Dilema China   Doktor Mahathir
(Dr.Mahathir’s Chinese Dilemma)
oleh:   James  Wong Wing On

(Artikel  asal  ada di Malaysiakini  bertarikh 22 Mei,    2001)

Bahagian 2

Luka  yang Berparut

Walaupun  Dasar Ekonomi  Baru  (NEP)   1970-1990 selalu dikecam, ia  secara paradoksnya  telah  membantu  masyarakat  Cina  lebih   gigih    mengharungi   keadaan  sosial  dan  ekonomi  mereka. Untuk  terus  maju  mereka  bukan  sahaja  mempelajari  Bahasa  Mandarin, malahan  juga  Bahasa Inggeris dan Melayu..

Disebabkan  kekurangan   peluang  untuk  pelajaran tinggi   pada  70-an dan 80-an dulu,   ramai masyarakat  Cina  yang  menghantar  anak-anak  mereka  belajar  di  Australia,  New  Zealand,  Britain  dan  Kanada  untuk  tujuan  yang  sama..   Ramai  keluarga Cina yang tidak berada menjual  rumah kediaman mereka, dan  membuat lebih  banyak kerja  tambahan  untuk  mengongkosi    pendidikan  anak-anak  mereka  di  luar  negara.  Ramai  juga  keluarga  yang  tersinggung  oleh ketidakselesaan  kerana  warga  ibubapa  hanya  mampu  menghantar  seorang sahaja  anak mereka yang  sama pintarnya untuk mendapatkan didikan  tinggi di  luar  negeri.

Eloklah  kita  mengakui  hakikat  sebenarnya betapa  luka  psikologi yang terpalit pada  masyarakat  Cina disebabkan  DEB  itu  sudah  mendalam  kesannya  hingga  berparut  juga. Majoriti  orang Cina  amat  membenci  MCA  kerana  tidak berusaha  untuk  mereka.

Tahun-tahun  1990-an    telah digambarkan  oleh  Lim Kit Siang  sebagai  satu  era   pembebasan  kecil  sahaja  kerana adanya  kebebasan terhadap  pengekangan  pendidikan,  terutama  sekali  dengan  penubuhan  banyak  institusi  pengajian  tinggi swasta.   Ia  membantu  meringankan  tekanan  yang  dihadapi oleh  IPTA  daripada tekanan politik  dan  sosial  yang  amat  hebat..

Pada sekitar  1990-an  ekonomi negara berada di  tahap  yang  cemerlang  disebabkan banyak  faktor termasuklah  ‘wang panas’ yang  amat dibenci sekarang ini  oleh  Dr. Mahathir. Tekanan  DEB  terhadap  masalah  niaga pun  menjadi  reda  apabila kek  ekonomi sengaja dibesarkan disebabkan kewujudan wang  panas itu.  Kerana itu masyarakat Cina  menyokong  Dr.  Mahathir dan timbalannya  Anwar  Ibrahim.

Mereka menyokong  kerajaan kerana berpendapat UMNO  lebih  bersikap  liberal, dan bukannya kerana MCA sudah  pun berubah   untuk   memperbaiki tarafnya.  Ramai  majoriti orang Cina yang  menyokong Mahathir ketika  beliau menyingkirkan  Anwar  dan menderanya  kerana  adanya  dua  keraguan   mengenai     ‘Revolusi Islam’ dan ‘Rusuhan  ala  Indonesia’.  Namun,  tidak ramai orang  Cina  yang mempercayai  tuduhan bahawa  Anwar  Ibrahim  adalah seorang peliwat  ataupun  seorang  agen Amerika.

Kebanyakan  orang  Cina  amat  percaya  bahawa  orang melayu dan  orang yang beragama Islam tidak akan  keluar  daripada  UMNO.  Mereka juga  merasa ‘tertipu’ sekali  dulu  apabila    Semangat  46  yang  dipimpin  oleh  Tengku  Razaleigh  dan Rais  Yatim   pernah meninggalkan UMNO,  walaupun kini parti itu  sudah  dikuburkan  dan  jambatan  yang dibakar diperbetulkan semula.

Dua Fahaman

Tidak ramai  yang sanggup  melakukan perubahan  tanpa  penyertaan orang  melayu  dan  mereka  yang beragama Islam.  Namun,  pada  pemilu  1999 dulu  masyarakat Cina telah  memberikan sokongan mereka kepada Dr. Mahathir.  Selepas itu  mood  dan tanggapan  orang Cina   berubah  rupa.

Untuk  pertama kali  selepas  30  tahun,  masyarakat Cina  telah  menyaksikan  satu  perangkaan  dan kenyataan  keputusan pilihanraya  yang  amat  nyata – betapa  orang Melayu  di luar bandar dan  masyarakat  yang beragama  Islam  telah  mengundurkan  sokongan mereka terhadap  UMNO. UMNO sudah  kehilangan gahnya  yang  dulu-dulu,  seperti juga  Empayar  British  yang  gah  satu  ketika  dulu  sebelum  ditentang oleh   Jepun dalam  peperangan  Pasifik  itu.
                                                  
Kini sudah  wujud  dua fahaman pemikiran  di kalangan  masyarakat  Cina. Satu  ialah  tentang  ‘idelisme’  seperti yang  digambarkan  oleh  Tian Chua,  yang  akan  menamatkan   hegemoni feudal UMNO  dan  BN dengan kekuatan  tenaga demokratik  daripada  pelbagai kaum  dan agama untuk  menegakkan  nilai-nilai  demokrasi  dan  hak  asasi  manusia  berasaskan   nilai sejagat. Yang  lagi  satu  ialah  pragmatisme  niaga dan  kerjaya  yang  mempersoalkan  apakah  UMNO  mampu  meyakinkan  kesinambungan stabiliti  berkarya  dan  penentuan  berniaga  sedangkan PAS  dan  Parti  Keadilan  Nasional  sudah pun  mempengaruhi 60 persen  undi  Melayu dan  Muslim  yang  ada..

Yang menganihkan, kedua  fahaman  dan  pemikiran itu  bersetuju betapa  PAS  dan Keadilan sudah pun merangkul  pusat  kuasa. Kepada golongan idealis, proses demokrasi terpaksa  mengambil kira pembabitan  rakyat marhaen di  kalangan  masyarakat  Melayu  dan mereka yang beragama Islam. Kepada   kumpulan  niaga  dan  pengamal   kerjaya  yang  pragmatis,  sama  ada  suka  ataupun  sebaliknya, PAS  dan  Keadilan perlu ditangani  secara   fahaman  untuk  sama-sama  membangun.

Kini,  PAS  dan  juga  keadilan telah sama-sama  menunjukkan  reaksi   yang  positif  terhadap  pemikiran baru  masyarakat  Cina.   Kini, PAS  semakin  bersedia  berlembut, bersuai kenal peniaga  Cina  dan berbincang mengenai  pendidikan  malahan  juga  dengan kumpulan   beragama Kristian.  Keadilan pula lebih  berkembang  pemikirannya dengan  menerima keahlian  warga Cina di setiap  tahap  kepimpinan  partinya.

Kedua-dua  parti  Melayu  yang  utama  sudah  pun mempunyai   pemimpin Cina  seperti   Haji Anuar  Tan yang juga merupakan ahli   exco kerajaan PAS  Kelantan: dan  Tian Chua, Goh  Keat  Peng, Ng Lum  Yong, Low Chee Cheong  dan Cheah  Kah  Peng, dan sebagainya.

Keadaan  yang  Teruk

Penghormatan yang diberikan kepada  ramai orang Cina  itu merupakan  satu pengalaman  untuk  memainkan  peranan  memajukan  negara  dan  pembabitan  berkongsi  usaha  membuat  keputusan memberikan  semangat  baru dan  perasaan lega  kepada  mereka kerana   selama ini mereka  sengaja dipinggirkan  oleh  UMNO dalam  proses  yang  serupa.

Persefahaman  DAP  dengan  PAS  dan  Keadilan  telah  memperkuatkan  usaha  dan  semangat  untuk  bekerjasama. Kewujudan  Barisan Alternatif (BA)  yang diteraskan oleh  sokongan padu  orang Melayu  telah  menyediakan  satu perasaan  psikologi  yang  menggalakkan  kepada masyarakat  Cina  sehinggakan   dunia  politik itu tidak  lagi dianggap  sesuatu yang  dilihat ataupun  diputarbelitkan  untuk  kepentingan  pergeseran ras  Cina-Melayu ataupun  satu  mainan   yang berakhir  dengan  kekosongan  itu.

Malahan,  kesan yang paling  besar  dalam  proses  ‘penemuan’  orang Cina  itu  ialah  apabila  UMNO itu tidak lagi  dapat  dikaitkan  secara mudahnya  kepada  masyarakat melayu yang  menyeluruh  secara borongan,  kerana  masih  ramai  orang  Melayu  itu  sendiri  yang  diputarbelitkan  dan ditekan  oleh golongan elitis  UMNO  di  peringkat  pusat.

Masyarakat  Cina telah  berkempen untuk  PAS  di Sanggang   dan  untuk  Keadilan di Teluk  Kemang dan  Lunas. Orang Cina yang   muncul  daripada  DAP,  dan  kumpulan yang  lain-lain  telah  melihat  dengan  mata  mereka  sendiri  betapa masih  ramai lagi  orang  Melayu  yang  hidup  merempat  dengan keadaan  hidup  yang lebih  melarat  daripada  warga Cina.

Dengan kata  lain,  bukannya  orang  Melayu  itu  secara berkumpulan  yang  menafikan mereka  peluang  untuk  berniaga  secara  saksama . Sebenarnya  petualang itu  adalah  UMNO.   Semakin  ramai  orang Cina  yang pintar  mempelajarinya  dengan  pantas  perbezaan  yang  terdapat  kepada   bumiputera,  ‘Umno-putra’ dan  ‘Mahathir-putra’.

Penyatuan BA di  peringkat akar-umbi  telah  dipermudahkan oleh  bertambahnya  bilangan  muda-mudi  Cina  yang  fasih bertutur  Bahasa  Malaysia,  di samping  Bahasa Mandarin  dan  English.   Semakin  ramai  muda-mudi  Cina  yang  membaca   bukan  sahaja  akhbar  harian Cina  malahan juga  terbitan Bahasa Inggeris  dan Bahasa   Malaysia seperti  Harakah,  Utusan  M dan Berita H.

Mereka membuat perbandingan,  terhadap isi  dan kandungan  bahan bacaan itu  dan  membincangkannya  sesama mereka di ruangan  siber.  Dalam hal  ini,  semangat  reformasi dan BA   telah  menjadikan masyarakat Cina  itu  lebih  berfikiran  Malaysia  secara  psikologinya.  Soalnya  apakah  masyarakat   Cina Malaysia yang  lebih  kuat semangat  psikologinya itu  bersesuaian  untuk UMNO  dan MCA?

Sememangnya,  kalau kita  memikirkan  soalan bahawa orang Cina  hanya  berminat untuk berniaga, terhadap  pendidikan  dan  pengiktirafan  sosio-politik mereka,    soalan  itu  sebenarnya  bersifat  basi  dan ketinggalan zaman.  Ramai warga  Cina terutama  sekali yang muda dan berpendidikan  tinggi  amat aktif  dan  peka  terhadap  pelbagai  isu  demokrasi  yang  bukan  perkauman,  hak asasi manusia,  feminisme,  perlindungan  anak-anak kecil, persekitaran, korupsi,  kronisme,  kebebasan  bersuara dan persuratkhabaran.  Monopoli   ketuanan  media, penghakiman,  ISA dan penahanan tanpa  bicara,  penderaan  dan kediktatoran   dan  sebagainya.

Orang-orang Cina, seperti  juga  Melayu,  India, Kadazan,  Iban dan masyarakat   Malaysia  yang lainnya,  adalah  manusia  biasa juga.

Yang  Fana

Nampaknya  seorang  penasihat baru   mengenai   urusan  Cina  kepada  Dr. Mahathir  dianggap sebagai seorang ‘superman’ ataupun mempunyai  perwatakan   persis  ensaiklopedia (encyclopedia)    bergerak.   Seorang  berwatak   Kapitan Cina  memang layak  menjadi  pegawai hubungan raya  untuk  kerja-kerja  mengabui  mata  dunia.


Kalaulah  MCA yang  dikatakan mempunyai  keahlian seramai 800,000   dan Gerakan  yang  sekian  lama memerintah  sebuah kerajaan Pulau  Pinang   yang  didominasi oleh orang Cina,  masih  tidak memahami  pemikiran orang Cina  dan  menasihati  Dr.  Mahathir  secara  jelas  perkara  itu  semua,  bagaimana mungkin  seorang individu   Cina melakukannya?

Apakah Dr. Mahathir  mencadangkan  bahawa  selama ini   MCA dan Gerakan   gagal memberikan  maklum-balas kepadanya   akan sentimen  dan  perasaan  masyarakat Cina  itu  secara jelas dan  tulus ikhlas?

Hakikatnya, apabila  para  pemimpin  MCA dan Gerakan   serta  juga  para  penulis  mereka mengalu-alukan   keputusan  Dr. Mahathir   untuk  melantik  seorang   setiausaha akhbar khas bagi  masalah cina,  menunjukkan  dengan  amat  jelas  sekali  betapa  beratnya  ‘Dilemma  Cina’ yang  menghantui  Dr. Mahathir. Sebagai seorang  yang  mempunyai  banyak tanggungan sosial,  saya  mesti  memperakui betapa saya  memihak   kepada  ‘diktator-baik’ itu  setelah beliau mendengar  ‘laungan’  yang  lantang itu.

Mungkin  juga  Tok Guru  Nik Aziz, yang  saya  amat  setia berkongsi  kepercayaan  wujudnya     syurga dan   neraka  itu,  dan juga   wujudnya  Hari  Pengadilan itu  akan  turut  bersama saya mendoakan  kesejahteraan  Dr.Mahathir.

James  Wong  Wing On  merupakan  bekas ahli  parlimen  (1990-1995)dan seorang penulis pojok dan  kolumnis  bagi sebuah   akhbar  Mandarin.

Catatan Khas  penterjemah:

Jelas, penulisan ini banyak  mengenepikan  perjalanan sejarah Melayu  yang sebenarnya, terutama sekali peranan  orang  Melayu  menaikkan  ekonomi Malaya dan kemudiannya Malaysia  secara bertani di  tanah  perkampungan  untuk  menyara hidup sendirian, dan  kemudiannya  berkumpul di  rancangan tanah  untuk menjadi  para  peneroka.  Sebelum itu  kebanyakan  peneroka itu  adalah anggota keselamatan  negara  yang  menggadai nyawa  untuk membolehkan  kumpulan  elitis  Melayu  hidup bersuka-suka  dan  berpoya-poya  meraikan budaya  barat. Pada  zaman darurat  sebahagian besar masyarakat Melayu  memikul  senjata  menjaga  ketenteraman  negara. Apabila  Dharurat  tamat, harga sebutir  peluru SLR (Self loading rifle: raifel automatik)  hanya  sekitar  empat  sen, begitulah  nilai nyawa orang Melayu yang  seangkatan dengan bapa  Ezam  yang terpenjara  kini.  Ketika  itu  harga  sekilo  getah asli ialah sekitar   Tiga Ringgit.  Kini,  harga  peluru  yang  sama  ialah  sekitar  Satu ringgit  setengah,  sementara  harga sekilo  getah  ialah  tujuh  puluh  sen. Harga  sekilo taugeh  ialah  Satu Ringgit Dua  puluh  sen  dan sekeping  tahu bergoreng  ialah  enam  puluh  sen.  Bagaimana orang melayu   UMNO??  Bolehkah   dapatkan jawapannya  daripada Raja  Kaaapuuuurrr?

Diterjemahkan oleh:   SPAR 07.003

Bilangan pembaca: orang



"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf