MANA SATU YANG PINTAR,   KERAJAAN ATAU KAD PINTAR BIKINANNYA?
(The Cards Are Smart But Are Government Departments?)

Pasport keluaran  Malaysia bertaraf pintar  masa kini, sehinggakan imigresen  di pintu  masuk  (negara asing)  tidak dapat mengesannya.  Apabila  kita  tinggalkan  Malaysia,  maklumat itu  disimpan dalam komputer tetapi  tidak pula ada  catatan yang dirakamkan pada pasport yang berkenaan. Inilah  yang  menjebak  pemegang  pasport  itu  sebaik  tiba (di negara orang) apabila pegawai imigresen yang terlalu cermat   cuba mencari maklumat  asal  usul ketibaan pemegang pasport itu. Oleh kerana maklumat  pintu  keluar pemegang  pasport itu tidak dirakamkan,  bermulalah   masalah  yang tidak diingini.  Perkara  ini terjadi  bukan  sahaja  di  Seoul ataupun  Medan  malahan juga di  Kuala  Lumpur.  Saya   pernah  pulang  daripada  Eropah, di  mana  sudah menjadi satu kebiasaan  yang  masih  diamalkan lagi untuk  membiarkan  pasport  tanpa  dicop. Saya terpaksa  memberi penjelasan panjang lebar  kepada   pegawai  imigresen  di Subang Sekarang ini  saya sudah semakin cermat mahukan pasport saya dicop setidak-tidaknya  sekali  dalam  satu perjalanan ke EC.  Sebuah  syarikat bernama Iris Technologies,  yang mempunyai  pengerusi syarikat yang merupakan  anak  saudara kepada  menteri kewangan yang sedang bercuti (ataupun  boleh juga  disebut yang hampir berpergian?)  dan  juga  kepada  mantan  pengerusi  PBB.

Sebagai tindakan pantas  kepada   keadaan  ini kerajaan  telah  mengumumkan  ciptaan  satu  kad pengenalan bersaiz  kecil yang dikatakan mengandungi semua  maklumat   yang  sah  si  pemegangnya.  Ada  perakuan betapa  maklumat itu  akan  menjadi  satu rahsia, tetapi tidak ada sesiapa yang berani berbuat perjanjian  mengenainya.*(sila lihat komen penterjemah di  bawah nanti). Kenapakah  saya  mesti merelakan maklumat peribadi  saya  disematkan dalam kad pintar itu  untuk bacaan seluruh dunia? Jelas  sekali, kad  pintar itu  adalah  untuk  memudahkan kerja-kerja  kerajaan  dan bukannya   untuk kemudahan si  pemegangnya. Saya  memberi jaminan  kad ini akan  mencetuskan banyak perbalahan.  Timbalan perdana  menteri berkata kad itu tidak perlu diserahkan kepada   sebarang pejabat keselamatan. Tetapi, undang-undang  ada menyebutkan  bahawa  kad pengenalan tidak boleh  diserahkan kepada sesiapa pun  melainkan seorang  pegawai polis. Sesiapa sahaja boleh  membelek kad pintar itu  dan mencatatkan maklumat dalamannya dan memulangkannya    semula. Saya tidak akan  menyerahkan kad pintar saya  dalam  apa  keadaan pun.  Jadi, apa  perlunya  membuat  janji manis seperti  ini?

Kita dijanjikan  kemudahan  kecanggihan komputer. Kita mempunyai  satu  kad pengenalan yang baru. Apakah  ini  membawa perubahan kepada hidup kita? Tentu tidak.  Dalam  borang permohonan yang biasa,  sama  ada kita perlu berjumpa  seorang pegawai ataupun  untuk  memberi  sesuatu  barang ataupun apa  sahaja, kita diminta menunjukkan  kad  pengenalan  yang  lama  dengan  kad pintar  pengenalan  yang baru. Kenapa pula begitu? Jabatan Pengangkutan jalan hanya  dapat mengecam   kad pengenalan  saya  yang  lama. Seorang peguam telah menulis surat  untuk  mengetahui  apakah nombor  kad  satu   pintar baru  yang  menggantikan (nombor) kad  pengenalan  yang  lama. Di zaman  kerja-kerja  dibuat secara manual, maklumat seperti  itu  boleh  dicari dalam masa  satu  hari,  dengan penggunaan komputer  yang canggih-manggih  ia  mengambil masa  selama sepuluh  hari.  Pencarian  di  Jabatan Kemuflisan mengambil masa  hanya  seminggu  satu  ketika dulu. Sekarang, komputer canggih-manggih memerlukan  90 hari. KWSP (EPF)  kini berfungsi  secara talian terus (online) menyediakan maklumat mengenai  nombor kad pengenalan lama  dan  baru  secara  spontan.  Tetapi prestasi begini  tidak  wujud  lagi  di  beberapa jabatan  kerajaan  yang  lain.  Bukankah  penyimpanan  maklumat  dengan  nombor  kad  yang  baru  itu  bertujuan  untuk  mempercepatkan kerja? Malahan  AAM   (Automobile Association of  Malaysia) bertegas  mahukan  nombor kad  lama dan  kad baru saya.. Apakah  kad pengenalan pintar  yang  kenit  itu  menyimpan   dua-dua nombor  lama  dan baru?

Kad pengenalan yang baru  akan menyimpan banyak lagi butiran peribadi.  Sesiapa  yang memerlukan maklumat itu  hanya  perlu melekapkan  kad  itu  kepada  mesin yang  akan  membacanya. Perkara ini  boleh diamalkan  kalau  semua orang  mempunyai  alat ‘scanner’ untuk  membacanya.  Alat  pembaca ini  membolehkan  sesiapa pun  mengetahui butiran  peribadi  kita walaupun  orang  yang  membaca kad itu cuma  mahu mengesahkan  nama  kita saja.   Masalah  keselamatan tidak pun diambil kira. Kalau  ada  seseorang  yang mahu  mengetahui siapa nama  saya  sebenarnya apakah  perlunya  dia mengetahui  jenis  darah  saya?  Betapa  kad yang  mempunyai  ciri-ciri teknologi  canggih   itu boleh  mudah  rosak tidak pula  diselesaikan  dulu. Saya menyimpan  kad  pengenalan saya dalam poket (kemeja?)  Orang lain menyimpannya,  terutama sekali  pekerja  yang berlenggang, dalam poket seluar ataupun   dalam lipatan  kain  ataupun  di tempat  yang  mudah  tercemar. Apakah  jaminannya kad  yang  tercemar itu tidak mengeluarkan maklumat songsang?  Bagaimana pula   caranya  anggota polis  di satu  sekatan-polis  membaca kad  seperti  itu  ketika  bergegas menjalankan tugas? Siapa yang  memasukkan maklumat  satu  lessen memandu  yang baru?  Siapa pula  yang mempunyai  kuasa  memasukkan maklumat dan  melupuskannya daripada kad  itu?   Berapa lama pula kerja-kerja  keluar-masuk itu  akan diperlukan?

Masalah  yang timbul  dalam kisah  percintaan kita dengan komputer yang canggih-manggih ini adalah untuk membolehkan  para kroni, anak-pinak, adik-beradik  dan  suku-sakat kumpulan  ningrat   membalun  kontrak  yang    ada  (dan sengaja  diada-adakan – penterjemah).   Lebuh raya  Korridor  Multimedia (Multimedia Super Corridor)  adalah satu contoh  yang sungguh menyerlah  apa  yang tersasar  jauh menyimpangnya     dalam usaha  kerajaan  memajukan  industri  komputer yang  canggih-manggih di negara  ini.  Tidak  wujud  janji manis  perkhidmatan  yang lebih baik  selain  kemasukan teknologi  haprak  yang sudah  pun lama  basi. Tidak  ada  satu pusat  perancangan  untuk  menyelaraskan  sistem  komputer yang sepatutnya  digunakan  oleh  jabatan  kerajaan.  Tidak  juga ada   kajian yang dilaksanakan untuk mengkaji   faedah  kegunaannya.   Malaysia mahu  menonjolkan  wibawa negara seolah-olah    berada di pinggir  kecanggihan teknologi sedangkan tidak ada usaha ataupun  pemikiran  yang mengkaji betapa kehidupan  harian  penduduknya  yang semakin  merempat.

Kerana  itu  perubahan  dan system dikuatkuasakan  untuk  menyerlahkan  kerajaan  yang seolah-olah  sentiasa kelihatan cekap.  Apakah  perlunya kita menukar  kad  pengenalan  yang  ada kepada  kad  pengenalan  baru?  Sistem  yang  ada baru  hanya  berusia dua belas tahun.    Kenapakah kad  pintar itu tidak  diperkenalkan  secara bertahap; bermula  dengan  pemohon berusia  12  tahun  yang  baru  mendaftar pertama kali, dan  kepada mereka  yang terpaksa  menukarkan  kad mereka disebabkan  masalah peribadi?

Sebaliknya,  kita  diberitahu  kerajaan akan  membelanjakan  RM12  daripada  kos  bernilai RM32 untuk  menyediakan kad  pengenalan baru  itu. Tetapi kenapakah saya  mesti  menggantikan  kad  lama saya  yang baru  saya perbaharui  untuk mendapatkan kad  yang baru lagi?  Bagaimana pula  caranya  kontrak  pembikinan kad  terbaru  itu  diagihkan?  Adakah melalui  tender  antarabangsa   ataupun apakah para kroni, juak, anak-pinak,  suku-sakat  yang  sama  diberikan tender  itu   untuk mengelakkan  mereka  menjadi muflis  pula?

-MGG  Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Rabu  25April,2001


Catatan penterjemah:


Kad pengenalan adalah  ciptaan penjajah British  yang  sepatutnya tidak diperlukan kalau  kad   beranak  dikira  mencukupi. Di  Britain  segala usaha  kerajaan  Margaret Thatcher hinggalah John  Major untuk  memperkenalkan kad  pengenalan  sudah  ditolak  oleh rakyatnya, Wang kerajaan  untuk membeli peralatan kad  pintar sepatutnya digunakan  untuk membeli mesin pengesan  (scanner/x-ray) kenderaan  barangan untuk digunakan oleh Jabatan Kastam. Melalui mesin pengesan ini kutipan hasil dalam negeri dan cukai negara  boleh dilipat-gandakan. Ini   adalah  teknologi  yang digunakan  di Eropah   sejak  18 tahun  yang  dulu. Kenapakah  Mahathir  tidak membelinya?  Kerana kroni kata “jangan  dulu…….?   ataupun nantilah…biar kita  balun  dulu…..?” Siapakah  yang menjadi  pengendali  utama  pengangkutan berkontena    (perkhidmatan  logistik)  terbesar  di  negara  ini?   -MT-