Kami  Tahu  Kenapa  Kami Menyokong  Reformasi

(Artikel  asal ada dalam Malaysiakini)


Saya  merasa  terkejut, hampa  dan  kecewa  apabila  Ketua  Polis  Negara  membuat  satu  kenyataan  di  media  betapa kumpulan  reformasi  telah  mempengaruhi  beberapa  bekas angkatan tentera  untuk  mengikuti  perjuangan  mereka.

Sebagai seorang  bekas  pegawai  tentera, saya  berani  berkata  bahawa  semua  bekas anggota  angkatan  tentera bukannya  golongan yang  tolol. Kami tahu  siapa betul dan  siapakah  yang bersalah, apa  yang  betul   dan apa  yang  salah,  dan  bagaimana cara  PDRM menjalankan tugasnya, terutama  sekali bahagian  khas  (SB).  Kumpulan  reformasi  tidak perlu   mempengaruhi bekas  anggota  pasukan tentera   kerana  sebahagian  majoriti  kami sedar  apakah  tindakan  kami dan  apakah  penyebabnya.  Tindakan  zalim  PDRM  terhadap  rakyat  menyerlahkan segala-galanya.


Orang-orang yang  mendahului  KPN  telah  membawa  aib,  menjatuhkan martabat  dan  wibawa  kepada seluruh  angkatan  polis dan malangnya  beliau  pun  telah terjebak  untuk  mengikuti  jejak langkah  mereka. Kenapakah tidak  ada  sebarang  tindakan disiplin  dilaksanakan  terhadap  para  pegawai  polis  yang  terlibat dengan penderaan  bekas  timbalan  perdana   menteri Anwar  Ibrahim sehinggakan  lebam matanya? Sebaliknya  kebanyakan  mereka   dinaikkan  pangkat  dan inilah caranya polis menjalankan  tugasnya.

Perdana  menteri mempunyai banyak  fail yang bertimbun tingginya  mengandungi  segala  kejijikan  pegawai atasan  polis.  Itu  sebabnya  mereka bertandak mengikut irama  pukulan  gendangnya  yang  diikatkan  secara  kiasannya kepada  telur  mereka.


PDRM  sudah  menjadi rabun dan buta, kerana  korupsi  dan  salah guna  kuasa, dan  tidak lagi bertindak secara  orang  professional.  Perhatikanlah  bagaimana  para  pegawai  polis  yang  hidup  mewah melebihi kemampuan  mereka.  Tanyalah  anggota  polis  dan mereka  mudah  memperakuinya.  Adalah  sungguh memilukan melihat  betapa  PDRM  sanggup menjadi bahan  ketawa masyarakatnya.



-Bekas  Pegawai  Tentera-

Terjemahan  KKK10.