Pembelian  Nanyang:  Membalas Dendam

Artikel asal  ada   di ‘Chiaroscuro’-  Malaysiakini.


Satu  urusan niaga  yang bersahaja  di  mana  sebuah  syarikat  media  kepunyaan  MCA  membeli  sebuah  akhbar Cina  kini  meledak  menjadi kontroversi politik.   Surat ikatan sudah  dipersetujui. Huaren Holdings  sudah  pun  membeli   Nanyang Siang Pau  dan  menguasai  penerbitan  sekutunya. Syarikat induknya,   Nanyang  Press  Holdings yang  satu  ketika  dulu  dikuasai  oleh keluarga  George Lee, sudah  pun dikuasai  oleh pihak  yang  mempunyai  ikatan  hubungan  dengan  MCA.

Proses ambil-alih ini  membenarkan  parti  itu  menguasai  secara terus  akhbarnya  seperti  yang dilaksanakan  oleh  Star  ke  atas  penerbitannya.


Presiden MCA  Dr. Ling  Liong Sit  memang  seronok  dengan  peristiwa  itu walaupun timbalan  presiden  Lim  Ah  Lek   dan ramai lagi menentangnya. Kini,  Perdana  Menteri  Mahathir  menyokong  projek  demikian  dan  bersumpah  betapa  perkara  itu   tidak  ada  kena  mengena dengan  politik. Di  Malaysia  kalau  tercetus  suasana  yang  menyelubungi  politik  seperti itu  ia  bererti  memanglah perkara  itu  ada  agenda  politiknya.


Urusan  niaga  itu  sengaja  di  sondol  sahaja,  sehinggakan  pemilik  baru   mengarahkan  para  sidang  pengarang  terkanan  dan  eksekutif  pentadbiran  keluar  daripada  pejabat mereka.  Pengambilan alih  itu  memang mempunyai  segala  unsur-unsur  vendetta. Pemilik  baru  telah  menunjukkan  unsur-unsur  membalas  dendam  terhadap  mereka  yang  dianggap  bertanggungjawab  dengan lapuran  yang  memperlekehkan  para  pemimpin MCA.


Satu  kumpulan  penyumbang  rencana  kepada  akhbar  itu  telah  mengugut  untuk  menghentikan  sumbangan  mereka kepada  Nanyang  yang  kini sudah  pun  dikendalikan  oleh pengurusan  yang  baru.  Parti  politik  pembangkang,  NGO, para  wartawan,   rakyat  yang  perihatin  sedang  menahan kemarahan  mereka. Penentangan  mereka  sudah  melampaui  isu  wang  dan  pekerjaan  yang  terhakis, tetapi terhadap  pemusnahan  suara  yang  mempunyai  nada  yang berbeza.


Betapa  pun  perkara  ini  dianalisis,  penjualan  Nanyang  itu  adalah  sebahagian  daripada   ketidak-haruan  yang  menyelimuti  politik  Malaysia  kini.


Para  pemimpin  MCA yang  terlibat  dengan   pembelian  itu,  nampaknya  tersilap  congak   menaksir sokongan  akar  umbi.  Mereka  kini  dilihat  sebagai  sengaja  telah  mengecewakan  masyarakat  mereka  kerana sanggup  memengap suara  bebas  masyarakat Cina. Kemelut  Anwar  Ibrahim  nampaknya  kini  menjalar  menghantui  MCA  dan  juga  politik MIC. Sudah  tentu  MCA  menjadi  gelabah  sekarang  kerana  tersilap congak membeli Nanyang.



Budaya  Dana  Persuratkhabaran


Pembelian  Nanyang  oleh  MCA itu  berlaku  ketika  masyarakat  Cina memang mual  dengan  parti  tersebut.  Pembelian  itu  bukan dianggap  sebagai  satu  usaha  menyelamatkan  sebuah  akhbar Cina  yang  sedang  kesulitan, disebabkan kurang jualan serta  langganan  dan  kurang  sokongan iklan. Ia  dianggap  sebagai  usaha  yang  bersengaja  untuk  menjadikannya  risalah  lidah  rasminya. Apakah  itu  yang dirancangkan  memang tidak relevan,  tetapi  itulah  anggapan  yang difikirkan  relevan.


Pada 1980-an,  MCA telah  melancarkan  satu usaha memastikan tidak  ada sebuah akhbar Cina  di Malaysia yang  terpaksa  tutup kedai  kerana  terpaksa disebabkan  kekurangan dana.   Ketika  Sin Chew  Jit  Poh dilanda  masalah kewangan,  beberapa peniaga Cina  mengambil  alih  akhbar itu  bukan  sebagai  rencana  perniagaan tetapi  sebagai  usaha  mengekalkan  satu  ikon  budaya   mereka.  Inilah  yang memberinya  ruang untuk  memperbetulkan  keadaan  diri  menjadi  sebuah akhbar yang  sungguh  dihargai,  sehinggakan menjadi akhbar  Cina yang  paling   terkemuka di  negara  kini.


Sebagai akhbar yang tidak mahu  menampakkan  keadaannya   ketika  itu Nanyang  telah  bertindak  terbuka  dan  menarik minat  para  pelabur  yang  mempunyai  kecenderungan  berpolitik  yang  melabur  untuk  meraih  keuntungan. Secara  tidak rasmi  ia telah  menyerlahkan pendapat  ramai mengenai  politik  Malaysia.  Tetapi, para  peniaga  yang  melabur dalam  industri surat khabar  sentiasa   diekori  para  Akauntan  mereka  sehingga  terdesak  di  satu tembok kehampaan. Inilah  keadaan  sebenarnya.  Nanyang,  sepatutnya telah  diselamatkan  cara Sin Chew diselamatkan dulu.  Tetapi,  membiarkannya  bersahaja  bukannya cara MCA menguasai  masyarakat Cina.

Pembelian  Nanyang  itu  akan  membolehkan  akhbar  tersebut bernafas dengan  kewangan  yang  lebih kukuh, dengan syarat  ia  mampu  menarik  pembaca  daripada  Sin Chew. Seperti  yang pernah dialami  oleh  New Straits  Times,  perancangan   semacam  ini memerlukan pembaca  yang  melanggan   akhbarnya. Yang  menentukan  MCA  membuat  pembelian  itu  ialah  wang dan keangkuhan bukannya  budaya  dan  keuntungan.  Ling bertegas,  “kalau  urusan  itu  elok,  mereka  (Huaren)  tentu  akan  meneruskannya.”   Inilah  yang  membuatkan  mereka  berhadapan  dengan  satu tembok besar  politik.


Tahniah bermuslihat

Dr. Mahathir  berkata  pembelian  MCA  itu  bukannya  didesak  oleh  agenda  politik, dan  di waktu  yang sama dia bercakap  pula tentang  parti  politik  dan  akhbar  parti  mereka. Seperti  biasa  dia  sengaja  gula-gulakan  isu  itu.  Akhbar  ‘Roket’  keluaran  DAP dan ‘Harakah’  keluaran  PAS   dibenarkan  terbitannya  dengan  kawalan  undang-undang  yang  ketat yang  menegah  diterbitkan lebih  dua  kali  dalam  setiap  bulan,  sedangkan itu  adalah  akhbar parti  politik.

Dua  akhbar  tadi  bukannya  semacam  akhbar harian  yang dikuasai  sepenuhnya  oleh  Barisan  Nasional  seperti  New  Straits Times,  Berita  Harian,  Utusan Malaysia,  Nanyang  Siang  Pau,   Sin  Chew  Jit  Poh,  The  Star, The  Sun  dan  banyak  lagi.

Apabila   rakyat  marhaen lebih  berselera  membeli  dan  membaca  Harakah  daripada  membaca  akhbar  harian   utama  yang  lain. Ia  memberikan  satu  kesimpulan  betapa  Mahathir sedang  dihantui  satu  dilema.  Dia  telah  menegah  sebarang  kelulusan  untuk  lesen  akhbar  harian  kepada  parti  di  luar  komponen  BN.  Apabila dia  cuba  menonjolkan  justifikasi  kepada  pembelian  Nanyang  oleh  MCA  dengan  memperlekehkan  terbitan  dua kali  sebulan  yang  diusahakan  oleh  pihak  pembangkang,  menunjukkan  pembelian  Nanyang itu  lebih  penting   daripada  tujuan   perniagaan.


Yang  lebih  menarik  lagi  ialah  komen  Mahathir  mengatakan  sesiapa  saja  boleh  menguruskan  akhbar-akhbar.  Tetapi,  Tong  Kooi  Yong  daripada  Phileo Allied  Group  satu  ketika  dulu  pernah  membeli The Sun  dan  melancarkan  perubahan  sehingga  penjualannya  yang   laris  memukul  keuntungan  New  Straits  Times  dan The  Star.  Kini dia  terpaksa  membatalkan usahanya itu  dan  hidup  merempat  di  negara  orang  sedangkan  empayar  niaganya  sudah terlepas daripada  genggamannya.



Nasib yang  menghantui  Tong  Kooi Yong itu  memang  merupakan  mainan   politik  kerana  pada satu  ketika  dulu  Tong  berada di  kem  Anwar  Ibrahim, mantan  timbalan perdana  menteri.  Seorang lagi  yang terkena  dendaman  politik  ialah  Quek  Leng Chan.   Beliau merupakan  manusia  yang  menguasai  Huaren  sebelum  terjualnya Nanyang  Siang  Pao.   UMNO  sengaja  mengasapkan  musuh-musuh  Dr.  Mahathir  dalam  satu  usaha  berbalas  dendam. Kini  dia  mahu  menguasai  MCA  pula. Bagaimana  pun  perkara ini dikaji  akan  terserlah  kebajingannya  untuk  membalas dendam  itu.


MCA  menjadi  tergagap  ketika menjelaskan  kenapa  ia  membuat  pembelian   itu kerana  ini   akan  memecah-belahkan  parti  itu.   UMNO merupakan  dalang  kerja  jijik  itu.  Jika  tidak,  masakan  Ling  sanggup  memperlekehkan  jawatankuasa  pusat  partinya  sendiri  dan sanggup  berkecamuk  dengan  muslihat  itu.   Penentangan  terhadap  UMNO  akan terus  diperhebatkan  selagi  Ling  dilihat  sebagai  tali  kekang  kepunyaan presiden   UMNO  dan  bukan  sebagai  seorang  wakil  masyarakatnya  sendiri.


Inilah  sebabnya  sebilangan  besar  akar  umbi  masyarakat  Cina  terlalu menentang  MCA  dan  presiden  parti  itu, apatah  lagi   berkaitan  urusan  niaganya.  Ketaksuban yang  selama ini  berkarat  akar umbinya  betapa  pendapatnya  mesti  disogok  atas masyarakatnya  memang   pernah  laku  di  satu  masa  dulu.  Tetapi  kalau  parti  itu  terus beranggapan bahawa  hanya  itu  yang  diminati  oleh  akar   umbinya, bererti  akan  berkecamuklah  parti  itu. Inilah  kisahnya  dan  inilah bahananya.  Wang  dan  keangkuhan tidak  dapat  merapatkan  satu  masyarakat  yang  terhiris perasaannya  dan  terluka  kehormatannya.


MGG  Pillai

Diterjemahkan  oleh  SPAR  01-14

Artikel ini dibaca oleh:orang