UMNO   Terjebak  Perangkap Sendiri
(UMNO  zugzwangs itself)

-MGG   Pillai-


Sudah wujud satu  permainan politik yang baru di  ibukota.  Para  pemimpin UMNO  sedang menuduh satu sama lain  dengan pedasnya tentang  wang  politik  sebagai  punca  segala  musibah dalam  parti.. Mereka  mengakui betapa  seriusnya  perkara  ini,  dan  telah  melantik  satu  jawatankuasa khas  di kalangan  pemimpin kanan parti  untuk  menyiasat  segala  tohmahan. Tetapi,  mereka  tidak  pula  berapa   berminat  untuk  membiarkan jawatankuasa  itu  menjalankan  peranannya.

Semakin  kerap  presiden  UMNO, timbalannya ataupun salah  seorang  naib presiden  parti berkhutbah  betapa  politik wang itu boleh menghancurkan UMNO dan juga  dunia politik, sedangkan mereka tidak sedar setiap kali mereka berkhutbah  setiap kali itu  juga  pendengarnya ketawa berdekah-dekah.

Perdana  Menteri   Dr. Mahathir Mohamad, yang  juga  merupakan  presiden  UMNO, mahu mereka  yang terlalu kaya  raya  dihalang  daripada  menjawat sebarang  kedudukan  dalam parti;  dia tidak lagi mahu memberikan kontrak  kepada  pemimpin  UMNO, sekaligus  memperakukan  selama ini   merekalah  yang  membalunnya.

Timbalan perdana  menteri merangkap  timbalan  presiden UMNO, Ahmad  Abdullah  Badawi, bercakap  bertapa seriusnya  politik  wang,  seolah-olah  kedudukannya itu  tergugat  kalau  dia  tidak menyentuh  perkara  itu  setiap  kali   diberi peluang untuk  bercakap.

Seorang naib presiden, Mahyuddin  Yassin, menyalahkan   cara pemilihan calon untuk  jawatan  dalam  parti.

Inilah caranya mereka menggelupur  cuba meragut apa sahaja  untuk  mengelak daripada   kelemasan. Politik  wang sudah menjadi darah  daging  UMNO.   Projek   kerajaan diagihkan kepada  ahli  UMNO  ataupun syarikat   di  mana  mereka mempunyai  sahamnya.  Malahan syarikat asing  memerlukan seorang rakan  niaga daripada  UMNO  untuk  berjaya.

Setiap  projek  penswastaan,  yang sudah pun lingkup tertangkup, diberikan kepada  pra  kroni dan juak UMNO, kalau projek itu    tidak lagi  diingini  oleh  para  pemimpin  terkanan  dalam parti.  Tetapi sebahagian  daripada  keuntungan projek tersebut mesti  dicurahkan  sedikit (atau sebahagiannya  mengikut   peraturan) secara terus ataupun sebaliknya.  Perkara  ini  tidak  boleh dikecualikan.  Tidak sesiapa  pun  yang bercakap mengenainya, tetapi  itulah  hakikatnya.

Perkara Biasa

Tidak  ada yang  peliknya  perkara  ini.  Ia  merupakan  satu  perkara biasa  di mana semua parti  politik di dunia  ini  mengutip derma, terutama  ketika masih berkuasa. Jadi, kenapa  pula digembar-gemburkan  kisah  pemberian   wang yang  lumayan daripada  mereka yang telah  membalun  banyak faedah daripada system  UMNO  ini?

Menyisihkan  mereka  yang  kaya  raya  seperti  yang dicadangkan  oleh  Mahathir  tidak  akan menyelesaikan  masalah  parti.  Yang  sudah kaya raya  memang telah meraih  naungan politik.  Para kroni, anak-pinak, juak dan jongos  adalah mereka  yang kini  sudah   menjadi  kaya raya  itu.

Empayar perniagaan  Daim Zainuddin  yang besar  dan  merata  dan  yang  kini  diawasi  oleh para kroninya  dan juaknya  adalah penyebab kenapa orang  Melayu  menendang  UMNO. Mahathir  terpaksa  bertindak, Cuma caranya itu  yang tidak  bertepatan  dengan  yang  sepatutnya.

Rungutan  mengenai korupsi dalam parti  bukanlah  satu  perkara baru.  Kenapakah Abdullah sengaja  tidak  pedulikan  jawatankuasa  khas  yang   menyiasat  perkara  itu?   Apakah  dia  dan  UMNO  sengaja tidak serius  akan perkara  ini  pada pemilu yang  lalu?

Kenapa pula perkara  ini menjadi  penting  sekarang?  Ada seorang  pemimpin  yang  telah  dipecat  daripada  UMNO  lebih  satu dekad  dulu  kerana  dikatakan membelanjakan  RM6 juta  untuk menjadi pengerusi  bahagian. Tetapi  seperti  yang  diberitakan  perkara  ini  sudah  membarah,  kenapa pula  mereka  yang terbabit seperti  yang dilapurkan oleh media tempatan, tidak dikenakan tindakan?

Muhyiddin  memang  ternyata  tidak ikhlas  apabila menyebut  bahawa  politik wang  muncul  dalam pemilihan  jawatan  parti  disebabkan keperluan  melepasi pelbagai  halangan   yang  memerangkap para  calon, termasuklah  menentukan  adanya  sokongan  kuat   daripada  cawangan dan bahagian  untuk setakat  memenangi   jawatan di  peringkat  bahagian.

Tetapi, bukankah  Dr. Mahathir yang mencipta peraturan  baru supaya membolehkan beliau  menang  tanpa  dicabar, terutama sekali setelah UMNO  berpecah-belah  pada  1988?

Apabila  jawatankuasa  khas  UMNO  yang   dipelopori  oleh  Muhyiddin mengsyorkan   sekatan  ini  dibatalkan,   persidangan  luar biasa UMNO pada November lalu telah enggan  mempersetujuinya. Tindakan seperti itu bukannya boleh dilakukan  dengan  mudah lagi dalam persidangan UMNO  yang akan datang.

UMNO  Yang Terjebak

UMNO terjebak dalam  perangkap bikinannya  sendiri.  Para pemimpin  yang  sedang  memegang  tampuk  kuasa mahukan  satu  system  yang  menyekat  kemunculan  pemimpin  yang  baru. Kerana  itu,  menteri baru  dan timbalan menteri dipilih  daripada   mereka  yang  tidak  memenangi  pemilihan kerusi parlimen,  menyebabkan  akar  umbi  parti  menjerit kerana   melanggar  peraturan.

Akar  umbi  parti memang meluat dengan semua perkara  ini.  Ia sudah  melihat betapa  UMNO  sudah  menjadi  satu  parti  politik  di  mana  para  pemimpinnya mahu  terus  berkuasa  sampai tidak  lagi bernyawa.

Sudah  wujud  dua  pendapat dalam  UMNO.  Para pemimpin  yakin bahawa  hanya  mereka  sahaja  yang boleh  memimpin  dan  menyokong orang Melayu  dan  menentukan   kewujudan masyarakat  demokratik  yang multi-kaum. Satu  pendapat lagi  merakamkan betapa  orang Melayu sudah melihat  UMNO  itu tidak lagi  untuk  kepentingan  orang  Melayu, kerana ia  sudah wujud sebagai sebuah  parti politik  Melayu  dan bukan  untuk  kesinambungan  budayanya.

Orang  Melayu   pada dasarnya amat  marah  terhadap cara dan tindak-tanduk  kerajaan  yang menguasai  UMNO mengaibkan Anwar  Ibrahim,   timbalan  perdana  menteri  yang  sudah  pun terpenjara.

Sudah  tidak  ada  titik  penyelesaian kepada  dua pandangan   yang  bercanggah ini, dan pemimpin  UMNO  sudah  beranggapan  perkara  ini  hanya  akan dapat  diselesaikan  dengan menangkap sesiapa  juga  yang tidak bersetuju dengannya di bawah akta  keselamatan  dalaman  (ISA).

Cara  penyelesaian seperti  itu  adalah  satu  cara  lama. Ahli  UMNO  sudah pun  lari  menendang   UMNO  untuk  memasuki  PAS  dan  Keadilan.   Ahli  UMNO  yang ada sengaja enggan  menghadiri  mesyuarat UMNO.  Seorang   ahli  seumur hidup   UMNO,   baru-baru  ini  menubuhkan satu  cawangan  PAS di pinggir  Kuala   Lumpur.   Inilah  gambaran  penyakit  dalaman  yang   tidak  mahu  dibincangkan  oleh  para  pemimpin  UMNO.

Dendam  Berdendam

Kalau  UMNO  masih  mahukan satu lagi alasan  yang  mencetuskan masalah, ia  muncul  kerana  keputusan kerajaan  mengemukakan  lima lagi  tuduhan berbaki terhadap   UMNO  minggu  ini.   Pejabat Ketua  Peguam Negara,   sedang  bercelaru apakah tuduhan itu akan ditarik balik atau pun diteruskan sahaja. Melaksanakannya  dalam tempoh  dua  bulan sebelum menjelangnya persidangan  UMNO  tentu sekali  mencetuskan  tuduhan menggila.

Keadaan  tidak   lagi  mengambil kira samada  kes  itu ditarik balik ataupun diteruskan.   Kerajaan sudah semakin terdesak  sekarang.  Adalah lebih baik kalau  semua tuduhan itu  diperlekehkan sahaja. Tetapi,  UMNO  tidak mahu  lain  lagi  selain  melepaskan  geram  dendam  lama terhadap Anwar  kerana segala   kebobrokan  ini.

Seperti masalah  layanan  perubatannya, kerajaan dan  tentunya  UMNO  telah terjebak, apapun tindakan  yang akan ditetapkan.

Salah  urusan  beginilah, dan bukannya   korupsi, politik wang,  ataupun perundangan mengenai  pilihanraya , yang telah menjerit UMNO. Tidak kiralah kalau-kalau  para  pemimpin  UMNO  itu meletakkan   jawatan  dan  menyerahkan  penerajuan  parti kepada   pemimpin  reformasi  yang baru.

Kalaulah Tengku Razaleigh  Hamzah  dibawa semula  menganggotai  puak  penasihat   presiden,  dia mungkin berjaya  mengekalkan  sokongan itu untuk  satu  ketika.

Untuk itu  tidak   menjadi penting  lagi  kalau  wujudnya  3,000  ataupun  30,000  rungutan  tentang  pemilihan jawatankuasa bahagian  yang telah dikemukakan.  Ataupun kalau-kalau  peraturan sudah  pun berubah. Lagipun  UMNO sudah merupakan  sebuah  parti  politik yang tidak  akan berjaya  mendapatkan sokongan    yang sudah pun  lari darinya.   Inilah yang berada di tahap paling corot dalam  Dilemma UMNO.



-MGG   Pillai-
24 April,2001. Khamis.

Terjemahan MT