Anwar  Ibrahim Dan Tanggungan  Sivil
(Anwar  Ibrahim and  Civil  Liability)
Oleh: Harun  Rashid

Mac 31, 2001

(Artikel sebenar tersiar dalam laman web WorldWide - Harun Rashid yang ada linknya disediakan di bahagian bawah laman ini)

Pada  tahun  pertama pengajian perundangan ada  tiga  kajian  asas  yang menyangkuti  Jenayah, Torts  dan Kontrak. Sesuatu tindakan itu dikira  sebagai  perbuatan  jenayah  apabila  ia dilakukan  dengan  niat dan  hukuman  tidak  boleh  dijatuhkan kalau  niat  itu tidak  dibuktikan. Tetapi, perkara  ini tidak  ada kaitannya  dengan  kes-kes sivil di  mana  hanya  kecederaan yang perlu  dibuktikan. Seseorang  yang mencederakan  insan lain kerana marah bukan  sahaja  mengundang siasatan  pihak polis,  dia  juga  akan dituntut   oleh  pihak yang dimangsakannya kerana kecederaan  yang tercetus disebabkan  tindakannya.


Terdapat beberapa contoh  di  mana seorang pembunuh  terlepas  hukuman disebabkan kegagalan  pendakwaan, tetapi  terpaksa  kemudiannya  menangani  hukuman berat  dalam tindakan sivil yang dikemukakan oleh  keluarga  mangsanya. Kelakuan  anti-sosial kerap  mencetuskan   kebertanggungjawaban  undang-undang. Adalah tugas mahkamah menentukan  agar  pengadilan  dilaksanakan.


Apabila sesuatu tindakan mengundang tuduhan jenayah,  tertuduh diberikan  peluang  untuk mengaku  salah.  Pengakuan  tidak bersalah memberi  ruang dimulakan  tuduhan jenayah oleh  pendakwaraya  yang perlu menggembeling  segala pengalamannya, latihan dan bakat  untuk mengemukakan bukti yang ada  secara jelas  kepada  hakim.  Pendakwaraya  tidak seharusnya memihak kepada  si  tertuduh. Seandainya pendakwaraya  memihak kepada si tertuduh, dengan  tidak mengemukakan bukti yang  ada,  ataupun mengemukakan bukti  yang   palsu, pendakwaraya itu sebenarnya melakukan  satu  jenayah  pula.

Pendakwaraya  mempunyai  tugas yang  sama  dalam  mengemukakan  sebarang  bukti yang  boleh membebaskan tertuduh dan sebarang  tanda berlakunya  perkara  ini  adalah  mencukupi  untuk  mencemar  kes itu sehingga  menggugat  usaha  pendakwaan. Seorang pendakwa  yang  menunjukkan gelagat  menyorokkan  bukti ataupun  menggalakkan saksi  menyorokkan bukti  sebenarnya gagal dalam  menjalankan tugasnya.  Kalau  ada  bukti  yang sahih  menunjukkan seorang  pendakwa   (ataupun hakim)  telah  diarahkan untuk mengelak  keadilan oleh ketuanya, ataupun  telah  menerima  janji untuk  dinaikkan  pangkat  ataupun menerima  imbuhan sebagai satu rangsangan, sabitlah  perkara  jenayah  dan  tanggungan sivil itu.


Sesuatu  tindakan  jenayah  selalunya dikaitkan kepada  hukuman  yang  khusus, dan  apabila seorang  penjenayah  mengaku  kepada kesalahan  itu dengan  membuat  akuan bersalah, hukuman  itu pun dijatuhkan dan terserahlah kepada cara  menjalani tempoh hukuman yang dikenakan. Undang-undang adalah  menyeluruh semua orang, dan  pegawai  polis  serta ahli  politik kepada  parti  yang sedang berkuasa tidaklah  mempunyai  hak  kekebalan  daripada  hukuman undang-undang.

Apabila  mudharat  berputik  daripada   cetusan tindakan  jenayah, seperti berlakunya  serangan ataupun  serbuan, tindakan sivil boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukannya. Seandainya  pesalah itu adalah  seorang  pegawai  kerajaan, menjalankan tugas secara  rasminya, maka semua  ketuanya dan  kerajaan pun boleh didakwa dalam  tindakan sivil  untuk  mendapatkan ganti rugi.  Seandainya  pesalah itu seorang  pegawai polis ia patut dicela lagi kerana mereka  yang  bertugas menguatkuasakan  undang-undang  tidak  dijangka akan  mengingkarinya.


Kerajaan  Malaysia  sedang  menahan  Anwar  Ibrahim, seorang yang terkenal ketokohannya sebagai banduan, dalam pemenjaraan  bersendirian. Dia telah menanggung  kesakitan  ketika  diperam di ibu pejabat polis  gara-gara gelagat  ketua polis  negara. Pegawai  ini  bertindak atas  sifat  peribadinya ketika  itu. Akhirnya  dia  telah dipaksa  oleh  Suruhanjaya  Siasatan Diraja  untuk  mengaku  bersalah kepada  penderaan itu, dan menerima  hukuman  penjara selama  dua bulan. Sehingga  kini, walaupun  sudah dua tahun  berlalu,  dia masih belum menjalani hukuman  itu.

Sebagai seorang  banduan,  Anwar masih  lagi  tidak  dibebaskan waima sehari pun sejak dia  ditangkap. Dia  dinafikan  jaminan walaupun dia berhak kepada kemudahan itu  di bawah hukum undang-undang. Orang yang  dituduh  membunuh memang kerap memperlekehkan undang-undang  Malaysia, dan mendapat  peluang dijamin  berterusan  daripada seorang pegawai kanan  di jabatan  Ketua Peguam Negara. Inilah  pegawai  yang sama  yang  telah merencana  dua  kes  pengadilan  Anwar  Ibrahim dan beberapa kes  lain  di mana  para  banduan diberikan layanan  yang mengaibkan. Tindakannya  memang boleh  dipersoalkan.

Anwar  Ibrahim  telah  menjalani dua  kes pengadilan  di  Malaysia. Kes pertama memang merupakan satu sarkas  sahaja, lebih  digembar-gemburkan oleh tilam  yang diusung  untuk  mengabui  mata.  Pihak  pendakwa  dan hakim sepatutnya  dikutuk kerana  berperanan dalam  lakonan  itu. Pengadilan yang  kedua berakhir  dengan keputusan bersalah. Keputusan  itu telah dicapai  setelah  orang  yang  dikatakan  telah diliwat  menafikan perilaku itu sebanyak  tiga kali  di  hadapan  hakim. Seorang saksi telah memberi keterangan dia ada mengambil  bahagian  dalam satu konspirasi  politik untuk  mengemukakan  keterangan palsu  sambil memberikan nama semua rakan konspirasinya itu. Hakim  itu  belum lagi  mengemukakan keputusan  bertulis  mengenai keputusan pengadilannya, walaupun dia sudah diberikan kes  lain  untuk  diadilinya.

Undang-undang  memerlukan para pendakwa  yang bertindak  semata-mata  untuk  kepentingan awam dan para hakim yang  mengamalkan kebijaksanaan dalam  menterjemahkan  hukum   perundangan  dalam mengadili kes yang dikemukakan. Undang-undang adalah  berasaskan  tafsiran dan  logic dan   para  hakim  mestilah  berupaya  menulis  dengan jelasnya  segala dalil dan  alasan  di sebalik segala  keputusan  pengadilan mereka. Segala hasil  tulisan  mereka merupakan  asas  perundangan dan dengan  nama  undang-undang  itu makanya  pengadilan mesti diserlahkan  dengan  cara yang  wajar.

Di  Malaysia, menepati  masa bukannya  satu  kemestian. Banyak kes  yang mustahak sengaja dibiarkan meleret-leret  tanpa ada  sebarang  penghakiman  yang  dituliskan. Kini ada  seorang hakim  di mahkamah paling tinggi yang tidak pernah  menulis sebarang  keputusan penghakiman. Tidak pula  sesiapa  yang  mengetahui apakah dia mampu   menulis keputusan penghakiman. Dia  memang  terkenal  kerana gelagatnya  sebagai seorang pendakwa, dan sebagai  seorang teman bersantai  kepada  ketua hakim negara (yang baru bersara).  Dialah  Ketua  Peguam Negara  yang mengarahkan  pendakwaan  kedua-dua  kes  Anwar  Ibrahim.


Kini, Anwar  Ibrahim memerlukan  satu   pembedahan  yang rumit  ke atas   tulang belakang  disebabkan penderaan yang  dialaminya.  Akuan  bersalah  memperakukan tanggungan  sivil di pihak pegawai polis yang menderanya dan juga  di pihak  kerajaan  Malaysia. Kerajaan  telah  enggan mengizinkan  beberapa  rawatan   perubatan  dilaksanakan, dan  inilah  yang menambahkan tanggapan  tanggungan  para pegawai yang  menafikan  rawatan  itu.

Seandainya menteri hal ehwal dalam negeri didapati  merupakan pegawai utama  yang membuat keputusan, bererti dia bersama dengan  beberapa pegawai kerajaan yang lain,  akan dikira  bertanggungjawab  kepada sebarang  tambahan  mudharat yang mungkin melanda  Anwar  Ibrahim.  Beberapa  peristiwa  yang terjalin menunjukkan bahawa   keseluruhan  tanggungan  kontinjen ini  tidak dijelaskan  dengan  terangnya oleh  para  penasihat kepada  pemimpin  kerajaan  yang  ada.


-harunrashid@yqi.com
1April,2001

Terjemahan MT