Mokhzani Jual Saham Dalam Syarikat Senaraian BSKL


Nampaknya,    nasib Dato’ Mokhzani bin  Dr. Mahahtir  ada kaitan  yang  amat bermakna dengan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.  Dia telah  mengumumkan penjualan  saham-saham pegangannya di syarikat yang  tersenarai di BSKL,  untuk melindungi bapanya daripada  kegagalan perniagaannya.  Lagipun  dia mahu menghabiskan masa yang  lebih  kepada  keluarganya  dan juga dia beranggapan semua rakyat Malaysia  ini adalah bodoh-bodoh belaka.  Dia  telah  menyebut hanya  dua  nama syarikat  --Pantai Holdings  dan  Tongkah, kedua-duanya adalah bergiat cergas dalam   urusan kesihaan.Tongkah  pula bersama  sebuah   anak  syarikatnya telah diberikan  kontrak bernilai RM350juta setahun untuk memberikan khidmat sokongan di hospital.  Jadi, apakah  dia ditolak ataupun  sengaja  mahu  menolak?


Besar kemungkinannya,  keadaan  tuntutan margin  (margin call) telah  memaksa beliau  untuk  menjual  dua syarikat itu.   Sebanyak  89  juta  saham  dalam dua  syarikat  itu  bernilai   sekitar  RM160  juta. Pada  hari dia membuat  pengumuman  itu,  urusan niaga saham itu sahaja  merupakan  60%  putaran  niaga  BSKL. Mokhzani  telah  menjualnya  kepada  pihak  yang tidak pun diumumkan namanya dalam satu  ‘private deal;’ (urusan  peribadi.)  Keupayaannya  menguruskan semua  itu  dalam  satu  hari  perniagaan  adalah sesuatu  yang  menakjubkan.  Mungkin yang membeli  saham itu  seorang tauke Cina pengeluar   sabun  secara kecilan yang telah  bergiat sejak  beberapa  minggu  yang  lalu   membeli saham itu  di  pasaran? Apakah penjualan Tongkah itu bererti  penguasaan  orang  Melayu  dalam khidmat sokongan di hospital kerajaan  juga turut  pupus? Benarkah  dua  syarikat ini sengaja  menjadi  sasaran supaya  khidmat  penyeliaan hospital  menjadi perniagaan yang dimonopoli oleh empayar niaga Daim?


Mokhzani berkata dia  tidak dapat menghubungi ayahnya, di Dubai, untuk  memberitahu akan  perkara  ini.  Sebelum dia boleh menjual  saham pegangannya, dia perlu mendapatkan   persetujuan BSKL, Suruhanjaya  Sekuriti dan  Jawatankuasa   Pelaburan  Asing. Hanya dua  orang  manusia  (termasuk bapanya)  yang  boleh  memberikan  izin itu dengan  serta merta, sedangkan  bapanya itu  tidak  pula mengetahui  rencana anaknya. Ini bererti orang yang lagi  satu itu  ialah Tun Daim  Kenapa pula Tun Daim  mesti begitu  senang membantunya  sedangkan  beliau sedang mengisytiharkan perang olok-olok  terhadap bapanya?


Kenapa  pula  Mokhzani  menggembar-gemburkan  hanya  dua daripada begitu  banyak  syarikat  lain  dimana dia mempunyai  pegangan  saham  yang besar?    Dia  adalah ahli  lembaga pengarah kepada   93 syarikat,  termasuk  yang belum  tersenarai di mana dia mempunyai pegangan  saham yang berpada.  Kenapa  sebut hanya  dua nama syarikat  di   mana  dia sudah  pun menjual sahamnya?  Kenapakah  dia  menjual  Pantai  dan Tongkah, sedangkan  Tongkah  telah dikurniakan  dua  daripada  tiga kontrak  dalam penswastaan  penyeliaan  hospital   yang bernilai RM350 juta setahun? Kontrak  yang ketiga telah dianugerahkan  kepada Faber, syarikat   di  bawah  Renong  yang diuruskan oleh  kroni   Tun Daim.  Bukankah  ini  bererti  penjualan  saham pegangan  Mokhazani itu  berakhir dengan wujudnya kuasa monopoli perkhidmatan  sokongan  di  hospital?


Apakah Mokhzani  merupakan satu  ‘bidak’  dalam percaturan  berani mati antara  Dato Seri Mahathir Mohamed  yang menggunakan kuasa Politik Hapraknya dan  Tun Daim yang menggunakan kuasa wangnya?  Doktor baik itu  telah  pun menyindir betapa Daim telah  mengusahakan halangan kepada Mokhzani menjadi ketua bahagian  UMNO Merbok selepas beliau sendiri  tidak mengingini jawatan itu .Betulkah Tun Daim  mengarahkan bank-bank yang dikuasainya  memaksa Mokhzani  menjual saham pegangan beliau  itu setelah mengetahui beliau sedang terlebih  gearing?    Jika  demikian, kenapa  Tun  Daim tidak  menyelamatkannya melalui Danamodal  dan Danaharta, seperti  yang dilaksanakan kepada para kroni dan rakan niaganya?


Masalah Mokhzani bermula selepas Tun Daim menghantar surat perletakan jawatan  dan juga  cuti  dua  bulan. Bagaimana Tun Daim   menghabiskan  cutinya  merupakan  spekulasi  yang hangat; dia berada di  kementerian kewangan  dengan  tekunnya  menyelesaikan kerja-kerja yang lama tertangguh; itulah  yang dimaklumkan kepada kita. Namun, dia  masih  menjalankan  tugas  seorang  menteri kewangan, merasmikan  persidangan, bangunan-bangunan dan sebagainya.   Apakah  benar  dia bercuti itu untuk memudahkan kerja-kerja  menyiapkan  laporan  lengkap  selama 14 tahun  lamanya  mengenai pelaburan  UMNO, seperti  yang diungkitkan  oleh  seorang  ahli Majlis Tertinggi  UMNO?  Jika demikian,  kenapa  pula  dia  berada  di  kementerian kewangan?  Sepatutnya  dia  berada  di  Ibu pejabat UMNO.


Mokhzani  telah memperlekehkan kesnya  sendiri dengan satu  cerita yang tidak  meyakinkan dan  perilaku  yang penuh keangkuhan.  Dia  beranggapan kalau dia tidak mampu  menjelaskan  sesuatu,  apa juga  yang  dia katakan  mesti diterima  tanpa  keraguan.  Kerjaya  niaganya  adalah  berkait rapat  dengan  ayahandanya, betapa  pun  kita  kaji  perkara  itu  semuanya.  Dia masih  belajar  di  universiti  ketika  ayahnya  menjadi  perdana menteri pada1981.  Empayar  niaganya  membesar  secara  melonjak  dalam asa  satu  dekad  dia  menceburkan  diri  dalam perniagaan.  Apabila  ayahnya  ditanya  akan perkara ini  dalam mesyuarat  kabinet  satu  ketika  dulu, beliau menjawab secara  menyindir  bahawa  masa depan anak-anaknya tidak  seharusnya  disekat oleh  kedudukan  jawatannya.


Oleh  itu  apa juga  alasan yang diberikan  oleh  Mokhzani perlu  dinilai  sewajarnya. Kalau  dia benar-benar  perihatin  dengan  maruah  ayahnya sepatutnya  dia  sudah  bertindak lama  dulu  lagi. Sebaliknya   pula, ibunya  pernah  berkata dalam satu  wawancara akhbar betapa  ayah  Mokhzani  tidak pernah membantu anak-anaknya, dan beliau  memang tidak  senang hati mengenai perkara ini!  Nampaknya  banyak  lagi kisah  Episod Mokhzani  daripada  yang  dimaklumkan. Lagi  banyak kita nilai episod  ini,  lagi  banyak  ulat-ulat  yang  akan  muncul. Semua itu  tidak  perlu  muncul  daripada  koridor mahkamah. Memadai  dulu  daripada  pertelagahan  antara  dua  sahabat   akrab. Seolah-olah muncul   ulang-tayang  satu episod bersejarah  yang tercetus  pada  1998  dulu.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Sabtu 28/4/2001

Terjemahan MT