Bicara Agama

Siri 2: Apa makna Munafik ?

Senario dalam bahgian (1) satu diatas sebenarnya benar-benar telah berlahu didepan mata kepala kita sekarang . Maha Besar Tuhan Sekelian Alam , telah di tayangkan di skrin mata kita semua namun sayang masih ramai lagi yang belum sedar atau  nampak ? Apakah kita masih hendak menunggu sehingga ditayangkan kembali di Padang Mahsyar nanti….?..tungguuuuu…..

Sesiapa yang tidak menepati janji , bercakap bohong serta pecah amanah sebenarnya mendedahkan dirinya bersifat sombong , ego dan mementingkan diri sendiri.Tidak sama sekali mengambil kira kepentingan orang lain , tidak tahu menilai masa , urusan orang dan kemaslahatan rakyat marhaen.

Akan terbitlah bibit-bibit kebencian dan hilang kepercayaan  rakyat marhaen jika sekiranya ada dikalangan  pemimpin yang mengamalkan sikap yang sedemikian.Lama kelamaan keseluruhan rakyat marhaen  100% hilang kepercayaan dan tidak akan menghormati sama sekali pemimpin seperti ini.

Sebagai seorang Islam perlulah kita ingat mengingatkan sebagai tanda persaudaraan serta sayang menyayangi sesama insan.Kita adalah umat akhir zaman yang terlalu lemah jika dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu.Tiada daya dan kemampuan untuk kita menahan kepanasan matahari yang digandakan darjah kepanasannya 70 kali nanti di Padang Mahsyar.Sedangkan di alam dunia sekarang kita pun tiada kemampuan menahan bahang panas matahari  inikan pula darjah  kepanasan yang berlipat kali ganda….

Tiada seorang manusia pun yang dapat menahan kepanasan matahari ketika di Padang Mahsyar nanti.Akan kering airmata manusia bahkan akan terkeluar airmata darah menanggungnya …Masya Allah…

Wajarlah kita menjauhi sifat munafik untuk mengelakkan kebencian dan kemurkaan Allah SWT.Di dunia pun seluruh rakyat marhaen tidak menyukainya. 

Kesimpulannya benar dan jujurlah dalam perbuatan dan perkataan mudah-mudahan kita terhindar dari golongan munafik ….Amiiin… Tamat.

hagnet fakaw naw

Artikel ini dibaca oleh seramai:orang