Samy Vellu Membidas Penswastaan Jalanraya di India

Menteri Kerjaraya Malaysia yang ceria, Dato’ Seri S. Samy Vellu, yang hubungan rapatnya dengan kerajaan Tamil Nadu hancur musnah dengan kemunculan Puan Jayalalitha Jayaram, tidak dapat memahami begaimana perlembagaan India boleh memberikan banyak kuasa kepada kerajaan dan para penggunanya sehingga merasakan yang beliau telah tertipu. Maka apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Mr. Atal Bihari Vajpayee, semasa kunjungan rasminya di situ minggu ini, beliau menggesa pemimpin India supaya membantu di dalam masalah yang disebabkan oleh projek jalanraya ala “Malaysia boleh” dan kilang minyak kelapa sawit milik Malaysia yang tidak dapat memperolehi buahnya dari estet yang berdekatan untuk diproses. Beliau juga tidak memahami bantahan yang semakin meningkat terhadap projek-projek tanpa tender yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat Malaysia dan yang merupakan peringkat kerajaan-kepada-kerajaan. Parlimennya sendiri berani mempersoalkan mengapa syarikat-syarikat Malaysia dianugerahkan dengan projek jalanraya yang bernilai RM712 juta di Andhra Pradesh (m/s 6 The Star, 16hb.Mei).

Dato’ Seri Samy menegaskan bahawa oleh kerana Malaysia memberikan projek-projek tanpa sebarang tawaran kepada syarikat-syarikat India, dengan sebegitu mudah, India juga patut melakukan perkara yang sama kepada Malaysia. Syarikat India mendapat projek-projek kerana India berjanji untuk menerima pembayaran secara perdagangan-balas melalui minyak kelapa sawit. Tetapi balasan yang serupa tidak diterima. Syarikat-syarikat Malaysia melibatkan diri dengan projek-projek India secara melulu, yakin akan dapat men‘cekik darah’ para pengguna India, dan dengan bergantung kepada bantuan kerajaan India bagi menjayakannya. Namun ia tidak berlaku seperti yang diimpikan.

Beliau tidak menyedari peranan-peranan yang berbeza dimainkan oleh setiap negeri dan pusat di dalam persekutuan, walaupun beliau telah menjadi seorang menteri di dalam persekutuan selama hampir suku abad. Beliau pernah dikenali kerana menawarkan diri untuk menunjukajar kerajaan India bagaimana untuk meminda perlembagaan mengikut kehendak masing-masing bagi mengawal ketat negeri-negeri dan rakyat yang mencabar hak syarikat-syarikat Malaysia-boleh untuk mengaut keuntungan dari mereka. Tidakkah syarikat minyak kelapa sawit Malaysia tahu bahawa sebelum itu mereka tidak mendapat hak terhadap minyak kelapa sawit dari estet-estet yang berdekatan, dan perlu membuat tawaran terhadapnya pada harga pasaran? Apabila kilang kepunyaan sebuah negeri, seperti di Andhra Pradesh, telah mempunyai hubungan yang panjang dengan estet, mengapa perlu estet tersebut memutuskannya semata-mata untuk memastikan pelaburan dari Malaysia mengambil alih?

Sebuah konsortium dari Malaysia menawarkan projek membina jalanraya kepada kerajaan India, yang telah diterimanya, tetapi terlupa bahawa ia perlu berurusan dengan kerajaan-kerajaan negeri dan individu-individu yang tanah dan haknya tercabar. Jadi sekarang Dato’ Seri Samy mahu New Delhi bertanggungjawab di dalam pembayaran harga tanah yang diperlukan oleh konsortium bagi membina jalan-jalanraya. Ini mungkin satu berita baik buat kerajaan Terengganu. Menteri Besar, Tok Guru Hadi Awang, juga mahukan perkara yang sama dilakukan bagi tanah yang diperuntukkan kepada projek penswastaan lebuhraya yang melalui negerinya. Sekarang mari kita lihat menteri yang baik ini melaburkan wang seperti yang dikatakannya.

Lebih menarik lagi, seperti yang didedahkan oleh sebuah rencana majalah Outlook India, adalah konsortium membina jalanraya Malaysia perlu mendapatkan kos pulangan di dalam tempoh 12.5 tahun, atau satu per tiga dari di Malaysia, yang seringkali dilanjutkan dengan alasan-alasan yang tidak betul yang selaras dengan putarbelit minda menteri untuk mengaut keuntungan bagi menjadikan pemegang-pemegang konsesi lebih kaya. Skandal yang terbaru di Malaysia adalah lebuhraya yang dinaikkan dari Ampang Point ke Jalan Sultan Ismail. Dato’Seri Samy sedang mendapatkan arahan dari kabinet tentang penentapan harga tol. Para pemegang konsessi mahukan RM2.50. Kabinet perlu membenarkan permintaan itu. Ini adalah kerana sebarang harga yang ditetapkan di bawah kadar ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menguntungkan para pemegang konsessi. Biarkan mereka meletakkan harga tol mengikut kehendak mereka, dan biarkan beban itu ditanggung oleh pengguna-penggunanya.

Kerajaan tidak perlu membayar gantirugi bagi pihak mereka untuk tol yang lebih rendah. Ia telah pun membayar berbilion ringgit sebagai gantirugi, biarpun kadar kesesakan lalulintas yang tinggi tidak sepadan dengan kadar kos yang tinggi. Itu mesti dihentikan. Mereka yang menjalankan projek-projek penswastaan mesti diberitahu bahawa mereka perlu berikhtiar sendiri di dalam mengutip bayaran tol. Penswastaan adalah satu skandal, penyelewengan, seperti  juga yang disimpulkan dari rencana majalah Outlook, satu cara hidup. Dan oleh kerana kerajaan percaya bahawa tol-tol ini yang akan membawa negara menjadi lebih pesat membangun seperti sekarang ini, maka ia tidak patut merasa ragu-ragu terhadap para pengguna yang merasa marah apabila wangnya digunakan untuk mengkayakan orang-orang kaya yang berkuasa. Malah berkemungkinan juga ia akan mendapat, jika ia masih percaya kepada apa yang dilakukannya itu, lebih banyak sokongan dari para pengguna kerana sekali lagi diberi peluang untuk merelakan keuntungan dikaut dari mereka.

Oleh : M.G.G. Pillai
Penterjemah : SPAR 09

Bilangan pembaca: orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf