Penipuan ‘Islamic Bond’ (bhg.1)
(The Islamic Bond Scam)

Dunia hari ini sudah menjadi satu tempat yang kecil, di mana maklumat bersimpang-siur daripada pelbagai penjuru, mencari tempat di pusat-pusat pasaran. Jumlah bilangan negara yang tidak mempunyai kemudahan berinternet semakin mengecil. Selain dari segala maklumat itu, aliran wang tunai bersimpang-siur sehingga menjadi satu kesulitan untuk menjejaki alirannya. Sebaik sahaja digerakkan, wang cepat menyerap persekitarannya untuk bercampur-baur, bertukar sejarah mana datangnya dan memberi ruang dan kemudahan untuk diputar-belitkan rentak pergerakannya

Seperti juga maklumat, wang boleh bertukar rupa, sekejap dikaitkan dengan sumbangan amal dan kebajikan, sekejap pula dengan kelengkapan perang. Wang yang bertepatan nilainya mampu menggerakkan beras dan minyak sawit secara berbungkal daripada sebuah kapal ke sebuah kapal lagi, daripada sebuah pelabuhan ke sebuah jeti. Keperluan manusia di seluruh dunia tidak kiralah betapa banyaknya mudah dipuaskan oleh pergerakan begini, seperti juga wang yang menentukan pergerakan senjata berat, peluru dan segala kelengkapan perang untuk tujuan pertahanan, serangan dan juga rusuhan.

Wang di tangan tidak perlu bertukar milik secara spontan. Ia boleh disisihkan ke tepi sebagai bahan berbelanja yang tertunda, dan dikenal sebagai penjimatan namanya. Sebagai imbuhan kepada mereka yang banyak simpanan, wang tambahan ditawarkan untuk merelakan wang simpanan itu digerakkan untuk satu waktu yang tertentu.. Bank-bank menjadi orang tengah dalam pergerakan kerja ini sebagai satu bentuk urusan niaga. Mereka memberikan perkhidmatan menyimpan wang anda dengan selamat (kata mereka.....!!!!-penterjemah) dan mengenakan sedikit caj sebagai bayaran khidmatnya. Seandainya anda bersetuju, mereka memberikan pampasan pula untuk menggunakan wang tersimpan itu untuk satu waktu yang ditentukan terlebih dulu.

Pergerakan wang simpanan ini boleh dibuat mengikut kiraan harian ataupun mengikut kontrak masa yang ditentukan. Jumlah pulangan tentunya berbeza-beza mengikut jenis kontrak yang disetujui sebelumnya. Namun, asasnya adalah sama sahaja. Pada akhir tempoh perjanjian itu anda menerima wang pokok itu semula bersama dengan faedah ataupun ‘bunga’nya.

Ini adalah satu urusan niaga yang baik seperti yang digambarkan oleh bentuk bangunan perbankan. Rupa-bentuknya memang teguh untuk melambangkan simpanan wang yang utuh. Anda dibenarkan memasuki bangunan itu di waktu urusniaga untuk memeriksa simpanan wang anda. Seandainya simpanan itu mengikut kontrak masa tertentu anda tidak boleh mengeluarkan simpanan itu bila-bila masa tanpa dikenakan denda dulu. Setiap wang yang dikeluarkan sebagai pinjaman, bank tidak boleh menarik balik pinjaman itu sesuka hatinya. Itulah amalan perbankan yang sudah lama usianya dan teruji amalannya.

Sistem perbankan secara besar-besaran bermula di Itali pada abad ke-13 dulu, dan menjadi satu amalan yang mudah diuruskan dengan adanya sistem perakaunan yang mengikut catatan beregu. Keluarga Medici daripada Florence menjadi kaya raya melalui kepintaran menguruskan simpanan dana itu sehingga menjadi satu model contoh untuk perbankan sejagat menirunya. Inilah yang menggerakkan aliran wang seluruh dunia sehinggakan kad kredit dikeluarkan oleh bank, yang menjadi bahan penjamin pembelian seseorang di mana-mana.

Islam dilahirkan pada abad ke tujuh, jauh lebih lama daripada keluarga perbankan di Itali mengamalkan kerja-kerja menyimpan dan meminjamkan wang untuk satu bayaran kos perkhidmatannya. Untuk menerima bayaran kerana meminjamkan wang, adalah dianggap bersalahan, dan satu penghinaan terhadap moral kehidupan. Menerima bunga dan faedah yang dianggap ‘riba’ adalah dianggap menyalah-gunakan hadiah yang diterima dengan izin Allah. Penggunaan faedah dan bunga itu tertakluk kepada kesalahan ini, dan orang-orang Islam di hari ini pun ternyata bersalah seandainya meminta-minta kepada faedah yang dipengaruhi oleh wang simpanan mereka.

Kewujudan faedah itu tidak menyekat warga Islam mencampuri pelbagai aktiviti seperti dana pencen. Perbezaan antara bunga, dividen dan keuntungan modal menjadi semakin samar apabila wang itu semua dicampur-adukkan dalam satu dana tabungan awam. Malahan, dana yang disimpan untuk kerja-kerja amalan haji diharapkan membawa pulangan faedahnya. Adalah dianggap satu penghinaan apabila merujukkan perkara ini sebagai riba ataupun faedah. Satu terma baru terpaksa difikirkan pula.

Terdapat beberapa simpanan wang yang besar-besar yang \tersimpan dengan satu peraturan yang keras betapa wang itu harus bebas daripada riba. Ada pihak mengatakan anggaran simpanan ini menjangkau USD 200 billion banyaknya, sehinggakan mampu membeliakkan mata seorang perompak kedai emas yang biasa. Di Malaysia memang terdapat kerakusan untuk menyimpan matawang dollar Amerika, dan banyak usaha telah dicuba untuk mendapatkan peluang menggunakan simpanan perbendaharaan yang tidak mahukan riba ini.

Kebanyakan simpanan dana ini merupakan hasil penjualan minyak dan disimpan di negara-negara di Timur Tengah. Soalannya yang menghantui Malaysia ialah cara mana mahu menggerakkan dana ini mengalir ke Timur. Maka dilakarlah satu jawapannya dengan mencipta ‘Bank Islam’ dan mengeluarkan pula ‘Islamic bonds’. Tetapi, apakah sebenarnya Bank Islam dan apakah pula bendanya ‘Bon Islam’?

Oleh kerana semua itu adalah ciptaan baru, tidak ada pula satu definisi yang tertentu. Tidak ramai orang yang mengerti apa ertinya Bank Islam dan apa pula terma terbaru untuk bon Islam. Perkataan keIslaman ataupun ‘Islamic’ merupakan perkataan yang sensitif kepada UMNO kerana ia menjadi sinonim kepada sebuah parti politik. Ramai yang beranggapan bahawa perasaan itu adalah disebabkan ketakutan akan terjadinya kelam-kabut antara parti politik itu dengan segala usaha untuk menarik dana yang menggunakan label keIslaman. Ada pihak yang amat takut kalau-kalau Parti Islam itu menganggap bank Islam dan juga bon Islam sebagai haram. Kalau ini berlaku, punahlah rencana yang dihajati itu.

Bagaimana caranya sebuah bank Islam mencerna wang tanpa membayar faedah kepada wang pertaruhannya. Mudah sangat; daripada membayar riba, si penyimpan akan menerima satu jenis wang perkhidmatan, atau berkemungkinan satu bahagian saham kepada faedah yang dijana oleh bank itu, seperti perjalanan satu bank kerjasama. Apabila dana diterima mahu dipinjamkan semula ia akan mencetuskan masalah tanpa sebarang faedah yang dikenakan. Bank tidak mampu bertahan seandainya tiada faedah pulangan kerana perkhidmatannya itu. Tidak kiralah kalau ia disebut sebagai wang perkhidmatan ataupun apa juga bentuk semantik yang difikirkan selesa. Yang menjadi masalah ialah menyatakan transaksi perbankan itu sesuatu proses yang diterima pakai oleh kaca mata masyarakat Islam.

Ini yang membuatkan bon Islam itu sebagai satu punca keraguan. Tujuan utama semua itu ialah mahu menggunakan satu simpanan dana minyak yang besar. Apa yang tercuit selepasnya adalah berbentuk sekondari sahaja. Untuk mencapai sasaran ini, pelbagai janji telah diluahkan. Semua janji ini dilakar begitu pintar sekali sehinggakan tidak ada sebarang sebutan perkataan riba dan faedah di dalamnya. Budaya keIslaman diambil kira dalam melakar janji-janji itu. Seorang warga Muslim yang berpuas hati dengan perniagaan perbankan yang mengenepikan unsur-unsur riba akan menyerahkan wang simpanannya untuk diuruskan oleh bank yang berkenaan. Soalan susulan akan muncul pula, apakah penyerahan dana itu akan dibayar balik?

Orang-orang yang bertaqwa memang mempunyai hati yang bersih dan saling mempercayai sehingga mencetuskan suasana yang mereka itu mudah ditipu. Setiap hari kita membaca cerita penipuan yang membabitkan orang yang menaruh harapan kepada orang lain yang diamanahkan wang simpanannya. Di Malaysia ada satu kumpulan tokoh korporat yang beranggapan bahawa sebilangan masyarakat Islam di negara ini mudah ditipu dengan pelbagai rencana niaga yang penuh tipu-daya.

Lanun-lanun ini bergerak di seantero dunia, menjerumuskan Malaysia ke kancah kebajingan dan keaiban. Apabila semua perbuatan mereka itu dilindungi oleh pelbagai institusi kerajaan dan apabila aktiviti mereka dilindungi pula oleh pihak polis, mereka bebas daripada sebarang pendakwaan di Malaysia. Manusia bajingan ini baik dalam bidang korporat ataupun politik kini menumpukan perhatian mereka kepada dana Islam. Kerana itu ada baiknya kalau kita tuliskan sedikit peringatan untuk hal ini.

Selalunya bon-bon dibahagi-bahagikan kepada beberapa jenis surat janji yang dikeluarkan oleh institusi kerajaan untuk kerja-kerja infrastruktur, dan juga oleh pihak swasta untuk operasi perniagaan mereka. Bon jenis pertama itu merupakan tanggungan pembayar cukai negara, kerana bon itu disokong oleh segala infrastruktur yang dibiayainya. Secara teorinya, seandainya pengeluar (penagih utama ) bon sebuah syarikat telefon awam, gagal menunaikan tanggungannya, anda dan juga sesiapa sahaja yang memegang bon syarikat itu bolehlah merampas beberapa tiang telefon sebagai tuntutan ganti rugi untuk mendapatkan hutang yang tertunggak itu. (Tetapi, itu satu andaian teori sahaja – penterjemah).



.......... bersambung....

Artikel ini dibaca olehorang


"Maka setelah mereka berlaku sombong, takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina!!" - 166 Surah Al-A'raaf