UMNO  Gunakan  Keselamatan Negara  Untuk  Selamatkan  Parti.
(UMNO  Fakes  national Security to Save Its Own  Insecurity)

Saat-saat  kehancuran  UMNO  semakin  galak  menjeringaikan  taringnya. Lebih lagi  apabila  tanpa  segan dan silu  hukum  perundangan  yang  zalim digunakan  untuk  melindungi  proses  kehancuran  parti  itu.  Mahathir  terpaksa  menggunakan  ISA  yang  zalim  dan  kejam   untuk  menyelamatkan kedudukannya daripada serangan kuasa  rakyat  marhaen,  yang  kini  semakin  lantang  mahukan dia  melepaskan  jawatannya  dan  dikenakan  tuduhan  korupsi  dan salah guna  kuasa. UMNO  sudah bergelumang dengan  korupsi mega, kerana dipimpin oleh  seorang  pemimpin  yang  zalim  dan tidak berguna. Kerana  itu  parti  itu sedang  mengerang  kesakitan  sebagai  kesengsaraan awalan  sebelum terhumban  ke jurang  kehancurannya.  Satu  himpunan  secara  aman  yang  diura-urakan  oleh  muda-mudi  yang berani  daripada Barisan Alternatif  sudah  pun  menggeletarkan  tulang belakang  seorang  diktator  tua  yang  tidak tahu  malu tetapi tahu  menakut  menjadi  kematu. Dia  memang  takut  dipenjarakan  kerana  segala  gelagat  rasuah kerja-kerja gila.  Kerana  itu dia mahu bertahan dengan  menggunakan  segala kuasa  yang ada. Begitulah hapraknya keadaan UMNO  yang  sudah bertaraf pariah  dan  hina yang  hanya  mampu  bertahan  dengan menyalahgunakan kuasa  eksekutif  ke tahap  paling  hina dina.

Gelagat  pengecut  Mahathir  yang memang  pun  menyimpan banyak  benda yang kecut memang  mengundang  pelbagai  musibah  kepada  barisan parti komponen     pemerintah  yang  semakin  kecut-mengecut  juga. Semua  itu  adalah  musibah  bahana  pemerintahan rakus  yang penuh dengan korupsi  yang tidak  ada hadnya. Dengan tipu helah  menggunakan keselamatan negara sebagai dalih  untuk  menopang  proses  kereputan  UMNO dan  kepimpinannya,  Mahathir  ternyata  semakin   dungu  sebagai  seorang  pemimpin  negara. Tindakannya  yang  zalim  menangkap  pemimpin  Reformasi  dan  memenjarakan mereka di bawah ISA  hanya  akan  mengundang  tambahan  kebencian terhadapnya  dan  UMNO.  Yang  pasti  barisan alternatif  akan  meraih  sokongan  yang  bertambah  daripada  masyarakat  bangsanya.

Dengan menangkap  para  reformis  muda,  Mahathir  sudah  membuktikan  betapa  dia  adalah  seorang  pemimpin  yang  lemah yang  terpaksa bergantung harap  kepada ISA yang kejam  itu  untuk  menyangga  kedudukannya. Ini  merupakan satu  tragedy  yang  tidak dapat  disintuk-limau  daripada  semangat   kepartiannya.  Seorang  pemimpin rakyat  yang degil  mahu  terus  berkuasa  sedangkan rakyat  marhaen  sudah  lama berdegil mahu mengnyahkannya, tidak punyai banyak pilihan selain  jatuh  tersungkur dengan  aibnya.   Mahathir telah  menghayun  pukulan   maut  kepada  UMNO  Baru(a) yang  diciptanya dengan  mengamalkan  budaya  “melindungi  yang  korup   untuk  menghambakannya”.  Selama bertahun  lamanya  penyangak  politik  ini  telah  mengkasi  ahli  politik  dan  menekan  mereka yang terjebak  ke dalam jurang  tuduhan  korupsi  yang  mencetuskan  lapuran polis  mengenai  aktiviti mereka itu  dan menjadikan  mereka golongan  penjilat egonya.  Itulah  sebabnya  UMNO   kini  sudah  lama dulu  lagi  dan  selamanya dikenal sebagai  sebuah  parti  yang  penuh dengan  “pembodek, pengampu  dan  penjilat.”

Orang  Melayu  mesti sedar   bahawa Mahathir  laknat  yang zalim  ini telah  memporak-perandakan  negara  dengan segala  korupsi  dan  kerakusannya.  Orang  melayu  mesti  bersatu  bertindak agar Mahathir  dihumban  dan  disingkirkan. Ayohlah….!!!   Marilah  kita  bangkit  dan  bersatu  padu untuk  mengnyahkan bajingan  ini  daripada  negara  kita. Inilah  manusia  yang  paling korup  dan  bapa  kepada  segala  salah  guna  kuasa.


-  Spirit of Truth -
(Semangat Kebenaran)


Catatan Penterjemah.  Saya  terjemahkan  artikel  ini kerana  penulis  nampak  terlalu marah.  Semoga  dengan terjemahan  ini anda  akan  relaks  dan bertenang.  Hanya  dengan ketenangan   kita  mampu berfikir  untuk  bertindak  secara  mega.   Mahathir memang  sudah  tidak relevan lagi. Tunggu….dia  akan  kaku  sambil berdiri.   BADI kezalimannya  terhadap  Anwar  Ibrahim dan  keluarga  serta keluarga  lain  yang  tidak  berdosa seperti  Dr.  Munawar  Anees dan lain-lain lagi.  sudah  lama  mencengkam semangat  juangnya….!!!!!!


Apa  yang berlaku  kepada  Mahathir sudah dijelaskan  melalui pandangan hukum  Islam  seperti  yang  ditulis  oleh  Tuan guru  Haji Abdul  Hadi  Awang dalam bukunya  ‘QAZAF’.  Mungkin seorang pembodek  UMNO boleh beli dan hadiahkan kepada  Mahathir.

–MT-