Rompakan Lebuhraya Yang Hebat

Kini tiba masanya untuk memperkatakan tentang jalanraya. Satu skim yang kontroversi – di mana kontraktor-kontraktor mendapat laluan mudah untuk melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan lebuhraya – merupakan satu lagi skandal yang terbesar.

Oleh : Murali Krishnan
Penterjemah : SPAR 09

Bukannya senang untuk memberi alasan yang kuat bagi mengeluarkan perbelanjaan sebanyak Rs 26.5 juta – untuk satu tempoh masa selama 15 tahun – bagi pembinaan lebuhraya sepanjang 1 km yang sebenarnya hanya menelan belanja Rs 4-5 juta untuk dibina.

Namun Penguasa Lebuhraya Kebangsaan India (nhai) dan Kementerian Jalanraya berfikiran sebaliknya. Mereka mengesan sesuatu yang tersembunyi di dalam arithmatik yang membingungkan ini. Malah, pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Perancangan dan pakar-pakar teknikal yang terlibat di dalam projek lebuhraya mempertahankan skandal yang akan melibatkan ribuan juta itu. Seorang pegawai berkata : “Dari system pertahanan kita sedang menuju ke arah pembukaan jalan-jalanraya.”

Penentangan mereka terhadap projek-projek lebuhraya berkisar tentang apa yang dipanggil sebagai skim anuiti. Di bawah skim ini, kontrak-kontrak dikeluarkan bagi membina dan menyelenggara lebuhraya di mana bayaran pra-mandat dibuat secara tetap untuk satu tempoh masa seperti10-15 tahun oleh kerajaan. Kos purata untuk pembinaan satu kilometer lebuhraya – termasuk pemilikan tanah – adalah Rs 4-5 juta. Tetapi di bawah skim anuiti, bayaran ansuran tahunan akan menjadi Rs 2 juta per 1 km bagi setiap tahun untuk selama tempoh masa 15 tahun.

Pada akhirnya, pengiraan yang dibuat adalah sungguh mengejutkan di mana semuanya akan menelan belanja sebanyak Rs 30 juta untuk setiap 1 km! Satu alasan yang diberikan bagi penerimaan skim tersebut adalah pihak kerajaan akan terlepas dari tanggungjawab penyelenggaraan sepanjang tempoh masa kontrak itu. Penjelasan rasmi untuk kerja tidak berakal ini bahawa tiada siapa yang sanggup menjalankan projek terbesar di Asia yang bernilai Rs 68,000 juta itu sekiranya sesuatu yang memuaskan atau “lumayan”, seperti apa yang nhai istilahkan sebagai “skim anuiti”, tidak ditawarkan. Mereka juga menekankan bahawa jika pengiraan dibuat terhadap penurunan nilai matawang rupee pada masa hadapan terhadap dollar, pertambahan kos tidak akan menjadi terlalu tinggi.

Aneh sekali, syarikat-syarikat kejuruteraan India tidak pula tertarik dengan skim anuiti ini. Mereka yang mengambil bahagian adalah sekumpulan syarikat-syarikat Malaysia – IJM Berhad Corp, Gamuda, Renong dan WCT (Malaysia), sebuah konsortium. Minat yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat ini di dalam projek lebuhraya telah menjadikan lawatan Perdana Menteri ke Malaysia, yang bermula pada 13 Mei, membawa sesuatu yang bermakna. Projek Pembangunan Lebuhraya Kebangsaan (nhdp) adalah “projek impian” Perdana Menteri dan komponen-komponennya adalah dijangkakan untuk menghubungkan kawasan segiempat emas dan koridor-koridor utara-selatan dan timur-barat.

Bersama rombongan pengiring Perdana Menteri adalah Nasser Munjee, pengarah urusan dan ceo Perbadanan Kewangan Pembangunan Infrastruktur (idfc), satu-satunya perunding kepada nhai dan penganjur yang aktif bagi skim anuiti. Munjee sangat berbangga dengan skim tersebut yang, mengejutkan sekali, tidak pernah diuji di mana-mana tempat di dunia ini. “ Bagaimana jika ia tidak pernah dicuba sebelum ini? Mari kita mencubanya di India,” beliau memberitahu Outlook sehari sebelum berlepas ke Malaysia. “Saya telah membantu merumuskan skim tersebut dengan menekankan tentang infrastuktur, seterusnya di bawah N.K.Singh,” tambahnya lagi.

Namun, seorang pegawai dari kementerian kewangan berkata : “Walaupun sekiranya kos penyelenggaraan pada masa hadapan untuk selama 15 tahun adalah tiga kali ganda kos pembinaan, skim anuiti tidak memberi faedah dari segi ekonomi, jadi ia perlu ditolak. Apabila anda mengeluarkan kontrak seperti ini, terdapat banyak sebab untuk mensyaki berlakunya rasuah atau anda lebih mengutamakan sebuah syarikat tertentu atau yang lain.

Kontrak-kontrak yang pertama di bawah skim anuiti telah pun diputuskan. Projek sepanjang 65 km dari Panagarh ke Palsit di Bengal Barat telah diberikan kepada firma-firma Malaysia, Gamuda dan WCT. Menurut Munjee, pengiraan di bawah skim anuiti untuk projek sepanjang ini menunjukkan bahawa kerajaan akan membayar Rs 138 juta setiap tahun untuk tempoh masa 12.5 tahun. Pembayaran anuiti akan bermula selepas pembinaan selesai di dalam tempoh dua setengah tahun.

Bilangan pembaca: orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf