Bersimpang-siur ..........lagi (1)
(Down  the road........again) 

Farish  A Noor

Artikel  asal  ada  pada  ‘The  Other Malaysia’ (Malaysiakini)

Berita  mengatakan rakyat Malaysia  daripada  masyarakat  Cina Sabah (1)  boleh menganggotai  UMNO  telah  memeranjatkan banyak pihak.

Semalaman,  ia menjadi berita sensasi  di negara ini sehinggakan  ada di kalangan  ahli   masyarakat  ini  yang  menjadi  terkejut  mengetahui  secara tiba-tiba mereka menjadi  semacam resipi   perasa bulan  ini.

(Kepada  mereka  di  kalangan  kaum India dan juga  yang merupakan  zuriat kahwin  campur  Melayu-India, saya fikir masih ada masa lagi  untuk  menunggu  - walaupun  difikirkan cara perubahan politik  yang  semakin berubah masa kini, saya  yakin  memang ada  peluang semacam itu untuk  kami juga).

Apabila  perubahan  itu  diisytiharkan  oleh  Perdana Menteri,  Dr. Mahathir Mohamed  sendiri,  sambil  menyarankan  sudah  tiba  masanya  untuk   Malaysia terus  melangkah ke  depan  dan menurunkan   tirai  politik  yang  berasaskan perkauman, menandakan  sesuatu  yang  memang menyenangkan  dada banyak  pihak rakyat  negara  ini.

Di  antara  kita  yang  selama  ini  mengharapkan  berakhirnya  politik berbentuk  perkauman itu,  tentu  sudah  lama mengharapkan kemunculan  parti politik  yang  berteraskan   ideologi, dan  tidak  lagi  berasaskan  perkauman ataupun  fahaman  keagamaan.

Malahan, apabila  kita perhatikan ketokohan  dan  agenda  tokoh-tokoh  politik dalam Umno,  MCA, MIC dan Gerakan,  tentu  kita  dapat saksikan  ramai  di kalangan  orang Melayu,  pribumi,  China  dan  India itu  mempunyai  banyak persamaan  yang  sudah  tentu  memberi  rangsangan  untuk  bersatu  di  bawah satu  panji-panji   politik  yang  sama  persis  parti nasionalis  Conservative semacam  kumpulan  ‘Tories’ di  England.

Mengumpulkan  mereka semua di  bawah  satu   bendera  parti  politik  akan menyingkirkan   segala  ketaksuban  berpolitik mengikut  perkauman  dan  warisan bangsa yang  selama ini  membantu  mengekal  dan menjamin    kesinambungan  ketuanan  kuasa  antara  pelbagai   kumpulan  etnik  kaum  dan   wilayah   kuasa mereka.

Setidak-tidaknya  dari  sekarang  ini,  ahli-ahli  setiap  masyarakat  itu  akan mampu  meletakkan  harapan  kepada  satu  parti  konservatif  sebagai  pelindung (2)  mereka  dan pewarisnya.  Segala jaringan  hubungan  kerja yang ada  tidak mungkin  menghilang, tetapi  setidak-tidaknya  semua  itu  dapat  diseragamkan di  seluruh negara.

Namun  demikian, kalaulah  pelawaan  untuk   masyarakat  bukan  Melayu  menganggotai  UMNO itu  di tahap  pembangunan  yang  ada  dilihat  sebagai usaha  untuk  memperkukuhkan kembali  sebuah  parti yang  semakin  mereput, adalah wajar kalau  para  pemimpinnya  memikirkan  semula  pelbagai faktor  yang menghambat  usaha  mereka itu.

Lagipun, kalau  diselak  muka  surat   catatan  sejarah   akan  menyerlahkan betapa  usaha  yang  serupa  pernah dicuba  banyak  kali  di masa lalu.   Setiap usaha  itu menemui kegagalan juga  disebabkan  pelbagai  alasan  yang  tidak mudah  diketepikan  semudah  yang  difikirkan.

Onn Jaafar dan  Projek  IMP

Sebagai  reaksi  spontan kepada   pengisytiharan PM itu,  ramai   tokoh utama di  kalangan  media tempatan dan   bidang akademik yang telah  membuat  andaian betapa  UMNO  semakin  hampir  memenuhi  impian  asli  pengasasnya  dulu,  Dato’ Onn Jaafar.

Segelintir  antara  kita  mungkin  masih  mampu  memperingati  seorang tokoh Johor  yang  kontroversi bernama Dato’ .On  Jaafar. Beliau merupakan seorang aristokrat  Johor  yang menjadi  pengasas dan pemimpin  UMNO  pada  pertengahan 1940-an  dulu.

Onn Jaafar bukannya  calang-calang  pemimpin  orang Melayu  ketika itu. Sebagai seorang pewaris  sistem  pendidikan  penjajah  British (jangan kelirukan  dengan pendidikan  Barat), Onn Jaafaar   merupakan seorang  kenamaan  dalam pentadbiran kolonial   British,  merangkap   seorang ahli ningrat  Johor dan salah  seorang pemimpin  utama  masyarakat  Melayu ketika  itu.

Seperti  juga  beberapa   komtemporari lainnya;  Tunku  Abdul  Rahman  dan Tun Razak,  Onn Jaafar  merupakan  seorang pemimpin yang  anti-komunis  dan  ghairah mahukan  kemerdekaan  Malaya itu  ditentukan  mengikut saluran  yang  diimpikan oleh  blok Barat.  (Inilah   yang  mampu  dilaksanakan   oleh  penyambung tugasnya,  Tunku).

Pada  akhir  1940-an, semakin  nyata  bahawa  Onn  Jaafar  telah  mendahului zamannya  dan  semakin  terasing  daripada  perasaan dana semangat  marhaen Melayu  yang  dipimpinnya itu.  Dia  telah menyerang  sebuah  parti  berunsur keIslaman  yang  pertama  dalam  negara  (Hizbul  Muslimin  diasaskan  pada 1948) sebagai  sebuah  parti  mengandungi unsur  subversif Islamiah yang bersekongkolan dengan  puak  komunis dalam  Parti Komunis  Malaya (KPM:MCP  - Malayan  Communist  party).

Dia  tidak  bersetuju  dengan  hasrat  British  untuk  mundur  secara tergesa-gesa  kerana curiga  Malaya  yang baru mencapai kemerdekaannya  tidak mampu  berdiri   tegap  tanpa  dibantu apatah  lagi  jika  diambil kira jirannya  Indonesia  yang lebih  kuat  dan bertenaga itu.

Sebagai  ahli  elitis  ‘Anglophile’, Onn  Jaafar  memang  tidak  menyelindungkan kegemarannya  terhadap   Barat  dan  segala  benda  yang  kebaratan. Dia beranggapan  Barat adalah  satu  model untuk dicontohi  dan  dia  amat berminat  dengan  institusi  politik  dan  pengadilan British.

Apabila  peristiwa  Nadrah  (3) meletus sekitar  1950-51,  Onn   Jaafar  gagal  bertindak  dengan  tegas  untuk  memihak  kepada  orang  melayu  dan memperjuangkan  semangat   Melayu-Islam  itu. Beliau  telah dicemuh  sehinggakan menjejas  kepimpinannya  dalam  Umno.

Secara  kebetulan ketika itu  terdapat suara-suara   di kalangan  fraksi  ulama dalam Umno  yang  mahukan  satu  penilaian   di kalangan  akar  umbi  parti sehinggakan  tidak  menjadi  satu  kejutan  apabila  tertubuhnya  PAS (Pan Malayan Islamic  Party)  pada  November 24,  1951.

Onn Jaafar membuat kesilapannya  sendiri  apabila  dalam  usaha  untuk meraih kembali  sokongan  yang  sudah  semakin  memencilkannya  dia telah  membuat pengumuman  agar UMNO  membuka pintu  keahlian parti  kepada   orang bukan-Melayu.  Keahlian  parti  bertindak  cepat  dengan  penuh  bisanya. Onn Jaafar  dituduh  sebagai  seorang penderhaka  kepada  bangsanya.

Koktel  dan Tali-leher

Kemunculan  ‘Independence   for  Malaya Party’  dilahirkan  atas   hasrat sendirian  Onn Jaafar.  Dengan kebebasan yang ada padanya, Onn Jaafar  mempunyai masih banyak  ruang   untuk  bertindak  sesuka  hatinya  berbanding  ketika memimpin UMNO  dulu  yang  banyak mengekang  pergerakannya.

IMP  telah  dilancarkan dengan  penuh gah dan keghairahannya,  dan parti  itu dipromosikan  sebagai sebuah  alternatif yang liberal  kepada  Umno  yang dilihat sudah  begitu berunsur  perkauman  dalam  urusan  politiknya.

Dengan  ketokohannya  Onn  Jafar berjaya  mempengaruhi  kuasa kolonial  British (dan  beberapa  kedutaan  Barat serta  para   wartawan ) betapa  IMP  parti tajaannya  itu  adalah  harapan masa depan  Malaysia  dan seandainya  IMP mendapat  kuasa  ia  akan menjadikan  Malaysia  sebuah  negara berdemokrasi yang berbentuk multi-kaum yang liberal,  kepelbagaian dan bertoleransi.

Majlis  pelancaran parti itu dihadiri oleh ramai    manusia  yang berpakaian barat lengkap  dengan  tuksedo dan sut  mereka  dan lengkap pula dengan minuman yang mengalir  tanpa hadnya;  memberikan  gambaran yang jelas betapa retorika Onn   Jaafar itu memang  ada  asasnya.

Akan  tetapi,  impian  Onn Jaafar  mewujudkan  sebuah  parti  politik  yang pelbagai  kaum  sebagai  keahliannya  itu  terhalang  di tengah  jalan. Impiannya  tidak kesampaian apabila  tumpas  pada  pilihanraya  umum  yang dilangsungkan.  Pada  1952,  parti itu tertungging  juga dengan  keahliannya tersungkur  untuk  melata.

Namun,  Onn Jaafar masih  merasakan  bahawa  sebagai  seorang  aristokrat dia berhak  diberikan  watikah  untuk  memimpin  bukan  disebabkan  apa-apa selain dirinya  seorang   golongan  ningrat Melayu sahaja.  Dia  pun  mencuba untuk kali    kedua  mewujudkan  Parti  Negara  (PN) pula.

Dengan  tertubuhnya  PN itu   Onn  Jaafar  cuba  berputar  sekadar  180  darjah pula dalam sikapnya  berpolitik.  Kalau  dulu  dia merupakan  sahabat kepada golongan bukan  melayu, tetapi  melalui  PN  dia berubah  menjadi  seorang pemimpin  populis yang berkhutbah menonjolkan fahaman  ultra  konservatif dengan fahaman keMelayuan  totok sebagai  agendanya.

Onn Jaafar  dan Parti Negara cuba  meminggirkan  perjuangan  UMNO  dengan meniru  agendanya  dengan lebih  bersikap  perkauman yang lebih  pekat daripada parti  yang  lain.   (Cara  yang  sama pernah cuba  ditonjolkan oleh  Semangat 46 pada akhir 1980-an  ketika  mencuba agenda  yang serupa.  Kini, hampir  semua keahlian  parti yang dianggap  royalis  Melayu  itu  sudah  pun  dipulihkan untuk  menjadi  Melayu  liberalis  dan  progresif,  gamaknya).

Keadaan  Yang  Mendatang

Cadangan  membuka  UMNO  kepada  keahlian   bukan-Melayu  sekarang  ini, mungkin berbau  sesuatu  yang progresif  dan  satu langkah  yang  ke arah  yang betul. Namun,  mesti diperingatkan  di sini, usaha  yang serupa  pernah  ditonjolkan dulu  dan  berakhir dengan kegagalan.

Kisah  yang  menyelimuti  UMNO-IMP-PN  itu  sudah  menjadi  satu  hikayat bangsa  yang  penuh  dengan  harapan meninggi,  janji-janji  manis dan usaha bertolak-ansur yang berakhir  dengan kehampaan  kepada  semua  pihak  yang terlibat.

Sikap  berpatah balik  (U-turn) yang ditunjukkan oleh  Onn  Jaafar  setgelah kecundangnya IMP menunjukkan  kepada semua  pihak  betapa semangat  ‘liberal aristocrat’ yang  ada  padanya   itu  tidak banyak  berbeza dengan  sikap politikus  marhaen  yang  satu  ketika  dulu  terlalu  dicemuhnya.  Apabila terdesak  Onn  Jaafar  sanggup  memainkan  isu  perkauman  sebagai  bahan retorika  politiknya  untuk  memuaskan  kenafsuan  berpolitik.

Semua  ini  bukannya  satu  sindiran  betapa  seharusnya  tidak  ada lagi  usaha  memecahkan  polar  berbisa politik  perkauman  di  Malaysia  ini. Apa  yang cuba  kita terangkan  di  sini  betapa  usaha  demikian pernah  dilakar  satu ketika  dulu  dan  berakhir dengan  kehampaan  juga.

Sudah tiba masanya  kini,  untuk  kita memikirkan  apakah  bentuk  masa  depan yang  kita  ingini.

.......bersambung....

Diterjemahkan  oleh  SPAR 07:002-1

Artikel ini dibaca oleh seramai:orang