TAG  Harun

Bila  Ekonomi  Menguncup
(The Decline  In The Economy)

oleh: Harun  Rashid

Anggaran  KKN (Keluaran Kasar Negara)  yang terus  menurun semakin kerap  menjadi  perhatian Bank Negara,  seperti juga  beberapa institusi lain yang bertanggungjawab   memberikan  tafsirannya   akan masa  depan  negara. Dalam setiap  tindakan itu  ramalan  rasmi  disokong  oleh  satu  keyakinan  bahawa  masa  depan  akan  tetap merupakan  sesuatu  yang menggalakkan.  Tidak ada ruang langsung untuk  membuat  ramalan kosong  ataupun kerja omong-omong.

Mereka memberikan satu laporan  yang menyedihkan  dengan  kenyataan  betapa keadaan  yang  ada  memerlukan  satu  penilaian   semula jangkaan  lama. Dengan itu  kita  diberitahu  bahawa  dalam  suku tahun kedua, ataupun  ketiga ataupun  keempat nanti, keadaan ekonomi negara akan  berubah  secara dramatiknya, sambil  memberikan  satu  harapan  yang menggalakkan. Berdasarkan   ramalan  itulah  satu  masa depan  yang  sengaja digembar-gemburkan menjadi  satu sasaran yang penuh  kepalsuan.

Porla  masa kini    KKN itu  memang menurun. Porla   ataupun  trend  itu  ditafsirkan  dengan  menyambungkan  beberapa  titik  di atas satu  gambarajah, di  mana  paksi  mendatar  merakamkan  beberapa  unit  masa dan paksi menegak menjadi   pergerakan  ekonomi  dalam  bentuk  unit. Catatan  kenderaan  yang dimuatkan, kontena perkapalan, jumlah  penumpang  perkhidmatan   udara, pendaftaran  kereta  baru, pengeksportan .......dan apa sahaja  lagi   yang  mungkin  boleh  digunakan  untuk  dijadikan  unit   aktiviti ekonomi  untuk paksi menegak itu.

Anggaran KNK, yang digunakan sebagai kayu pengukur  kesihatan  ekonomi  Malaysia  itu  selalu sahaja berbentuk positif, mengikut arahan  parti  yang memerintah. Semua kenyataan  mereka  sentiasa  dipantau  untuk  menentukan  mereka  tidak  mengeluarkan  kenyataan  yang  mungkin  mendedahkan  sebarang  kekurangan   dalam  pengurusan  ekonomi  negara  yang  sengaja  dirobotkan  itu. Masa depan mereka sebagai orang professional sentiasa tergugat; malahan   bergantung  kepada  keupayaan tidak tersasul  cakap yang mungkin  menjejaskan   sajian  maklumat  yang  menyelindungi  kebenaran  yang sebenarnya.

Kajian  menyeluruh  untuk  menganalisa  keadaan yang sebenarnya  memang sengaja  diketepikan. Sebaliknya  kita  kerap  disogokkan oleh satu  kenyataan  ringkas  memberikan alasan  kenapa angka terkini  selalunya  mencatatkan   penurunan daripada   angka yang sebelumnya. Tidak adapun  satu  polar  yang boleh  diramalkan. Kalau   ada pun  sebarang  penjelasan  ia merupakan  sesuatu yang  bersifat pelaian kepada   penjelasan  yang  mengabui pemikiran  betapa  penurunan  yang berlaku itu adalah  bersifat sementara sahaja, yang berkemungkinan   berubah kepada keadaan   yang lebih  cerah  dalam satu masa yang amat terdekat.

Keadaan  masa kini  memang kelam. Untuk  suku tahun  pertama angka  petunjuk yang  dikeluarkan oleh  MIER (Institusi  Penyelidikan ekonomi) menunjukkan pertumbuhan KNK yang rendah, sekitar  1 persen sahaja  ataupun lebih kurang dari itu. Besar  kemungkinannya  angka sebenar   suku tahun  pertama itu  adalah  negatif  semuanya.  Semua angka  itu  adalah  bersifat relatif sahaja,  dan hanya boleh  ditafsirkan   secara tepatnya  dengan  menyatakan  dengan jelas  bahawa  kadar  aktiviti ekonomi sedang berubah  naiknya.  Perkataan  ataupun  terma  ‘pertumbuhan’  itu  adalah tidak  tepat sebenarnya.  Menguncup  ataupun  menurun  adalah  terma yang lebih  bertepatan lagi.

Satu  trend  yang menunjukkan  satu  aliran  yang tetap, selalunya  tidak mudah  berpatah-balik dengan cara  mendadak.  Ia  merupakan satu arah hala,  dan  arah  hala  masa kini  menunjukkan  arah  ke bawah.  Angka statistik  untuk suku tahun  kedua   tidak akan  boleh  diperolehi  sehingga  dua   bulan  lagi. Sementara  itu,  anggaran   kadar  4%  untuk  2001  itu  bergantung  semata-mata kepada  pengharapan  berlakunya   pertumbuhan  yang menyerlah  pada  bahagian  enam-bulan  terakhir pada  tahun  ini. 

Pakar ekonomi  selalunya gemar    menggunakan  istilah ‘bentuk-U’ dan ‘bentuk-V’ ketika  memberikan  gambaran  graf  KNK Malaysia.  Tidak ada  sesiapa  yang berani  menyatakan    adanya  ‘bentuk-L’ ataupun  graf  ‘penurunan  yang  menjunam’  lakarannya. Kemungkinan   akan berlakunya  penguncupan aktiviti ekonomi  sejagat  adalah  sesuatu  yang  tidak mahu  difikirkan. Segala  sensitiviti kepada    kenyataan  sudah  lama  menghilang. Sikap  optimsm  itu  lahir  daripada  kedewasaan,  perilaku  dan  warna-warni politik yang  sebenar.

Kerajaan Amerika Syarikat,  Singapura  dan Australia  kerap   berpijak di bumi nyata  dengan  membuat anggaran  yang menolak  kemungkinan munculnya  perubahan  yang menyerlah pada masa yang terdekat. Angka  perdagangan yang  menurun  di Singapura  sudah  tentu   terpalit juga  pada  Malaysia, dan  keadaan sebenarnya  sekarang  ini  tidak pun  memberikan  sebarang  gambaran   keadaan akan  berubah  secara  menyerlah.

Kegagalan kerajaan  Malaysia menerima hakikat bahawa  penguncupan  aktiviti  ekonomi  adalah  selaras dengan  dasar  menafikan   kenyataan. Menteri  kewangan  telah  melaungkan  ketelusan  dan  kejujuran  dalam urusan  aktiviti ekonomi  negara, tetapi  Jabatannya   yang  sengaja  gagal   memenuhi   kehendak   menyediakan  satu   piawaian  minima  dalam perihal  perakaunan. Perdana  menteri  telah  mencadangkan  satu  rencana   perbelanjaan untuk  menampan  penguncupan  yang  sedang berlaku, tetapi  ini merupakan perbelanjaan  berdefisit   yang dikatakannya  berbentuk  sementara sahaja. Masalah  yang  muncul  dalam  pendiriannya ini   terletak kepada   keperitan  untuk  menyediakan peruntukan membayar balik  hutang  yang perlu  dilunaskan di masa hadapan.

Parti yang sedang berkuasa  merencana  pelbagai  usaha untuk  mengumpan pihak yang  tidak  berwaspada. Terdapat pelbagai  surat  janji  yang  berbentuk ‘rights’  waran’, bon yang tidak  terjamin  cagarannya,  hutang-piutang antara  syarikat,  penukaran  saham, ‘put’ dan  ‘call-options’ yang  merupakan pelbagai  bentuk  tamapanan. Sejak  Malaysia  melangkah  ke alaf baru  ini sudah terdapat  pelbagai  bentuk  cagaran kewangan  yang direka untuk  menyesuaikan  selera pihak berkuasa yang  sentiasa pelahap, lapar dan dahaga. Semua  ini   didapati perlu  untuk  menyorokkan pemborosan masa lalu, sambil  digunakan  untuk  melindungi   pencurian  yang bukan kepalang banyaknya  yang tidak  ada  sebarang  penyata perakaunan untuk  dijadikan   tudung-sajinya.

Ketuanan parti  .UMNO-BN  adalah merupakan  satu  himpunan  naungan  politik yang berkuasa  dan memerlukan santapan  dana bulanan yang bukan kepalang banyaknya. Sumber  wang  dan  dana itu  sudah  semakin kontang  dan  menjadikan  dompet  dana itu semakin  merentas  di tepiannya.  Tuntutan   bayaran  yang  semakin lantang terhadap  pembayaran  yang  tertunggak kini semakin  mendapat  perhatian   secara terbuka. Menteri  kewangan sudah mengangkat tangannya  mengaku  kalah, merelakan jawatannya kepada  sesiapa  yang  sanggup  mengambil alih  dan melaksanakan  tugas  yang semakin  sukar dan  getir.

Setiap  perkampungan  mempunyai  cawangan  UMNO, dengan ada ahli  yang  menerima gaji bulanannya.    Sewa bangunan dan gaji  adalah   tuntutan  bulanan dan  inilah yang  menjadikan  struktur kerajaan  pusat semakin  disagat   dan  muncullah keperitan  dalam  usaha  mengelakkannya  daripada  tersembam  ke bumi  nyata.  UMNO-BN  merupakan    parti politik yang  digiurkan oleh  wang dan bukannya  kesetiaan kepada  semangat  juang. Sebaliknya,   pihak pembangkang  mendapatkan   pembiayaan parti daripada  sumbangan  sukarela, dan menghadkan  tanggungannya  kepada  sumber  dana yang  sedia ada.

Parti yang berkuasa  telah pun mengaku bertanggungjawab kepada beberapa  peristiwa kecundangnya  beberapa   syarikat  besar  disebabkan  perbuatan  berbelanja   secara   membazir  dan berboros  di  masa silam  sehinggakan  tidak  ada tolok bandingnya. Perlantikan  bajingan politik sebagai  ketua  eksekutif syarikat besar-besar itu telah  menjahanamkan  asas   perindustrian  di  Malaysia  kepada  kancah  pengaiban yang  wujud  di  negara  lain apabila   politik dibiarkan  bermaharaja-gila  berbanding   disiplin kemasyarakatan  yang lainnya.

Ilmu  matematik  tergugat  disebabkan  campur tangan  politik. Ilmu fizik  jatuh  terjerumus  kerana  ditekan  oleh kuasa  politik. Biologi  yang  dinaungi oleh kepimpinan politik semakin diperlekehkan. Ahli politik yang  cuba  memandai-mandai  dengan   kurikulum  ilmu-kimia  menjadi   orang  yang  tolol dengan  pendapatnya  itu.

Malaysia  kini merasakan bahang  kebajingan  politik  yang  menerjah  masuk  setiap  cabang hidup rakyatnya. Sistem  pendidikan  negara  terpaksa  menerima  campur tangan  politik  daripada mereka  yang  tidak faham karya  pendidikan  ataupun  keperluan  pentingnya  memberikan ruang  berfikir dan berkarya  kepada  masyarakat siswa  dan siswinya.  Para  pelajar  sengaja  mahu  diterapkan   kefahaman  untuk  dilatih menjadi  anjing   laut yang  mengikut   arahan   para  pelatihnya, kerana  tuan-tuan  politik mahukan  warga  pelajar  menjadi   bingung dan  tolol  mengikuti arahan  para pemimpin politik itu.

Laksana  Samson  dalam hikayat Samson  dan  Delilah dulu,  rakyat  Malaysia  kini dibelenggu  oleh  penyangak gampang yang telah  menggunakan  segala tipu  helah  dan  kaedah  songsang untuk  melumpuhkan   sebuah negara yang  baru  merdeka.  Laksana  Samson   dulu  kala  juga,  rakyat  Malaysia  mungkin  terpaksa  menghancurkan  kuasa  yang mencengkam ekonomi  negara itu  untuk  menyelamatkan impian  demokrasi mereka.

Sebagai  rakyat  yang  mempunyai  jati diri  dan tidak mudah  putus  asa dan  luntur semangatnya, rakyat  marhaen  memilih  untuk  berjimat,  memulaukan   tempat  membeli  belah  dan  kedai menjual kereta. Apabila   para pengguna  berhenti  berbelanja, kerja-kerja   pengstrukturan   senario  politik    akan  mengekori  jejak langkah  rakyat marhaen itu.   Batu  batan  akan  jatuh  bergelimpangan dan  debu  yang tebal akan turut  berterbangan, semua  banduan yang  tertahan  akan  dibenarkan  untuk  bebas juga.

Kini,  kuasa  yang zalim  dan  ganas  untuk mendera  itu  mungkin  kelihatan  menakutkan. Esok  ataupun  lusa, kefahaman  untuk  bersatu  dan  menonjolkan  kedegilan menentangnya, akan  menggugat  segala  tiang  yang  kini menyokong  kerakusan kuasa itu. Semuanya    akan  tumbang juga  untuk  dihumban  ke  lipatan  sejarah  bangsa.

HarunRashid.

Diterjemahkan  oleh  SPAR:

Bilangan pembaca:orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf