Umno Bahagian Bandar Tun Razak : KISAH (3)

MENJADIKAN Amir Salleh sebagai Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak adalah projek Tengku Adnan Tengku Mansor. Tengku Adnan bercadang untuk bertanding di kawasan Bandar Tun Razak jika ada “pecahan kawasan” yang dijangka diadakan tahun depan, 2002.

Tengku Adnan menggunakan khidmat “budak gila” yang bernama Zahrin Md Yasin memasukan seberapa ramai ahli-ahli Umno di cawangan-cawanga dalam bahagian Tun Razak, bagi mencalonkan dan memilih Amir Salleh sebagai ketua.

Projek ini berjaya. Perwakilan cawangan ke Persidangan Bahagian nyata adalah mereka yang bukan orang Bandar Tun Razak dan mereka memiih Amir Salleh yang ada kes menanti, aduan bekas isterinya terhadap dirinya, meliwat dan melakukan kelucahan melampau.

Amir pula melantik budak gila yang rosak akhlak, Zahrin Md Yasin menjadi Setiausaha Bahagian. Budak ini kini cukup popular kerana mengugut orang-orang politik. Datuk Paduka Ibrahim Ali pernah diugutnya. Akhirnya Ibrahim Ali belikan dia sebuah kereta Proton Putra dan budak gila ini terus bernikah dengan penjual Proton Putra ini, selepas perempuan itu mengandung lapan bulan. Anak pasang siap, kata kawan-kawan politik yang tahu mereka bernikah senyap-senyap.

Kini Amir Salleh bayarkan sewa kondominium budak gila ini di Tasik Permaisuri. Sebagai Ketua Bahagian, Amir yang tidak tahu apa-apa percaya melalui budak gila ini, macam-macam boleh dilakukan kerana budak gila ini adalah budak suruhan Tengku Adnan. Bukan sedikit Tengku Adnan bayar kepada budak ini setiap bulan.

Kini, sebuah majalah tanpa lesen penerbitan dari KDN yang pernah diedarkan secara percuma bertajuk “bila lagi Mahathir nak sedar” beredar semula. Majalah satu artikel ini tulisan budak gila ini. Tapi, ada juga yang mengatakan ini bukan tulisannya kerana dia tidak pandai menulis begini kerana dia tidak lulus LCE. Ada orang lain yang diupah oleh Tengku Adnan menulis, menggunakan nama Zahrin Gila untuk tujuan tertentu, yang hanya Tengku Adnan sahaja tahu faedahnya.

Selepas budak gila ini menarik diri dari bertanding Naib Ketua Bahagian Bandar Tun Razak, dia beli sebuah kereta Proton Perdana V6. Khabarnya ada orang belikan kerana “jual tapak” (satu istilah popular di kalangan orang-orang Umno), cari pencalonan dan kemudian tarik diri.

Budak Zahrin ini adalah kaki zina dan kaki liwat pondan. Tapi disebabkan dia mendabik dada kononnya mengaku hero setinggan, menghasut penduduk setinggan supaya menentang kerajaan dengan menuntut pampasan jika rumah mereka diminta pindah, maka dia mendapat pencalonan yang membolehkannya menawarkan diri bertanding Naib Ketua Bahagian.

Dia tarik diri kerana ada tawaran duit dan inilah kerjanya, minta duit sana dan minta duit sini.

Bilangan pembaca:orang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf