KTK 1001
[Amin Shah adalah kroni yang langsung tiada gaya atau bakat melainkan menjadi orang menandatangani perjanjian persefahaman sahaja. Beliau tidak mendapat perhatian walaupun oleh media milik kroni sendiri. Kecerdikkannya yang begitu kurang itu menyebabkan dia dikirim untuk mengetuai misi yang pelik-pelik (di luar negara yang memerlukan kepakaran budaya dan bahasa) yang amat ditakuti oleh lain-lain kroni kerana tinggi risikonya. Akibatnya banyak yang berakhir dengan kekeliruan dan lingkup juga walaupun telah dikatakan faham segala-galanya. Ini menyusahkan si mentornya juga akhirnya kerana menjadi gempar dan terserlah juga semua rahsia. - Editor]
Terjemahan: -KTK/2-
Artikel asal http://www.freemalaysia.com/rogues/amin_shah.htm
freeMalaysia
AMIN SHAH: ORANG KITA DI ... TIRANA?
Berbeda dengan tanggapan umum, Menteri Kewangan yang telah
dilantik dua kali dan seorang "kawan lamo" kepada Perdana
Menteri Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, tidaklah
mempunyai anak didik perniagaan yang seramai mana. Ia hanya
tampak begitu sahaja.
Kerapkali Daim terpaksa menonjolkan beberapa watak karektor yang tidak biasa untuk bertindak sebagai CEO untuk projek
usahasamanya yang berbagai bentuk dan ragam itu, terutamanya
yang melibatkan perniagaan di luar negara Malaysia di mana
pulangannya tidak seterjamin sebagaimana ada di dalam negara.
Mengapa perlu mengambil anak-didik yang sederhana sahaja yang
memungkinkan beliau kecundang dalam perniagaan yang
meragukan? Daim tidak ambil kesah semua itu; dia hanya
memerlukan seorang anak-didik yang berkutu untuk itu.
Datuk Amin bin Haji Shah Omar Shah adalah watak karektor itu
kerana terbukti memang cetek kepakaran korporatnya yang
dilahirkan oleh sistem kapitalis kroni Mahathir. Dialah seorang yang
perlu melakukan tugas itu dan mengambil arahan tanpa membantah
semua titah dari ketua kumpulan barisan banjingan itu.
Amin Shah tidak mendapat liputan meluas dalam dunia niaga jika
kita melihat kepada apa yang terlapur di dalam media tempatan dan
serantau. Tiada sesiapa pernah melapurkan betapa beliau seorang
yang bersih lagi kemas; jaguh perunding; membina empayarnya
daripada sifar; bahawa beliau adalah CEO jenis Jack Welch; atau
apakah beliau datang bekerja secara biasa dan berjadual. Mungkin
keterampilannya yang begitu selekeh terhadap dunia yang bekerja
itu menyebabkan Amin Shah tidak kelihatan lebih serius daripada
seorang peniaga atau penjaja pasar malam Sabtu sahaja.
Rakan dan kenalan merasa hairan dan lucu bagaimana beliau
dapat meraih begitu banyak kemewahan bila dipanggil Daim. Satu
hari beliau mungkin berlegar di kedai kopi di Pulau Pinang tetapi keesokkannya dia boleh muncul di bilik
persidangan korporat yang
hebat. Cuba bayangkan! Inilah yang berlaku kepada DEB di bawah
kendali Dr M.
Mungkinkah kita perlu memujinya?. Tidak seperti anak-didik Daim
yang lain, Amin Shah kelihatan tidak gemar bercakap besar
mengenai hubungannya yang tidak pernah renggang dengan
mentornya itu. Tetapi ini hanya satu kebijaksanaan yang mungkin
kebetulan sahaja yang tidak dimiliki oleh beberapa
adik-beradiknya. (sebagai contoh, Azhar Shah Omar Shah, salah
seorang adiknya).
Untuk mengkaji lebih mendalam mengenai Azhar, sila melayari
laman geocities.com dan lakukan satu carian nama. Di sana para
pembaca akan menemui satu laman Azhar yang tersendiri lengkap
dengan autobigrafi masa mudanya dulu. Ia siap dengan gambar
potretnya yang kelihatan seperti seorang yang tembam dan
gedempal berbanding dengan abangnya yang tertua itu jika
dipandang dengan menyamakan usia mereka.
"Itulah saya, dalam satu senyuman mud baik (sic)" (fM akan
memberi beberapa lagi (sic) yang diperlukan di bawah ini. Laras
dan tata bahasanya adalah dari dirinya sendiri"
"Saya dilahirkan 33 tahun dulu di Taiping, satu bandar kecil yang
aman di Perak dimana di sinilah tercatat hujan yang paling lebat
di dalam negara saya." ujar Azhar kepada alam siber.
"Saya dibesarkan dan bersekolah di Pulau Pinang. Tahap
pelajaran saya tidaklah setinggi mana, tetapi saya mendapat
pengalaman pembinaan sejak awal-awal lagi dengan mengikut
jejak ayah saya yang telah pergi itu -- ayah saya adalah seorang
kontraktor yang gigih pada ketika itu (lewat 80an).
"Saya dan adik saya, Azlan Shah, sedang membantu abang tertua
kami, Datuk Amin Shah, untuk menguruskan bisnes korporatnya.
Pengalaman masa silam saya dalam sektor pembinaan dan Azlan
telah banyak membantu perniagaan abang tertua kami.
"Saya tinggal di Subang Jaya, bukan kerana saya suka melihat kapal terbang melayang di udara di atas atap bumbung rumah kami,
tetapi kerana Subang Jaya mempunyai semua kemudahan asas
seperti pasar besar, kompleks beli-belah, klinik awam dan swasta,
kedai makan serta pusat hiburan. Pendeknya - semuanya lengkap
dan mencukupi.
"Keadaan lalu lintas pula telah banyak berubah dan pulih sejak
dibuka lebuh raya ekspres Shah Alam dan laluan lebuh raya Utara
Selatan.
"Teman-teman saya selalunya menziarahi saya untuk menghirup
secawan kopi yang pekat dan memakan keropok sambil kami
berborak dan berjenaka serta berbual mengenai isu semasa.
Azhar memperkenalkan pembaca sibernya kepada dua rakan
karibnya, Ismail dan Roslan. Beliau seterusnya memberitahu
pembaca bahawa Ismail adalah seorang anggota polis di raja
Malaysia yang juga adalah teman wanita yang asyik ditemuinya -
"tetapi tentunya bukan dengan gadis yang sama".
Kemudian dia memperkenalkan Roslan, seorang jurutera awam
yang juga 'sifu komputer'nya - yang telah membantunya
mendirikan laman itu. Azhar juga mempamerkan satu iklan
perniagaan sampingan (selepas waktu kerja) Roslan kepada
pembaca:
"Selain daripada terlibat dalam sektor pembinaan, Roslan juga
memberi nasihat dan menulis wasiat untuk rakan-rakannya yang
tidak mempunyai masa untuk menemui peguam"
Amin Shah mungkin bukan penjaga semua adik-beradiknya, tetapi
beliau masih mengekalkan jawatan senior eksekutif itu yang juga
bermakna Daim memegangnya juga. Amin Shah adalah 'jack' dalam
semua perniagaan yang tidak memiliki apa-apa kepakaran, dan
selalunya mudah sesat di sepanjang jalan.
Media Malaysia kerap merujuk beliau sebagai Mr MOU .. yakni Mr
Memorandum Persefahaman. Tahun terdekat ini beliau telah
menandatangani banyak MOU di luar negara, dan ada beberapa
yang telah memberi hasil pulangan. Tetapi apakah jenis bunga-api
yang dapat kita jangkakan dari pelaburan (yang sewel) seperti
berikut ini:
1. Business Focus Resources (Guinea)
2. Guizhou Huahang Automotive Manufacturing Co. Ltd.
3. Guizhou Huatian Automotive Parts & Accessories Manufacturing Co. Ltd.
4. Metropolitan and Allied Bank (Ghana) Ltd.
5. Ak-keme Hotel
6. Kyrgzstan Grand Hotel De L'Lunite
7. Guinea Isla Esteves Hotel
8. Peru Macchu Picchu Inn Hotel
9. Peru Monasterio De Abad
10. Peru Sandton Hilton Hotel
11. South Africa Sheraton Ambassador Hotel
12. Ghana Leisure SamaWorld Theme Park Sdn. Bhd.
Lapan tahun lepas, Amin Shah yang berusia 45 tahun itu tidak
dapat pun menemui di atas peta kebanyakan negara dimana
syarikat'nya' yang kemudiannya diarahkan melabur itu. Dan siapa
sangka dia akan menjadi "Orang kita di Tirana", satu bandar yang
kerap tercetus pergaduhan di negara yang termiskin di Eropah,
Albania.
Pernah satu ketika dulu pada pertengahan tahun 1990an, rakan
kongsi Amin Shah mengatakan beliau menghabiskan seminggu
setiap bulan di Albania - memantau kepentingannya di syarikat
seperti Arab Albanian Islamic Bank dan PSC Albania S.H. p.k. P.
FreeMalaysia hanya dapat meneka beliau melakukan khidmat
nasional bagi pihak Dr M untuk membantu masyarakat minoriti
muslim di sekitar Yugoslavia atau Balkan yang telah berpecah itu.
Ada satu kisah gempar satu ketika dulu pada tahun 1993 mengenai
penswastaan pengkalan tentera laut di Lumut Perak ketika
keperluan tentera sedang memuncak. Tentu sebahagian para
pembaca masih ingat. Syarikat Business Focus Group milik Amin
Shah sedang dalam proses untuk mengambil alih projek pembinaan
dan pembekalan kapal-kapal militari yang kebanyakkannya
kapal-kapal ronda dengan bantuan sebuah syarikat
Australia yang bernama Transfield Corp. Tetapi ia menjadi kelam
kabut pada ketika itu kerana Sedap Food & Confectionary Bhd, satu
syarikat yang bersangkut paut dengan Daim juga turut terbabit dan
dinamakan sebagai satu instrumen untuk mengambil-alih.
Namun begitu kekeliruan itu telah terserlah kemudiannya.
Menjelang akhir tahun 1993 adik beradik Shah yang bersinar itu
telah menyusup begitu jauh ke dalam Sedap, dengan Azhar dan
Azlan turut bersama Amin Shah telah menjadi pengarah. Amin Shah
telah pun menjadi pengarah syarikat lain yang di kawal Daim
seperti Daibochi Holdings, Daibochi Plastic & Packaging dan
Kedah Cement Holdings.
Asas untuk mengambil alih projek pengkalan tentera laut itu telah
bermula jauh sebelum tahun 1993 lagi. Mula-mula Menteri
Kewangan dan TUDM menubuhkan syarikat usahasama Naval
Dockyard Sdn. Bhd. pada tahun 1990, ketika Daim menjadi Menteri
Kewangannya. Langkah itu memang diatur untuk mengambil alih
kesemua projek membina dan menyelenggara kapal tentera di
Lumut.
Pada awal 1991, Amin Shah dan dua adik beradiknya telah
menubuhkan syarikat Business Focus Sdn. Bhd. Setahun kemudian
dia membeli 100% kepentingan dalam Penang Shipbuilding Corp.
Sdn. Bhd (PSC) dengan kos RM29 juta yang dibayar melalui
pinjaman bank dengan saham PSC sebagai kolateral. Pada tahun
1993, permainan korporat ini semakin mula menyerlah dengan
Business Focus merancang untuk mencantumkan PSC dengan
Sedap untuk membolot kontrak membina dan menyelenggara kapal
TUDM itu.
Tetapi, seperti yang sering berlaku di dunia Daim, kroni-kroninya
lingkup dan tersadai juga walaupun membolot projek yang gergasi
itu. Syarikat yang mempunyai hubungan politik itu merayu untuk
diselamatkan seperti yang berlaku pada tahu 1994 di mana
Perusahaan Sadur Timah Malaysia Bhd., (atau Perstima), telah
digunakan untuk mengambil-alih Sedap - lantas menjadikan Amin
Shah sebagai seorang tuan besar atau maharajah korporat yang
tiada tandingnya. Tetapi rundingan itu tidak berhasil kerana telah
disanggah oleh Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim.
Amin Shah berada dipinggiran sahaja selama 2 tahun, dan
akhirnya muncul kembali selepas taikun Soh Chee Wen
menyesakkan Perstima dengan hutang menggila dari rancangan
pengembangannya. Amin cepat-cepat melupuskan aset yang tidak
teras di dalam Perstima selepas mengambil alih nya pada Disember
1995. Tetapi pada bulan Mei 1997, Amin ditendang keluar dari
syarikat itu selepas sekumpulan pemegang saham lain merampas
kuasa di Perstima.
Krisis kewangan Asia kemudiannya berperanan mengkuburkan
saki-baki perniagaan yang masih ada. Ia telah menenggelamkan
banyak syarikat yang disokong oleh kerajaan di mana Amin Shah
amat bergantung harap padanya. Ini memusnahkan rancangannya
untuk memulihkan banyak syarikatnya termasuk Khong Guan and
Setron. Seperti anak didik Daim yang lain, Amin Shah sudah pun
tergelincir sampai kini.
Tetapi freeMalaysia yakin Mr MOU ini akan kembali beraksi tidak
berapa lama lagi. Dengan secubit pertolongan dari Corporate Debt
Restructuring Committee (CDRC) dan satu dua dos dari dana
kerajaan - prospek buat Amin Shah mungkin bersinar kembali.
Apa-apapun akan dilakukan untuk menolong "Orang Kita di
Tirana" ini.
-freeMalaysia-
-Terjemahan KTK2-
(Amin Shah: Our man in ... Tirana ?)