Pedoman Untuk Semua

Pesanan Ibnu Abbas

Mujahid berkata : Aku mendengar Ibnu Abbas berkata…. "Ada lima perkara yang lebih aku suka dari kenderaan tungganganku iaitu…..

 Pertama

Jangan berkata-kata sesuatu yang tidak penting kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan boleh mengundang dosa.

 Kedua

Jangan engkau berdebat/bertengkar dengan orang lemah lembut dan orang bodoh.Orang yang lemah lembut akan marah dihatinya manakala orang bodoh akan menyakiti hati engkau dengan lidah/kata-katanya.

Ketiga

Sebutlah tentang teman-temanmu dengan kata-kata yang engkau suka bila temanmu bercakap mengenaimu.

Keempat

Bergaullah dengan temanmu sebagaimana engkau suka cara ia bergaul denganmu.

Kelima

Buatlah secara sedar bahawa sesuatu perbuatan  baik (di dunia) itu dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas dengan seksa.(di Akhirat) "

disusun

hagnet fakaw naw

Artikel ini dibaca olehorang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf