Bicara Agama  : Sabar (2)

Barangsiapa yang bersabar untuk tidak berbuat maksiat maka Allah Taala mencatatkan baginya 900 darjat yang antara tiap-tiap dua darjat itu seperti jarak antara permukaan bumi sampai akhir arasy dan dia adalah makhluk yang paling tinggi kerana sukarnya menahan nafsu dan mengarahkannya kepada selain yang menjadi sifatnya.

Dari Wahab bin Munabbih r.a bahawa dia berkata  : Berkata Nabi Musa a.s pada  saat berada di gunung Thur Sina . Ya Tuhanku darjat Syurga manakah yang paling engkau sukai ? Allah SWT berfirman (maksudnya) Hadhiratul Qudsi.Kata Nabi Musa a.s. Ya Tuhanku siapakah gerangan penghuninya? Firman Allah Taala (maksudnya) Orang-orang yang terkena musibah.

Kata Nabi musa a.s Ya Tuhanku berikanlah sifat-sifat mereka kepadaku. Firman Allah Taala (maksudnya) Ya Musa mereka adalah kaum yang bila ditimpa musibah mereka bersabar dan apabila mendapat nikmat mereka bersyukur dan dalam keadaan ditimpa bencana mereka berkata …Sesungguhnya kami sekelian adalah milik Allah dan kami sekelian akan kembali kepadaNya.Mereka inilah para penghuni kamar Hadhiratul Qudsi.

Thabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. Bahawa dia berkata. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) Barangsiapa ditimpa oleh sesuatu musibah didalam hal hartanya atau kesihatan tubuhnya maka dia menyembunyikannya serta tidak berkeluh kesah (menceritakan kepada orang lain) maka sesungguhnya Allah Taala mengampunkannya.

Tamat…

Disusun:-

hagnet fakaw naw

Nota : Petikan dari Kitab Durratun Nasihin 

Artikel ini dibaca olehorang