Buku Tun Daim Penyangak Wang Negara
Apa hubungan
Khalid Jafri dengan Tengku Adnan?
INGAT
dengan nama Khalid Jafri? Tentunya pendokong dan penyokong reformasi di negara ini tidak
akan dapat melupakan nama syaitan bertopeng manusia ini. Dialah penulis buku fitnah
terbesar berjudul 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Buku yang ditaja oleh Tengku
Adnan Mansor, tauke judi terbilang itu masih tidak dibenarkan untuk jualan dan edaran oleh
mahkamah.
Kini, selepas habis wang tajaan dari tauke judi itu, Khalid Jafri muncul semula dengan buku politik lagi bertajuk Tun Daim Penyangak Wang Negara. Buku tanpa fakta itu dijual dengan harga RM30 dan kali ini menyerang peribadi bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin.
Siapa yang menaja penerbitan buku ini? Sekali lagi tauke judi terbilang yang juga wakil Vincent Tan dalam kerajaan, Tengku Adnan Mansor terlibat. Buku yang diedarkan secara meluas ini turut membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Haji Ali dan beberapa tokoh korporat yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainuddin.
Punyalah busuk hati dan kotornya permainan Tengku Adnan, hingga tergamak dia melakukan penajaan buku yang entah apa tujuannya. Orang-orang Umno mungkin tahu dan mungkin tidak bahawa Daimlah orang yang banyak membantu perniagaan dan politik Tengku Adnan, selepas ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan. Daim pernah mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya melantik Tengku Adnan Mansor yang juga Setiausaha Eksekutif Umno Malaysia menjadi Timbalan Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas, di bawahnya pada suatu ketika.
Tengku Adnan juga diberikan pelbagai projek termasuk menukarkan semua ambulan Kementerian Kesihatan (Hospital kerajaan) seluruh Malaysia berjumlah lebih RM400 oleh Tun Daim sebelum dia berhenti.
Manusia berhati kotor dan busuk ini sanggup menggigit tangan manusia lain yang menyuap nasi ke mulutnya setelah dia melakukan pelbagai pernghinaan, fitnah dan tekanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kita tidak perlu simpati kepada Tun Daim tetapi apa yang ingin diberitahu ialah permainan kotor dan jijik oleh Tengku Adnan Mansor, seorang manusia yang berlakon kononnya cukup baik tetapi menjadi alat Tan Sri Vincent Tan, tauke judi tersohor untuk memfitnah, menghina dan memalukan seorang demi seorang, orang Melayu. Apa motifnya, hanya diketahui oleh Vincent Tan dan Tengku Adnan sahaja.
Khabarnya dia percaya dia dapat menjadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atas rekomen dari Vincent Tan yang cukup rapat dengan Perdana Menteri. Jadi apa sahaja Vinvent arahkan, dia akan melakukannya.
Di mana-mana, Khalid Jafri berada dia akan menceritakan bagaimana Tengku Adnan “menjaganya” dengan membelikannya kereta Range Rover yang berharga hampir RM750,000 selain kos cetak dan kos sara hidup sehari-harian.
Tunggulah, sampai masanya jika Tengku Adnan merasakan dia perlu menjatuhkan Dr. Mahathir Mohamad dari takhta Perdana Menteri, dia akan memainkan peranannya yang kotor dan jijik itu. Perlu disebut, semua kos guaman Khalid Jafri ditanggung oleh Tengku Adnan termasuk perbicaraan Khalid dengan YB Azmin Haji Ali dan pendakwaan Pendakwaraya dengan Khalid Jafri atas fitnahnya terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.
Jika Datuk Seri Anwar boleh dilakukan setelah banyak pertolongan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar kepadanya, tidak mustahil Mahathir dan Abdullah Badawi juga akan menerima nasib serupa selepas berjaya menghina Daim Zainuddin.
Bahasa kasar dan jijik yang digunakan dalam bukunya ini melayakkan Khalid Jafri digelar manusia berhati syaitan. Jangan sesiapa membeli buku ini dan biarkan orang-orang Umno yang membelinya supaya mereka terus berlaga, bergaduh sesama sendiri dan memburuk-burukkan sama-sama mereka.
Umno sedang runtuh dari dalam dan Dr. Mahathir selaku Presiden parti itu langsung tidak merakamkan apa-apa penghargaan kepada bekas Bendahari yang suatu ketika dahulu menjadi manusia pendiam yang cukup berkuasa di negara ini.
Selepas Daim, siapa mangsa Tengku Adnan (Vincent Tan) melalui Khalid Jafri?
XXXSpy007
Jumlah pembaca:orang