Perdana Menteri Kelentong Lagi

(MGG  The  Prime Minister Spins A Tale)


Perdana  Menteri turut campur tangan  dalam kontroversi mengenai rawatan  perubatan Dato’ Seri Anwar  Ibrahim. Mantan  timbalan perdana menteri  itu sedang menanggung kesakitan  pada tulang  belakangnya  yang teramat sangat. Seorang pakar bedah endoskopik  berbangsa Belanda, Dr. Thomas Hoogland, telah memberi  nasihat agar pembedahan mikroskopik dilaksanakan tetapi Malaysia  tidak pula  mempunyai kemudahan  untuk  memudahkan pembedahan itu di negara  ini.  Tetapi,  kerajaan bertegas pembedahan itu  boleh  dilaksanakan  di  sini.  Dr.  Mahathir berkata  kalau  dia boleh  menjalani pembedahan  jantungnya  di  sini,  kenapa  pula  Dato’ Seri  Anwar  tidak   boleh  dibedah di  sini.


Sebenernya    perkara  ini tidak  boleh dibuat  peerbandingan.  Dr.  Mahathir  pernah  diserang  penyakit jantung di tengah malam di   mana  pembedahan segera  terpaksa dilaksanakan. Tetapi,  di waktu  yang  sama  ada  juga  rencana  untuk menghantar beliau  ke  luar negara  untuk  pembedahan itu.  Menteri kesihatan  beliau, Chua  Jui  Meng  pernah bersiap sedia  untuk  menjalani  pembedahan  di luar negara tetapi apabila dia diarahkan menjalaninya di hospital  tempatan dia terpaksa  akur dengan semua arahan.  Apakah  sebabnya  dia memikirkan rawatan luar negara bagi pembedahan yang  merupakan pembedahan biasa  di  negara  ini? Pembedahan  secara ‘open heart  surgery’  sudah  mencapai tahap  kepakaran yang tinggi  di  Malaysia; tetapi  pembedahan  ‘endoscopic spinal microscopic surgery’  adalah sesuatu  yang masih baru  lagi. .

Pembedahan yang diperlukan  oleh Anwar  belum  lagi  menjadi  bidang  kepakaran  pakar bedah  tempatan dan  pakar pelali  yang  ada. Bukankah itu  juga  sebabnya  Dr. Mahathir  pergi luar  negara  untuk  beberapa  rawatan  perubatan yang  sengaja dirahsiakannya? Kenapa dia pergi luar negara  sedangkan  kini dia  berkata: “Untuk mengatakan bahawa pembedahan tulang  belakang tidak  mempunyai  kepakaran  mencukupi  adalah membodohkan  diri. Pakar-pakar kita boleh  lakukan apa bentuk pembedahan  pun kalau perlu.”  Tentunya  dia  merujuk  kepada  Institut Jantung  Negara  yang  telah membedah jantungnya  dan yang  telah  dilengkapkan  oleh kerajaan  dengan  segala kelengkapan terkini untuk  pembedahan. Institusi itu  kini  sudah  diswastakan  dan kos  perkhidmatannya sudah  tidak lagi  dapat dicekau oleh  rakyat marhaen.  Di  situlah  dia  menerima   layanan terbaik  dan  khidmat  kepakaran  yang sungguh unggulan.  Tetapi,  apakah boleh  dibezakan  anjing  dengan  kucing  ataupun  pipit  dengan enggang,  seperti sikap kerajaan dalam  perkara ini. Apabila  kerajaan  terus gelabah  untuk mempertahankan  perkara  yang rapuh  pihak  yang  lagi satu akan terus berpendirian  yang lebih  teguh.


Isu  rawatan  perubatan Anwar  kini  menyebabkan kebuntuan  politik. Kerajaan  beranggapan  isu  itu adalah satu  bahagian kempen  untuk  menumbangkannya sambil berkata beliau tidak  akan balik semula  sedangkan kepulangannya  itu nanti  yang  amat ditakutinya.  Sudah tentu  beratus  ribu  rakyat  marhaen  akan  menyerbu  KLIA   menyambut  kepulanganya. Suasana  politik  di Iran dan  Filipina bertukar rupa dengan semerta  apabila  ketua  parti pembangkang, Ayatollah Khomeini dan Senator  Ninoy  Aquino,  pulang  ke  tanah-  air daripada  pembuangan. Dato’  Seri  Anwar  bukannya dalam  pembuangan  namun kesannya  adalah   serupa. Ada  satu  dalil  yang sama di Iran dan Filipina  satu  ketika  dulu dengan di Malaysia masa kini:  seorang  ketua yang telah lama  kotai di  tangkai kuasa masih rakus  dengan  kuasanya walaupun  terlalu ramai rakyat  yang membencinya.


Berbeza dengan dua kes  terdahulu, di  Malaysia,  ketokohan Dato’  Seri Anwar  dibiarkan  menyerlah  hasil usaha  kempen yang  cekap yang dilaksanakan  bagi  pihaknya oleh para  penyokong  yang  setia  sehinggakan  kerajaan  tidak mampu menumpulkannya. Setiap  tindakan kerajaan  ke arah itu  dianggap sebagai  berdendam   dan  bersikap  melepas geram. Minggu  lalu,  kerajaan  telah mengizinkan  RTM (Radio Televisyen Menggila) memasuki  kawasan larangan  di penjara Sungai Buluh. Inilah  kawasannya  di  mana pegawai tinggi, pegawai polis  dan  orang lain  berkemungkinan boleh ditangani oleh  banduan biasa. Inilah  kawasan larangan di mana orang  luar  termasuk pegawai penjara  yang  tidak bertugas  tidak  dibenarkan  masuk.

Pihak penjara  telah  melanggar peraturannya  dengan  membenarkan RTM  masuk  ke situ. Kenapa  begitu?  Saya  diberitahu tidak ada  rak buku  sebelum itu, kerana  dia dibenarkan  hanya lima  buah  buku  pada  sesuatu  masa  sedangkan  meja  yang  ada  adalah sebagai kemudahan  untuk  memudahkan dia  mentelaah untuk kajian kedoktorannya.  Inilah caranya rakyat  diberitahu betapa dia menerima layanan yang istimewa. Tetapi, isu  sebenar adalah  lebih besar  dari  itu. Kalau dia  tidak  layak  kepada kemudahan itu  sebagai banduan biasa kenapakah kerajaan  beria-ia  menyediakan segala kemewahan itu  di peringkat  mula-mula?  Adalah  penting  menteri dalam negeri  menjelaskan perkara ini  sepenuhnya agar  perkara  ini  dapat  diselesaikan dengan  segera. Siapakah  sebenarnya  yang mengizinkan  kru RTM  menjelajah  sampai ke  sana?


Dato’ Seri Anwar  terus  menjadi hambatan tersorok dalam suasana politik UMNO yang sememangnya sudah  teruk. Perdana  Menteri  merangkap  presiden UMNO perlu memperbaiki sikap dan  pengaruh  anti-UMNO  yang disarankannya  selama ini  untuk  meraih  sokongan Melayu yang  sudah  lama jauh menyepi. Cakap-cakap  mengenai perpaduan Melayu  yang  memperlekehkan musibah yang  melanda beliau terus  menghantuinya. Masyarakat melayu  memang tidak mahu  menerima tipu helah itu.  Itu  sebabnya perundingan antara UMNO  dan  PAS terhenti  begitu  sahaja. Suasana  pilihanraya  dalam  UMNO semakin  berantakan  apatah  lagi dengan tindakan menyanggah  UMNO oleh Fauzi Abdul Rahman di Kuantan. Dia  memang  sahabat   lama   Anwar  Ibrahim  dan tindakan beraninya  ketika pemilihan  UMNO sedang dilangsungkan   membuatkan Anwar  Ibrahim  menonjol  lagi  untuk dimuliakan.


UMNO  sedang kebingungan mencari  jalan penyelesaian sedangkan  itulah hakikatnya. Tidak  ada sesiapa dalam UMNO  yang mampu  melakukannya.  Ketika ibu Anwar (semoga Allah  mencucuri rahmat ke atasnya – penterjemah) diserang penyakit  jantung  pagi semalam  di  Universiti  Hospital,  para birokrasi  yang  remeh temeh   cuba  berlagak lagi:  pihak  penjara mahukan  surat  dulu  sebelum memberikan  izin  Anwar melawat  ibunya di   situ.  Mujur beliau  sempat  menemuinya sebelum  terhembusnya  pernafasan yang akhir. Itu adalah satu kemujuran  yang bukan kepalang  risikonya. Kerajaan bersikap terlalu cerewet  terhadap  beliau, sehinggakan sebarang pertukaran cara berinteraksi dengannya boleh dianggap  satu  kesalahan  jua. Tambahan pula  setelah perdana menteri membuat satu  kenyataan  yang menyerlahkan kebaghalannya, semalam.


-MGG  Pillai-
4.4.2001

**dirakam sempena hari pengkebumian Almarhumah Ibu Yan -MT-