Pelajar Dibayar US$3 untuk mendengar ucapan Perdana Menteri

Khamis 29  Mac,2001.


Lebih  kurang  500  pelajar  Maktab  Tunku  Abdul  Rahman  (TAR)  di  Setapak  telah  diberikan  RM10 setiap  seorang  oleh  pentadbiran  kampus untuk  menghadiri satu perhimpunan  rakyat  di mana  Mahathir Mohamad hadir  sebagai tetamu  kehormat.

Salah  seorang  pelajar  yang  tidak mahu  namanya  disiarkan  telah  memberitahu malaysiakini  hari  ini betapa jabatan  Hal Ehwal Pelajar  maktab  itu  telah  menyuruh  para  pelajar menghadiri  himpunan rakyat  itu.

Dia telah berkata  betapa  beberapa poster telah  dipasang  siap  di  kampus  meminta  para  pelajar  mengambil  bahagian. Dia membuat keputusan  hadir  setelah digalakkan  oleh  kawan-kawannya.

“Kami  hanya  diberitahu  bahawa  ada  ceramah  PM. Tidak  pula  ada  maklumat  lain.  Pada  hari  itu  lebih kurang  500   pelajar  telah berkumpul  di  padang  maktab.  Dua belas  bas  telah  mengangkut  kami  pergi  ke Gombak.  Dalam  perjalanan,  dua  kakitangan  jabatan  hal Ehwal  pelajar  telah  mengagihkan  sarung  surat  berwarna  coklat  yang  berisi  RM10 dan  baju  kemeja-T  yang  berlogokan  wajah  perdana   menteri  kepada  semua  pelajar  yang  ada.” Demikian  beliau   menjelaskan.


Dia  menambah  betapa  tidak  seorang  pun  pelajar yang  bertanyakan  mengenai  wang  dan baju-T  yang  diterima itu ketika  mereka berada  dalam bas. Apabila  disoal sama ada para  pelajar  dikehendaki  memakai baju  itu, dia  menjawab  “tidak”.

“Tetapi,  saya  rasa  cara  semacam  ini  adalah  satu  bentuk   rasuah agar  kami para  pelajar  menyokong  kerajaan. Kami adalah  pelajar  yang tidak sepatutnya  terbabit dalam  politik. Apakah alasannya  maktab  menyuruh  kami  pergi  mendengar  ceramah itu?”  Tanya dia  pula.


Ucapan  Politik


Semalam,  Mahathir  telah  memberikan  ucapan politik  kepada  lebih  kurang  10,000  orang  di  Kampung  Mulia, di Km 4, Gombak.

Upacara  itu  adalah  tajaan  K3P  yang  diwujudkan   oleh  Kementerian  Penerangan  untuk  menjalin  hubungan rapat  di  antara  kerajaan  dan  rakyat.  Di  majlis  itu  Mahathir  telah  memperlekehkan parti  pembangkang  dan   menuduh  mereka  cuba  menggulingkan  kerajaan secara  menganjurkan  demonstasi  jalanan.

“Dengan terus  berkempen  selepas pemilu 1999  dulu, parti   pembangkang  memecah belahkan  rakyat, terutama  sekali  dengan berkhutbah di  masjid  untuk  mempengaruhi  umat  Islam,”  katanya.

Dia  juga  memperlekehkan  pemimpin PAS  Nik  Aziz  Nik  Mat  kerana  membuat  lawatan  dua  minggu  dulu, berjumpa  penternak  khinzir  Bukit  Pelanduk yang  menjadi  punca  merebaknya  wabak Nipah  pada  1999  dulu.  Dia  merungut  betapa PAS  enggan  bekerjasama  dengan  UMNO  kerana  parti  itu  bertegas  bahawa  ia  berusaha  terhadap  perpaduan   nasional dan  bukannya  perpaduan Melayu.


-tamat-