UMNO  Pusing-pusing,   Bila  Fauzi  Bising-bising

(MGG: UMNO Runs  Around In Circles Over Dato’ Fauzi)

Apabila  wakil rakyat  Pahang,  Dato’ Fauzi Abdul Rahman,  membuat  lapuran  polis menuduh  setiausaha  agung  UMNO, Tan  Sri Khalil  Yaakob  melakukan  rasuah, dia  telah membuatkan UMNO  menjadi gelabah.  Presiden partinya,  Dr. Mahathir  Mohamed, menjadi terkejut  beruk sehingga  terpusing-pusing  untuk  cuba   memahami masalah  yang membuatkan  dia  terus  pening.  Mahathir mengarahkan  satu  siasatan  dalaman dan meminta  Suruhanjaya  Disiplin (tatatertib)  yang diketuai  oleh mantan menteri luar, Tengku  Ahmad  Rithaudeen,  menjalankan  kerja. Belum pun tugas  itu  bermula, Abdullah Ahmad  Badawi   yang  menyatakan bahawa   jawatankuasa sudah  pun  dilantik untuk tujuan  itu,  memandai-mandai   pula  mengatakan  suruhanjaya  itu  akan dianggotai antara  tiga hingga  empat  orang  ahli. Inilah  yang mencetuskan  dua persoalan penting:  Apakah suruhanjaya  tata tertib  itu   bebas menjalankan  tugasnya kalau  sudah ada orang yang  mahu berperanan  dalam pembentukan   ahli-ahlinya? Apakah  sebenarnya peranan  suruhanjaya   tata tertib  itu?  Saya  telah  bercakap  dengan  beberapa ahli parti, yang   memberitahu  betapa  UMNO  tidak  pernah  melakarkan  panduan  dan peraturan apakah  sebenarnya  yang dimaksudkan dengan  istilah   politik-wang itu.  Tanpa peraturan  khusus  bagaimana gamaknya  suruhanjaya itu  boleh  berfungsi?

Belum  pun  perkara  itu diselesaikan, Fauzi sudah  menyulitkan  keadaan  lagi. Apa  yang patut dilakukan  oleh Perdana Menteri  yang  merupakan presiden  UMNO  dan juga oleh Ahmad  Abdullah  Badawi  selaku  timbalan  perdana menteri  dan menteri hal ehwal dalam negeri ialah mengarahkan  BPR (Badan Pencegah Rasuah) dan  polis menyiasat tuduhan  itu dan  kemudiannya   mengatur pula   siasatan  dalaman. Setakat  ini pihak  polis belum pun disuruh  berbuat  apa-apa. Kenapa?  Sebabnya  ialah  laporan  polis itu sudah  pun tersebar  di  internet. Di  LamanWeb Sangkancil  ia  disiarkan dalam Bahasa melayu. Segala  tuduhan Fauzi itu akan dibincangkan, sehingga ke peringkat persidangan bahagian parti, dan berkemungkinan besar menjadi isu hangat  sehinggalah  persidangan tahunan UMNO  pada  Jun  nanti.

Apabila sesuatu lapuran  polis sudah ditandatangani, proses  perundangan  pun bermula. Tetapi,  ini  tidak wujud lagi  di Malaysia sekarang. Pihak  polis memang diketahui menyimpan beratus lapuran  yang mendakwa berlakunya  rasuah  terhadap  para menteri kabinet, para  menteri besar;  kebanyakannya lengkap  dengan dokumen  yang sahih yang dikemukakan oleh mantan  timbalan  perdana menteri  Dato’ Seri Anwar  Ibrahim.  Kerajaan Barisan  Nasional  tidak akan  memberikan  arahan  agar polis bertindak, sedangkan rakyat  Malaysia  hanya akan  mempercayai  apakah  yang dapat disiasat  oleh pihak polis atas  daya usaha mereka sendiri.  Bagaimana gahnya Barisan  Nasional dalam suasana negara  ini, suruhanjaya  tatatertibnya adalah satu urusan dalaman belaka dan apa tindakannya tidak   ada sangkut-paut dengan sesiapa selain  Fauzi, Khalil Yaakob dan mungkin  juga  ahli-ahli UMNO.

Kini sudah  ada tekanan agar Fauzi  menarik  balik lapuran  polis  yang dibuatnya. Kalau  itulah  yang  dilaksanakannya,  dia  boleh dituduh membuat  lapuran palsu dan bolehlah  melupakan  dunia  politik  dengan ekornya di celah  kangkang, menjadi bahan ejekan  oleh  masyarakat  yang   memandang. Fauzi ialah anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, yang pernah  menjadi menteri  pendidikan dan  yang meminjamkan  namanya kepada Lapuran  Rahman  Talib.  Beliau  juga pernah kalah  dalam  pendakwaannya terhadap seorang  tokoh  pembangkang ketika itu, D.R. Seenivasagam.  Fauzi tidak mewarisi ciri-ciri keceriaan  bapanya walaupun  dia mempunyai bakat menirunya. Ramai kawan-kawannya  yang terkejut  dengan  tindakan Fauzi.  Saya  telah mengenalinya  hampir 30  tahun dan memang tidak terkejut dengan  tindakannya itu.  Tindakannya  itu memang sah:  tidak  ada sebab  dia  harus  memutuskan  sesuatu persahabatan semata-mata  kerana presiden  UMNO  mahukan sahabatnya itu dimusnahkan. Pandangan berpolitik cara inilah yang  sedang  mereputkan  UMNO. Usaha itu  mungkin  berjaya selagi penekanan diberikan terhadapnya. Kini cirri-ciri  itu tidak  akan berjaya  lagi  kerana  Fauzi sudah pun mencabarnya.  Inilah  yang  membuatkan  UMNO  tunggang-langgang  dan berpusing-pusing.

-MGG  Pillai-

 

Terjemahan MT 3.4.01