MGG Vajpayee

Lawatan Vajpayee: Indah Khabar  Dari Rupa
(The Vajpayee Visit:  A Much Ado about Nothing)

(Artikel  asal dalam Bahasa Inggeris  terdapat dalam Majalah “Outlook New Delhi” bertarikh 28 Mei, 01.)

Perdana Menteri India, Mr. Atai Bihari Vajyapee,  telah berlepas  daripada  Kuala Lumpur  untuk pulang selepas melaksanakan satu lawatan rasmi selama empat hari yang berkesudahan dengan pelbagai  kenangan yang bercampur–baur..  Dia  tidak berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya, sambil menyerlahkan  betapa peranan New Delhi masih lagi berbisa seperti yang  memang lama disangka.  “Dulu, India merupakan seorang khadam   Soviet di Asia, kini  ia bertukar lakonan menjadi boneka unggul Amerika Syarikat pula,’ demikian pendapat  seorang diplomat kanan Malaysia.  Dalam perbincangan mengenai perdagangan  dua hala tidak ada sesuatu yang menonjol yang  mampu diketengahkan.  Beberapa surat  pernyataan hasrat-niaga (MOU: Memorandum of Intent)  telah ditandatangani  antara syarikat-syarikat India  dan Malaysia, tetapi semua itu tidak bermakna apa-apa:  semua itu hanya merupakan  perjanjian yang bukan memastikan  penglaksanaannya, hanya setakat  untuk berbincang lagi  cerita urusniaga  di lain masa.

Malaysia  memang sudah lama terkenal kerana kepintarannya  menggunakan MOU itu sebagai alat  kesenian yang digunakan  ketika berbincang dengan negara luar, terutama sekali di  Afrika,  Asia Tengah,  dan Pasifik Selatan  --- Malaysia  pernah menandatangani  600 keping  MOU dengan Papua New Guinea, hampir  semuanya itu  tidak pernah ditunaikan—“kita tidak payah  ambil pusing perkara itu semua,” kata  bekas  duta Malaysia di New Delhi, Mr. Ben Haron.  Beberapa protocol  mengenai pemansuhan visa untuk para  diplomat dan juga percukaian berganda telah ditandatangani.  Tetapi, satu perjanjian  mengenai  ekstradisi telah tersangkut dalam  kekalutan birokrasi.

Mr.  Vajpayee  tiba di Malaysia pada  petang Ahad, dan telah diberikan  jamuan makan malam  sebagai tetamu  warga perniagaan Malaysia. Keesokan harinya beliau diberikan  sambutan rasmi negara  di Putra Jaya., kira-kira 30 km daripada Kuala Lumpur.  Dia telah berbincang  bersendirian  (secara empat mata) dengan Perdana Menteri  Dr. Mahathir  selama satu jam, dan kemudiannya telah  turut serta   dalam perbincangan dua hala. Yang  anihnya tidak ada   kunjungan hormat kepada  Yang Di Pertuan Agong, sebagai  ketua perlembagaan negara.  Dia telah mengadakan lawatan  di  Menara Kembar Petronas, yang merupakan  bangunan tertinggi di dunia   setakat ini, sehinggalah  terbinanya  beberapa bangunan tinggi lain yang akan  merangkul  gelaran  bangunan tinggi  dunia itu, akhirnya.    Namun, semua jadual itu adalah sesuatu yang sungguh memenatkan seorang  pemimpin  dunia yang sudah pun menjangkau   77 tahun, usianya.

India dan Malaysia  telah bersetuju  dengan beberapa aspek  globalisasi dan mempunyai  beberapa alasan  yang sama mengenainya. Namun, mereka  mempunyai beberapa  pendapat berbeza  mengenai masalah  rantau ini dan juga  perkara  perdagangan dua hala.   Malaysia  memang bersedia  memberikan  peluang kepada syarikat India  mengemukakan  tender  projek di negara ini, dengan syarat mereka dibayar dengan minyak sawit.   Malahan,  beberapa projek  keretapi dan  pembikinan jambatan yang dianugerahkan kepada  Indian Railways dan L&T telah dibayar dengan minyak sawit  sahaja.   Ketika Mr. Vajpayee  menyatakan kesanggupannya  menerima  minyak sawit  Indonesia  sebagai bayaran  untuk  mendapatkan peralatan kelengkapan pertahanan,  perkara itu telah mengejutkan  Malaysia yang sebelum itu telah  sengaja  bersikap  renggang dan dingin  dengan India, kata Mr. Haron.   Kini,  Malaysia  sudah semakin ghairah  mahu memeterai  perjanjian yang serupa dengan India.  Sepanjang  lawatan Vajpayee itu, memang ada  disediakan satu pameran  peralatan pertahanan  India.

Keghairahan Malaysia itu  memang ada sebabnya.  Para  pekebun kecil Malaysia  menanam kelapa sawit, tetapi harga minyak sawit adalah lebih rendah daripada  kos pengeluarannya. Negara mempunyai  stok  simpanan minyak sawit yang  besar dan masih tidak laku, lainlah kalau menjualnya dengan kerugian yang besar juga.  Kos  pengeluaran ialah sekitar  RM800  bersamaan USD 200 per ton. Tetapi, harga pasaran minyak sawit  sedang berada di paras yang sama, setelah menjunam daripada  USD 200 ataupun RM1200 pada  satu ketika dulu.  Inilah yang menghenyak dasar kerajaan untuk menyelamatkan  masyarakat luar bandar  daripada  kepompong  kemiskinan mereka.  Penanaman  kelapa sawit yang merupakan kebanggaan negara, kini menghantui kerajaan untuk menjerat mereka.  Itu sebabnya kerajaan Malaysia mendesak agar India menurunkan harga  cukai  minyak makan, dan New Delhi sudah pun berjanji  mengkaji perkara itu.

Malaysia memang  bergantung harap  kepada India untuk melaksanakan  kerja-kerja seliaan  jet pejuang MIG  dan beberapa jenis jet pejuang yang lain dan juga  kemungkinan membeli alat  kelengkapan perang di masa  hadapan.  Semua itu mahu dilaksanakannya dengan meniru cara Jakarta  menjual  minyak sawitnya Harga  minyak sawit  adalah  satu isu yang sensitif di Malaysia. Isu ini  boleh menjatuhkan kerajaan yang ada terutama sekali  selepas  kerajaan dihantui masalah  mantan timbalan perdana menteri yang masih lagi  merengkok dalam penjara. Seorang  analis  politik di Universiti  Malaya  ada berkata: “ kemelut Anwar  adalah  penyebabnya kenapa banyak perkara tidak dapat diselesaikan   dalam  perbincangan dua hala   ketika lawatan Viapayee itu.”

Bukan sahaja perdagangan dua hala yang menjadi  masalahnya. India mahu  peranan yang lebih menonjol dalam senario ASEAN. Inilah satu  pakatan  antara  10 negara  yang  mengikut Mr. Vajpayee mempunyai satu  ruang sempadan yang  panjangnya  mencecah 1,600 kilometer.  Para pegawai Malaysia tidak berapa  setuju dengan Vajpayee. Keghairahan India untuk memainkan peranan itu  memang dicabar   secara  senyap, terutama sekali  setelah India menyokong  rancangan Amerika Syarikat  untuk memperbesarkan system ‘global  missile  defence’ (pertahanan sejagat  dengan menggunakan  peluru berpandu).  Pendirian India itu  sama ada  betul ataupun satu kesilapan  dianggap  sebagai satu taktik untuk mengekang kemungkinan China  menjadi  khadam  kepada  Amerika Syarikat.  Cara mana pun yang digunakan untuk menganalisa lawatan Vajpayee itu,   tersisihnya  sebarang  isu  mengenai  perbalahan politik yang menyelubungi  AS-China, membuatkan perundingan India-Malaysia itu  turut menjadi dingin. Perbezaan pendapat   antara  New Delhi dan Kuala Lumpur  akan  terus kekal   berterusan.

Dalam syarahan   terbukanya berjodol “India and  Asean: Shared  Perspectives” (  India dan Asean: Satu perkongsian Perspektif)  Mr. Vajpayee telah bersuara  lantang  mencadangkan  betapa India harus  memainkan peranan yang lebih  besar  di  dalam ASEAN.  Tetapi, cadangan itu adalah sesuatu yang memang tidak pernah diimpikan oleh  negara-negara yang  menjadi ahli gagasan Asean itu.    Malahan pada  tahap awalan lagi India tidak diambil kira sebagai rakan dialog kepada gagasan  itu disebabkan  perhubungannya yang rapat dengan Soviet Union. Ia hanya  menjadi  rakan dialog  selepas Soviet Union diberikan penghormatan itu.  Inilah peranan yang diberikan  ASEAN kepadanya sedangkan  peranan itu tidak pun diberikan kepada  Pakistan.  Para  diplomat dan analis  di sini tidak   fikir India  akan diberikan  keistimewaan yang lebih dari itu. “India  telah  menutup  payung Soviet  untuk mengembangkan payung Amerika  pula,” mengikut    seorang penganalisis  Malaysia, “dan   ASEAN tidak  berminat  melihatkan India   lebih  aktif  daripada peranannya  dalam dua perkara itu.”

Para pegawai India  memang tidak senang hati dengan  pendapat  begini: tetapi, New  Delhi mesti  mengatasi perspektifnya dulu  sebelum  mengharapkan berlakunya perubahan  kepada sikap yang sedia ada. Ketibaan Mr. Vajpayee itu telah didahului   oleh  majlis  pemergian pemimpin Cuba, Fidel Castro   yang tidak pernah  mempunyai  pendapat yang berbeza  terhadap negara  yang  berani  mencabar  kepimpinan  Amerika Syarikat.  Seorang  duta  sebuah negara  European Union  ada  menyatakan, betapa kemunculan Vajpayee  itu hanya didahului oleh pemergian Castro daripada  Kuala  Lumpur. Ini  memberikan gambaran betapa  India  perlu berusaha lebih  gigih lagi mendesak Malaysia dan ASEAN  untuk menerima pendapatnya  pula.

Memang wujud satu  pertelingkahan pendapat  antara India  dengan  beberapa negara di  wilayah ASEAN.  India memang sudah lama mengabaikan  ASEAN  kerana  adanya masalah  politik antaranya dengan China.  Sebaliknya,  China  tidak pernah  memperkecilkan peranannya di  rantau ini,  Seorang bekas duta Malaysia, Mr. Jack de Silva ada berkata;  “China memang bersedia menunjukkan kekuatannya dan bersedia menjalinkan hubungan dengan tujuan untuk jangka panjang,  sedangkan India hanya  merasa selesa  menzahirkan  kewujudannya  selama ini.” Namun, kata beliau, ada kalanya India  mampu juga  menunjukkan keangkuhannya. “Inilah  sebabnya,” kata  beliau, “India  tidak pernah  memenangi  satu pun  kontrak pembinaan  mengikut  cara tender terbuka.”  Itu sebabnya  apabila  India  berusaha  mendapatkan kerjasama rantau ini  untuk memenuhi  kepentingan   geopolitik, tidak ramai pihak yang sanggup menunjukkan minatnya.

Memang wujud  satu perasaan curiga di kalangan negara ASEAN kalau-kalau India muncul sebagai satu kuasa  tentera yang kuat  di rantau ini.  Perkara ini  tidak pun dibangkitkan dalam   perbincangan Vajpayee  pada kali ini, demikian sumber berita  Malaysia ada memberitahu. Namun kegusaran  dalam hal ini masih  terus kekal jua.  Sentimen keraguan ini pun masih menebal terhadap China. Kemelut  Pulau Hainan di mana sebuah pesawat risikan  Amerika terkandas adalah satu gambaran betapa  kekuatan China  amat ditakuti  dalam usahanya untuk  menguasai  satu kawasan yang  kaya dengan hasil buminya di  persekitaran Lautan China  Selatan.  Seorang  penganalisis strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  ada berkata: “memang wujud keraguan terhadap India dan China di rantau ini. Tetapi  India lebih menakutkan kerana  keengganannya  memahami kelemahan  rantau ini, sambil bertegas, untuk menyelesaikannya  mengikut  ragam  kegoyahan  geopolitik dan  keselamatan sejagatnya.

Hubungan Indo-Malaysia  memang tidak menentu disebabkan  pengalaman  silam yang kerap bercelaru. Pernah juga berlaku  sedikit  pemulihan walaupun secara perlahan yang mampu menyuntik  sebarang haruman kepada  hubungan itu.  Malaysia terus memeram keraguan terhadap India  kerana  keengganannya  membantu Malaysia walaupun  pada  satu ketika dulu Malaysia memihak kepada India   dalam perbalahan mereka  dengan Pakistan  dan juga  China.  Malaysia pernah  mencadangkan nama India sebagai  rakan berdialog  kepada  ASEAN   pada  awal  1970-an  dulu. Malangnya  New Delhi  bersikap dingin ketika itu  dan pernah  bertindak  menyanggah  ASEAN  satu ketika dulu,  sedangkan itu adalah  satu tindakan yang tidak perlu.  Mr.   Haron  percaya   gelagat itu  mempunyai  kaitannya dengan  masalah India  dengan Pakistan.  Selagi  masalah itu berterusan  dan menghantui  India,  usahanya  untuk memainkan peranan  yang lebih  besar di rantau  ini “akan  pasti  mencapai kegagalan juga,” katanya.  Memang sudah ada  kiasan  perkara itu. Negara  Asia  Tenggara  kerap  memandang kepada  India  seperti  gelagat  peniaga  Amerika Syarikat menaruh harapan kepada China: jawapannya  terletak kepada wujudnya  berbilion manusia  yang bakal menjadi  pelanggan kepada  barangan buatan mereka.

Walau bagaimana pun,  lawatan Vajpayee itu  merupakan  satu langkah awal kepada  lebih banyak lagi  lawatan yang tidak rasmi  oleh para pemimpin  daripada  kedua negara, lebih ramai yang datang  daripada India akan lebih membawa makna.  India  memang dianggap sebagai  sahabat yang menyenangkan untuk bersuka. Desas desus yang mengatakan  India akan membina satu pengkalan  tentera laut di  Andaman, dengan kemungkinan  pengkalan itu dipajakkan kepada  pasukan tentera laut Amerika  Syarikat,  telah dinafikan oleh  para pegawai India.  Namun, berita angin itu sudah mencukupi untuk mencetuskan keraguan di kalangan  Malaysia dan ASEAN  agar lebih berwaspada  juga.

Diterjemahkan oleh SPAR 01 12.

Bilangan pembaca:orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf