti yang dibawa menunjukkan bahawa apartmen tersebut sedang di dalam pengubahsuaian sebelum 12hb.Feb. Bagaimana satu-satu hubungan intim boleh dilakukan di dalam sebuah apartmen tanpa sebarang katil dengan diselubungi oleh serpihan-serpihan batu dan habuk dari proses pengubahsuaian dan pekerja-pekerja yang bising menyiapkan kerja. Tidakkah ini menunjukkan bahawa Ariffin Jaka benar-benar sakit dan menyakitkan dalam menegakkan benang yang basah bagi menghukum Anwar bersalah?

Sebenarnya Ariffin Jaka telah meletakkan satu tugas yang amat berat kepada Anwar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dari kepada pihak pendakwa untuk membuktikan Anwar bersalah. Kehadiran katil itu adalah penting kerana Azizan mendakwa ia telah diliwat di atas sebuah katil. Jaka berkata bahawa walaupun katil tersebut dihantar pada 12hb.Feb., itu tidak bermakna tiada katil atau tilam lain di situ. Adakah pihak pendakwa pernah membuktikan bahawa wujudnya katil atau tilam lain di situ? Tidak! Hakim ini hanya membuat andaian dan andaian yang menampakkan kebodohan itu sudah cukup untuk membuktikan kes itu sebagai “ sesuatu yang amat mencurigakan”. Sekiranya pihak pendakwa tidak dapat membuktikan bahawa terdapat katil lain sebelum 12hb.Feb., maka itu sudah cukup menjadi alasan untuk membuang kes tersebut.

Aspek paling melucukan dari kaca mata mahkamah ini adalah apabila Ariffin mengugut untuk mendakwa Anwar sebagai menghina mahkamah. Jika tidak kerana ia adalah sebuah pertunjukan sarkas yang mengerikan, sudah tentu kami semua akan ketawa. Mahkamah yang sebegitu hina turut memerlukan sedikit penghormatan. Penghormatan akan diterima jika berlaku adil dan mulia tetapi Ariffin Jaka telah menerima satu penghinaan yang paling tinggi dari kami sebagai hakim tidak bermaruah yang telah memijak-mijak semua prinsip keadilan dan bidang kuasa semata-mata untuk menghukum seorang yang tidak bersalah.

Menyentuh tentang hukuman berat selama 9 tahun yang perlu dijalani sebaik sahaja tamat tempoh hukuman yang sebelumnya iaitu selama 6 tahun, sudah tentu ianya datang dari Mahathir sendiri. Bagaimana boleh satu kes liwat yang dipersetujui bersama di antara orang dewasa boleh dihukum dengan 9 tahun? Adakah perbuatan itu boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat dan orang awam sekiranya ia benar-benar berlaku? Dengan hukuman seberat ini yang tidak sepadan dengan pertuduhan yang dikenakan, ia   menunjukkan bahawa pendakwaan politik yang sebenarnya telah berlaku. Bagaimana kita boleh menerimanya sedangkan Azizan (yang tidak menerima apa-apa selain dari dijulang naik ke atas dari seorang pemandu kepada pengarah sebuah syarikat) tidak dikenakan hukuman?

Rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik dari ini. Kita telah diperdayakan secara terbuka, ditipu dan dipersembahkan dengan satu keangkuhan kuasa yang memalukan , yang mengumpamakan hak, kebenaran, keadilan itu sebagai habuk rumah yang boleh disapu keluar demi kepentingan politik. Kita telah menyaksikan mahkamah-mahkamah disalahgunakan untuk menghancurkan musuh-musuh politik melalui perbicaraan-perbicaraan yang menjijikkan. Kita berhak menerima yang lebih baik dari seorang perdana menteri yang tidak mempunyai moral dan perikemanusiaan dan seperti Stalin dan Hitler akan menyalahgunakan setiap alat perkakas demokrasi bagi mencapai matlamat politiknya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah kesemua ini telah dilakukan di atas nama keadilan yang sebenarnya telah dipesongkan, dilanyak dan dikeronyok demi memuaskan nafsu seorang manusia yang berhati syaitan. Dari segi moral, masyarakat kita telah terjejas dengan teruknya, golongan muda dan yang mudah terpengaruh telah disajikan dengan keadilan yang tidak bertamadun seolah-olah kuasa yang dipegang itu menjadi alat untuk menghancurkan sesiapa sahaja yang dianggap mencabar kedudukannya. Kita sedang menghadapi bahaya yang amat besar dari segi kejatuhan moral.

Adalah lebih baik jika Mahathir telah memenjarakan Anwar di bawah ISA selama mana yang ia sukai seperti mana yang pernah dilakukan oleh Lee Kuan Yew terhadap Chia Thye Poh dan Said Zahari (tambahan oleh penterjemah) dan mengambil tanggung jawab di atas kekejamannya itu. Sekurang-kurangnya ia tidak akan merosakkan asas moral di dalam masyarakat kita dengan sebegitu teruk. Dengan menyalahgunakan mahkamah-mahkamah, polis dan jabatan peguam negara untuk melaksanakan perseteruannya dengan Anwar termasuk mempertaruhkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah, Mahathir sebenarnya berharap agar kejahatannya itu ditanggung oleh alat perkakas awam ini. Kesannya kepada masyarakat Malaysia sangat dahsyat sekali. Wira-wira kebanggaan kita kini adalah sampah-sampah masyarakat seperti Azizan Abu Bakar dan Umii Hafilda Ali. Kerosakan yang telah dibuat akan mengambil masa sehingga beberapa generasi untuk dipulihkan di mana golongan belia kita terpaksa menelan satu konsep yang sangat halus berkaitan kebaikan, kesamarataan dan keadilan yang telah diselindungi oleh pembohongan, penipuan dan kepalsuan.

Kepada Mahathir kita mesti nyatakan dengan penuh persefahaman bahawa KAMI BUKANNYA BODOH! Semenjak bermulanya perbicaraan ketika tarikh kejadian ditukar sebanyak dua kali bagi menepati kenyataan Azizan yang berubah-ubah dan kenyataan sebenar yang memalukan bahawa apartmen yang dikatakan itu masih belum siap sepenuhnya untuk diduduki pada tahun yang kejadian yang dikatakan berlaku itu, kita semua sedar apa yang sebenarnya telah berlaku.  Tidak ada gunanya cuba memperbodoh-bodohkan orang awam seolah-olah mereka itu tidak dapat memahami satu perbicaraan awam. Adalah sesuatu yang menghina apabila mengharapkan orang awam akan menerima lakonan ini sebagai satu perbicaraan yang adil hanya disebabkan anda dan orang-orang suruhan anda berkata begitu.

Betapa tidak berertinya kejayaan Mahathir itu. Ia telah kehilangan rasa penghormatan dari sebahagian besar rakyat yang pernah mengkaguminya. Dari ramai-ramai menterinya, hanya si-anjing penjilat Ling Liong Sik dan si-tongong Menteri Luar Syed Hamid yang mempertahankan keputusan mahkamah itu. Lain-lain menteri dan pemimpin-pemimpin politiknya, yang selalunya begitu kuat bersuara menyatakan sokongan terhadap ketua mereka yang berani itu tiba-tiba terdiam. Bahkan para pengampu politik ini tidak berani berhadapan dengan sentimen ramai untuk bangkit bersuara mempertahankan keadilan yang telah jelas tercemar. Di sebalik kejayaan Mahathir terserlah kekalahannya yang  terbesar dan di dalam kekalahan Anwar di mahkamah pula terserlah kejayaannya yang terbesar.

Mahathir cuba untuk berselindung di sebalik topeng kebaikan dengan menyalahgunakan mahkamah bagi menyempurnakan perbuatan-perbuatan kotornya tetapi ia tidak boleh menyembunyikan bau yang telah dikeluarkannya. Ia tidak ubah seperti sebuah longgokan tahi yang bersalut dengan bunga-bungaan. Ia tidak layak menjadi seorang pemimpin demokrasi moden. Setiausaha kerajaan US, Madeline Albright telah menyatakannya secara ringkas dan tepat apabila beliau menyebut bahawa rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik dari Mahathir. Hitler dan Stalin mungkin akan berbangga dengannya.

Disumbangkan oleh :
Augustine (ia lebih binatang dariku) Paul

Penterjemah : SPAR 09

Bilangan pembaca:orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf