Umno Bahagian Bandar Tun Razak : KISAH (1)

Ramlan Jantan

KALAU sesiapa tahu kisah Umno Bahagian Bandar Tun Razak, tentunya mereka tergelak sakan, kerana kisahnya cukup melucukan.

Seorang yang bernama Norasidi Salim yang dijatuhkan hukuman denda RM300,000 (dengan perkataan : Tiga Ratus Ribu sahaja) pada 4 Mac 1997 (oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) dibenarkan bertanding oleh Setiausaha Agung Umno walaupun Undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) di bawah Seksyen 9A jelas menghilangkan kelayakan bertanding meliputi jangkamasa lima tahun.

Walaupun bantahan dibuat dan dihantar kepada Setiausaha Agung Umno tetapi tiada jawapan sebaliknya Norasidi dikatakan mendapat perkenan dari Timbalan Presiden Umno, yang juga Timbalan Perdana Menteri, membenarkan dia bertanding.

Apakah Khalil Yaakob lebih besar dari undang-undang negara ini?

Apakah Dollah Badawi lebih besar dari Undang-undang negara ini?

Ini kisah dalaman Umno. Kita semua kena tahu, sepatutnya bukan ikan-ikan bilis yang patut dihukum oleh Lembaga Disiplin, tetapi Setiausaha Agung Umno dan Timbalan Presiden Umno yang jelas dan nyata menyalah gunakan kuasa.

Kita sama-sama tengok sejauh mana perkembangan ini dan perkara-perkara lucu seperti ini berterusan hinggalah Umno rebah dalam pilihan raya.

Bilangan pembaca: orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf