GAMBARAN KISAH
(A Picture Story)

- Harun   Rashid



Pihak polis telah    melaksanakan beberapa  tangkapan,  setelah menerima beberapa arahan daripada  pakar strategi  UMNO. .Alasan yang diberikan  ialah  beberapa demonstrasi  jalanan  yang sudah   dirancang,  dianggap satu  ugutan  kepada  keselamatan negara. Mereka yang ditangkap  tidak sempat  menyertai satu upacara yang mereka  turut  anjurkan, penghantaran  satu  memorandum rakyat kepada  Suhakam yang meminta  beberapa tuntutan.


Upacara itu  berlangsung juga  seperti yang direncana, walaupun orang yang merancangnya  ditangkap  untuk masuk  penjara. Majlis berlangsung dengan aman,  dan  semua  pihak  bersetuju betapa segala penangkapan itu  memang tidak  perlu.


Namun,  mereka  yang ditangkap tidak dibebaskan  lagi. Penangkapan di bawah  akta purba  ISA  memang    sesuatu yang dibenci.  Itulah episod yang akan  menghenyak UMNO-BN  yang sedang berkuasa, kerana   akibatnya ialah  semakin  berkurangnya  sokongan rakyat terhadap mereka.  Soalnya  sekarang,  kenapa  mereka  lakukan tangkapan   itu?


Politik  ialah  satu  lagi  jenis  mainan  orang dewasa dimana pihak yang menang merangkul  wang dan kuasa. Permainan ini  mesti dimainkan dengan penuh helah proses demokrasi. Setiap permainan ada peraturannya, dan pemain  yang baik-baik  bermain untuk  menang mengikut   ketetapan  peraturannya.


Di dalam politik, permainan mudah  tercemar menjadi  kelam kabut. Peraturan  diputar-belit  sehingga     jadi karut.   Setiap  usaha dilaksanakan  untuk  menyorokkan  kenyataan betapa  kemudahan  yang tidak  patut sudah  pun dibolot. Ini  bertujuan   menumpaskan  pembangkang yang cuba  mengugut.


Secara amnya, adalah  tidak  adil  memenjarakan  pemain pasukan lawan untuk diikat tangan dan  kakinya dan  menghenyaknya  untuk disiksa  dengan pelbagai  cara. Apa gunanya  memisahkan  mereka  daripada  kawan dan keluarga,  dan   mendera  sesiapa juga  yang datang untuk menolong dan  bertanya. Inilah   mainan kotor yang sedang   dipergiatkan di Malaysia .


Bantahan rakyat marhaen semakin meluap. Yang  ditangkap dan terpenjara masih belum diberi peluang menunjukkan  muka. Walaupun majlis sudah lama terlaksana, orang yang  ditangkap   masih terpenjara. Para  pendakwa  raya yang  tinggi impiannya dan  tinggi pula gaji-bulannya,  dan seorang hakim yang telah lama diperas-ugut  kini  dikerah  melakonkan  aksi mereka mengikut  skrip  politik  yang sudah  tersedia.  Keadilan  dan undang-undang sudah  lama  berbau haprak membuatkan seluruh dunia naik  jelak.


Para konspirator  UMNO-BN menggunakan  para  strategis yang tidak berbuat  perkara  lain selain sibuk    bermain   politik  yang menjanjikan kekayaan dan  kuasa. Mereka  semua  mengongsi segala habuan  yang  muncul  walaupun banyak tanda tanya  mengenai agihannya sudah tersembul.

Para perancang itu memang sudah berjaya., walaupun  tangan penuh dosa. Gerakan  mereka terlalu nyata  untuk memberikan keuntungan segera.  Penyelewengan  peraturan  yang ditetapkan  menidakkan peluang   merangkul kemenangan yang berpanjangan.  Mereka sedar  kepayahan  peperangan  jangka panjang,  kerana  itu dicetusnya  tindakan  dari  arah    belakang. Mereka bertahan sedaya  mungkin  sambil merencana  segala  kemungkinan sebagai  pemangkin. Semua  tindakan yang dilaksanakan kini  bertujuan  melengahkan keadaan  tertekan lagi.

Tanda tanya  semakin  lantang  disuarakan,  kenapakah perancang  BN UMNO merencana penangkapan  dan  penahanan  tanpa  perbicaraan  dan  menafikan   bantuan  guaman?  Yang  pasti  mesti  ada  sebabnya  melaksanakan tindakan  ini pada  mulanya.

Kenapa Penangkapan Dibuat

Cuba bayangkan gambaran  ini  di  mana ceritanya  dapat dicari.

Gambar  pertama  diambil di hari  pilihanraya kecil,   Lunas.  Orang-orang dalam gambar itu telah  menahan beberapa bas  yang sarat dengan pengundi  upahan  untuk  mengundi  di  Lunas.  Undi  hantu  dan undi tipu memang  penting untuk memenangi pilihanraya yang  ditandingi.

Perancang UMNO   membantah  dengan keras apabila pengundi upahan mereka diberkas. Mereka  membuat  pengakuan betapa  para penumpang bas itu  hanya  para penyokong yang datang untuk membantu.  Tetapi, sokongan untuk  membantu  seperti itu  adalah menyalahi  undang-undang pilihanraya  negara ini.

Para penumpang bas itu mengaku  mereka dibayar  RM50 oleh  pegawai UMNO  untuk memangkah kertas undi tipu.  Pegawai  pilihanraya pula enggan membuat perakuan mengenai pendaftaran  mereka. Para  penumpang itu  bersama para pengupah  mereka sudah  pun melakukan kerja-kerja jenayah.  Tidak seorang  pun yang dikenakan tuduhan walaupun polis mempunyai  nama dan kesalahan mereka dalam simpanan.   Pegawai pilihanraya  dilihat  sebagai turut  bersubahat.

Orang yang digambarkan  itu  telah menangkap  mereka melakukan kesalahan. Dia  memberitahu seorang perancang kanan UMNO supaya  jangan berhelah  lagi. “Khalil  Yaakob, janganlah bohongi  saya  pula. Bukankah kita faham kebenarannya?   Bukankah  kita sudah lama bersama merancang perkara  yang serupa?”


Orang yang digambarkan  telah  menahan bas-bas yang  sarat  pengundi hantu  muncul di Lunas. UMNO  kecundang pilihanraya   di  situ.  Mereka mengutuk orang ini kerana aksinya. Apabila dia melaporkan bantahan kepada polis mengenai peristiwa bas itu, polis tidak ambil  peduli. Sebaliknya  apabila pihak lain   buat laporan  polis mengenai mereka, polis bertindak dan  menangkap  mereka pula.

Kekalahan  Lunas  adalah satu pengaiban besar kepada  BN dan  UMNO. Hancurlah  segala keangkuhan  yang dilakonkan selama  ini. Semua  pihak menyaksikan satu pilihanraya  yang bersih dan saksama. Terbongkarlah segala penipuan pemilu 1999  dulu.   Perdebatan bahawa  parti yang  sedang berkuasa memenangi suara pilihan majority secara telus dan adil  terus  terbogel.

Kuasa UMNO-BN   ditentukan melalui penguasaan  kerusi terbanyak di  parlimen.  Para calon telah diberi jaminan betapa  kerusi mereka itu adalah selamat dan  sebaik sahaja seseorang calon itu  dicadangkan  oleh UMNO-BN, kejayaannya di pemilu itu  sudah terjamin.  Perkara ini  ada kebenarannya yang  terang  selagi proses pengundian itu  diputar belit semacam  wayang.  Janji-janji itu berasaskan keupayaan  menipu, kehadiran jumlah  besar  pengundi  hantu  dan  kepintaran para pegawai pilihanraya  yang sama  membantu.

Lunas membuktikan bahawa kemenangan melalui penipuan bukannya satu  jaminan. Para calon  tidak boleh bergantung-harap  kepada  bas yang  datang  lagi. UMNO-BN  kini diserang pemberontakan  yang sungguh  menyeluruh. Mereka   sudah merasa tergugat  di Parlimen, malahan kerajaan  negeri pun  pasti  runtuh.

i telah menjadikan  keadaan itu sebagai sesuatu yang amat jelas dan cerah. . Kejelekannya terhadap  sikap  UMNO mengenepikan  saki-baki penyokong Anwar dalam UMNO mendesak nalurinya agar  terjadi pilihanraya kecil di Beserah. Dia telah  kemukakan  tuduhan terhadap    Khalil yang dianggap sebagai orang halimunan  dalam gambar  itu. Tetapi  Khalil tidak pun  dikenakan sebarang   tuduhan kerana  perkara itu mahu diperamkan saja oleh parti yang berkuasa.

Dulu, UMNO-BN  mengimpikan  istirahat sebaik sahaja pemilu sudah  selesai.   Lima tahun dianggap tempoh yang  sesuai   untuk bersantai. Fauzi  mengejutkan mereka dengan kenyataan tugas-tugas yang belum selesai.  Para penyandang kerusi kini boleh  memeras-ugut parti untuk   disalai.

Keyakinan betapa sesuatu  pemilihan raya  itu  dapat dimenangi mesti dipulihkan  semula.  Rencana baru  mesti dibuat menentukan bas-bas seperti dulu  boleh  masuk tanpa dihambat.  Orang-orang yang menahan bas-bas itu mesti disimpan dulu.  Kalau mereka dipenjarakan bererti pilihanraya  boleh dimenangi dan  parti boleh bersorak lagi:  “Lihat, bukankah kami buat jaminan bahawa kemenangan tetap  dalam  tangan?”  Orang-orang yang menahan bas  dulu sudah  pun terperuk di kamar berjejari besi,   masalah mereka belum diselesaikan lagi.  Tetapi,   berapa  ramai lagi  anak-anak  muda  yang menunggu  dengan ghairahnya  menyambung perjuangan   mereka?   Inilah  yang  belum  menjadi  satu kepastian. Sokongan sebenar  perlu  diukur  dulu  sebelum diisytiharkan  pemilu yang terbaru.

Kemelut Beserah  mesti diperpanjangkan sedaya  mungkin. Begitu  juga  dengan pilihanraya  di Sarawak. Pilihanraya  tidak boleh dibenarkan selagi kemenangan  tidak  terjamin.  Itulah  strateginya, apakah ia boleh berjaya?

Rakyat  sudah  semakin pintar berpolitik dan  banyak  kerusi  parlimen dan  negeri  yang akan  jatuh tergolek.  Para penyandang  jawatan  kerusi parlimen dan negeri  UMNO-BN  sudah  semakin galak  bertukar haluan  dan mengubah  selera untuk  bertanding semula sebagai calon parti  BA pula nanti..

Pemilihan  di  peringkat cawangan dan bahagian  tidak berjalan  licin seperti yang diharapkan.  Memang ada  muka  baru  yang tidak boleh diharapkan menggantikan yang lama.   Mereka  yang  dikaitkan dengan  Anwar  sudah pun jatuh  diketepikan.  Inilah  yang menakutkan  golongan lama yang berada  di peringkat atasan.  Seorang ketua percencana, menteri  kewangan (yang  mempunyai banyak   kepentingan)  telah bertindak  untuk bercuti daripada terus  mengemudi,  Dia bercuti daripada  jawatan rasminya  untuk  menumpukan  masa dan tenaga kepada  peperangan  yang lebih  besar   di luar  medan  perang.

Orang  tahanan  tidak akan dibebaskan daripada penjara kerana terlalu banyak pengetahuannya. Mereka sanggup  mengambil segala  risiko  untuk  menahan bas-bas   yang  dulu.  Sesiapa juga   yang melangkah ke depan membantu keluarga  mereka  akan ditangkap juga.    Rencananya   ialah  memisahkan  para  tahanan daripada sanak sekeluarga, sambil mengugut mereka  agar mengalah untuk  membisu   dan menyerah.

Semua  ini  tidak akan berjaya.  Sebab musababnya  akan kita bincang di lain masa.   Memang banyak  alasannya.  Sementara itu  jangan lupa  mengikuti  pergerakan  menteri  kewangan  yang  sedang  bercuti.   Dialah orangnya  yang disebut dalam  kemelut  Anwar  sebagai   bapak  konspirasi.   Kini dia  mempunyai  peluang meneliti pergerakan pasaran  saham dengan penuh hati-hati.  Berwaspada dengan gerak  lonjakan  ‘rally’  yang berpada. Dialah orangnya  dan  bukannya  menteri  dalam negeri  yang  mengkotak-katikkan  pasukan polis  kita.  Tangan halimunnnnya  jugalah   yang  selama ini  mencekik  leher rakyat  marhaen.


-Harun Rashid-
Jumaat   28/4/2001

Terjemahan MT