Dilema China   Doktor Mahathir
(Dr.Mahathir’s Chinese Dilemma)
oleh:   James  Wong Wing On

(Artikel  asal  ada di Malaysiakini  bertarikh 22 Mei,    2001)

Bahagian satu

Pada akhir  abad  ke-19 dulu, ribuan  manusia  daripada   kawasan persisiran pantai tanah besar China  cuba   melarikan  diri  daripada  cengkaman pemerintahan  Dinasti Ch’ng  yang  sungguh  korup. Mereka sudah  tidak larat hidup merempat dalam keadaan sosio-ekonomi   sebuah  regim yang  semakin  merudum.

Mereka  mengambil  keputusan nekad  meninggalkan tanah  tumpah  darah  mereka untuk berhijrah  ke bahagian  selatan di  Asia  Tenggara yang mereka beri nama ‘Nanyang’ untuk mencari rezeki dan   menyambung kerja. Ramai  di kalangan  mereka yang  mendarat  di  pantai  British  Malaya. (Nama  sebenarnya  ialah  Semenanjung  Tanah  Melayu – penterjemah)

Sebilangan  besar  pendatang  itu merupakan  tenaga pekerja  burohan  yang  papa  kedana dan tidak  punyai  sebarang  pengetahuan untuk  membuat  kerja  melainkan  kerja-kerja  borongan yang sengaja dibiarkan  secara  pukal   di kawasan perlombongan  yang dipunyai  oleh  British  dan  pemodal Eropah   yang lainnya.  (Sebenarnya  tanah itu  hak  orang Melayu  tetapi  diusahakan  oleh  orang   kulit  putih  tanpa  membayar sebarang  sewa  kepada  raja-raja  ataupun  orang  Melayu  di  perkampungan  yang  berdekatan - penterjemah)

Impian  mereka yang  utama  ialah  mencari  wang yang  secukupnya  untuk  pulang  ke  tanahair mereka dengan  penuh lambang    kemewahan,  penghormatan  dan  kemegahan.  Namun, keadaan  di tanah besar China  semakin   meruncing  dan disusuli   kebangkitan  rakyat marhaen,  revolusi repablikan, kemunculan  panglima-panglima  perang, perang  anti-Jepun,  perang  saudara  antara  golongan  nasionalis  dan  komunis,  kemenangan  pihak  Komunis  yang akhirnya  mencetuskan   Revolusi  Budaya, dan  sebagainya  -  menyebabkan  ramai  warga  yang  mendatang  ini  membuat  keputusan  untuk  terus kekal  di  negara   penghijrahan  mereka untuk  selama-lamanya.

Pada  ketika  itu,  majoriti   tenaga kerja  Cina  itu  adalah  seperti  warga  India  yang  mendatang juga; hidup  melata,  diharung kemiskinan  kerana mereka  adalah  golongan yang  hanya  mampu  bertutur  satu  bahasa, tidak mampu  bertutur  Bahasa  Mandarin,  cuma setakat  bahasa  kedaerahan  mereka sahaja.  Kebanyakannya  buta-huruf dan tidak  pun  berpendidikan.

Mereka memerlukan  perlindungan  dan tukang cakap dalam satu  suasana  yang  dianggap  baru  dan  kurang  mesra, yang  pada  mulanya  mereka  anggap  sebagai satu  tempat  kerja  di  mana  mereka  mampu  mencari  wang  untuk  terus  bernyawa.

Ramai  juga  di  kalangan  mereka yang  menubuhkan  kongsi  gelap  untuk  mewujudkan   tenaga  perlindungan  yang  kerasan dan betah serta  kumpulan  yang ditakrifkan oleh   pakar  psikologi masa kini  sebagai persatuan berinteraksi.  Namun, ramai lagi yang  lebih  selesa bergantung harap  kepada  ‘Kapitan China’  ataupun  penghulu  masyarakat Cina yang lebih  disenangi dan dihormati  sebagai  ‘pengantara’  antara  mereka  dengan  birokrat  kolonial, dan juga  warga  aristokrat  Melayu.

Tujuan  Berkembar

Masyarakat Cina  ketika  itu  mempunyai  keinginan  yang  amat  mudah  sekali kerana  sebagai  tenaga kerja  yang  mendatang,  mereka  hanya  memerlukan  satu  suasana kerja  yang  tidak  diganggu-gugat  oleh   masalah  mencari  kerja  dan  mendapatkan  wang  habuan kerja  yang  membolehkan  mereka  pulang  ke  kampung halaman  dengan  penuh  kehormatan dan  kemegahannya.

Sebagai  orang  mendatang  yang  bukan  mempunyai  hak  kerakyatan, mereka  hanya  mahukan kebebasan untuk  melaksanakan   apa  yang  mereka suka  mengikut   saluran  undang-undang  yang ada,  tidak  kiralah  kalau  semua  itu  tidak  adil, menekan  dan  menyakitkan,  seperti  yang   diarahkan  oleh  pentadbiran  kolonial.

Kerana  itu,  tugas seorang Kapitan China  bukannya  sukar  sangat.  Kebanyakan  mereka   menjalankan  tugas  sebagai  penterjemah  Bahasa  Inggeris  kepada  Bahasa  China    ataupun  Bahasa  Melayu  kepada  loghat  China.  Lantas  merekalah  yang  menguasai  saluran  komunikasi  antara  pihak  yang  mempunyai  kuasa  dengan   warga  mereka  untuk  memberikan  penjelasan  mengenai  apa yang  dikatakan  sebagai  yang  betul  ataupun  yang  salah  mengikut  tafsiran undang-undang  yang  bertulis  dalam  Bahasa Melayu  dan  Inggeris.

Namun,  apabila  kemasukan   pekerja  Cina  itu  semakin  melonjak  bilangannya,   berkembang biak hingga  mencetuskan  apa yang  dikatakan  sebagai  menepati  ‘Teori  Kehendak  Maslow’  menyebabkan   sistem  purba  bergantung-harap  kepada  Kapitan China  menjadi  sudah  tidak  berpada.

(Catatan  Penterjemah:   Maslow’s Thoery  of  Needs  ataupun  Teori  Kehendak  Maslow adalah  menyangkuti  beberapa   prinsip  kehidupan   seperti  Keperluan  Asas, Fizikal,  Perkongsian,  Kumpulan  dan  Pencapaian  Peribadi {self  actualization}.  Teori  ini  merupakan  prinsip  pengurusan  sosial  yang   amat  bermakna dalam  sebuah  negara  yang  menggembar-gemburkan  pengamalan  demokrasi. Sayang.....teori  ini  tidak  dapat  difahami  oleh si  Raja  Kaaapuuuur daripada  Kerala)

Kerana itu, pentadbiran  British  telah  menubuhkan  satu  ‘Protectorate  of  Chinese’  (Jabatan  Perlindungan  Masyarakat Cina)   untuk menangani  setiap  urusan  masyarakat  pendatang  itu  sambil  memantau  aktiviti  sabversif ala  Bolshevik yang  dipengaruhi oleh  pemikiran     Dr. Sun  Yat  Sen  dan  pergerakan repablikan  beliau  yang  mempunyai  dua  tujuan  berkembar  untuk  menjatuhkan dinasti  Ch’ing dan  menubuhkan  satu  republik  moden.

{Catatan  Penterjemah:   Pergerakan  Bolshevik  pada  asalnya merupakan   satu  sayap yang disebut  ‘Bolshevik’ yang  terdapat  dalam  Social Democratic Party di Russia  pada tahun  1903.  Inilah  fraksi  terbesar  dalam  parti itu  yang  diketuai  oleh  Vladimir  Lenin. Lenin  merupakan  penggerak  satu  gerakan  mengganyang   pihak  reformis  kerana  mahukan  satu  ketumbukan  kebangkitan   satu  golongan  elitis  yang  sanggup  menaikkan  semangat  golongan  pekerja  menjadi  satu  tenaga  besar  dalam  pembangunan  negara. Mereka  berjaya  menumpaskan  kerajaan  Russia  pada  1917  dan  pada  March    tahun  kemudiannya,  parti  itu bertukar  nama  menjadi  Parti  Komunis Russia}

Disamping kumpulan  nasionalis Cina  itu, ada  juga  terdapat  satu pergerakan  komunis  yang  secara keanihannya  diasaskan oleh  masyarakat  Sumatra dan  Jawa  yang  dipimpin  oleh  Tan  Melaka  dan  Mas Alimin.  Keanihan  pergerakan ini  bukan sahaja  disebabkan ia tidak  merupakan cetusan  usaha  orang Cina, malahan  kebanyakan  jalan  fikiran  mereka  itu  bukannya  diterima sangat  oleh  masyarakat Melayu, tetapi  oleh  masyarakat mendatang  Cina yang merempat hidupnya.

Kerana itulah,  Cawangan Khas  (Special  Branch) ditubuhkan   dalam  perkhidmatan polis  untuk menangani  mereka.  Setakat  itu,  masyarakat Cina  (dan  masyarakat India  kemudiannya)  masih  merupakan  kumpulan  pendatang  yang  perlu  ditangani  dengan  penuh toleransi disebabkan sumbangan  mereka terhadap  ekonomi  negara  oleh  pihak  berkuasa  Anglo-Malay  yang  bersikap  sebagai  pelindung  kepada   kumpulan  mendatang ini.

{Catatan  penterjemah: Ewaaah.... demikianlah  catatan  sejarah  bangsa  mengikut  pena  seorang  warisan  pendatang  rupanya... Inilah  yang  dikatakan  lempar  batu  sembunyi  tangan? Apakah  ini  bererti  masyarakat  Melayu, Sumatra  dan  Jawa  lebih  terdidik  dan  lebih  celik  sejak  dulu?)

Berpaling-tadah.

Jadi, masyarakat  Cina  hanya  boleh  ‘dilindungi’ dan ‘dibiarkan’.  Mereka tidak punyai  hak  untuk  membuat  keputusan  menyangkuti  siasah. Mereka sendiri  pun  tidak memerlukan  semua  itu  ataupun  memahami haknya.  Lagipun mereka menganggap  diri  sendiri sebagai  orang  pengembaraan  sahaja.

Apabila muncul kesedaran  untuk  berpolitik,  kumpulan  cina yang  ghairah  dengan  aktiviti  politik mereka  telah  berkumpul  dan  menganggotai     Parti  Komunis  Malaya  (CPM: Communist  Party  of  Malaya)   yang diasaskan  pada   April  1930 di  Buluh  Kasap, Johor.   Pembabitan  mereka itu bukannya kerana  ketaksuban kepada   ideologi  Marxist-Leninist ataupun  kepada   pengaruh  loghat kedaerahan.Tetapi,  CPM  pada  waktu  itu  merupakan  satu  parti  politik  yang  disarankan oleh  Tan  Melaka  sehingga  mampu  menarik  keghairahan masyarakat buruh  Cina  untuk  menganggotainya.


Kerana  terpinggir  oleh   masyarakat  utama  Anglo-melayu  dan   disisihkan  juga  oleh  masyarakat  biasa telah  merangsang masyarakat Cina  itu  untuk   bergiat  cergas  dalam  Parti Komunis  Malaya. Pada  awalannya  mereka  bersifat  anti-British,  tetapi  apabila  Perang  Dunia  Pasifik bermula,  mereka  mengikuti  haluan  PKM  untuk  bergabung dengan  British  memerangi   tentera  Jepun.


Sebenarnya, para  pejuang  PKM  telah  berjuang mati-matian menentang tentera  Jepun  begitu  gagah  sekali  berbanding  pihak  British  yang  sepatutnya  merupakan  pelindung  orang  Malaya  ketika  itu.  Setidak-tidaknya  anggota  PKM   terus  menetap  di  Malaya  untuk  berjuang  menentang Jepun  sedangkan   pihak British  cabut  lari lintang  pukang  meninggalkan  tanah yang  menjadi punca pengutipan  cukai  di mana penduduknya  memanggil  mereka  dengan penuh  hormat  sebaatai  ‘Tuan’.


{Catatan Penterjemah;  Di waktu  itu  raja-raja  dan Sultan  Melayu pun  tidak menerima perlindungan  Askar  Melayu  kerana  mereka dikerah  mempertahankan  Singapura  sambil  rakyat  British  dan  masyarakat Cina  dan  India  yang  kaya-raya   meninggalkan  kepulauan  itu.  Di  waktu  yang  sama masyarakat  Raja  Kaapuur   cuba  berbaik-baik dengan orang perkampungan Melayu  untuk  terus  bernyawa.)



Selepas perang,  penduduk  Malaya  merasakan  perasaan  dikhianati  oleh pihak  British yang telah   berpaling  arah  untuk  mengganyang mereka  dan  mendera  mereka kerana  tuduhan  sebagai  penyokong kuat  Komunis.  Chin Peng  yang pernah dianugerahkan bintang  OBE oleh Raja   England sebagai  menghormati    pembabitannya  memimpin  ketumbukan  pergerakan  bawah tanah  menentang Jepun  ketika itu  boleh menjadi satu  lambang bagaimana  British  telah  belot  dan  mengkhianati  semangat persefahaman  itu.  Pingat  OBE  itu  telah  ditarik balik pada awal 1948, Inilah   merupakan  bermulanya  keadaan darurat  di  Malaya  antara  1948  hingga  1960.

{Catatan penterjemah:  Penulis artikel ini terlupa  merakamkan  keganasan era  ‘Bintang Tiga’, sebaik  sahaja  Jepun  mengaku  kalah  dan ketika  Malaya  menunggu  kemunculan  semula tentera  British.  Ketika  itu  askar Melayu   pulang ke kampung  halaman  selepas berperang matti-matian di  Bukit  Chandu.  Di  waktu  yang  sama  ramai professional  Cina  menganggotai  parti  komunis  termasuk  ‘Tokjanggut’  ataupun  nama sebenarnya  Liong Kong  Kim seorang   bekas  pengurus  syarikat  aiskrim Singapura  yang  menjadi  panglima  komunis  akhirnya.  Sila  baca  ‘The  Jungle  Is  Green’  mengenai  kegiatan  Suffolks  Regiment   menyerang hendap  Tok  Janggut  Cina  ini.}

Petugas Sukarela

Untuk  memerangi  PKM  dan akar-umbi masyarakat Cina  yang   menganggotainya, pihak British  telah  menaja penubuhan MCA  (Malaya  dan kini  Malaysia  Chinese  Association), pada tahap  awalannya  sebagai  sebuah organisasi   kemasyarakatan untuk  mengalihkan  sokongan masyarakat  Cina  terhadap  Parti  Komunis  Malaya  itu.

Untuk  menentukan masyarakat  ini  tidak  terpinggir  lagi, British  telah merestui  pemberian   kerakyatan   kepada  mereka.  Sekaligus  MCA menjadi satu  versi baru  Kapitan China,  dan meniru model    asal Kapitan  dulu  dan pelindung masyarakat   itu.

Hakikatnya  adalah  sama sahaja  -  untuk  memudahkan  saluran komunikasi  antara  pihak  pemerintah  dengan  masyarakat  Cina  terutama sekali  golongan yang  kaya raya.

Malahan  hingga  kini  di  awal   abad  ke-21 ini, MCA tidak  bergiat  cergas dalam  usaha  merangka dasar    nasional,  sama ada di  Kabinet  ataupun  Parlimen.  MCA masih  lagi  dipayungi   oleh  Biro khas  yang  disebut  ‘complaints  Bureu’ yang  diketuai  oleh  Michael Chong  yang  memang  jagoan dalam kerjanya  sebagai  seorang petugas  sosial.

Wakil  rakyat  MCA  di  parlimen  ataupun  DUN lebih   merupakan  pekerja  sosial  daripada  memainkan  peranan  sebagai  penglaksana undang-undang  dalam sebuah  demokrasi  yang  moden.   Pemikiran MCA masih  berada  di tahap  pemikiran  yang  mengikut acuan  Kapitan China ataupun pelindung   masyarakat  Cina sahaja.

Namun,  apabila masyarakat  bertamadun terus  maju, masyarakat Cina pun  turut  maju sama  terutama  sekali  secara  keintelektualannya. Mereka  tidak  lagi  menyokong hanya  satu  parti  politik, malahan  banyak  parti  lainnya, seperti Font Sosialis, PPP  (People’s  Progressive  Party) yang dipimpin  oleh   Seenivasagam  beradik di  Ipoh,  Gerakan  dan  DAP.

Sehingga  1990,  masyarakat Cina secara  majoritinya  lebih  selesa  menyokong  parti  pembangkang,  terutama  sekali  DAP.   Pada 1969,  masyarakat Cina Kedah telah  mengundi  dan menyokong  calon PAS,  arwah  Yusuf  Rawa  (yang  akhirnya  menjadi  presiden  PAS) mengalahkan   seorang ahli  politik muda  Dr. Mahathir  yang ketika  itu  dianggap  sebagai  seorang  ekstrim  dan   ‘ultra’  UMNO.

...
bersambung

Bilangan pembaca:orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf