Barah  Dalam Kempen  Mengumpul  Dana Telekanser  2001

(Cancer In The  2001  Telekanser Fundraising Campaign)


Menteri  kesihatan, Chua Jui  Meng,  merasa  tersentuh  kerana  banyak  perakuan - sekitar sembilan  par  sepuluh -  untuk menderma kepada Kempen Telcanser 2001 telah  dimungkiri.   “Saya  tidak  faham bagaimana manusia  boleh  memperlekehkan satu  usaha murni dengan menganggapnya sebagai satu  jenaka….ini adalah  perkara serius  di  mana  kita  boleh  menyelamatkan  nyawa,” kata  beliau  sambil  memberi nasihat  agar   tidak lagi dibuat  panggilan  palsu. Tetapi dalam  usaha  menarik minat  orang  menderma  di television,  ramai orang yang menjanjikan derma  tanpa alasan  lain  daripada  melihat nama  mereka  tersenarai  sebagai  penderma. Pengalaman Telekanser  bukannya  satu   perkara  baru.

Apabila disediakan  nombor telefon bebas tol untuk rakyat memanggil  untuk  menderma, ketika  negara  sedang  berpecah belah, sudah tentu  di  kalangan  mereka  yang  menelefon  itu termasuklah  manusia  yang  sengaja mahu menyakat kerajaan. Nasihat Chua  agar  masyarakat tidak menelefon untuk  berjenaka adalah tidak kena pada  tempatnya. Kalaulah dia meneliti bagaimana  caranya kempen  Telekanser 2001  itu  dirancang bulan sudah, tentu  dia sedar kenapa  masyarakat tidak berminat dengan kempen  itu.


Kempen  2001 Telekanser  itu adalah satu  usahasama di antara  MAKNA (Persatuan  Kanser Kebangsaan),  PWM (Persatuan  Wartawan  Melayu) dan RTM (Radio Televisyen  Meloya)  yang  disokong oleh  Telekom Malaysia dan Putra LRT.  Ia  telah  dilancarkan bulan  lalu dengan  segala kemegahan  dan ria(k) di  mana  YDP Agong dan  Permaisuri  turut  mencemarkan  duli.  Presiden  MAKNA dan  bekas timbalan menteri Dato’ Farid Griffin, telah  memberikan satu ucapan  yang meruntun  hati. Dia  menyebut  betapa  kanser  tidak  menghormati  sesiapa, agama, kepercayaan, bangsa,  kaum  atau apa sahaja. Seorang bayi yang diserang kanser adalah hanya  seorang bayi, yang berhak diberi rawatan dan  layanan yang  diperlukannya.  Dia bercakap  dengan penuh perasaan kerana  dia  mempunyai  seorang anak  yang  menghidap kanser.


Empat pesakit yang  mengidap  kanser semuanya  Melayu, yang dikatakan telah dipilih secara rawak telah dikemukakan. Inilah yang  mencemar kempen  itu serta merta. Bagaimanakah  para  penganjur tidak berhati  perut?  Ramai  hadirin yang bukan berbangsa Melayu  yang mempunyai  anak-anak yang dijangkiti  penyakit itu. Bagaimanakah perasaan  mereka gamaknya? Ataupun  apakah penting semua  itu?


Kejijikan tidak  berakhir di  situ  sahaja. PWM diberikan peruntukan  sebanyak 10 persen daripada tabung  kutipan. Apakah  PWM sebuah persatuan  barah ?  PWM  harus   menjelaskan  perkara ini.  Bagaimanakah MAKNA  yang memainkan peranan  yang sungguh  unggul  dalam membantu pesakit barah  menyetujui  perancangan begini?  Ramai di  kalangan  hadirin  yang  menyedari  perkara  ini  tetapi  bersedia untuk  membisu  sahaja.  Apabila empat  pesakit MELAYU  dikemukakan sebagai contoh, kempen  itu sudah kehilangan wibawanya. Para  penderma  di kalangan hadirin  menjadi tawar hati  terhadap  sikap  perkauman  dan haloba.


Oleh itu, Dato’ Chua  harus   menghentikan  gelagat  bermulut  celupar  menuduh  rakyat  Malaysia sebagai  tidak berhati  perut.  Kalau para  penaja  mengutip  derma  bagi  tujuan  lain  daripada  yang sepatutnya, Dato’ Chua tidak boleh menyalahkan rakyat  Malaysia kerana tidak  bermurah  hati untuk  menderma.  Kita  pernah  mendengar kisah memilukan  betapa anak-anak  yang  memerlukan derma berpuluh  ribu  ringgit  banyaknya  bagi  menjalani rawatan pembedahan tetapi  Dato Chua  tidak  pun  mengambil  peduli tentang  masalah begitu. Kerajaan  beranggapan  kalau  ibubapa  tidak  mampu membayar  kos rawatan  anak-anak  mereka, adalah lebih baik kanak-kanak itu mati sahaja. Itulah yang saya nampak  sekarang ini.  Tetapi  dia berani  mengejek  kita  yang  berjanji  untuk menghulurkan  derma. Apakah yang telah dilakukannya sebagai   menteri kesihatan untuk menentukan  semua anak-anak, tidak semestinya yang diserang barah,  menerima  layanan rawatan  perubatan  yang  menjadi hak  mereka?

Kita mudah  dipengaruhi oleh terlalu banyak usaha yang ditaja  oleh  kempen kutipan derma. Tentunya kita  menderma mengikut kemampuan. Saya kerap  mengirimkan  cek setiap kali mendermakan  tidak menghantarkan wang tunai. Pergilah ke restoran di  Kuala  Lumpur dan  perhatikan banyaknya peti derma  di setiap meja penukar  wang. Yang  terkini  ialah kutipan  derma  mangsa gempa bumi Gujerat.  Saya bertanya  seorang tauke restoran yang mengutipnya.  Dia memberitahu kotak itu dikutip  oleh Suruhanjaya  Tinggi India. Apabila  saya  kata  perkara  itu tidak betul  kerana  Suruhanjaya  Tinggi  tidak  boleh  melaksanakannya,  saya  diberitahu ada  orang lain  yang  datang  mengutip  derma itu  untuk  diserahkan kepada suruhanjaya  tinggi itu. Inilah  yang  memeranjatkan  saya apabila kutipan  untuk  mangsa gempa Gujerat  dan  bermacam  lagi  bencana  alam ditaja  secara semberono. Satu ketika  dulu  kutipan oleh pihak akhbar mempunyai  tarikh  tamatnya. Sekarang ini amalan itu sudah tidak ada  lagi.


Itu  sebabnya  rakyat  marhaen  semacam sedar  ada  penyelewengan di  sana-sini.   Tidak  kiralah kalau kempen itu  untuk  anti-kanser  ataupun  untuk membantu mangsa tanah  runtuh di Ougadougou. Mampukah menteri  kesihatan  menjelaskan kenapa  beliau  merasa  tersentuh apabila hanya satu dalam sepuluh  yang  menjanjikan  derma mereka menunaikan  janji? Bagaimana pula  mereka yang mula-mula bersetuju  bertukar menjadi   tukang celaru? Kanser  yang membarah dalam masyarakat kita ini sudah terlalu teruk keadaannya walaupun  diusahakan satu  pengampunan.


-MGG  Pillai-