Kami   Diseksa  Di bawah  ISA
(We were tortured  under   ISA, say former detainees)

Oleh: Zakiah  Koya

Khamis:   Empat  orang  wanita  yang ditahan bawah  Akta Keselamatan Dalaman  (ISA)  sempena  ‘Operasi  Lalang’ tahun 1980-an  dulu telah bersuara lantang menceritakan  bagaimana  penderaan  mental dan fizikal  terpaksa mereka tanggungi  ketika di tahan  untuk  tempoh 60 hari penyiasatan  dilaksanakan oleh pihak polis.

Mereka meminta  agar  10  tahanan  ISA  dibebaskan  setelah ditahan sejak dua  minggu  yang  lalu dan juga  tiga  orang lagi  yang ditahan kerana  dikatakan  menganut fahaman  Shiah.  Empat wanita  itu  menyatakan betapa  pengalaman mengajar  mereka  agar  tidak  mempercayai  sebarang kenyataan  pihak  berkuasa  mengenai ISA.

Empat  wanita  itu  telah bercakap  pada satu persidangan  akhbar yang dianjurkan  oleh  WAC  (Women’s Agenda  For Change). Mereka mengatakan sikap  menidakkan  ahli  keluarga    bertemu  para  tahanan itu    memberi  anggapan betapa  mereka sedang terseksa.

Empat orang wanita  itu  ialah  Professor Dr. Cecila  Ng, seorang bekas pensyarah  Universiti  Putra  Malaysia,  aktivis  Lim Chin Chin,  Dr. Chee Heng  Leng  (AWAM)  dan  Irene  Xavier daripada  Sahabat Wanita.

Tanpa  Belas  Kasihan

Xavier  telah  menceritakan pengalamannya selama  60 hari  pertama dia  ditahan, dia  telah  didera  termasuk  mengangkat kakinya  untuk  dibelasah.

“Penahanan  di bawah ISA  adalah satu  rahsia dan para  tahanan  tidak  perlu  dihadapkan  kepada majistret. Inilah  yang  menafikan  keselamatan  para  tahanan,” kata  beliau.

Xavier  telah  mulanya ditangkap oleh polis Singapura  dan dihantar menyeberangi tambak dan diserahkan kepada  polis  Malaysia.  Dia terkejut juga  dengan semangat ‘solidariti’  dua  negara  untuk  menangkapnya.

Saya  terpaksa  mengharapkan  belas kasihan  polis, tetapi  itu adalah satu  kenyataan   saya  yang salah, kerana  polis  memang tidak tahu berperasaan  belas  kasihan.

Ketika itu  saya  sedang berubat kerana  keadaan kesihatan  yang  menanggung  ‘endometrriosis’.  Tetapi  saya  tidak  pun  diberikan  catuan ubat  saya sehinggalah satu bulan  selepas  tangkapan itu. Hanya  satu perkataan sah ja  yang layak digunakan  untuk  menggambarkan  penyiksaan  itu –KEJAM,” kata  Xavier.

Dia  merasa dihinakan. Itulah  pengalaman pertama beliau disiksa dengan kejamnya, kerana  “ayah saya  pun  tidak  pernah menampar  saya.”

“Untuk mendapatkan  satu  pakaian dalam  yang baru, saya  terpaksa mengunjukkan  tuala  ‘sanitary  pad’  yang kotor.  Saya telah dipukul dan sepanjang penyiksaan  itu tidak  ada  seorang  pun  polis  wanita  yang  hadir.  Mereka selalunya  bertanya  pilihan  saya  sama ada  mahu dibantai dengan  sekeping  besi  ataupun papan.

“Walaupun saya  tidak pernah menunjukan pilihan, mereka  terus  membantai saya  dengan  keras  pada  bahagian  tapak  kaki   dan kaki  saya.”   Dia   tidak percaya, 10 orang tahanan  itu    tidak diseksa. “Buktikanlah  saya  bersalah dengan anggapan itu – hadapkan mereka kepada   hakim  yang  dianggap   memihak kepada  polis,” katanya.

Suntikan  Beracun

Dr. Chee   berkata  beliau adalah salah seorang yang mula-mula  ditangkap di bawah Ops Lalang pada 1987.  Ops itu  adalah  satu tindakan  yang  ditumpukan kepada    pemimpin  agama,  pemimpin NGO dan  ahli parti  pembangkang ketika  ekonomi negara sedang  menguncup dan  suasana politik sedang  terlungkup.

“Cara seseorang   itu  ditahan  di bawah  ISA ialah  untuk  menakutkannya dan  menanam perasaan   ketakutan dan keazaban,” kata Chee.

“Saya  sengaja  didera supaya  bersikap  tidak berdaya  untuk  mempertahankan diri .Mereka  geledah  rumah saya  selama tiga jam sebelum mereka  membawa saya  dan  menyoal-siasat  saya selama 72  jam tanpa henti.

“Saya  telah  digari, disuruh memakai  kaca mata hitam, dan diletakkan di sebuah bilik kurungan  tidak bertingkap. Makanan dihulurkan  melalui  satu lubang kecil di bahagian pintu.  Saya  tidak dibenarkan berkasut,  memakai pakaian dalam dan pakaian persalinan  untuk ditukar ganti.  Pada dua  malam  pertama  saya  didera  untuk  tidur  di  atas  papan lapis, tanpa selimut," kata Chee.

Che berkata cara  mereka menyoal beliau ialah dengan mengetuk meja dan kerusi dan mengguna  perkataan yang  keji. Ada  kalanya  mereka  melakonkan  seolah-olah menyuntik  benda  beracun, kata  beliau.

“Ketika  ditahan, kemungkinan  untuk  kami  melihat  sanak  saudara  memang amat bergantung kepada   jasa baik penangkap itu.  Kemudian, saya  terpaksa  ‘mendapatkan markah’ kunjungan  mereka  secara ’bekerjasama’  dan  memberitahu    apa  yang  mereka mahu dengar.” Kata Chee, yang kemudiannya  dialihkan  ke Kem Tahanan  Kamunting  selepas  tahanan  awal  60 hari itu.

Digari Dan Ditutup Mata

Lim telah ditahan pada  Oktober 27, 1987.Dia  menceritakan  bagaimana dia  telah diberitahu oleh satu  pasukan yang  dianggotai enam  pegawai polis  yang  menangkap beliau betapa dia “berkemungkinan  bertindak  yang  memudaratkan negara.”

“Saya telah diangkut dengan sebuah kereta  yang  tidak  bertanda, dialihkan kepada satu ‘Black Maria’ (kereta polis khas berwarna hitam) dan kemudiannya dibawa  ke  satu destinasi  yang  tidak diketahui  di  mana saya telah dibogelkan  untuk hanya  memakai satu pakaian yang longgar. Saya  dinafikan  kasut  dan pakaian dalam dan juga  cermin mata yang pernah saya gunakan  sejak berusia sembilan tahun,” kata Lim.

Dia menceritakan betapa tangannya  digari dan matanya  ditutup dengan kain dan disumbat  pula  dalam  satu  kamar  yang kotor dan  kecil tanpa  jendela dengan  satu pangkin simen  dan  satu  tandas.

“Saya disoal-siasat selama 15jam sehari dan  semasa  siasatan itu  ada  satu  hembusan  angin daripada  satu  penghawa dingin yang disasarkan  kepada  tengkuk  saya.

“Pada  hari  yang ke lima belas, saya  telah  berpeluang  berjumpa ahli keluarga  untuk 10  minit  sahaja. Apabila saya  meminta  bantuan guaman,  para  penyiksa saya  telah  memperlekehkan saya dengan berkata  mana ada  peruntukan  di  bawah  ISA.

“Saya merana  kerana  sakit  kepala, disebabkan cermin mata  yang  dinafikan. Lagipun otot-otot  saya  menjadi  kejang dan sakit  kerana duduk  terlalu  lama di  atas satu  kerusi  yang  mempunyai  cuma  tiga  kaki,” kata Lim.

Beliau   berkata  semua  itu  dilaksanakan  untuk  mengaibkan beliau dan penahanan  selama 60 hari itu  secara bersendirian adalah bertujuan  untuk melemahkan moral  para tahanan dan menafikan mereka  kepada  sebarang maklumat..

“Saya bergantung hanya  kepada  para   penyiksa  saya  untuk  mendapatkan  maklumat   Saya  mahu tahu  apa  yang sedang berlaku  di  luar  kamar  tahanan dan  mereka memberitahu saya si polan dan si polan sudah  pun  tertangkap dan  telah membuat  pengakuan,  yang memang   bohong  semata-mata.

Mereka  memperdayakan saya  dengan  menyiksa  saya sehingga  terasa  kesakitan  apabila  mengenangkan keluarga  saya.  Mereka  menyogok maklumat  songsang dan memang sukar  menyaring    kebenaran  daripada  segala   pembohongan  mereka. Saya berpendapat  kuasa  yang diserahkan kepada  polis di bawah  ISA, mesti dihapuskan,” kata  Lim.

Menyodok

Dr. Ng  menceritakan betapa beliau merupakan orang terakhir ditangkap di bawah ‘Operasi  lalang’. Saya  terlibat dengan  satu projek    di Jakarta  dan  sekembali  saya itu, saya  telah  ditahan di bawah  ISA kerana dikatakan ‘menganjurkan komunisme dan  perjuangan  kelas  menengah’.  Semua tuduhan itu sengaja  diada-adakan.

“Pembohongan seperti itu akan berterusan sebagai arahan  harian  di bawah  negara yang  dijajah  oleh seorang dictator  yang akan terus berselindung sebalik   topeng ISA,” kata Ng,  yang  tidak pun  menceritakan apa  yang berlaku semasa  dalam  tahanan.

Sepuluh orang aktivis reformasi, tujuh daripadanya adalah pemimpin Keadilan, telah ditangkap  di bawah ISA  sejak dua  minggu  yang lalu  adalah Tian Chua, Mohamad  Ezam  Mohd.Nor,  N Gobalakrishnan, Saari Sungib, Lokman Adam, Dr.  Badrul Amin Bharom, Abdul Ghani  Haroon, Hishamuddin  Rais, Raja  Petra  Raja  Kamaruddin  dan Badaruddin Ismail.

Satu kenyataan akhbar WAC  telah menyebut betapa tiga orang  aktivis  Shi’iah adalah Norman Batcha, Zainal Taib dan Ahmadi Asab.

Presiden Tenaganita  Irene Fernandez yang  telah hadir  pada  persidangan akhbar itu telah  meminta   Suhakam (Suruhanjaya  Hak Asasi Manusia)  menggunakan  kuasa  mereka  “menyodok  jalan  rintis” untuk melihat sendiri keadaan mereka yang sedang ditahan itu”.



-Zakiah Koya-april01.
Malaysiakini Khamis  26/4/01.

Terjemahan MT